BAB 30

Short Story Completed 65516

‘We are young, wild and free.
When you’re lyin’ here in my arms
We’re in heaven’

Matanya tajam memerhati skrin besar yang berada dihadapannya. Dia duduk diatas sebuah kerusi dan bersandar pada kerusi tersebut lalu menyilangkan kakinya. Tangannya pula galak memusing-musingkan gelas yang berisikan air.

“Huh! What a clumsy girl” gumamnya perlahan.

“But still, I’m in love with you” bibirnya melakarkan senyuman sinis melihat aktiviti sang gadis di skrin besar itu.

Timbul idea jahat dimana dia terasa mahu mengusik sedikit gadis tersebut. Telefonnya diambil lalu menekan nombor itu.

Tut. Tut

The number you have dialed...

Tidak diangkat. Dia tahu, gadis itu tidak akan mengangkat panggilannya.

“My clever girl” jarinya pula laju menaip sesuatu kemudian menghantar mesej tersebut kepada gadis itu.

Never pick up the unknown number

Tangan disilang ke dada lalu dia bergerak menuju mendekati skrin tersebut. Kemudian, dia menekan butang di penjuru meja lalu tercetaklah gambar kesukaannya. Gambar tersebut diambil kemudian dicium.

“I miss you so much” Dia menebarkan pandangannya disekeliling ruang tersebut. Ternyata, semua dinding dipenuhi dengan gambar sang pencinta hati. Hatinya gembira. Bibirnya mengukir senyuman hangat.

Amira mengerutkan dahinya apabila panggilan daripada nombor yang tidak diketahui. Dia tahu. Dia tahu nombor itu.

“Jangan harap aku angkat. Dasar stalker tak guna!” tanpa menunggu lebih lama, Amira menolak panggilan tersebut.

Ting!

Seketika kemudian dia melihat notification yang tertera di telefon mahalnya.

‘How are you babygirl?’

‘I miss you’

Amira mendengus melihat mesej tersebut. “Gila” Dia mencampak telefon itu kearah bantal lembutnya. Gila kau nak campak dekat dinding, mahal tu.

“Siapa dia ni eh? Dah lama tak kacau aku, kenapa tiba-tiba muncul balik?” Amira berperang dengan diri- sendirinya. Memang tak dapat dinafikan, sejak dia berkahwin mesej-mesej ini tidak muncul. Dia menyangka mungkin si stalkernya itu sudah berhenti melakukan ini. Tetapi, rupanya tidak. Perkara ini terbukti pada hari ini, stalker itu masih menghubunginya.

“Patut tak beritahu abang?” Amira duduk bersila diatas katil empuk sambil mengusap dagunya yang runcing.

“Beritahu apa?” Suara mengejutkan dari sebelah kiri membuatkan Amira tersentak.

“Abang! Terkejutlah saya” Amira menggosok perlahan dadanya. Dia mengerling seketika Chairil yang berada disebelahnya.

Chairil ketawa kecil. “Sorry little pumpkin” dia menggeselkan hidung mancungnya dengan hidung Amira. Kemudian dia mengangkat Amira untuk duduk diatas ribanya. Dirinya pula duduk bersandar dikepala katil. Amira ditarik perlahan mendekati dirinya.

“Beritahu apa sayang?” Tangannya dimasukkan kedalam baju Amira lalu meremas perlahan pinggang tersebut. Terpacak bulu roma Amira apabila merasakan kulitnya bersentuhan dengan kulit kasar Chairil. Walaupun ini bukan pertama kali, tapi tetap dia berasa malu.

Terjongket kening Chairil apabila melihat reaksi Amira. Amira pula sedaya-upaya meneutralkan wajahnya.

Amira berdehem terlebih dahulu lalu mengambil telefon bimbitnya untuk diberikan kepada Chairil. Chairil mengambilnya dari pegangan Amira.

“Daripada abang tahu dari orang lain, baik saya yang beritahu dulu. Orang lain mungkin akan tokok tambah cerita. And I know, untuk elakkan dari kita ada perselafahaman, better saya tunjukkan semuanya dekat abang” Amira mengusap dada bidang Chairil yang berotot itu. Chairil yang sememangnya tidak berbaju membuatkan Amira tertewas kadang-kadang.

‘Kenapalah body aku tak lawa macam ni?’ getus suara hati kecil Amira. Tangannya pula galak mengusap six pack suaminya.

“Sugar” Kedengaran Chairil mengeram rendah. Dia mengemam bibirnya apabila dia melihat pandangan suaminya makin gelap. Kelihatan sudut bibir Chairil terjongket sedikit.

“Oopss sorry. Ingatkan coklat cadbury tadi” Amira menyandarkan dirinya pada dada bidang Chairil. Tangannya berlingkar di pinggang Chairil. Chairil dengan laju membalas pelukan tersebut, manakala tangannya yang satu lagi, masih kukuh membaca segala butiran-butiran mesej didalam telefon itu.

“Abang pergi mana tadi? Kenapa lama sangat?”

“Pergi mini office abang kejap, ambil file”

“Bukan abang cakap nak pergi dapur ker?”

“Iyalah, lepas abang pergi dapur terus pergi mini office” balas Chairil dengan tenang. Walaupunbegitu, Amira tahu, Chairil tengah mengumpul kesabaran dalam dirinya. Ini terbukti kerana rahang tajam itu mengeras.

“Dah lama ker sayang terima mesej macam ni?” Tanya Chairil kepada Amira. Kemudian, dia bangun sedikit untuk mengambil telefonnya yang terletak pada night stand. Jarinya laju mengetip sesuatu di telefon bimbitnya. Kemudian, dia kembali meletakkan telefon mereka berdua pada night stand

“Sebelum kita kahwin?” Amira menggigit bibirnya apabila melihat tatapan helang daripada Chairil

Sebelum Chairil menghemburnya dengan kemarahan, laju sahaja Amira menindas. “Tapi, selepas kita kahwin dia dah tak kacau. Entah tiba-tiba hari ini dia muncul pula” Amira memuncungkan bibirnya. Chairil berdecit setelah mendengar penjelasan Amira.

“Janganlah marah” Amira menguis puting dada Chairil. Tindakan itu berjaya membuatkan Chairil mendesis perlahan.

“Bawa mengundang ni sayang, nak kah?” Chairil menangkap pergelangan tangan kecil itu lalu dibawanya ke bibir.

“Tempat sensitive tu” Senyum lancip terukir dibibir manis itu.

“Sorry daddy” Terjojol anak mata Chairil apabila mendengar panggilan tersebut. Tubuhnya mengeras. Halkumnya pula laju naik turun.

Chairil dengan laju menjatuhkan tubuh kecil Amira diatas katil empuk lalu memerangkap tubuh genit itu. Dahinya direhatkan diatas dahi sang isteri. Mata mereka saling beradu antara satu sama lain sehingga menyebabkan jantung berdegup tidak normal.

Chairil mengusap bibir Amira dengan penuh sensual. “So you want to torture me, huh”

“Bila? Saya tak buat apa-apa pun” Amira membela dirinya. Dia berusaha menayangkan wajah yang comel kepada Chairil.

“Really?” Chairil mengeram rendah apabila melumat bibir ranum tersebut. Tangannya membelai rambut dan wajah sang isteri dengan lembut dan penuh kasih sayang.

Chairil memerhatikan mata yang tertutup dihadapannya lalu mendorong lebih dekat pada dirinya. “Ab—abang stopp” Amira menolak sedikit bahu Chairil untuk menjauhinya.

“You’re my drugs sugar. I’m so addicted with you” Amira ketawa mendengar rengekkan daripada Chairil. Sungguh, dia berasa kasihan pula kepada Chairil. Disaat mereka baru berkahwin sehinggalah kini, Chairil sentiasa menghormati keputusannya. Tidak pernah sesekali memaksa atau mendesaknya. Kadang, timbul juga rasa bersalahnya kepada Chairil

“Iman abang ni kuat juga ya?” kata Amira kepada Chairil

“Sebab iman adalah yang terbaik, kerana balasannya adalah syurga. Dan Ali bin Abi Talib pun pernah berkata, kesabaran dan keimanan itu sama seperti peranan kepala untuk badan. Sebagaimana badan tak akan boleh hidup tanpa kepala, demikian pula iman tak akan pernah boleh hidup tanpa kesabaran”

Amira memandang kagum terhadap Chairil. “Tapi dengan sayang, terbabas juga abang dibuatnya” gumam Chairil perlahan

“Hahaha sorry abang” Amira mengusap perlahan wajah Chairil.

“Tak apa abang. Lepas habis sahaja majlis kita, abang boleh unboxing saya” bisik Amira perlahan di telinga Chairil

Purr

“What you’ve done to me little pumpkin?” kini mata Chairil menggelap. Amira yang faham maksud pandangan tersebut terus menolak tubuh Chairil sehingga terlentang. Dia naik diatas tubuh Chairil lalu duduk di atas badan yang berotot itu.

Amira mendekatkan wajahnya kepada Chairil lalu memberikan kucupan ringkas di rahang dan bibir Chairil. Chairil yang tidak berasa puas, ingin menarik Amira kembali. Namun, Amira lebih tangkas turun dari tubuh sasa Chairil dan mengelak daripadanya. “Dah, jom solat.” Chairil mencebikkan bibirnya. Matanya kelihatan berair sedikit

“Amau nangis amau nangis” Amira menarik lembut tangan berurat itu. Chairil memuncungkan bibirnya kepada Amira. Amira tersenyum lalu menekup wajah Chairil dengan tangan kecilnya

Cup!

“Dah?” Tanya Amira kepada Chairil. Chairil terus menekup wajahnya di perut leper Amira.

“Cepatlah bang, jom. Jadi iman saya. Tahu tak? Melewat-lewatkan solat dengan sengaja merupakan satu langkah yang boleh membuatkan kita meninggalkan solat. Kita lalai melakukan hal dunia sehinggakan hal akhirat kita abaikan. Jadi, untuk mengelakkan kita meninggalkan solat, kita kenalah berusaha untuk mendirikan solat pada awal waktu.” Ujar Amira kepada Chairil sambil menayangkan senyuman manisnya. Seronoklah rasanya bila ada imam ni.

"Dan petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman ialah orang- orang yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan mereka yakin adanya akhirat. Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, kami membuatkan mereka rasa indah dengan segala perbuatan-perbuatan mereka yang buruk, sehingga mereka bergelumang dalam kesesatan. Mereka itulah orang-orang yang akan mendapat seksaan buruk di dunia dan di akhirat, maka mereka adalah orang-orang yang paling rugi. (Surah Al-Naml, ayat 2-5)" sambungnya lagi.

Zupp!

Sangat mendalam tazkirah yang diberikan oleh isteri tercintanya. Tersenyum Chairil dibuatnya. Alhamdulillah, Allah hadirkan isteri yang baik untuk dirinya “Baik sayang. Jom, kita sama-sama menuju ke syurga bersama-sama." Chairil mencuit hidung Amira sekilas. 

Ketika mereka menuju ke bilir air bersama, sempat Chairil mengerling sekilas pada telefon bimbitnya. Terukir senyum miring dibibirnya tanpa diketahui oleh Amira.

‘Approved’ terpancar perkataan tersebut pada skrin Iphone milik Chairil

‘I was born with obsessive, possessive and jealousy mind and I can’t spend my whole life without sugar. I’d rather dead than to see you with another man. And of course, I won’t let this things happen.’ Getus suara hati Chairil.

Diberi rasa gelisah bila belum menunaikan solat itu adalah suatu rahmat Allah yang perlu disyukuri

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience