"Qarl... Saya ni berat tau. Larat ke awak nak kayuh basikal ni? Kita bawak asing-asing la. Awak pinjamlah basikal Mirul."
Dia mencebik.
"Apedehal setakat kau sorang. Aku kuat okay. Tak payahlah kayuh dua basikal. Yang satu ni pun dah cukup."
Aku menarik muncung. Tidak puas hati.
Qarl sengih.
"Meh sini meh. Abang Lee bawa Anna ke mana saja Anna nak pergi."
Dia menepuk basikal tua kesayangan aku.
Aku ketawa dalam hati. Bila dia menjadi Lee, hati aku pasti kembang semangkuk. Sweet. Tiada siapa akan menyangka Lee adalah Qarl.
"Yela."
Aku beralah akhirnya. Mengambil tempat di belakang dia.
"Kita nak ke mana, my Anna?"
"Ke bendang."
Basikal mula bergerak laju.
"Awak kayuh je ke depan. Lepastu sampai simpang empat belok kanan. Nanti kita lalu lorong kecil. Belok kanan lagi."
Aku memberi arahan.
"Anna..."
"Iya."
"Peluk la aku."
"Awak jangan nak mengada. Ambik kesempatan pulak ye."
Aku cuit pinggang Qarl.
Basikal tua jadi terhuyung hayang. Padan muka. Tahu pun geli.
"Anna... Kau ni kan innocent sangat. Sebab tu aku sayang kau."
Perkataan sayang terlucut lagi dari bibir Qarl.
Aku tidak berani menjawab. Dan dia juga membisu.
5 minit kemudian, kami tiba di tepi bendang.
"Sini kan?"
Kayuhan terhenti. Aku turun dari basikal.
"Dah lama tak balik. Saya rindukan suasana sini."
Aku senyum. Memandang suasana petang. Matahari mahu tenggelam.
"Seronok jadi kau. Aku nak stay sini terus boleh tak?"
"It's up to you."
"Aku tak pernah ada kampung. Dari kecil aku membesar di Kuala Lumpur."
Aku menarik lengan baju Qarl. Memaksa langkah dilajukan ke pondok kecil di tepi bendang.
Kami duduk bertentangan.
"Aku taknak teruskan semua ni, Anna."
"Aku mahu tinggalkan dunia lama aku."
"Memang patut pun awak kembali kepada kehidupan normal, Qarl. Menjadi pembunuh itu satu jenayah, silap hari bulan awak boleh ke dalam."
"Apa yang jadi ni bukan pilihan aku."
Qarl menekankan suara.
"Then, just stop it. Sampai bila awak nak berdendam dengan May?"
"Dia patut mati, Anna. Dia bunuh family aku."
Wajah Qarl kusut.
"Serahkan semuanya pada polis."
Buat apa nak pening kepala panjangkan isu? Biar saja pihak polis yang selesaikan.
"Kau tak faham. Bukan semudah itu."
"May sangat licik. Aku takde bukti. Tapi aku yakin ini semua kerja dia. Sebab tu aku bunuh konco dia. Malam kejadian yang kau nampak aku tembak seseorang tu, dialah orang suruhan May yang bunuh parents aku."
Mata Qarl berair. Wajah dia terpalit amarah dendam.
"Qarl..."
Aku menepuk lembut bahu dia.
"Sabar."
"Kita stop cakap pasal hal yang menyakitkan. Saya nak awak nikmati pemandangan yang sangat indah buat masa sekarang."
"Yup. Lagi indah bila bersama kau."
Dia memandang aku dengan ekor mata.
"Anna, Mak kau ada cerita yang kau tak pernah bercinta. Betul ke?"
Aduh Mak ni, pergi buka cerita pasal aku. Mesti Qarl gelakkan aku. Sebab kolot sangat.
Lambat-lambat aku mengangguk.
"Tak pernah ada boyfriend?"
"Hmm."
"Sepanjang hidup kau, tak pernah suka mana-mana lelaki? Tak pernah berduaan macam sekarang?"
Dia memandang aku dengan wajah tidak percaya.
"Tak."
"Kau lesbian ke?"
Aku menjegilkan mata.
"Taklah."
"Sorry kalau aku tanya, kau tak pernah jatuh cinta ke? Even cinta monyet?"
"Tak."
Dia menarik nafas. Seperti kelegaan.
"Jadi, aku la lelaki pertama dalam hati kau kan?"
Debaran kembali datang bertandang.
"Jawab, Anna."
"I don't think that I should answer your ridiculous question."
Aku melarikan anak mata.
"Aku tahu kau malu. Kau tengah berdebar sekarang."
Dia senyum senget.
"Tak payah nak tayang senyum senget depan saya."
"I take it your answer as a yes."
"Qarl..."
"Saya tak pasti dengan apa yang saya rasa. Tapi, saya rasa selesa bila dengan awak."
"Itu maknanya kau dah mula sukakan aku."
Pergh. Selamba saja dia menuduh tanpa usul periksa.
"Kau dah tak takutkan aku, Anna. Kau dah mula percayakan aku."
"Saya tak boleh nak bayangkan apa yang bakal jadi. May mahukan awak, Qarl. Dia takkan biarkan kita bersama."
"Persetankan May. I don't need her."
"Mungkin sekarang kau masih tiada rasa sayang pada aku. Tapi, aku yakin kau akan cintakan aku, Anna."
Aku tak tahu apa itu definisi cinta. Seumur hidup aku tak pernah rasa begini.
Mampukah Qarl lindungi nyawa aku?
"Anna Adriana, cubalah lari hingga ke hujung dunia, aku tetap akan pastikan kita bersama."
Kata-kata dia seperti satu sumpah.
Aku kehilangan kata.
Mira... aku tersepit. Nyawa dan cinta jadi taruhan.
.
.
.
Aku memerhatikan dia yang dari tadi tekun belajar memasak Kari Kepala Ikan dengan ayah aku. Katanya, masakan air tangan ayah paling best yang dia pernah rasa.
Tak tahu la dia memang puji ikhlas atau nak pancing hati family aku.
Sesekali melihat dia ketawa, hati aku jadi riang.
Dia tak nampak macam lelaki jahat.
"Na..."
Mak tarik kerusi dan duduk di sebelah aku.
"Stay la lama lagi kat sini. Mak dah lama tak luangkan masa dengan Anna."
Aku tak tanya Qarl lagi. Aku tak tahu bila dia nak pulang ke Kuala Lumpur.
Aku tak tahu samaada dia mahu membawa aku pulang sekali atau membiarkan aku di sini.
"Na pun tak tahu lagi, Mak."
Mak memerhatikan Qarl dan Ayah silih berganti.
"Ayah kau happy bila Lee ada. Ada teman bersembang."
Lee tak kekok langsung dengan keluarga aku. Pandai dia ambik hati Ayah. Tapi, kalau orang tahu siapa dia, pasti orang akan terkejut.
"Na nak habiskan study dulu. Lepastu, baru fikir semua tu, Mak."
"Mak tak suruh pun kau kahwin cepat-cepat. Cuma, kalau boleh pertimbangkanlah hasrat kami dan dia. Jangan memilih."
"Yela, Mak."
Aku malas nak melayan kata-kata Mak. Takut tersalah cakap, terasa pula hati.
Persoalannya, aku dan Qarl Lee... Akan direstuikah perhubungan kami jika kami disatukan?
Bolehkah kami bersatu jika orang tahu identiti dia yang sebenarnya?
Qarl tetap Qarl. Dan aku... hanyalah Anna Adriana yang tidak sekufu dengan dia.
Tiada siapa tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang. Semoga Allah permudahkan urusan aku dan juga semua urusan... Qarl Lee.
Share this novel