Bab 17

Drama Completed 5973

"Kau buat apa dengan Iqbal tadi? Korang dating eh?" soal Adam.

"Tak," jawab Saraa lemah.

"Eh kenapa pulak kau ni? Macam takde mood je. Iqbal ada buat apa-apa ke kat kau? Kau bagitahu kat aku sekarang,"

"Lepas ni kau jangan libatkan aku dengan nama Iqbal lagi tau," pesan Saraa tanpa menjawab soalannya.

Adam mengerutkan dahi.

"Kenapa?" soalnya lagi.

"Nanti kalau kekasih dia dengar, tak pasal-pasal aku kena serang," jawab Saraa selamba.

"Kekasih? Bukan kau ke kekasih dia," Adam masih lagi tidak mengetahui apa yang berlaku.

"Bukan. Aku bukan kekasih dia lagi. Selama ni dia hanya nak gunakan aku untuk lupakan bekas kekasih dia," jelas Saraa.

Mendengar penjelasan Saraa itu, Adam mengetap giginya menahan amarah. Dia tidak menyangka bahawa Saraa akan diperlakukan sebegitu oleh Iqbal.

"Tapi sekarang dia dah get back semula dengan bekas kekasih dia tu. So maksudnya sekarang kitaorang dah takde apa-apa hubunganlah," sambung Saraa lagi.

"Ish, dasar lelaki tak guna!" Adam menghentak stereng keretanya.

"Yang kau nak melebih-lebih ni dah apahal?!" marah Saraa yang terkejut dengan tindakan Adam itu.

"Tu la kau. Awal-awal lagi aku dah warning yang ada benda tak kena dengan si Iqbal tu, kau tak nak dengar," marah Adam kembali.

"Okay fine! Aku yang salah. Tapi kau tak payah la nak over sangat,"

"Dia dah buat kau macam ni pun kau masih lagi nak tenang kan? Special sangat ke dia tu?"

"Habis tu? Kau nak aku meroyan tak tentu pasal ke? Kau nak aku merayu kat dia supaya jangan tinggalkan aku? Takde guna punlah kalau dia masih dengan aku tapi hati dia dekat orang lain," ucap Saraa dengan nada yang sedikit meninggi. Matanya kini memerah dan nafasnya bagai sudah tidak dapat dikawal kerana menahan perasaan.

"Aku mintak maaf. Aku cuma risaukan kau je. Aku tak nak tengok kau diperlakukan macam ni oleh lelaki macam dia tu," ujar Adam apabila melihat Saraa yang seakan-akan ingin menangis.

"Benda dah jadi dah, Adam. Terima kasih sebab risaukan aku. Takpe, aku okey," ucap Saraa sambil membuang pandang ke luar tingkap kereta.

Keadaan menjadi sunyi sehingga mereka tiba di hadapan rumah Saraa.

"Kau betul-betul okey ke ni?" tanya Adam meminta kepastian.

Saraa membalas dengan senyuman.

"Kau tak payah risau, aku kan kuat. Terima kasih sebab tanya. Bye," ujar Saraa sebelum keluar dari perut kereta.

"Assalamualaikum," ucap Saraa sejurus masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumsalam," jawab ibu dan ayah serentak.

Saraa bersalaman dengan kedua ibu bapanya.

"Kenapa Saraa balik lewat sangat hari ni?" tanya ibu bimbang.

"Saraa ada hal sikit kat tempat kerja tadi, bu. Takpayah risau sangat lah ya," ujar Saraa.

"Mestilah kami bimbang, Saraa kan satu-satunya anak kami," jawab ayah.

Saraa hanya mampu mengukir senyuman di bibirnya.

"Ye la, ye la. Saraa masuk dulu, ya. Nak mandi, nak solat," kata Saraa sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya untuk mengambil tuala.

"Macam manalah nasib anak kita tu kalau kita takda," ujar ayah tiba-tiba.

"Ish, abang ni. Kita ni nak tinggalkan dia dua hari je sebab nak pergi ke kenduri kahwin anak Kak Esah tu," marah ibu.

"Manalah tahu, kan?"

...

Belum sempat Saraa masuk ke dalam biliknya untuk mengambil tuala, bahunya ditarik kasar oleh Afrina.

"Ish kau ni dah apahal?!" marah Saraa.

"Lewat betul kau balik hari ni. Kau buat apa?" tanya Afrina sambil berpeluk tubuh.

"Dating," jawab Saraa selamba.

Afrina agak terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Saraa.

"De..dengan siapa?"

"Adam. Puas hati kau?" ujar Saraa yang sengaja untuk menaikkan amarah Afrina.

"So betulla selama ni kau memang bercinta dengan Adam?" tanya Afrina dengan riak wajah yang tidak puas hati.

Saraa hanya tersenyum. Dia masuk dalam bilik, mencapai tuala yang tergantung di biliknya lalu keluar untuk ke bilik air.

"Kau rasa?" katanya kepada Afrina yang terpinga-pinga sebelum terus berlalu ke bilik air.

Walaupun dia rasa bersalah terhadap Adam kerana telah menggunakan namanya untuk menyakitkan hati Afrina, namun hatinya puas apabila melihat muka Afrina yang seperti mahu menangis apabila dia berkata begitu. Hatinya yang sakit akibat perbuatan Iqbal kini sudah terubat dengan menyakitkan hati Afrina.

'Padan muka kau. Sekarang kau rasalah macam mana sakit nak terima kenyataan.' ujarnya dalam hati.

...

Sebelum dia melelapkan matanya pada malam itu, Saraa bersembang dengan  kawan-kawannya melalu group WhatsApp.

'Guysssss'

'Yes?' - Areena

'Ye?' - Syafiqa

'Hai korang!!!!' - Shazrin

'Eh? Happynya kau ahaha' - Areena

'Of course lah. Shazrin kan sentiasa happy ahaha.' - Shazrin

'Eee perasannya kau niii' - Syafiqa

'Patutnya gelaran kau ni Shazrin Si Kaki Perasan hahaha'

'Alaaa nangisla aku macam ni :(((' - Shazrin

'Tak kisah pun :p' - Areena

'Eyyy aku nak cakap sesuatu niii'

'So betulla tekaan aku yang kau nak bagitahu sesuatu' - Areena

'AHAHAHAHA'

'Kau nak cakap apa?' - Syafiqa

'Aku dengan Iqbal dah takde apa-apa hubungan haha'

'Wh-WHAT?' - Shazrin

'Kenapa pulak ni?' - Areena

'Boleh pulak kau ketawa?!' - Syafiqa

'Habis tu? Nak buat macam mana? Dia dah get back dengan bekas kekasih dia dah pun'

'Dia siap follow aku kat Instagram lagi'

'Seriousla kekasih dia tu follow kau? WOW' - Syafiqa

'So kiranya selama ni dia just mempergunakan kau je la?' - Areena

'Boleh dikatakan begitulah'

'Kan betul tekaan aku hari tu. Mesti ada udang di sebalik batu.' - Areena

'Kan, kan. Aku dah tau dah dia saja ja nak permainkan kau.' - Syafiqa.

'Nak buat macam mana? Past is past lah'

'Tu lah kau. Aku dah cakap jangan cepat sangat percaya kat dia. Belum apa-apa lagi dah nak ajak bercinta' - Areena

'Amm aku tak nak masuk campur' - Shazrin

'Ye aku salah'

'Dah lewat dah ni'

'Esok aku kerja'

'Aku tidur dulu. Bye'

Saraa menyimpan telefonnya di bawah bantalnya. Dia agak tidak senang dengan reaksi kawan-kawannya.

"Shazrin pun sama jugak. Baru kenal ngan Fahmi, dah bercinta. Tak aci betulla. Asyik aku je yang salah," omelnya seorang diri lalu menutup mukanya dengan bantal peluk kesayangannya. Ingin saja dia menjerit pada masa itu.

...

"Hai Adam!" tegur Saraa dengan senyuman apabila masuk ke dalam perut kereta.

Adam langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Saraa perasan akan perubahan sikap kawannya itu.

"Kau kenapa? Okey ke?"

"Tak," jawab Adam sepatah.

"Emm okey. Sebab apa?"

"Kau,"

"Aku? Kenapa aku?"

"Aku tahulah Iqbal dah sakitkan hati kau. Tapi kau tak perlu kot nak libatkan aku sekali dalam masalah kau. Aku pun ada hati ada perasaan,"

"Hah?" Saraa mengerutkan dahinya.

"Semalam Afrina mesej aku,"

"Oh," Saraa kini faham dengan apa yang berlaku.

"Maafkan aku, Adam. Aku tahu tindakan aku salah. Tapi aku dah tak tahan dengan perangai Af tu,"

"Entahla Saraa. Aku terkilan dengan sikap kau. Hanya kerana nak puaskan hati kau, kau sanggup mengaku macam tu. Tapi bila aku betul-betul nak kau dengan aku, kau bagi seribu satu alasan. Kau kata kau takde hati kat aku la apala. Aku sedih tau tak," luah Adam panjang lebar.

Saraa mengeluh lemah. Dia tidak menyangka bahawa tindakannya semalam boleh menyebabkan Adam terkilan dengannya.

"Kalau kau rasa macam kau tak dapat nak maafkan aku dulu, takpela. Take your time. Aku mintak maaf sangat-sangat," ujarnya lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience