BAB 27

Humor Completed 78146

RASA sesuatu merayap di atas baju Aisyah.Sekejap di perut lepastu tangan.Turun ke kaki.Naik balik atas dada.Aisyah cuba tepis tapi benda tu lagi pantas.
Malas Aisyah nak buka mata.Rasa mengantuk sangat.

Kali ini benda itu merayap naik ke tangan Aisyah yang terdedah.Kuat betul cengkaman di atas kulit Aisyah.Aisyah tepis lagi.Benda itu terus terbang dan jatuh ke atas bahagian dada yang sedikit terdedah.Aisyah apa lagi menjerit sakan.Terlompat ke bawah katil.

Adam yang masih belum tidur terdengar jeritan dari bilik Aisyah.Dia yang baru selesai solat sunat terus meluru ke bilik Aisyah.Diketuk bilik Aisyah sambil memanggil nama Aisyah.Jeritan Aisyah masih lagi kedengaran.

Macam mana Aisyah tak jerit,benda tu terbang dan hinggap di atas baju Aisyah kemudian terbang lagi ke atas katil.Terus Aisyah berlari ke pintu bilik.

"Aisyah."panggil Adam lagi.Aisyah terus buka pintu.Diterpa terus ke belakang Adam.Aisyah yang masih fobia terus menyorok ketakutan.

"Kenapa ni?"tanya Adam cemas.Aisyah siap tarik-tarik baju Adam.

"Lipas.Tolonglah.Saya takut.."rayu Aisyah.

Adam terus masuk dan menarik selimut.Di kibasnya selimut Aisyah.Terus lipas tadi terbang dan hinggap kembali di bahu Aisyah.Aisyah apa lagi jerit sakan lah.

Tubuh Adam di peluknya sambil menangis kecil.Kasihan Adam melihat Aisyah.Adam cekup dalam tangan dan buang ke luar tingkap.Pastu Adam basuh tangan.Aisyah di lihat sedang mengelap air mata di birai katil.

"Tak ada apa lah.Abang dah buang lipas tu."pujuk Adam.

"Kalau dia datang lagi macam mana?"tersedu-sedu Aisyah.Dia memang fobia dengan lipas.Pernah dulu waktu kecil dia demam sebab lipas masuk dalam baju.

"Abang dah buang dah.Jangan takut dia tak datang dah."nak tergelak juga Adam.Penakut lipas rupanya.Tapi dia sembunyi gelak dalam perut.Aisyah ni kelakar juga.

Pasal lipas pun boleh menangis.Merah muka hidung Aisyah bila menangis rupanya.Untung juga Adam dapat tengok dekat rupa sebenar Aisyah tanpa hijab.Dengan rambut panjang hampir cecah ke pinggang.Rasanya sekali saja Adam pernah tengok.

Adam beranikan diri mengusap perlahan bahu Aisyah.Mula Aisyah keraskan badan.Lama-lama Aisyah berasa selamat agaknya dia tidak mengelak lagi.Adam terus baringkan Aisyah atas katil dan menarik selimut.Setelah memastikan Aisyah tidur baru Adam balik ke biliknya.

Adam hanya tersenyum pada Aisyah yang baru sahaja duduk di meja makan.Aisyah pura-pura tak nampak.Senyuman Adam penuh makna.

"Makan lah.Mak cik Limah yang hantar nasi lemak ni tadi."Adam tolak perlahan pinggan ke hadapan Aisyah.

Aisyah makan sambil muka merah menahan malu bila teringatkan peristiwa semalam.Adam pula selamba saja duduk di sebelah Aisyah.Pagi ni dia rasa mendapat satu semangat baru.Semangat yang berkobar-kobar mahu menawan hati isterinya.

Selepas bersarapan Adam tolong Aisyah kemaskan meja.Siram pokok pun Adam yang buatkan.Pendek kata segala aktiviti dalam rumah Adam buat walaupun tahu Aisyah tak selesa.Waktu solat pun Adam yang imamkan Aisyah.Adam tak mahu lepaskan peluang bersama Aisyah.

Aisyah yang mulanya tidak selesa mula berlembut hati cuma tak sepenuhnya lagi.

Pintu bilik diketuk,mengejutkan Aisyah yang baru nak lelapkan mata.Aisyah capai tuala untuk tutup rambutnya.

"Abang nak tidur kat sini."beritahu Adam bersama senyuman segaris.

"Hah!?..."Tak sempat Aisyah nak cakap apa.Terus Adam siap landing atas katil Aisyah.

"Abang nak jaga Aisyah.Takut lipas tu datang lagi."selamba saja alasan Adam.

"Tuan Adam,tak payah susah-susah nak jaga.Lipas tu tak akan datang dah."

"Tak apa abang nak tidur sini.Senang sikit bila dengar Aisyah jerit."

Aisyah bulatkan mata.Adam ni ada saja alasan dia.Nak halau dia dah siap landing atas katil.Macam mana pun dia tetap suami Aisyah lagi.

Malas dah Aisyah nak bertekak lagipun mata Aisyah dah mengantuk sangat ni.Lepas tutup suis lampu Aisyah turut berbaring sebelah Adam atas katil yang sama.Beberapa kali dah Aisyah menguap.Nak lelap mata pun susah bila ada orang kat sebelah.

"Tuan Adam jangan langgar sempadan."Dengan mata terpejam Aisyah letakkan batal peluk dekat tengah.

Adam sembunyi gelak.Dah la Aisyah selimut satu badan yang tinggal muka saja.Rambut pun siap tutup dengan tuala tadi.

"Aisyah boleh tolong tak?"

"Tolong apa..."

"Tolong jangan panggil Tuan Adam lagi.Panggil.."

"....abang."kata Adam sambil mengiring ke arah Aisyah.

Dalam kesamaran lampu Adam dapat lihat wajah Aisyah.Aisyah macam biasa hanya diam hingga terlelap terus.Permintaan Adam dibiarkan sepi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience