BAB 2

Horror & Thriller Completed 10130

"Beb! Malam tadi aku mimpi benda pelik la."

"Kau mimpi apa? Pakwe kau berpaling tadah ke?"

"Ish kau ni! Tu bukan mimpi pelik. Tu mimpi buruk. Nightmare, kau tau."

"Yela.. Mana la tau. Hehehe..."

Taz, seorang lagi housemate Aishah dan Aina, ketawa kecil tatkala melihat reaksi Aishah apabila dikenakan. Aina yang dari tadi fokus memandu kereta pula bertanya dengan nada serius.

"Kau mimpi apa, Cha?"

"Eh! Apasal kau serius sangat ni? Relax laa.."

"Mana ada serius! Aku tengah concentrate drive laa."

"Nak concentrate tapi sempat lagi nak tanya-tanya. Terserlah ke'busy-body'an kau, Aina."

"Yela! Yela!"

"Alalala.. Merajuk la tu. Yela nanti aku cerita eh. Sekarang ni tugas kau, kau drive dengan penuh berhati-hati eh. Kau tengah bawak dua nyawa yang berharga ni. Hehe.."

"Woooo oooh.. Baik punya arahan?! Aku da la macam driver korang, duduk sorang-sorang kat depan ni. Yang korang da macam big bos duduk belakang dua-dua tu, apahal?!"

"Ala.. Relax laa. Balik nanti aku pulak yang drive. Haha..."

Aishah bergelak tawa bersama Taz melihat keletah Aina. Aina pula hanya tersenyum. 30 minit perjalanan, mereka sampai di tempat letak kereta universiti. Aina meletakkan kereta di tempat biasanya. Mereka keluar dari kereta.

"Cha, aku tau nanti kau cerita kat aku eh."

Aina bersuara. Aishah terseyum dan membalas.

"Yela.. Ok, bye! Jumpa nanti eh. Aku tunggu korang kat kereta."

Aishah berjalan seorang diri menuju ke dewan kuliahnya. Manakala Aina dan Taz pula pergi bersama-sama. Mereka berdua mengambil jurusan yang sama iaitu, Seni Rekaan Fesyen dan Aishah pula mengambil jurusan Perfileman. Aishah memang berminat dalam bidang pengarah lakonan sejak kecil lagi. Mungkin kerana darah seni yang diwarisi daripada ibunya masih mengalir di dalam dirinya. Dari jauh, Aishah terdengar gelak tawa Taz dan Aina. Aishah hanya tersenyum. Tidak dinafikan antara mereka bertiga, Aishah yang nampak matang sikit walaupun mereka sebaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience