Bab 8 : Tugasan Kedua

Adventure Completed 1867

“Apa dah berlaku sebenarnya?” tertanya-tanya Ismail Razak.

“Kau buat apa tadi, Syaza?” soal Tengku Ehsan dengan nada yang tegas.

“Ma..maaf. Saya ternampak sesuatu berkelipan di dinding ni. Jadi, saya pegangnya. Tiba-tiba saja berlaku gempa bumi tadi. Maafkan saya,” kesal Siti Syazanah.

Shasya Edrina memeluk Siti Syazanah dengan erat sambil mengusap belakang badan sahabatnya itu. Kurang sikit gigilan gadis itu. Mata Nik Akhil tajam menikam mata Tengku Ehsan.

Tengku Ehsan mula gerun terus mengalihkan pandangannya.

“Korang tak rasa panas ke? Berpeluh dah saya ni,” kata Ismail Razak sambil mengesat peluhnya yang mengalir.

“Saya rasa sesuatu telah berlaku di luar walaupun di dalam ni tiada kerosakkan yang berlaku akibat gegaran tadi. Saya ada firasat yang tidak baik sekarang,” luah Nur Halimah.

“Kalau benar apa yang dikatakan Ima, saya rasa lebih baik kita berehat dulu. Selepas tu, baru kita keluar dari lubang ni,” cadang Ismail Razak.

“Saya setuju,” serentak yang lain.

Mereka kembali baring di tempat masing-masing. Kawasan lelaki dan kawasan perempuan agak jauh supaya tiada perkara buruk yang berlaku.

*****

Nik Akhil terjaga dari lenanya. Dia bingkas bangun dari pembaringan. Dia memeluk lututnya sambil memandang wajah bersih Siti Syazanah yang sedang dibuai mimpi. Tersenyumnya melihat wajah lena itu.

Dia pun tidak sedar dia sudah mula jatuh sayang pada gadis itu. Buat pertama kalinya dia mempunyai perasaan itu kepada seseorang yang bukan darah dagingnya.

“Erm?” Ismail Razak mengeliat sebelum bangun dari pembaringannya.

“Sedapnya tidur. Eh? Awal Akil bangun,” sapa Ismail Razak apabila melihat Nik Akhil yang bersebelahan dengannya sudah terjaga dari tidur.

“Tak awal mana pun. Ini pun baru bangun je,” balas Nik Akhil sambil mengemas tempat tidurnya.

“Kenapa macam ceria je muka Akil?” pelik Ismail Razak melihat wajah ceria Nik Akhil yang sedang melipat jaketnya.

“Mana ada ceria. Memandai je Raz ni,” balas Nik Akhil.

“Bangun-bangun terus tengok wajah kesayangannya. Mestilah dia ceria, Raz,” terkejut mereka mendengar suara yang serak basah itu.

“Kau dah bangun ke, Izan? Ke kau mengigau?” pelik Ismail Razak sambil memandang Tengku Ehsan yang masih memejamkan matanya.

“Bangun dah,” Tengku Ehsan terus bangkit dari pembaringannya.

Dia memandang Nik Akhil sambil tersenyum sinis.

“Sempatlah juga melihat wajah jatuh cinta sorang tu,” ejek Tengku Ehsan.

“Apa maksud kau, Izan?” pening Ismail Razak.

Wajah Nik Akhil dan Tengku Ehsan dipandang bersilih ganti.

“Nak kena kau ni!” jaket yang dilipatnya terus dilempar pada muka Tengku Ehsan.

Tengku Ehsan sempat menyambut jaket itu sebelum membalingnya kembali kepada Nik Akhil. Jaket tersebut disambut kasar oleh Nik Akhil.

“Main-main pula korang ni,” Ismail Razak hanya menggelengkan kepalanya.

“Apa yang bising-bising ni?” terjaga Shasya Edrina kerana suara sang jejaka yang mengganggu lenanya.

“Sesi senaman panas,” serentak Nik Akhil dan Tengku Ehsan menjawab.

“Hahaha. Ada-ada je korang berdua ni,” geli hati Ismail Razak dengan sikap dua sahabatnya itu.

Mula-mula bergaduh seperti anjing dengan kucing. Sekarang, sekepala pula seperti belangkas. Bingung Shasya Edrina melihat ketiga-tiga jejaka itu.

“Dahlah. Baik kita bersiap sekarang. Ed, tolong kejutkan Syaza dan Ima. Kita dah nak keluar ni,” kata Ismail Razak.

Shasya Edrina akur dengan perintah jejaka itu sebelum mengejutkan lena dua sahabatnya itu.

*****

“Panasnya!”

Nik Akhil yang sudah tidak dapat menahan kepanasan terus membuka bajunya yang berlengan panjang itu.

“Betul tu!” Tengku Ehsan turut membuka bajunya.

Mereka hanya berpakaian baju dalam (singlet) berlengan pendek berwarna hitam sahaja.

“Apa korang buat ni?! Tak tahu malu ke?!” marah Shasya Edrina yang sudah menutup mukanya menggunakan tangan.

Siti Syazanah dan Nur Halimah sudah membelakangi jejaka-jejaka itu sambil memejamkan mata masing-masing.

“Apa pulanya? Kami masih berbaju dan berseluar. Bukan bogel pun,” bidas Nik Akhil.

“Kami yang pakai tudung, berbaju lengan panjang dan berstokin pun tak macam tu tau!” lawan Shasya Edrina.

“Sebab itu memang aurat korang. Kami pun masih menjaga aurat kami tau,” sampuk Tengku Ehsan.

“Macam-macam korang ni. Akil, Izan, pakai t-shirt lengan pendek saya ni. Kebetulan saya ada bawa ni,” kata Ismail Razak sebelum memberikan dua baju berlengan pendek kepada sahabat-sahabatnya itu.

Baju tersebut dikeluarkan dari beg galasnya. Mereka menyambut huluran Ismail Razak lalu memakai baju tersebut.

“Dah. Kami dah siap salin baju. Tak perlu nak malu sangatlah,” pedas mulut Nik Akhil.

Sang gadis mula membuka matanya dan memandang jejaka-jejaka di hadapannya itu. Sudah lengkap berpakaian. Alhamdulillah. Lega mereka. Terjaga juga mata mereka daripada melihat baju dalam yang ketat menampakkan bentuk badan Nik Akhil dan Tengku Ehsan tadi.

“Jom kita tengok keadaan di luar,” kata Tengku Ehsan.

Mereka berjalan ke lubang keluar pokok itu. Tergamam mereka apabila melihat mereka berada di tempat yang asing. Mereka di kelilingi pokok-pokok yang tidak bermaya.

Tiada lagi daun-daun kering yang banyak bertaburan di atas tanah. Cahaya matahari yang menyinari kawasan itu sangat bahang. Mereka sudah mula berpeluh.

“Kita di mana ni? Mana Akitty dan Bbetty?” risau Shasya Edrina.

“Adakah disebabkan gempa bumi tu?” teka Tengku Ehsan.

“Jadi, kemungkinan besar, kita ada tugasan baru yang perlu diselesaikan,” bicara Ismail Razak.

“Kenapa ni, Ima?” soal Siti Syazanah apabila melihat gadis di sampingnya hanya merenung sebuah pokok sejak tadi.

“Ima ada firasat apa-apa ke?” tanya Shasya Edrina sambil mendekati gadis itu.

“Saya rasa ada sesuatu pada pokok itu,” lembut suara Nur Halimah sambil menunding jarinya pada sebuah pokok yang jauh dari kawasan mereka.

“Boleh ke percaya dengan firasat kau tu?” selamba Tengku Ehsan.

“Tak baik cakap macam tu, Izan! Siapa yang jinakkan dua makhluk gergasi tu kalau bukan Ima? Kalau tak, mesti kita sudah mati tau!” geram Shasya Edrina.

“Ed, tak baik cakap macam tu. Jangan main-main dengan kematian tau,” pesan Ismail Razak agak tegas memandang wajah Shasya Edrina.

“Tapi, Izan yang..,” sedih muka Shasya Edrina kerana ditegur oleh jejaka itu.

“Kamu pun, Izan. Apa salahnya kita percaya dan mencuba dulu. Kalau tak cuba, mana kita nak tahu, kan?” sambung Ismail Razak sambil memandang Tengku Ehsan.

Tengku Ehsan melepaskan keluhan yang berat sebelum memandang Nur Halimah. Gadis itu hanya tersenyum tawar membalas pandangan Tengku Ehsan. Mungkin dia terasa dengan kata-kata jejaka itu.

“Saya minta maaf,” laju percakapan Tengku Ehsan.

“Macam tak ikhlas je,” perli Nik Akhil.

“Kau apahal, hah?” balas Tengku Ehsan dengan nada yang marah.

Matanya menjeling tajam ke arah Nik Akhil.

“Dah dah. Izan tak bersalah pun. Dia hanya memberi pendapat dia sahaja,” celah Nur Halimah supaya tidak berlaku pergaduhan.

“Ok ok. Jom kita pergi tengok keadaan pokok tu,” kata Ismail Razak.

Mereka berjalan menuju ke pokok yang dimaksudkan oleh Nur Halimah tersebut. Semakin mereka mendekati pokok itu, semakin jelas suara tangisan kedengaran. Perasaan takut mula menyelubungi mereka.

Tanpa sedar, Nur Halimah, Siti Syazanah dan Shasya Edrina sudah berjalan sambil berpelukan lengan antara satu sama lain. Langkah mereka turut diperlahankan.

Sang jejaka memberanikan diri mereka menghadap pokok yang sedang menangis itu. Saiznya agak besar cuma keadaannya agak tidak bermaya.

“Ke…kenapa kamu menangis, wahai pokok?” teragak-agak Ismail Razak bertanya kepada pokok itu.

Pokok itu bernyawa. Mempunyai sepasang mata dan mulut. Pokok itu menangis tanpa mengeluarkan air matanya. Semakin banyak dia menangis, semakin banyak daun-daunnya gugur. Mungkin daun-daunnya itu merupakan air matanya? Mereka pun tidak pasti.

Sang gadis sudah berdiri di belakang sang jejaka. Sempat mereka mengintai pokok itu.

*Terima kasih kerana vote dan komen ^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience