Bab 18

Romance Completed 78329

Perasaannya tak dapat dikawal lagi selepas dia memandang tubuh Dariya yang sudahpun ditutupi dengan kain berwarna putih. Kalaulah Dariya itu isterinya, sudah pasti tubuh kaku itu dipeluknya erat. Air matanya cuba ditahan tapi dia tak mampu. Perasaannya sekarang bercampur aduk.

Puan Aminah mengusap perlahan belakang badan Luqman bagi meredakan kesedihan yang melanda dalam diri Luqman. Dia tahu bagaiman sedihnya Luqman waktu ini sebab perasaan sedihnya sebagai seorang ibu lebih lagi dari Luqman.

“Luqman…jangan menangis sangat. Takut nanti meratap jadinya. Tak elok…” nasihat Puan Aminah.

“Kalau Luq berkeras dengan Dariya before dia berangkat ke Filipina, mesti bend ani takkan jadi kan, ibu?”

“Luq! Kenapa cakap macam ni? Benda ni Allah dah takdirkan untuk terjadi. Kalau Allah kata nak jadi, maka jadilah. Kita tak boleh nak menidakkan itu ini seolah-olah kita tak redha dengan ketentuan yang Allah dah aturkan.”

Luqman cuma mengangguk kecil. Air matanya pantas diseka menggunakan ibu jarinya. Hampir saja dia mengikut perasaannya sendiri tadi. Kalaulah Puan Aminah tidak mengikutnya sekali ke sini, mesti dia dah tenggelam dalam perasaannya ataupun lebih teruk dia meratap pemergian Dariya.

RASA bosan mula menyelubungi dirinya. Petang ini baru dia dibenarkan untuk pulang ke rumah. Haih…boring! Masih berbaki beberapa jam sebelum dia dibenarkan keluar dari sini. Control remote diambil lalu punat on ditekan. Namun, berita yang ditayangkan di skrin menarik perhatian Gia.

Dariya Kamilia isang modelo mula sa Malaysia ang lumipas na sanhi ng paghagupit ng isang kotse. Pagsisiyasat na nagsiwalat na ang sasakyan ay pag-aari ni Gia Vatanika.
(Dariya Kamilia model dari Malaysia meninggal dunia akibat daripada dilanggar kereta. Hasil siasatan mendapati kereta tersebut milik Gia Vatanika.)

Dariya? Gia memerhatikan gambar yang dipampangkan di skrin televisyen. Dariya?! Jantung Gia mula berdegup kencang apatah lagi tajuk utama berita ada berkaitan dengan namanya sekali.

Dariya dah meninggal?! Aku ke yang langgar Dariya dan akhirnya dia meninggal dunia? Namun, secara tiba-tiba satu persatu kenangan yang terjadi pada waktu malam dia habis fashion show terjah masuk ke dalam fikirannya. Dari awal hingga ke habis sehinggalah…
Gedebummm!!!

Gia menekup telinganya. Tak! Tak! Tak mungkin aku yang langgar Dariya! Mustahil! Tak! Benda ni tak jadi! Ini semua hanya mimpi aku! Gia mencubit lengannya namun terasa sakit. Maksudnya ini bukanlah mimpi!

“Gia…how are you?” Maya menegur Gia yang khusyuk menghadap berita di televisyen. Perkara yang dah terjadi antara Gia dan Dariya diberitahu oleh Jericho.

“Maya…benda yang jadi dekat aku semuanya mimpi je kan?” air matanya mula tumpah.

“Gia…”

“Maya! Semuanya mimpi kan?! Dariya tak mati kan?! Aku tak langgar dia kan?!” Gia seperti orang hilang arah. Masih lagi tak dapat terima kenyataan dari berita tersebut.

“Gia…” Maya mendakap tubuh Gia dan diusap belakang badan Gia untuk menenang emosi Gia yang mulai tak stabil. “Gia…kau tak sengaja pun langgar Dariya. Semua benda yang terjadi bukan salah kau!”

“Tapi tetap aku yang puncanya sampaikan dia mati Maya! Aku puncanya!!!” Gia menangis sekuat hatinya. Tak dapat dibendung lagi perasaan bersalahnya terhadap Dariya.

“Aku nak pergi tengok Dariya!” Gia bertindak menolak Maya dan turun dari katil wad. Baru sahaja dia hendak melangkah menuju ke pintu, Maya pantas menarik tangannya.

“Gia! Kau tak boleh pergi sana!”

“Kenapa pulak?! Kenapa tak boleh?! Aku nak pergi tengok Dariya! Aku yang salah dalam hal ni! Lepas!”

“Gia! No!”

“Kenapa?!”

“Sebab kau ni memang sejenis menyusahkan orang! Tak cukup sekali kau susahkan hidup orang, kau nak tambah masalah lagi ke hah?!” Suara Madam Valona nyaring di dalam wad. Danial turut ada sekali dengan Madam Valona.

Gia memandang mummynya. Riak wajah mummy garang menyinga seperti singa kelaparan yang menunggu masa untuk menerkam mangsanya. Madam Valona menghampirinya.

“Yang kau sibuk sangat nak pergi tengok Dariya tu buat apa?! Dia dah mati pun! Tak ada gunanya kalau kau pergi tengok dia! Bukannya dia boleh bangun balik pun!”

“Tapi masalahnya mummy…puncanya datang dari Gia. Gia yang menyebabkan Dariya mati. Salah ke kalau Gia nak tebus kesalahan Gia dengan pergi tengok dia hah?” aku rasa tak ada apa yang salah pun kalau aku nak pergi tengok Dariya buat kali yang terakhir. Tapi, kenapa mummy nak halang aku pulak ni?

“Kau ingat bila kau pergi jenguk Dariya, masalah kau akan selesai huh?! Kau tak tahu apa yang jadi dekat luar sana!”

“Apa yang dah jadi?” Gia mula tertanya-tanya.

SEBAIK terpandangkan berita yang disiarkan di skrin televisyen, darah Luqman terus menyerbu naik ke muka. Panas rasa hatinya sekarang. Untung juga berita yang disiarkan tadi ada sekali dengan English translation. Gia Vatanika adalah dalangnya! Tak apa! Mungkin sekarang aku tak jumpa dengan kau tapi satu hari nanti kita mesti akan berjumpa jugak!

Luqman menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbit. Nombor kawannya didail. Idham seorang saja yang dapat membantunya sekarang ini memandangkan Idham pernah tengok sendiri macam mana case-case macam ni dihandle di Filipina.

“Hello Idham! Aku nak kau tolong aku untuk something!”

“Kau nak aku tolong apa?”

“Aku nak kau tolong uruskan kes Dariya dekat Filipina boleh tak? I need your help right now!”

“Tapi Luq…undang-undang dekat Filipina tak sama dengan Malaysia yang aku nak boleh handle sesuka hati. Aku hanya mampu jadi peguam kau saja dan tolong apa yang patut. Kita kena ikut prosedur undang-undang dekat sana.”

“Tapi kau kan pernah tengok macam mana nak handle case di Filipina dulu?”

“Ye tapi…”

“Tolong aku Am. Aku perlukan pertolongan kau sangat-sangat waktu ni. Kalau kau tak boleh nak tolong aku sebabkan prosedur undang-undang, kau tolonglah jadi peguam aku.”

“Ok, ok. Aku akan tolong kau dan aku akan cuba hubungi kawan aku yang still kerja sebagai peguam di Filipina. Aku try contact dulu dan aku akan bagitahu kau balik kalau dia boleh tolong kita urus kes ni ok?”

“Ok! Thank you!” Luqman terus memutuskan talian telefon.

Aku akan pastikan penyebabnya dapat balasan! Tak kisahlah berisiko macam mana sekalipun! Aku akan pastikan manusia yang bernama Gia Vatanika takkan terlepas!

“KAU jangan nak buat perangai lagi Gia Vatanika! Tak cukup ke selama ni kau dah buat aku pening kepala dengan perangai degil kau hah?! Tak cukup lagi ke sampaikan benda macam ni pun aku nak kena clear untuk kau?!” Suara Madam Valona masih lagi meninggi dan tak ada tanda-tanda dia akan bertenang.

“Sepatutnya sekarang ni kau berterima kasih dengan Danial sebab dia sanggup tolong kau bersihkan semuanya! Kau tengok! Orang yang kau bencikan selama ni sanggup tolong kau hapuskan bukti yang sedia ada! Lepas ni, kau masih nak bermusuh dengan abang tiri sendiri ke hah?!”

Gia memandang Danial yang mula mengukirkan senyuman sinis plus menang di bibirnya. Huh! Kau jangan ingat bila kau dah tolong aku sampai tahap ini, aku akan tunduk pada kau Danial! Aku takkan sesekali tunduk pada kau sampai bila-bila! Kau ingat tu!

“Banyak mana pun dia tolong Gia dalam kes ni, Gia takkan sesekali berbaik dengan dia. Mummy faham tak? Gia takkan berbaik dengan dia lepas apa yang dah terjadi antara dia dengan Vi! Mummy still tak nampak ke yang selama ni dia hanya nak pergunakan anak mummy?! Hah?!” kali ini kesabaran Gia sudah sampai kemuncak.
Sudah lama dia berdiam diri tapi kali ini dia tak mampu untuk diam lagi. Sampai bila dia yang harus dipersalahkan?

“Kau ni memang tak pandai nak bersyukur langsung!”

“Ikut suka mummylah mummy nak cakap apa sekalipun tapi Gia tetap dengan pendirian Gia! Gia takkan sesekali berbaik dengan dia!” lurus jari telunjuknya ditunjuk ke arah Danial.

“Kau…”

“Madam! Jangan bergaduh dekat sini. Lagipun Gia baru je sembuh…” Maya cuba meredakan keadaan.

“Entah mummy ni. Memang dekat hospital ni tempat untuk mummy melepaskan kemarahan dekat kak Gia ke hah?” Vitalika pula masuk campur.

“Shut up!” matanya menjegil tajam kepada Vitalika.

Vitalika mengambil keputusan berdiam diri. Kalau dia melawan sekalipun, tetap mummy yang akan menang. Serius kalau bertengkar dengan mummy, penat je yang dapat.

“Gia Vatanika! Aku nak kau dengar sini baik-baik! Selagi kau menganggap aku ni sebagai mummy kau, kau kena ikut apa saja keputusan aku dan aku nak kau berbaik dengan Danial! Kalau dia tak ada, nama kau takkan clean sekarang ni!”

Terus Gia tak berpuas hati dengan apa yang disuruh oleh mummynya. “What are you talking about huh?! Kejap! Ada ke Gia suruh mummy dengan dia tu clean nama Gia?! Ada?!”

“Gia!” Hampir saja tangannya naik melayang ke pipi Gia namun pantas ditegah oleh Vitalika dan Maya.

“Kau makin kurang ajar dengan aku sekarang ni? Kau sedar tak hah kalau Danial tak tolong clean nama kau dan hapuskan semua bukti yang ada, kau takkan sesenang ini sekarang! Silap-silap kau dah meringkuk dalam jail!”

“Sorry mummy Gia bukan nak kurang ajar dengan mummy tapi Gia ada suruh dia clean dan padam semua bukti ke hah?! Ada?! Dia yang nak buat then lantak dialah!”

Kali ini betul-betul tangan Madam Valona melayang tepat ke pipi kanan Gia. Naik turun dadanya menahan nafas kencang menahan amarahnya kepada Gia.

“Kau memang tak sedar diuntung! Orang dah tolong kau pun, kau masih nak berlagak!”

“Gia tak berlagak mummy but what happened yesterday totally my fault! Dah sah-sah salah Gia, kenapa Gia perlu nak sembunyi?!”

“Kau jangan nak acah-acah bijak sangatlah Gia! Kau tahu tak dengan tindakan bodoh kau yang kononnya nak serahkan diri tu mampu merosakkan segalanya!”

“Especially your reputation, right?!” Gia mencelah pantas.

“Bukan setakat reputation aku tapi ingat! Reputation Mr. Scott Padilla! Ayah tiri kesayangan kau yang selama ni jaga kau dan bagi kau makan minum semua! Kau kena ingat semua tu! Jangan pernah malukan nama Mr. Scott Padilla sebab orang pun tahu status kau tu anak tiri kepada siapa! Lagipun, kau tak sayang ke hah dengan reputation yang kau ada sekarang ni? Gia Vatanika, the top model in Philippines! Kau cuba bayang kalau kau masuk jail? Reputation kau habis lenyap dan waktu tu aku rasa kau nak cari job pun…susah! Sebab apa? Sebab kau ni bekas banduan! Oh ya, aku pun tak naklah kau rosakkan reputation suami aku dengan gelaran ‘banduan’ kau tu nanti! Jadi, sebelum kau buat satu-satu keputusan make sure kau dah habis fikir! Faham?!”

Mata Gia mula kabur dengan air mata yang bertakung di kelopak matanya. Entah sampai bila aku mampu bertahan dengan semua ni! Sampai bila aku harus mengikut telunjuk orang walaupun aku dah hidup sendiri! Penat! Aku penat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience