Iskandar mengambil tempat duduknya di sofa selepas sampai di rumah.Tidak dia perasan bahawa Natasha sedang melihatnya.
"Is,you buat baik dengan I sebab I kandungkan anak you je kan?Kalau tak,you tak buat baik dengan I kan?"tanyanya,sambil mengelus kandungannya.Iskandar melepaskan keluhan berat.
"You nak makan?Jap,I ambil makanan,"
"You buat baik dengan I sebab I kandungkan anak you je kan?"
"Selagi you bergelar isteri kepada I,itu salah satu tanggungjawab I untuk jaga you.And there is nothing else,"
"Nothing else?What do you mean by nothing else?"Iskandar melihat Natasha yang sedang memandangnya juga.
"Which means,there is no love involve,"balas Iskandar.
"So it's true.That you benci I after that incident?"
"Then what did you expect me to do,Natasha?Happy while my wife got caught with another guy in my own house?Celebrating it?Do the party with it?How about yours?Will you love me after you caught me dating another girl?"Natasha mendiamkan dirinya.
"Exactly,"dia pun menuju ke arah biliknya lalu menutup pintu.Bilik mereka kini berasingan.Tujuan Iskandar kini adalah untuk menjaga Natasha selama mana Natasha bergelar isterinya.Maaf?Sudah pasti dia maafkan perkara tersebut tetapi perasaan yang sama seperti dahulu?Tidak mungkin dapat dilahirkan semula.Jika ada,perasaan itu tidak akan sama.
Nabilla mengemas barang kerjanya di dalam bilik yang besar itu.Matanya tertarik ke arah balkoni yang cantik dihiasi dengan langit gelap ditemani bintang.Dia pun menarik langsir tersebut dan dapat dia melihat kecantikan bandar yang dipenuhi dengan lampu malam.
"Cantiknya malam ni!"katanya,teruja.Dia membetulkan bajunya sebelum menghirup udara segar malam di kota Kuala Lumpur.Rindu mula terasa kepada keluarga yang berada di sana.Dia tidak memberitahu kepada anak buahnya,sempat dia memberitahu kepada nek ma,Bariah dan Fina sahaja.
Tiba-tiba,telefonnya berbunyi.Dia pun menjawab telefon tersebut apabila melihat nama yang tertera di skrin.Tersenyum lebar dia.Sudah pasti si pemanggil marah.
"Kak bell!Kak bell tak bagitau pun kak bell balik KL!"kata Irwan dengan nada marah.Nabilla menahan tawa.Sudah dia agak.
"Sampai hati kak bell,"Nabilla ketawa sambil menjelirkan lidahnya."Tunggu sat.Tengoklah nanti,"kata Irwan.
"Kak bell tak takut pun.Pak uda tak boleh buat apa-apa kat kak bell pun,"kata Nabilla,mengejek.
"Pak uda memang tak boleh buat apa-apa tapi ada seseorang yang boleh,"Nabilla mengerutkan dahinya apabila melihat Irwan menambah nombor seseorang di panggilan video mereka."Siapa tu pak uda?"tanyanya,cemas.
Kini,Irwan pula yang ketawa.Tidak sampai dua saat,panggilan tersebut diangkat.
"Hai abang Thaqif,"
"Hai Irwan.Hai Nabilla,"balas Thaqif,tersenyum.
"Abang Thaqif buat apa?"
"Takdek buat apa-apa pun.Tengok langit,cantik sangat,"kata Thaqif.Nabilla terdiam.Kejap,dia tak pakai baju ke?!
"Sebenarnya,abang Thaqif tengah tunggu seseorang untuk teman abang Thaqif malam ni tengok movie.Tapi peliknya orang tu tak muncul-muncul lagi,"Nabilla mengetap bibirnya.Orang yang dimaksudkan tu aku ke?
"HAHAHA orang tu lupalah kot.Abang Thaqif telefonlah dia.Ingatkan dia balik.Dia tu memang lawyer tapi nyanyuk jugee,"kata Irwan.Nabilla memberikan isyarat mata.Irwan menjelirkan lidahnya.
"Okaylah abang Thaqif.Irwan tutup dulu ye.Assalammualaikum,"
Akhirnya,hanya tinggal Nabilla dan Thaqif sahaja di talian.Masing-masing melihat di antara satu sama lain.
"Cantiknya kamu ni,"kata Thaqif perlahan namun masih boleh didengari oleh Nabilla.Nabilla tersenyum kekok.
"Nabilla keluar ye.Kejap,"talian pun dimatikan.Dia menarik nafas panjang.Patutkah dia keluar daripada biliknya?Dia tahu tugasnya sebagai seorang isteri harus dimulakan.Tapi dari mana?!ARGH!!
Tiba-tiba,dia mendengar suara televisyen dibuka.Dia pun mengambil keputusan untuk keluar dripada biliknya itu.Dapat dia melihat Thaqif yang sedang menyusun sofa di hadapan televisyen itu.
"Eh,Nabilla?Meh lah sini.Kita enjoy movie sama-sama,"kata Thaqif,menepuk-nepuk sofanya.Nabilla tersenyum kelat dan menutup lampu biliknya.Dia pun duduk di atas sofa tersebut.Thaqif pula menghulurkan popcorn dan jajan-jajan kepada Nabilla.Bukan satu dua tapi banyak!
"Ni.Ni.Ni pun kena.Ni pun.Alamak,ni jugak!"Thaqif menghulurkan satu persatu kepada Nabilla dan tidak perasan bahawa tangannya sudah penuh."Last but not least,ice cream!"kata Thaqif,teruja dan mula memandang Nabilla.
"Ya Allah!I'm sorry,"katanya,meletakkan jajan-jajan tersebut ke tepi sofa.
"Its okay,"kata Nabilla,tersenyum manis."Nah,ice cream for you,"
"Thanks,"Nabilla pun mengambil ice cream tersebut sambil tersenyum.Dia memandang Thaqif yang sedang memandangnya juga.
"Ready?"
"Yes,"
"Lets enjoy the movie,baby,"Nabilla ketawa.Comel juga perangai dia ni.
Share this novel