BAB 6

Romance Completed 2294

” Haa, itulah, terperanjat aku tadi. Kalau iapun nak jumpa aku cakap ajelah tak payah nak rapat-rapat macam tu.”

“Hmmm aku rasa ni mesti ada udang di sebalik batu. Kau hati-hati ye lah Carmen , lelaki ni bukan boleh dipercayai sangat,” balas aku.

“Biasalah tu Nori , lelaki kalau nampak yang cantik cepat terpikat, kalau dah muak dengan muka ni barulah diorang cari yang lain,” keluh Carmen sambil merenung jauh seakan-akan teringatkan sesuatu.

“Hey, apa yang korang bualkan ni?” Kak Ros datang membawa sepiring buah. “Tak ada apa Kak Ros, pasal lelaki yang suka mainkan perasaan wanita,” jawab aku sambil memerhatikan buah tembikai yang dipotong dadu di dalam piring itu.

“Kita sebagai perempuan kenalah berhati-hati kalau nak memilih pasangan tu biarlah cari yang bertanggungjawab, harta dan rupa soal kedua. Tak guna dapat laki kaya tapi hidup menderita,” jelas Kak Ros.

“Memang betul tu Kak Ros, tapi kadangkala lelaki ni pandai bermuka-muka, di hadapan kita dia cakap dia sayanglah, cintalah kat kita, tapi kat belakang dia pasang spare tyre. Kita perempuan ni memang senang diperdaya,” sambut aku seperti pakar dalam hal hidup berpasangan.

“Kakak ni kesian tengokkan si Maimon tu,” keluh Kak Ros.

“Kenapa pula dengan Maimon?” tanya aku bersungguh-sungguh, sememangnya ini persoalan yang aku ingin tahu jawapannya.

“Suami dia suka pukul dia, suami dia tak bekerja, asyik nak berjudi. Pernah satu hari tu suaminya datang ke sini memekik-mekik nama dia.”

“Kenapa dia datang sini kak?” Carmen pula bersuara.

“Nak minta duitlah. Habis kecoh satu kilang, Encik Haidid tenangkan keadaan dan suami Maimon beredar dari sini. Selepas peristiwa itu, Encik Haidid kerap memanggil Maimon ke pejabatnya. Kesian Maimon, keluar dari mulut buaya masuk pulak ke mulut naga,” jelas Kak Ros.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience