Dua Puluh Empat

Other Completed 44787

Akhirnya Cinta menjulang segulung sijil yang akan membanggakan Thariq dan Hilal. Sijil pemanduan pesawat tempur Shukoi ada dalam genggaman Cinta.

Dia juga menerima Anugerah pegawai Risikan perempuan pertama membantu pasukan Tentera Laut dalam menumpaskan Lanun dilautan Sumandak setahun lepas.

Kini waktu dia pulang semula kepangkuan keluarganya. Dia juga memberitahu Sarah yang dia akan pulang 3 hari lagi kesana.

Sarah kini sudah berusia 9 tahun. Manakala Syifa kini berusia 3 tahun.

"Papa Luth Mama Cinta cakap tadi dia akan pulang ke sini 3 hari lagi." Kata Sarah.

Luthfi mendongak melihat Anak Saudaranya berlari mendapatkannya.

"Really?" Luthfi meletakkan cermin mata keatas meja kerjanya.

"Papa Luth dah janji nak jadikan Mama Cinta Mama Sarah kan?" Sarah mengingatkan Luthfi.

"Ye Papa ingat." Kata Luthfi.

Selama ni tanpa pengetahuan Sarah dan juga Layla, dia mula berbalas pesanan bersama Cinta Jasmin. Cuma dia masih tak tahu apa yang dilakukan Cinta Jasmin diSabah hingga makan waktu 3 tahun.

Dia masih ingat dan menyimpan pesanan yang diberikan oleh Cinta.

_Susah Cinta nak terima, Cinta dah tak boleh mengandung dah._

_Jika ada jodoh Yang Allah kirimkan untuk Cinta InsyaAllah Cinta akan terima jika dia menerima kekurangan Cinta._

_Terima kekurangan Cinta dan terima siapa Cinta sekarang._

"Hah Papa Luth jangan nak senyum-senyum." Kata Sarah.

"Sarah?" Panggil Layla yang masuk bersama Baby Cinta Qarissa yang baru berusia beberapa minggu.

"Yes Mom." Sarah membalas.

"Kenapa ganggu Papa Luth?" Tanya Layla.

"Mana ada Sarah ganggu." Kata Sarah.

"Habis, Yang Sarah dekat ruang kerja Papa Luth ni buat apa?" Tanya Layla sambil mendodoi Rissa.

"Ala Sarah bagitahu Papa Luth yang Mama Cinta akan balik 3 hari lagi." Kata Sarah.

"Really?" Layla teruja.

_Villa Thariq_

"Ye lah Abang. Hilal tahu itu Akak Cinta." Kata Hilal sejak tadi berkata pada Thariq seseorang semasa dalam misi bantuan dari Tentera Risikan dia mengenali soaok tubuh yang menggambarkan itu adalah Kakaknya Cinta Jasmin.

"Jangan nak merepek lah Hilal. 3 hari lagi Akak balik." Kata Thariq yang duduk sambil memangku Asyifa dipangkuannya.

Dinda masuk membawa dulang yang berisi 3 cawan kopi. Dan sepinggan kek.

"Ala Kak Dinda tak payah susah. Pandai lah Hilal." Kata Hilal melihat kakaknya yang sarat mengandung anak kedua membawa dulang dari arah dapur.

"Takpe lah. Tak susah mana pun." Kata Dinda.

Dinda mengambil Asyifa dari pangkuan suaminya. Dia memberi sepotong kek dan meletakkan Asyifa didalam Playground didalam villa itu.

"Hilal nampak Akak Cinta kat mana?" Tanya Dinda.

"Dalam misi tempur bersama Tentera risikan dilautan Sumandak." Kata Hilal.

"Apa gila ke apa Akak kau nak hadap semua tu." Kata Thariq mula emosi.

Thariq tidak mempercayai semua yang dikatakan Hilal. Baginya cukuplah hanya Dia dan Hilal berkhidmat dalam negara.

Thariq sama sekali tidak akan mengizinkan satu satu adik perempuannya terlibat dalam unit beruniform walaupun hanya sekadar polis.

"Tapi Cinta akan balik 3 hari lagi bukan." Kata Dinda.

"Ye. Dalam masa yang sama, Pangkalan akan mengadakan majlis menyambut 10 orang wanita dari unit risikan yang lulus dalam Kursus 6 bulan lalu.

"Ye ke?" Dinda teruja.

"Sayang nak ikut ke? Selalu taknak." Tanya Thariq.

"Nak. Dinda nak tengok siapa yang sanggup harungi misi 6 bulan dalam kursus oaling gila yang Abang Ghaf cerita tu." Kata Dinda.

"Sebab tu Abang tak percaya Love akan ikut serta Kursus tu. Bukan semua mampu bertahan dalam kursus tu. Love lagi yang mudah koyak." Kata Thariq.

Jangan Abang terkejut melihat Cinta hati abang malam tu sudah. Kata Dinda dalam hati.

"Abang. Hilal dengar, Qarl dah kahwin lagi?" Tanya Hilal.

"Haah, Minggu lepas tu. Dengan seorang gadis pilihan kakak dia. Kalau tak silap nama dia Yasmin." Kata Thariq.

"Abang dah ok ke dengan dia." Tanya Hilal lagi.

"Takdelah. Macam biasa juga. Abang takkan campur adukkan masalah keluarga dalam kerja." Kata Thariq.

"Bagus lah. Benda dah lalu. Cinta pun dah tak nak ingat lagi benda tu." Kata Dinda.

"Betul tu. Apa yang jadi kita sebagai manusia hanya mampu menerima." Kata Hilal.

"Ni berapa lama kat darat ni?" Tanya Thariq pada Hilal sambil minum kopi.

"3 minggu. Lepas tu Hilal akan berangkat semula dengan team menuju kelaut sepadan Malaysia dan Thailand." Kata Hilal.

"Dah rasakan berjauhan dengan Abang. Macam mana?" Tanya Thariq.

"Redho jelah Bang Oi." Kata Hilal.

Mereka ketawa bersama. Bahagia apabila dapat berkumpul semula. Namun tetap terasa kurang.

Akhirnya Hari yang dinanti datang jua. Cinta telah menyiapkan diri untuk pulang kepangkuan keluarga.

Segala barangannya dibawa pulang melalui Kapal terbang Boing tentera. Cinta melihat sekeliling kawasan yang selama 3 tahun dia disana.

Amar dan Umar datang menghampirinya.

"Jasmin, Aku harap kau akan lebih berjaya disana. Ada waktu lawatlah kami disini." Kata Umar. Dia yerasa akan kehilangan teman bergaduh.

Walaupun selalj bergaduh, Umar tetap merasa bahagia disisi Cinta. Hingga membungakan satu oerasaan dalam hatinya.

"Jangan lupakan kami kat sini." Kata Amar pula.

"Aku takkan lupa. Korang lah teman aku kat sini selain Umairah." Kata Cinta.

Pemandu Boing itu menapak kearah mereka menyatakan Mereka akan melakukan penerbangan dalam masa 10 minit.

"Aku gerak dulu." Kata Cinta.

"Jangan lupakan kami kat sini." Kata Umar.

Cinta melangkah sedih menguasai dirinya. Baginya mereka banyak membantunya untuk bangkit dari kejatuhan.

Dia menoleh dan melambaikan tangan pada Amar dan Umar. Lalu berjalan menaiki Kapal terbang milik tentera itu.

Kesemua rakannya ada didalam hanya menanti dirinya saja.

Kapal berlepas dan dia bersandar didalam pesawat. Berfikir takut-takut jika Thariq akan berada disana menjemput kepulangan para perwira.

Sampai sahaja di lapangan terbang, Cinta jelas terlihat wajah abangnya diluar sana.

Dia memberitahu pegawainya agar tidak memberitahu dia masih ada didalam pesawat.

Keluar sahaja rakan pegawai yang bersama dengannya, Mereka berlalu tanpa menunggu Cinta.

"Fuhhh selamat aku." Kata Cinta.

"Kapten?" Sapa seorang dari belakangnya.

Dia menoleh melihat suara itu dan terkejut apabila Panglima Ghaffar berdiri berpeluk tubuh melihatnya.

"Huhh Panglima. Cinta ingat siapa tadi." Kata Cinta.

"Masih nak bersembunyi dari Thariq ke?" Kata Panglima.

Cinta diam tak membalas.

" Malam ni jangan lupa, Majlis sambutan kepulangan kamu semua." Kata Panglima.

"Mesti ke ada saya?" Tanya Cinta.

"Offcourse. Sampai bila nak sembunyikan diri. Saya harap awak faham." Kata Ghaffar.

"Ermm baiklah." Kata Cinta.

"Nah ni aturcara majlis. Jangan lupa pakai pakaian Unit Risikan. Faham Kapten Cinta Jasmin?" Kata Ghaffar senyum senget.

"Yelah." Kata Cinta.

Selesai mengeluarkan barangan miliknya, Dia meminta agar Ghaffar membawa barangan itu dan dia mula menghidupkan enjin motor Ducatinya.

"Jumpa Malam ni Panglima." Kata Cinta lalu meninggalkan Ghaffar dibelakang.

Cinta hanya membawa beg sandang dibelakangnya dan melintasi pegawainya dan Thariq yang terkejut melihat motor itu.

"Sapa tu?" Tanya Thariq.

"Ooo dia Kapten Min." Kata Salah seorang wirawati yang ada dibelakang Tahriq.

Thariq tidak perasan akan Cinta yang melintasinya bersama motor Ducati itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience