Bab 2

Short Story Completed 3187

“Kau bawak aku datang sini buat apa?” Soal Airil dengan muka tegang. Mana tak tegang. Dia baru balik dari outstation dan aku terus ajak dia datang sini tapi dalam membebel-bebel tu, dia ikut jugak aku datang sini.

“Hari ni aku nak make over!”

“Hah?”

“New clothes, new shoes, new hair, new make-up and new Alya Amani!” Aku senyum lebar. Sekarang ni aku dah bertekad. Aku nak ubah penampilan aku sebab aku rasa lelaki hanya sukakan perempuan yang cantik dan bergaya. Kalau aku terus macam ni, alamatnya sampai ke tua la aku membujang melainkan Airil tiba-tiba cakap dia nak kahwin dengan aku. Erk, kahwin dengan Airil? Macam tak best je bunyinya.

“Untuk?”

“Hmm… saja.”

“Jangan nak tipu akulah. Aku kenal kau, Alya Amani. Apa yang kau nak cuba buktikan sebenarnya? Kau nak tunjuk dekat Ikhmal yang kau jauh lebih cantik dari Melissa tu?”

Aku gigit bibir dengan kata-kata Airil. Kenapalah Airil ni tahu semua benda pasal aku?

“Aku cuma nak ubah diri aku.”

“Aku suka kau macam ni.”

“Kau suka nak buat apa? Bukannya kau nak kahwin dengan aku pun…” Aku mencebik. Dia tu cakap senanglah! Airil tu handsome. Petik jari, sepuluh datang. Aku ni kalau petik jari, sorang pun belum tentu datang tau.

“Kalau kau nak, aku boleh hantar rombongan meminang sekarang jugak.”

“Blahlah kau. Suka main-main… Dah-dah, yang penting sekarang ni, jom teman aku beli baju.”

Airil tarik nafas panjang tapi dia tetap jugak mengikut aku masuk ke dalam sebuah butik. See, kalaulah ada lelaki lain macam Airil ni… aku memang dah jatuh cinta!

“Kau rasa mana yang cantik?” Aku tayang dua helai blouse bercorak vintage dekat Airil. Satu warna hitam dengan bunga kecik-kecik warna merah putih dan satu lagi warna putih dengan bunga warna merah dan sedikit warna hijau.

“Dua-dua cantik.”

“Hmm… aku beli dua-dualah.” Laju je aku suruh salesgirl tu buat resit dan selepas tu aku terus pergi bayar. Bukan aku sebenarnya sebab time aku nak hulur duit tu Airil dah hulur dulu duit dia. Nyaris-nyaris kitaorang nak bertumbuk dekat situ sebab aku bertegas yang aku nak bayar tapi Airil tetap jugak suruh akak kaunter tu ambik duit dia.

Nak je aku pelengkung kepala Airil ni tapi disebabkan dia kawan baik aku yang paling aku sayang, aku tahan jelah perasaan geram aku ni. Kalau tak, dah lama dah benjol kepala dia!

            “Jom makan dulu…”

            “Baru setengah jam kot?”

            “Aku lapar okay! Balik-balik je terus aku datang sini. Nak minum pun tak sempat…” adunya sambil mengusap perut. Nak tunjuk dia lapar sangat la tu.

            “Yelah-yelah. Kita makan dulu. Kau nak makan apa?”

            Dia tersenyum lebar sebelum menarik tangan aku untuk mengikutnya. Aku pulak tak banyak cakap terus ikut je langkah dia tapi serius aku rasa macam nak pengsan bila dia bawak aku masuk dalam restoran makanan Cina.

            “Kau tahu kan yang aku tak boleh telan makanan Cina. Tak kena dengan tekak aku!”

            Dia sengih sebelum menyuruh aku duduk dekat atas kerusi. Dia buat derk je bila aku pandang dia macam nak telan. Bila dia sibuk order makanan, aku diam je. Tak nak aku makan, buat membazir je kalau tak habis tapi bila dia suruh pelayan tu bungkus semua makanan yang dia order tadi, terus aku pandang dia dengan kening terjungkit.

            “Tu untuk Wawa la. Bukan untuk aku…” Dia macam tahu-tahu je apa yang aku tengah fikir sekarang.

            “So, kau nak makan apa sekarang ni?”

            “Nasi goreng cili padi!”

            “Hmm… perut tu dah la tak tahan makan pedas.”

            “Aku dah berlatih makan pedas. Perut ni dah kuat dah.” Airil sengih sebelum mengenyit matanya.

            “Kononlah kau. Lepas makan, kita cari kasut, beg dengan make-up pulak ye?” Aku buat muka comel dengan mata yang sengaja dikelip-kelipkan. Dia menjulingkan matanya ke atas tanda bosan tapi aku terus senyum bila tengok dia mengangguk. Sayanglah Airil!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience