BAB 6

Romance Completed 49809

“Samser tahu ma, tapi ni dah ditetapkan. Samser harap mama dapat terima. Samser akan balik sana dalam beberapa bulan lagi.” Bisik Samser di dalam telefon. Aku mengerling ke arahnya. Pasti dia sedang berbicara dengan mamanya.

Huh, tak sangka. Anak mak rupanya si Samser ni. Nampak gaya macho dan segak! Kemudian aku lihat Samser menutup telefon bimbitnya.

“Maaf Cik Fitri, tadi mama saya call . Dia agak terkejut tentang perkahwinan kita. Iyalahkan, siapa yang tak terkejut kalau tiba-tiba aje macam ni.” luah Samser, sembari menumpukan perhatian pada pemanduannya.

Maaf Samser, saya dah jebakkan awak dalam masalah saya. Saya tahu awak tak sanggup bantu saya. Maafkan saya sekali.” Ujarku, memohon maaf. Aku rasa bersalah amat sangat!

“Tak apa cik Fitri. Saya ikhlas bantu Cik Fitri. Dulu Cik Fitri bantu saya, sekarang saya bantu Cik Fitri pula,” katanya dengan seulas senyuman, kemudian terserlahlah lesung pipitnya yang manis kelihatan.

Ya benar, aku pernah membantunya sebelum ini. Dia hampir sahaja dibuang kerja kerana cuai. Dato’ Hisham bukan main marah, tapi aku berjaya mengawal situasi dan berjaya menyelamatkannya dari dipecat. Mungkin dari situ dia terhutang budi denganku.

“Keluarga awak okey tak? Baik tak?” soalku. Aku perlu ambil tahu juga di dalam hal ini, lagi beberapa minggu sahaja kami akan melangsungkan perkahwinan. Kad kahwin juga sudah diedarkan.

“Okey aje. Macam manusia biasa, tak kanibal. Tak makan orang pun. /So/ tak ada sebab Cik Fitri nak takut.” Samser berseloroh. Hisy! Sengal betul! Nak gurau-gurau pulak. Aku serius dia main-main!

Sejujurnya aku masih tidak mengetahui latar belakang keluarga Samser l. Apa yang aku tahu dia tinggal di Sabah. Di mana tempatnya? Aku sendiri tak tahu. Aku hanya pernah menjejakan kakiku ke Pulau Sipadan sahaja. Itu pun sebab aku melancong. Tak adanya aku pernah jejakkan kaki aku ke sana.

“/Family/ awak tinggal dekat mana? Kota Kinabalu ke?” soalku, ingin tahu.

“Tak adalah. Cik Fitri ni, asal cakap Sabah aje Kota Kinabalu. Asal Kota Kinabalu aje Sabah. Tak ada tempat lain ke nak sebut? Sebutlah Kota Belud ke, Keningau ke, Tawau ke.” Keluh Samser. Aku terdiam. Memang betullah Sabah selalu dikaitkan dengan Kota Kinabalu, gunung tertinggi dekat Malaysia tu, siapa tak kenal?

“Dah tu, awak duduk mana?” tanyaku lagi, terus ke pokok soalan. Samser tersengih. Matanya masih lagi memandang ke jalan raya. Mujur tidak sesak hari ini.

“Keluarga saya tinggal dekat Pulau Mengalum.” Jawab Samser, ringkas. Aku terjeda. Lubuk mana dia duduk ni? Tak pernah dengar langsung aku tempat tu. Tempat jin bertendang ke?

“Erk. Kat mana tu? Tak pernah dengar. Ada dalam peta Malaysia ke?” soalku lagi. Keinginanku untuk tahu membuak-buak. Haraplah tidak terlalu jauh ke pedalaman. Memang aku tak selesa.

“Dekat aje. Nanti Cik Fitri akan pergi sana jugak. Sabar aje okey? Sabar itukan separuh dari iman Cik Fitri.” Ujar Samser lagi. Aku mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience