Bab 9

Drama Completed 5973

Ring! Ring!
Panggilan diangkat.
"Hello, Saraa? Kenapa kau call aku awal pagi  ni?" tanya Adam yang masih mamai. Jam baru menunjukkan pukul 7:00 pagi.
"Maaf kacau. Kau free tak tengah hari nanti?" tanya Saraa.
"Kenapa?"
"Boleh tak kau teman aku nanti?"
"Kau nak pergi mana? Kenapa? Pukul berapa?"
"Aku nak pergi kat restoren maklong Iqwan,"
''Iqwan kata maklong dia tengah cari pekerja,"
"Oh," jawab Adam pendek.
"Dalam pukul 12:30 tengah hari macam tu la. Kau dapat tak teman aku?"
"Ye, ye. Untuk kau, aku dapat je. Takde masalah,"
Saraa tersenyum.
"Ambil aku sekali tau. Thank you," ucapnya.
"Okay, bye,"
Adam memutuskan panggilan lalu menyambung tidurnya yang terganggu tadi.
Saraa mengambil tuala lalu keluar dari biliknya. Dia terkejut apabila melihat Afrina berada di hadapan pintu biliknya.
"Kau call siapa tadi?" tanyanya dengan nada curiga.
"Adam," jawab Saraa ringkas.
"Kenapa kau call dia?"
"Aku nak mintak dia teman aku pergi pekan. Kenapa tanya?"
"Perlu ke kau nak ajak Adam? Dah takde orang lain ke?" tanyanya tidak berpuas hati.
"Jap. Ada masalah ke dengan awak Afrina?" Saraa sengaja menekankan perkataan 'awak'.
"Ish!" Afrina yang mendengar soalan tersebut terus berlalu ke biliknya sendiri.
'Rupanya kau rapat dengan aku selama ni sebab nak rapat dengan Adam je. Ish sia-sia je aku baik dengan kau' bebel Saraa dalam hati sambil mengatur langkah untuk ke bilik mandi.
...
"Saraa pergi dulu," Saraa menyalami tangan ibu, ayah, Maksu dan Paksu.
Afrina hanya melihat sahaja Saraa masuk ke dalam perut kereta Adam.
"Kau ni dah kenapa, Afrina?" tegur Syaza.
"Tu, diorang tu," kata Afrina sambil memuncungkan mulutnya ke arah kereta Adam yang sudah menjauhi rumah mereka.
"Saraa dan Adam ke?" Syaza mengerutkan dahinya. Hairan.
Afrina hanya mengangguk
"Kenapa dengan diorang?"
"Diorang couple ke?"
"Taklah. Diorang kawan je. Tapi aku tak terkejutlah kalau diorang bercinta senyap-senyap," jelas Syaza.
Afrina hanya diam mendengar penjelasan tersebut.
"Kenapa? Kau suka kat Adam ke?" tanya Syaza.
"Kalau ya pun, kau ada masalah ke?"
"Ada,"
Afrina terus memandang wajah Syaza penuh persoalan.
"Sebab aku pun suka kat Adam," Syaza berterus terang.
Muka Afrina memerah.
'Maksudnya bukan Saraa sorang la pesaing aku' katanya dalam hati.
"Kenapa? Kau tak puas hati? Kau tu pendatang baru tau. Kau tu yang dah tambah senarai pesaing aku untuk dapatkan Adam. Jangan nak macam-macam dengan aku," ugut Syaza.
Afrina yang mendengar ugutan tersebut terus berlalu masuk ke dalam rumah.
"Tau takut," kata Syaza dengan nada bangga kerana Afrina kelihatan takut dengan dirinya.
...
Iqwan menunggu Saraa di restoren Maklongnya dengan penuh sabar.
"Maaf lambat," tegur Saraa yang datang bersama Adam.
"Takpe, saya faham," jawab Iqwan.
"Awak termenung ke tadi? Fikir apa?" tanya Saraa mesra.
"Saya fikir tentang Airisha la," jawab Iqwan sambil tertawa.
"Mengada je awak ni. Ha! ni saya nak kenalkan kat awak, ini Adam. Adam, ni la kawan aku, Iqwan,"
Adam dan Iqwan bersalaman.
"Selamat berkenalan," ucap Iqwan.
Adam hanya membalas dengan senyuman.
"Iqwan, mana maklong awak?" tanya Saraa.
"Ada. Korang dudukla dulu. Saya panggilkan dia, ya," kata Iqwan lalu meninggalkan mereka berdua.
"Aku nervous la," kata Saraa kepada Adam.
"Nak nervous kenapa pulak? Kau nak kerja, kan? Bukannya kau nak jumpa dengan mak mertua," jawab Adam selamba.
"Manala tau dia tanya banyak soalan. Aku nak jawab apa? Aku tak pandai la nak jawab soalan?" Saraa sudah mula gementar.
"Kau chill je. Confirm kau dapat punya kerja ni," kata Adam untuk menenangkan hati Saraa.
Iqwan datang semula mendekati mereka bersama maklongnya.
"Maklong, inilah Airisha," Iqwan memperkenalkan Saraa kepada maklongnya.
Saraa menyalami tangannya.
"Oh. Cantik orangnya," pujinya.
Saraa hanya tersenyum.
"Airisha nak kerja kat sini, kerja apa je yang Airisha boleh buat?"
"Apa-apa je boleh, saya tak kisah," jawab Saraa.
"Bila boleh mula?" tanyanya lagi.
"Esok," Adam berbisik ditelinga Saraa.
"Kalau saya diterima, esok pun saya dah boleh mula," kata Saraa apabila mendengar jawapan yang dibisik ditelinganya.
"Okey Airisha diterima kerja kat sini. Kerja Airisha senang je. Airisha pandai math kan? Airisha kerja kat bahagian kaunter. Boleh?"
"Betul ke ni, aunty? Saya diterima? Terima kasih aunty," ucap Saraa.
"Panggil je aunty ni Mak Na. Airisha tak payah berterima kasih. Esok mula kerja pukul 8:00 pagi, ya," ucap Mak Na lembut.
"Baiklah," Saraa teruja.
...
"Iqwan tu siapa?" soal Adam secara tiba-tiba.
"Tadi aku dah bagitau, dia kawan aku la,"
"Kawan ke boyfriend?" tanyanya lagi.
"Kalau boyfriend sekalipun, bukan masalah kau pun kan?" Saraa muka geram dengan pertanyaan Adam.
"Memang masalah aku la. Kau takkan tak tau kot. Aku suka kat kau. Ke kau buat-buat bodoh?" marah Adam.
"Kau suka aku tu benda lama la Adam. 3 tahun dah berlalu. Kenapa kau nak marah-marah aku ni?" tanya Saraa yang masih menahan amarahnya.
"Aku tak kisahla 3 tahun tu. Yang pastinya aku masih lagi simpan perasaan yang sama kat kau, sampai sekarang!" luah Adam.
Saraa terkejut mendengar luahan Adam mengenai perasaannya itu.
"Ta..tapi kau dah janji kan? Ki..kita ni cuma berkawan je," ucap Saraa tergagap-gagap.
Adam cuma mengeluh.
Ya, Adam pernah meluahkan perasaannya kepada Saraa 3 tahun yang lepas. Tetapi mereka masih bergelar pelajar pada waktu itu. Jadi dia berjanji pada Saraa bahawa dia tidak akan memaksa Saraa dan hanya akan menjadi kawan baik kepada Saraa.
Susana sepi sehingga mereka tiba di hadapan rumah Saraa.
"Pagi esok aku jemput kau,ya," kata Adam kepadanya.
Dia hanya mengangguk dan terus keluar dari perut kereta Adam.
"Saraa dah dapat kerja ke?" tanya ayah sejurus Saraa masuk ke dalam rumah.
"Dapat. Esok Saraa dah mula kerja. Adam yang jemput dan hantar Saraa balik," terang Saraa.
"Baguslah kalau macam tu. Nasib baik ada Adam,"
"Ha'ah. Saraa masuk bilik dulu ye, ayah," Saraa meminta izin terus menuju ke biliknya.
Saraa mengunci pintu biliknya lalu menumbuk dinding bertalu-talu. Mujur rumah mereka rumah batu, kalau tidak sudah roboh agaknya rumah mereka kerana sering menjadi mangsa Saraa melepaskan perasaan.
"ARGHH serabutnya!!" ucapnya sambil memeluk bantalnya setelah dia selesai melepaskan perasaannya tadi. Tangannya yang lebam diusap lembut.
"Maafkan aku, ya. Tak terniat pun nak sakitkan kau,"
'Dahla kau anggap je benda ni tak pernah berlaku. Kau senyum je hadap muka dia esok. Dia pun kawan kau jugak.' kata Saraa dalam hati. Dia mencuba untuk mengukir senyuman.
...
Keesokan harinya...
"Maafkan aku sebab marah kat kau semalam," ucap Adam.
"Takpe, aku dah lupakan dah hal semalam," balas Saraa dengan senyuman yang manis.
"Baguslah kalau kau dah tak marahkan aku," Adam membalas senyuman Saraa.
"Petang nanti jangan lupa ambil aku tau. Aku tunggu kau," pesan Saraa.
Adam hanya mengagguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience