Bab 21

Romance Series 59136

“Assalamualaikum,” aku membuka pintu rumahku. Wajah Aliya berada di ruang tamu, seakan memang telah lama menunggu diriku pulang. Aku cuba untuk menenangkan diriku. “Kau tahukan aku hantar nenek dengan Syafik kat terminal bas tadi. Kenapa ni?”

Aliya tidak banyak bicara. Tangannya hanya menunjukkankan beberapa keeping surat yang berlipat origami sampul surat. Aku kenal cara sampulan itu. Surat aku!

Laju aku merampasnya.

“Apa ni Mia?”

“Kau geledah bilik aku?” aku menuduh.

Dia merengus. Kepalanya digelengkan. “Aku takkan perasan ni kalau bukan sebab kau cuai letak bersepah atas meja kau. Salah aku sebab terbaca. Aku nak ambil charger dan tengok apa aku jumpa. After all this time, you still can’t forget him? Berbaloi ke?”

Jadi surat ni bukan dalam tong aku? Macam mana aku boleh cuai dan lupa?

“Mia, jawab!”

“Kau sibuk kenapa Liya?”

“Kau kawan aku!”

“Dan aku tak minta kau kisahkan? Jadi kenapa kalau aku tak boleh lupakan dia? Kau nak aku buat apa?” aku membalas. Aku menahan air mata dari mengalir.

“Dan kau ada jumpa dia baru – baru ni? Mia, kenapa kau macam ni? Aku tak mahu burukkan dia. Dia kawan aku. Tapi aku lagi sayangkan kau Mia. Sebab apa dia buat dulu salah. Dia pergunakan kau selama ni. Kau tak sedar ke?”

Aku tahu, tapi aku tak tahu apa hati aku mahukan. Setiap hari aku menderita macam ni. Aku tak tahu nak mengadu dengan siapa.

“Aku susah nak lupakan dia.”

“Jadi dia datang, nak kau balik. Kau nak lah?” Aliya mengamuk.

“Mestilah tak.” Aku menjawab meskipun sedikit ragu. Aku sendiri tidak pasti apa yang aku mahukan. “Aku tak tahu Liya. Sakit sangat bila tengok dia depan kat depan mata aku. Dia sihat, malah berubah dia lebih kepada bahagia walaupun aku tiada. Tapi aku, aku sampai sekarang, terseksa Liya. Bertahun Liya aku cuba lupakan dia. Bukan tak cuba. Aku ingatkan aku dah boleh buang rasa sakit hati ni, tapi tak. Sakit sangat Liya. Sakit sangat.”

Aku tidak dapat menahan air mataku. Aliya terus memeluk bahuku. Aku tidak sedar berapa lama aku menangis, cuma itu yang mampu aku lakukan ketika itu. Aku penat memendam. Melihat dia kembali dengan wajah tersenyum bahagia membuatkan hati aku lagi sakit. Aku tak faham apa yang ada di dalam hatiku ketika melihat dia.

Ada ketika aku yakin diriku boleh melupakan Daniel, tapi ada masa, bila sendirian, atau terserempak dia lagi, aku hilang segala keyakinan.

“Kenapa kau tak bagitahu aku?”

“Sebab aku bodoh. Aku fikir aku boleh hadap semua ni sendiri. Tapi percayakan aku, aku sedikit pun tak ada rasa nak biarkan diri aku dipergunakan lagi.”

“Kenapa kau tak pernah bagitahu dia ada kat sini?”

Aku terdiam.

“Aku kawan kau kan, Mia? Sakit kau rasa tu kau tak boleh pendam. Lagi kau pendam, lagi tu kau yang merana. Aku tak nak kau buat keputusan salah lagi. Sebelum kau kenal dia, aku kenal siapa Daniel tu dulu. Dia bukan untuk kau.”

Aku menunduk. Sakit apabila mendengar lagi ayat ni. Dari aku mula putus, Aliya dah ingatkan aku, tapi aku degil. Sekarang aku merana balik.

“Hati kau kata apa? Nak dia balik? Kau bukan sorang jer perempuan dia hancurkan tau. Mungkin sekarang dia menyesal, tapi boleh percaya ke?”

Diam lagi. Aku tak tahu.

“Dalam hati kau ada dia lagi ke?”

Aku menutup mataku. Siapa di dalam hati aku? Masih lagi ke Daniel? Setelah berkali aku cuba mengelak dari bertemu dia.

“Kat mana kau jumpa dia hari tu?”

“Klebang.” Aku menjawab.

“Kau masih tunggu dia ke Mia?”

Masih ke? Satu wajah terbayang difikiranku. Aku tersenyum. “Aku harap tak. Mungkin salah aku selama ni sebab tak pernah luahkan rasa terpendam ni. Aku kena jumpa dia kali Liya. Terima kasih sebab kau memang kawan aku. Aku minta maaf.”

Aku segera berdiri meninggalkan Aliya. Aku yakin, waktu ini dia berada di sana. Tanganku segera melihat jam di telefonku. Masih simpat lagi sebelum tutup.

Keretaku laju menuju ke pantai. Ya. Dia masih ada di sana. Tak perlu aku meneka, sebab situ tempat dia selalu berada. Kali ini, aku akan pastikan hati aku dapat apa yang aku mahukan. Aku tak boleh lari lagi seperti sebelum ni.

Aku salah sebab aku memendam rasa hati aku. Tapi tak bermaksud aku tak boleh ubah masa sekarangkan? Sebab aku yakin, ini yang terbaik untuk aku dan dia.

Sampai sahaja, tepat seperti yang aku jangkakan. Dia ada di sana. Sedang sibuk. Mataku kali ini terlihat seseorang yang berada di bawah pokok, manakala seorang lagi berada tidak jauh dari situ juga. Ini keputusan aku, jadi aku akan tanggung segala akibatnya.

Jom tengok, kalau semua ni boleh akhiri resah hati aku selama ini.

“Hey,” aku menegur lelaki di bawah pokok. “Rehat ke?”

Dia seperti terkejut melihat aku menegurnya. Pada sisi lain, aku melihat dia yang sedang khusyuk sehingga tidak sedarkan kehadiranku. Atau mungkin dia tahu tapi dia memilih untuk tidak menggangguku?

“Mia?”

“Kenapa?” aku hanya tersenyum.

“Okey ke ni?”

Aku sekadar mengangguk kecil. Cuba untuk mengingat kembali fokusku. “Mia ada nak cakap satu perkara dengan awak. Jom pergi sana.” Aku menunjuk ke arah pantai.

“Sihat ke?” dia seperti ragu dengan diriku.
Aku hanya tersenyum dan berjalan dahulu meninggalkan dia di belakang. Mia, kau dah fikir, jangan tangguh.

“Daniel.” Aku berpusing memandang dia. “Bagitahu Mia kenapa Daniel muncul balik? Memang salah Mia sebab tak mengelak terus, walaupun dari awal tahu awak kat sini. Tapi Mia nak tahu kenapa awak muncul balik dalam hidup Mia?”

“Sebab aku rasa bersalah. Aku nak minta maaf dengan baik. Aku tahu kau tak boleh maafkan aku. Aku tahu tu salah aku. Tapi selagi boleh, aku akan cuba sampai kau maafkan aku.”

“Tu jer?”

“Aku tak minta lebih sebab aku tahu salah aku. Permainkan perasaan kau dari awal. Bagi harapan palsu sedangkan aku tak pernah sayangkan kau lebih dari kawan. Macam mana aku sayangkan Liya dan Acap. Macam tu juga aku sayangkan kau.”

“Dah berusia macam ni, baru Mia terfikir. Mungkin Mia patut maafkan Daniel. Dan hari ni, Mia faham kenapa hati Mia sakit bila teringatkan Daniel. Sebab Mia hanya cuba lupakan tapi bukan memaafkan.”

Daniel terdiam mendengar.

“Tak mungkin Mia boleh lupakan lelaki macam Daniel. Daniel pernah jadi orang yang gembirakan hari Mia. Dan sekarang Mia sakit nak melupakan. Daniel. Mia maafkan Daniel.”

Mendengarnya, wajah Daniel tersenyum. Seperti itu yang dia nantikan selama ni.

“Betul ke ni?”

“Tapi dengan syarat tau.” Aku tertawa melihat dia berhenti tersenyum.

“Kau dengan syarat kau memang tak boleh buang eh?”

Kepalaku hanya menggeleng. “Bila tiap kali nampak Mia, wajib nyanyi lagu yang kononnya lecturer tolak mentah - mentah tu. Tu akan sentiasa tau jadi lagu kegemaran Mia. Kalau tak dengar lag utu masa datang sini, tarik maaf tu balik!”

Daniel hanya mengangguk. “Terima kasih Mia. Sekarang aku baru tenang. Kau orang paling susah aku nak dapatkan kemaafan tu. Terseksa jiwa batin aku ni.”

“Ex lain tu dah pergi minta maaf ke? Sebab pergunakan dorang juga.” Aku menyakat.

“Dorang semua tak special macam korang bertiga dalam hidup aku.”

Aku tersenyum. Sememangnya, dia takkan boleh berhenti melihat aku lebih. Dia sayang aku hanya sebagai kawan, dan aku terlambat nak sedar perkata tu. Kata – katanya yang bergitu buatkan aku jatuh hati kepada dia dulu. Salah aku kerana mudah menyukai dia.

“Aku lagi merana kalau korang bertiga tak maafkan aku. Mia aku gerak dulu. Nak sambung kerja balik.” Dia melambai sebelum pergi.

“Bye.”

Tanganku melambai kelibatnya dari belakang. Hati aku tenang. Mungkin ini yang patut aku buat dari dulu. Aku tak pernah cuba nak memaafkan. Tu puncanya. Aku sendiri tak mahu hubungan persahabatan aku dengan dia hilang kerana perasaan lama.

Aku mengeluarkan telefon bimbitku. Semestinya mereka belum sampai kampung lagi.

Jaga nenek. Mia percayakan Syafik. Dan Mia maafkan Syafik.

Satu perkara lagi dah selesai. Tinggal satu lagi. Dia pula. Tekun sangat melukis. Takkan tak perasan aku dari tadi?

“Knock knock.”

Aku membuat bunyi ketukan untuk mengambil perhatian Adam. “Agak dah mesti ada kat sini.”

Adam mengangkat mukanya. Wajahnya tiada ekspresi. Mungkin terkejut aku mengganggu dia? Lagipun dia sampai awal kali ni daripada yang aku sangkakan.

“Lukis apa tu?”

Adam masih lagi tidak menjawab. Wajahnya hanya memandang aku. Aku jadi pelik dengan dirinya ketika itu.

“Adam okey tak ni?” tanganku cuba menarik perhatian dia.

“Menangis?” dia bertanya.

Macam mana dia boleh tahu? Rasanya dah lama aku berhenti menangis tadi.

“Ada kesan macam baru lepas menangis ke?” aku menyoalnya semula.

“Cuma mampu buat andaian.”

Dia meletakkan penselnya di atas meja. Mungkin mahu fokus mendengar celotehku memandangkan aku sejujurnya banyak mahu dikongsikan.

“Nak mula dari mana?” tanya Adam.

“Tak tertanya Mia berbual dengan siapa ke tadi?”

Adam tersenyum. “Aku boleh tanya ke? Dan kau akan jawab ke?”

“Hmmm,” aku berpura berfikir. “Kawan baik yang Mia kejam dan abaikan.”

Adam tersenyum. “Lagi?”

Mungkin dia tidak percaya dengan kata – kataku tadi, namun dia mahu aku terus berceloteh.

“Hmmm, lagikan.” Aku terhenti seketika, memerhatikan wajahnya. “Jom.”

Adam menjungkitkan keningnya. “Huh? Nak pergi mana?”

Melihat dia kebingungan membuatkan aku tersenyum.

“Jom kahwin.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience