21

Romance Series 10716

Fea mencapai kod labuh separas lutut, menyarung sepatu dan berlari keluar dari bilik.

"Nak kemana lewat malam begini?" tanya Taylor yang masih berada di ruang depan sambil menonton perlawanan bola sepak.

"Fea rasa tak sedap hatilah."
Fea menyentuh dadanya yang berdegup kencang.

Taylor yang mendengar ungkapan Fea, langsung berdiri.

"Kenapa? Fea sakit ke?" dia lantas menghampiri Fea lalu menyentuh dahi wanita itu lembut.

Fea menggeleng.
"Bukan. Fea rasa ada sesuatu yang terjadi pada Fiona"

Dahi Taylor berkerut.

*

Sepanjang perjalanan ke Kenny, Fea tidak putus-putus cuba menghubungi Fiona, tapi gagal.

Dia menghubungi lagi,
"Please Fi, pick up" ujarnya penuh mengharap, tetapi tetap nihil.

Fea mula terfikirkan Ed. Jari jemarinya pantas mendail nombor Ed. Hanya sekali deringan, Ed menyambut panggilnya.

"Ed" suara Fea kedengaran resah.

"Fea, ada apa call saya lewat malam macam ni?" soal Ed hairan.

"Ed.. Fi." Fea jadi gugup. Bibirnya bergetar.

"Fea, kenapa ni? Kenapa dengan Fi?" suara Ed langsung berubah.

"Saya dan Taylor sekarang sedang menuju ke Kenny. Saya tak boleh nak katakan apa-apa sekarang sebelum tahu situasi yang terjadi pada Fi" itu sahaja yang terluah oleh Fea.

"Baiklah, kita jumpa disana" Ed mematikan talian.

*

Perjalanan sejauh 27 kilometer hanya memakan masa selama 20 minit perjalanan, dengan jalan yang lengang membuatkan mereka tiba di kediaman Atok Eldon dengan cepat.

Fea dan Taylor tiba disitu dalam keadaan yang masih gelap. Jam menunjukkan pukul 3 pagi.

Sebaik sahaja kereta berhenti, Fea melompat turun dan berlari ke arah pangkin yang Fi duduk tadi sewaktu berborak dengannya melalui telefon.

Dia pantas menyalakan lampu handfonenya lalu menyuluh keatas tanah. Dia dapat dengar dengan jelas tadi, seperti handfone Fiona terjatuh dan panggilan mereka terputus.

"Taylor" tempik Fea dengan suara yang agak nyaring.

Taylor berlari mendapatkan Fea. Langkahnya mati tepat di hadapan wanita itu.

Fea membongkok lalu mencapai sesuatu di atas tanah, dibawah pangkin.

Dia berpandangan dengan Taylor.

"Ini.." Mata Fea berkaca. Dia menatap kearah handfone yang dipegangnya. Skrin handfone itu sudah pecah dan handfonenya juga sudah terpadam.

Airmata Fea merembes laju.
"Fi" tangisnya.

Taylor spontan menarik tubuh Fea erat ke dalam pelukkannya.

"Kita akan cari Fi sampai dapat" itu janji Taylor kepada Fea.

Tidak lama kemudian, kereta Ed berhenti tepat di belakang kereta Taylor.

Dia berlari turun dapatkan mereka berdua.

"Apa yang berlaku?" soalnya resah.

Fea dengan wajah yang masih basah, menghulurkan tangannya.

Ed memandang tangan Fea. Disitu ada sesuatu yang dipegang oleh Fea.

Dahinya berkerut sebelum menyambutnya.
"Mana Fiona?"

"Hisk!" tangis Fea bila pertanyaan itu terpancul di bibir Ed.

Fea menggeleng pantas sambil mengetap bibir kuat. Airmatanya merembes laju.

"Tak tahu.. hisk! Masa saya sampai sini, Fi dah x ada. Saya cuma jumpa handfone Fi dibawah pangkin ni." cerita Fea dalam keadaan sebak.

Ed mengeluh berat. Wajahnya tampak resah.
"Kamu berdua tunggu sini"

Ed berlari ke arah rumah. Dengan kunci pendua yang ada ditangannya, dia membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Ed menjengah ke dalam bilik Fiona, kosong! Bilik itu seolah-olah belum terusik, kemas dan tersusun.

Kemudian dia melangkah ke bilik atuk dan neneknya. Pintu dikuak perlahan.

Dari samar lampu hadapan, dia dapat melihat keduanya sedang nyenyak tidur. Ed menarik nafas lega. Kedua mereka tidak perlu tahu tentang kehilangan Fiona.

*

Ketiga mereka keluar dari balai polis dengan perasaan berbaur. Mereka sudah laporkan kehilangan Fiona kepada pihak polis. Handfone Fiona juga terpaksa diserahkan kepada polis untuk tujuan siasatan.

Taylor memandang wajah Fea yang sugul.
"Kita pulang dulu ya? Biar pihak polis yang buat siasatan.

Fea menoleh, memandang kosong kewajah Taylor lantas mengangguk lemah.

Dalam fikirannya penuh dengan pertanyaan, kemana Fi pergi? Adakah Fi diculik? Jika benar, siapakah pelakunya? Apa salah Fi sehingga dia dijadikan mangsa penculikkan?

Fea tidak tidur semalaman. Dia hanya resah memikirkan Fiona. Handfone di atas meja kecil disisi katil ditatapnya lama. Dia berharap handfonenya itu berdering. Dari satu jam hingga hampir ke 2 jam, langsung tiada notifikasi yang diterimanya sehinggakan membuatnya tertidur.

Fea tersedar saat tubuhnya menggigil kesejukkan. Dia terasa seperti gumpalan ais jatuh ke kepalanya dan membuat tubuhnya kejang dan membeku. Kepalanya terasa sangat berat dan sukar untuk bangun.

"Apa yang sudah terjadi ni, tolong..." suaranya serak. Tekaknya terasa sangat perih.

Dia begitu yakin, dia sudah sedar. Tapi, mengapa dia masih terasa seperti di alam mimpi?

"Fea..awak tak boleh bangun" sayup terdengar suara yang sangat dikenalinya.

"Taylor..awak ke tu?" soalnya.

"Ya Fea. Saya Taylor. Awak tak sihat. Lebih baik awak berbaring diam-diam dan tidur" pujuk Taylor lembut.

Fea tidak mengerti. Tak sihat? Tidak-tidak! Dia baik-baik sahaja. Siapa cakap dia tidak sihat?

Tapi, kenapa dia tidak dapat melihat wajah Taylor dengan jelas? Penglihatannya kabur. Dari baringannya, dia dapat melihat dua susuk tubuh lagi berdiri tidak jauh darinya.

"Terima kasih doktor" ucapan itu terdengar jelas di pendengaran Fea.

"Bagaimana dengan Fea, apa yang doktor cakap?" dahi Fea berkerut. Ed? Dia amat mengenali suara mereka berdua. Tapi, suara perempuan tadi, dia tidak kenal sama sekali.

"Doktor cakap Fea terkejut. Mungkin dia terlalu fikirkan pasal Fiona, sehinggakan kesihatannya terjejas." luah Taylor.

Ed mengeluh.
"Apa kita nak jawab kalau Fea sedar nanti?" Ed buntu.

"Fea dah pun sedar" balas Taylor.

"Macam ni kau kata dah sedar?" dia menunding jari ke arah Fea yang masih terbaring dan tidak sedarkan diri.

"Fea meracau,nak bangun dan turun dari katil tadi" cerita Taylor dengan yakin.

"Mungkin dia tertidur semula lepas suntikkan yang doktor Sofia beri tadi" sambung Taylor lagi tanpa membuang pandang sesaat pun dari susuk tubuh Fea yang masih terbaring, begitu juga dengan Ed.

"Sudah ada berita pasal Fiona?" Taylor menoleh memandang Ed. Sepupu kepada wanita itu hanya menggeleng lemah. Sudah lebih 24 jam Fiona menghilang. Seluruh pasukan gerakkan khas telah dikerahkan untuk mencari Fiona. Dari tempat dia menghilang sehinggalah ke jarak 5km dari kawasan tempat tinggalnya. Semuanya ternyata hampa sama sekali.

Yang lebih menghampakan, tidak ada satu CCTV pun yang di pasang di kawasan itu yang boleh dijadikan bahan bukti. Pada jam itu juga, orang kampung disitu sudah nyenyak dibuai mimpi. Jika ditanya pada tetangganya, mereka juga tidak tahu menahu kerana jiran terdekatnya tinggal berjarak 1km dari rumahnya.

"Agak-agak kau, siapa yang culik Fiona?" Ed memandang Taylor dengan memasang wajah flat. Jika dia tahu siapa yang menculik Fiona, dia mungkin tidak akan berdiri disini, lebih baik dia mengejar orang itu dan membelasahnya sehingga tidak sedar diri.

Ed hanya diam sambil menatap tajam ke arah Taylor.

Taylor terdiam. Dia tahu kenapa lelaki dihadapannya itu menatapnya begitu. Ternyata dia tersalah pertanyaan.

Dia kemudian menepuk lembut bahu Ed.
"Sabar ya. Kita pasti akan jumpa Fiona dalam waktu terdekat ni. Kita sama-sama berdoa semoga dia selamat."

Ed merasa ada sedikit aura positif dari Taylor meresap masuk ke dalam tubuhnya.

**

Kali ini, Fea benar-benar sudah sedar sepenuhnya. Dia bangun dengan terasa tubuhnya segar dan nyaman. Dia terasa seperti sudah cukup rehat dan tidur.

Fea duduk dan bersandar pada kepala katil. Dia menatap kesamping, ada segelas susu bersama dua keping sandwich dia atas meja kecil di sisi katilnya.

Taylor seperti tahu yang dia sekarang tersangat lapar.

Fea mencapai susu dan sandwich yang beralaskan talam kaca. Dia menyentuh susu yang berada di dalam gelas,

'Masih panas' gerutunya dalam hati. Dia mengangkat gelas lalu didekatkan ke bibir.
Satu tegukkan sudah cukup melegakan tekaknya yang terasa sangat kering sejak tadi.

Dia meletakkan semula gelas susu tadi di dalam talam kaca sebelum mencapai sekeping sandwich lalu dijamahnya perlahan.

Kunyahannya terhenti. Dia merenung isi sandwich yang berada ditangannya.

'Inti apakah ini? Sedapnya' pujinya sambil tersenyum. Dia belum pernah merasa inti sandwich seenak ini dan ini adalah pertama kalinya.

Dengan keenakkan sandwich serta keadaannya yang begitu kelaparan, dia berjaya habiskan sandwich dengan sekali hadap.

"Puteri papa dah bangun" Rey muncul dihadapan pintu bilik Fea.

Fea menganga sebelum menjerit,
"Papa!!!" Dia berlari turun dari katil lantas memeluk erat tubuh lelaki separuh usia itu dengan manja.

Rey ketawa melihat keletah manja anak gadisnya.

"Bila papa sampai? Abang Drake tak datang sekali?" Fea menjengah ke arah pintu yang tertutup, mencari kelibat abangnya.

"Abang Drake sibuk dengan kerjanya. Katanya dia dapat tender besar kali ni" cerita Rey dengan senyuman lebar diwajahnya.

"Betul ke? Syukur.. Abang Fea tu dari dulu lagi memang seorang yang hebat" pujinya tanpa sedar.

Rey terkekeh.

"Anak papa macam mana, dah sihat?"
pertanyaan Rey membuat dahi Fea berkerut.

"Maksud papa?" Fea menunduk memandang dirinya sendiri. 'Bila dia sakit?' batinnya sendiri.

Ceklek,

Fea menoleh ke belakang dan melihat Taylor sudah tercegat di hadapan pintu biliknya.

Taylor faham benar maksud pandangan Fea terhadapnya. Wanita itu mahukan penjelasan darinya.

Tapi, Taylor hanya diam seribu bahasa. Itu lebih membuat Fea kesal.

Bersambung.....

Mohon maaf diatas kelewatan saya. Sibuk dengan urusan kerja disamping hal-hal lain yang tidak dapat dielak. * Apa yang terjadi pada Fiona? Siapakah pelakunya? Anda syak siapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience