10

Family Completed 11588

Tok chik membuka pintu rumahnya untuk solat subuh secara berjemaah. Sebaik saja melangkah keluar, matanya tertancap pada sebatang tubuh yang sedang bebaring di pangkin. Segera dia menuju je arah pangkinnya untuk meninjau.

“mayat ke?” soal tok chik sambil neraapati tubuh tersebut. Kelihatan tengku adi sedang lenna tidur. Kedengaran dengkuran halus.

“astaghfirullahalazim, apa kamu buat samppai tidur dekat luar ni? Adi? Adi?” kejut tok chik. Tengku adi bangun terpisat-pisat.

“atok nak pergi mana?” soal tengku adi mamai. Tok chik Cuma menggelengkan kepalanya melihat tengku adi. Ini mesti perbuatan aisyah telah tok chik.

“sudah, pergi masuk ke dalam. Atok nak ke surau sekejap. Kalau nak ikut, cepat siap. Atuk tunggu.” Tengku adi mengangguk. Dia segera menukar pakaiannya. Dia juga mengambil wudukdan memberus giginya.

Setelah selesai, sia segera keluar kerana tidak mahu tok chik menunggu lama. Dari jauh, dia dapat menangkap kelibat aisyah yang sibuk bercerita dengan atuknya. Dia merapati tok chik dan aisyah.

“aisyah, tak elok buat macam tu.” Tegur tok chik kepada aisyah.

‘tapi, aisyah dah ajak dia masuk semalam. Dia yang tak nak.” Balas aisyah mempertahankan diri. Sungguh dia tidak selesa menerima teguran atuknya yang dianggap cuba membela tengku adi.

“dia tak nak masuk atok faham tapi kenapa nak kena kurung dia dekat luar? Tak kesian ke dekat dia?” tengkhu adi tersenyum mendengar keprihatinan tok chik terhadap dirinya.

“atuk yang suruh aisyah kunci pintu. Aisyah baru nak cakap, atok kata tak baik membantah. Siap tak bagi aisyah bercakap apa-apa pula tu. Nak tak nak, terus aisyah kunci. Ingatkan nak buka tapi tertidur pula.” Terang aisyah panjang lebar.

“tapi kan aisyah” aisyah sidah tidak mahu mendengar kata-kata atoknyabterus berlaalu ke surau. Nasib baik suarau dekat. Tok chik mengeluh.

“atok, jangan cakap macamtu dekat aisyah. Aisyah tak salah. Saya yang salah, tak nak dengar cakap dia semalam. Lagipun, semalam memang tak sengaja saya tertidur dekat pangkin ni. Tengah tengok bintang semalam, terus rasa mengantuk semacam sedar-sedar atok dah kejut. Jangan salahkan dia ya, adi tak bolehlah tengok dia sedih.” Ujar tengku adi. Entah kenapa dia rasa sedih melihat wajah aisyah yang mendung.

“tulah. Kesian pula rasanya dekat aisyah. Jomlah kita ke surau. Sekejap lagi azan subuh.” Ajak tok chik. Tengku adi mengangguk. Mereka berjalan kaki menuju ke surau kampung tersebut.

“yelah tu. Su, nanti kau teman aku balik. Sekejap tau akuu pergi ambil beg telekung.” Pesan aisyah. Suraya mengangguk. Dia membetulkan tudungnya.

“dah siap ke, aisyah?” tegur suraya sebaik saja ternampak kelibat aisyah sedang membetulkan tudungnya. Aisyah mengangguk. Mereka berjalan beriringan pulang ke rumah.

“aisyah! Su! Tunggu aku.” Aisyah menoleh ke arah tengk uadi yang kelihatan terkocoh-kocoh mengejar mereka. Suraya terus menghentikan langkahnya manakala aisyah merengus sebelum menghentikan langkahnya.

‘ha, nak apa? Sanggup kau tinggal atok balik sorang-sorang?” soal aisyah tisak berpuas hati. Tengku mengambil nafas sebelum berdiri tegak semula.

“mana ada, atok pergi minum teh tarik dengan tok imam dekat kedai. Atok suruh aku balik dengan kau.” Laju saja tengku adi menyampaikan pesan tok chik.

Aisyah terus mengangkat kaki. Tetapi dia sempat mengerling ke belakang. Tengku adi yang sedang bermuram dipandangnya.

“kau nak ikut ke tak ni? Cepat lah.” Ajak aisyah sebelum melangkah laju. Siraya tersenyum sendiri di sebelahnya. Marah-marah sayang rupanya aiayah ni ujar aisyah di dalam hati.

“aisyah, aku balik dulu.” Ucap suraya meminta diri setelah mereka tiba di hadapan rumahnya. Aisyah melambai ke arah sahabatnya itu. Tanpa berlengah lagi, dia menuju ke dalam rumah. Tengku adi yang berada di belakangnya tidak diendahkan lagi.

“aisyah, tunggu. Aku nak cakap sikit dengan kau.” Panggil tengku adi sebelum sempat aisyah masuk ke dalam biliknya. Tengku adi meraapati aisyah dan mengajaknya duduk di ruang tamu. Tanpa banyak soal, aisyah melabuhkan punggung di salah satu sofa.

“aku nak minta maaf dengan kau. Kalau bukan sebab aku, mesti atok tak marah kau. Jadi, aku sebagai kawan kau yang baik memohon maaf atas segala kesilapan aku dulu. Lain kali, aku akan dengar cakap kau. Kita mula balik ye? Kosong-kosong?” mohon tenfku adi ikhlas. Dia rasakan sudah tiba masanya dia meminta maaf atas segala kesilapannya yang terdahulu.

“sudahlah. Kau tak salah. Aku tak marah pun, Cuma terasa hati. Tapi tak apalah kalau betul kau minta maaf, aku maafkan. Janji kau tak ulang lagi?” soal aisyah beriya-iya. Tengk uadi memgangguk.

“kita kawan. Kosong-kosong?” soal tengku adi lgi sambil tersenyum.

“kosong-kosong.” Balas aisyah sambil membalas senyuman tengku adi. Entah kenapa terasa hatinya mahu meletup melihat senyuman manis tengku adi.

“sudahlah, aku nak tukar baju. Sekejap lagi nak tolong nenek buat sarapan. Aku pergi dulu.” Aisyah segera berlalu menuju ke biliknya. Sehelai baju lengan panjang dan sweatpants dikeeluarkan dari almari. Pakaiannya disalin.

“nenek, hari ni nenek masak apa?” soal aisyah sambil membuka tudung saji di atas meja makan. Nek limah sedang leka memotong bawang merah meenoleh.

“hari ni nenek masak simple je. Nasi goreng telur je.” Jawab nek limah sambil tangannya memotong bawaang penuh cekap. Sekali tengok seperti peserta pertandingan masterchef saja lagaknya.b

“nak aisyah tolong apa-apa tak?” soal aisyah. Dia memerhatikan setiap bahan-bahan yang trsedia.

“tolomg buatkan air. Buat air milo satu teko dan air kopi susu satu teko.” Pinta nek limah. Aisyah mengangguk dan mencapai dua teko dari rak pinggan.

“nek, atok mana? Tak balik-balik ke dari mengopi?” soal aisyah memancing neneknya berbual.

‘atok kamu ada dalam bilik. Membaca lah tu kot.” Balas nek limah. Kali ini pula dia mengacau telur yang akan dimasukkan ke dalam nasi gorengnya.

“adi mana, aisyah?” soal nek limah pula. Selalunya tengku adi akan duduk di dapur melihat dia memasak, tetapi tiada pula hari ini.

“aisyah rasa dia dekat ruang tamu. Nak aisyah panggilkan ke?” soal aisyah kembali.

“tak payahlah. Dia tengah berehat kot. Semalam penat gamaknya berkebun dekat kebun brlakang tu” ujjar nek limah mula menumis nasi goreng. Aisyah cuba mengangguk.

“semalam adi tolong nenek berkebun? Ada apa dekat kebun tu?” soal aosyah ingin tahu. Dia menutup kedua-dua teko yang berisi air dan meletakkan kedua-dua teko tersebutdi tengah-tengah meja.

“ada macam-macam. Tapi nenek suka tanam sayur-sayuran. Dekat belakang tu, ada bendi, kacang panjang, terung, ulam raja, ubi kayu pun ada. Nanti tak payahlah nenek bersusah payah nak pergi ke kedai.” Aisyah menganghuk setuju dengab kenyataan neneknya.

“nenek, aisyah pergi tengok adi dulu tau.” Nek limah mengangguk mengizinkan. Aisyah tanpa menunggu lama menapak ke ruang tamu. Tengk uadi sedang leka termenung memikirkan sesuatu.

“adi, kau okay tak? Fikirkan apa?” soal aisyah sambil melabuhkan punggung di hadapan jejaka itu. Tengku adi memandnag aisyah sesaat sebelum menggeleng.

Aisyah tidak berpuas hati dengan tindak balas yang diberikan memandnag tajam ke arah tengku adi. Terasa sepperti diperhatikan, tengku adi memandang aiisyah pelik.

“kau kenapa? Ada masalah ke sampai kena pandang aku macamtuu sekali.” Soal tengku adi. Aisyah memgangguk.

“masalah apa? Nak kongsi tak?” aisyah mengangguk.

“aku ada masalah tengok kau termenung macam tadi. Kau ada masalah ke? Kalau ada masalah, komgsilah dnegan aku. Inshaallah aku tolong mana yang boleh.” Soal aisyah prihatin. Ralat dia melihat tengku adi termenung seperti sedang berfikir.

“aku tak apa-apa. Tak payah risau. Kau tak ada aktiviti ke nak buat petang ni?? Aku bosanlah.” Adu tengku adi. Aisyahmengangkat bahunya sebelum berlalu menuju ke dapur.

“aisyah, ala janganlah biarkan aku bosan dekat rumah. Bawalah aku pergi jalan-jalan.”pinta tengku adi. Reaksi aisyah masih sama iaitu mengangkat bahunya.

“nenek, tengok aisyah ni. Dia nak tinggalkan adi sorang-sorang dekat rumah. Dahlah ajak orang balik kmapung dia tapi tak nak bawa ornag jalan-jalan. Lain kali tak nak ikut kau balik kampung dah.” Ujar tengku adi merajuk. Nek limah menggelengkan kepala melihat kerenah dua makhluk yang berada di dapur.

“aku pun tak nak lah kau ikut balik kampung. Sibuk je nak manja-manja dengan nenek aku.” Balas aisyah sambil mencebik. Tengku adi memandang aisyah dengan pandangan menyampah yang dibuat-buat.

“aku ketuk jugalah budak bertuah dua ekor ni. Sudah, pergi sana. Nenek nak memasak pun susah. Aisyah, petang nanti kau bawalah si adi ni pergi memancing dekat tepi parit tu.” Arah nek limah sebelum menyambung kembali kerjanya yang tergendala.

“yey, aisyah bawa aku peegi memancing. Ingat tau aisyah, petang ni. Memamncing tepi parit tau.” Aisyah mendengus geram. Ada-ada sajalah pernagai si adi ni geytus hati aisyah geram. Dia berlalu menuju ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience