BAB 3

Humor Series 42267

“Nurul, jom lunch sama.” Tisya sudah siap sedia berdiri dihadapan meja Nurul.

“Ye. Kejap eh. Ada dua ayat lagi ni nak taip.” Jemarinya pantas menekan keyboard di hadapannya. “Okay. Siap.”

“Dah? Jom.” Tisya segera menarik tangan Nurul keluar dari pejabat tersebut. Mereka berjalan menuju ke lif.

“Kau nak makan apa ni?” Nurul bertanya sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam lif.

“Macam biasa kedai dekat depan bangunan ni. Mak cik tu punya masak lemak cili api memang terbaik lah!” Tisya memegang perut yang terasa lapar. Emm. Sedapnya kalau dapat makan sepinggan nasi dengan masak lemak cili api yang kaww tu!

“Okay okay. Apa kata kau belanja aku?”

“Apasal pulak aku kena belanja kau?”

“Sebab sebagai kawan baik merangkap teman serumah, kau mesti la buat baik dengan aku sekali sekala. Hahaha.”

Tisya buat muka. “Banyak la kau punya buat baik. Selama ni aku tak cukup mencurahkan kasih sayang dekat kau ke?”

“Bukan tak cukup. Kurang sikit je.”

“Hish. Kurang kasih sayang sungguh kau ni.” Tisya menggelengkan kepala.

“Kalau kurang kasih sayang daripada kawan awak ni, saya boleh bagi kasih sayang saya dekat awak.”

Erkkk. Siapakah gerangan empunya suara yang berkata-kata tu? Nurul menoleh ke belakang perlahan-lahan. Pehh pehhh! Dia terasa macam tengah melihat keindahan ciptaan Allah sekarang ni. Tapi siapa dia ni?

Pekerja syarikat ni jugak ke? Macam tak je sebab dia tak pakai kemeja dengan slack mahupun kasut kulit hitam. Jaket kulit hitam dengan t-shirt putih bersama jeans berwarna biru gelap sudah cukup bagi menyerlahkan kekacakan lelaki rambut pacak-pacak ini.

Tisya yang berdiri di sebelah Nurul turut terdiam. Kaku seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience