BAB 1

Romance Completed 19426

Aileen Aiman menguap kerana dia terlalu penat belajar pada malam semalam. Aileen Aiman membuka kelopak mata dengan malas lalu siling direnung sedalam-dalamnya.

“Aileen Aiman binti Othman! Bangun! Dah pagi dah ni!”

Aileen Aiman mendengus lemah. “ya ibu, orang bangun!” sahut Aileen Aiman lalu bangun dari katil dan berjalan ke arah bilik mandi dengan malas.

***

“Selamat pagi, budak mentah!” sapa Anas Aiman, iaitu kembar kepada Aileen Aiman dengan ceria dan Aileen Aiman tersengih lalu mengambil tempat duduk berdepan dengan Anas. Aileen Aiman menatap setiap makanan yang tersedia. Air liurnya diteguk kuat dek bau harum makanan yang tersedia di atas meja tersebut.

“wahh! Banyaknyaa makanan!!” ujar Aileen Aiman dengan ceria lalu mengambil karipap buatan Puan Faridah iaitu ibunya dan disumbat ke dalam mulut sebelum dikunyah rakus. Anas memandang perbuatan Aileen Aiman dengan pandangan geli.

“hoi! Pengotor la kau ni!”

Aileen Aiman hanya mengendahkan kata-kata Anas lalu dia kembali memakan karipapnya. Anas hanya menggelengkan kepala lalu kembali menyambung memakan makanannya.

"eh, dah cepat la makan! nanti lambat ke sekolah, Aileen! Anas!” ujar Puan Faridah kepada dua anak kembarnya itu. “ayah kamu dah tunggu lama dah tu kat luar! Dah, dah! Kalau nak makan lagi, hah bawak bekal, nak tak ibu pack karipap ni untuk kau berdua?” soal Puan Faridah kepada Aileen Aiman dan Anas.

“um, takpe lah, bu.. orang tetiba kenyang pulak.. hihihi,” ujar Aileen Aiman kepada Puan Faridah sebelum dia memandang abangnya, Anas. “Weh Nas, dah pukul bape?” Soal Aileen Aiman kepada Anas. Anas mengerling jam tangannya.

“hmmm.. pukul 7.10..” balas Anas dengan wajah selamba. Mata Aileen Aiman dengan serta merta menjadi bulat. Hah?! Pukul 7.10?!

"Weh! kita dah lambat la! Esh! Ibu, salam bu.. orang dah lambat dah ni bu…” ujar Aileen Aiman dengan segera mengucup tangan Puan Faridah dan berlari pecut ke arah pintu rumah lalu menyarung kasut dengan tergesa-gesa sebelum Aileen terdengar satu suara berdehem kuat. Pantas Aileen Aiman memandang gerangan yang berdehem tersebut. Sengihan Aileen terukir. “eh, ayah… dah lama ke tunggu?”

Encik Othman menggelengkan kepalanya. “dari semalam lagi ayah tunggu kau, tahu tak?! Dah masuk! Ayah dah lewat nak pergi kerja dah ni! Hah abang kau mana?! Alahai anak kembar aku ni.. Anas! Anas Aiman Bin Othman!!!!” teriak Encik Othman dengan kuat.

“hahh kenapa, yah? Awat? Awat?” tersembul wajah Anas yang sedang terpinga-pinga kerana Encik Othman memanggilnya tanpa sebab itu.

“eh kau ingat kau dah habis sekolah ke hah?! Cepat lah! Ayah dah lambat ni!” marah Encik Othman kepada Anas.

“ayah, orang tumpang kawan la…”

Menjegil mata Encik Othman. “kawan? Sape kawan kau tu?”

Kedengaran deruman enjin motosikal di depan pagar rumah milik Encik Othman. Encik Othman dan Aileen Aiman memandang ke arahh pagar besi yang bercorak bunga teratai itu. Kelihatan seorang budak lelaki yang lengkap beruniform pengawas sekolah turun daripada motosikalnya yang berjenama Yamaha berwarna biru gelap. “Assalamualaikum, Uncle Othman!” sapanya kepada Encik Othman. Tidak semena-mena senyuman Encik Othman mekar.

“Waalaikumussalam, Nazeem.. ni, nak amik anak uncle ke ni?” soal Encik Othman. “eh takpayah jawab, uncle tahu.. hah Nazeem bawak motor elok-elok.. Anas, kau tu jangan nak buat perangai pulak.. kalau ayah nampak kau bawak motor, siap kau ayah parang kau. Kau dah la takleh caye. Motor yang ayah belikan tu pun kau hancurkan, lepas ni kau nak motor kau beli lah sendiri..” kata Encik Othman berbaur amaran itu kepada Anas yang sudah mencebik itu. Aileen Aiman tersenyum suka melihat Anas diberi amaran oleh ayah mereka. Waa sungguh terhibur!

“baiklah, uncle! Uncle jangan risau! Jangankan motor je dia takleh bawak! Pegang kunci motor pun takkan saya bagi uncle! Tengok cermin sisi motor pun takkan saya kasi! Ini janji saya uncle!” ikrar Nazeem kepada Encik Othman sambil tersengih sebelum dia mengerling Aileen Aiman yang tersengih mengejek kepada Anas itu.

“weh, agaklah…. Abistu cemana aku nak betulkan rambut aku doh…” ujar Anas dalam nada kecewa.

“bagus, bagus. Hah Leen, kau tercegat apa lagi. Masuk kereta sekarang. Ayah dah lambat dah ni..”

“hah? Oh okay ayah!” balas Aileen Aiman. Sebelum Aileen Aiman memasuki ke dalam perut kereta, sempat dia mendengar Nazeem mengatakan sesuatu.

“bye, jumpa kat kelas nanti…”

Pantas Aileen memandang Nazeem yang sudah pun berjalan ke arahh motosikalnya bersama Anas. Adakah dia tersalah dengar?

***

“ayah, ayah..! salam yah salam! Orang dah lambat ni, yah..!” ujar Aileen dengan kelam kabut.

“tahu pun dah lambat!” sindir Encik Othman lalu menghulurkan tangan kepada Aileen. Pantas Aileen menyalami ayahnya lalu keluar daripada kereta sepantas yang boleh.

Aileen melewati pagar sekolah dan meluru ke arah dewan sekolah yang sudah mula dipenuhi oleh murid. “oh no!” Aileen terus berlari sepantas kilat ke arahh pintu dewan untuk meletakkan beg sekolahnya. Usai meletakkan beg sekolah, Aileen terus melangkah laju ke arahh dewan sebelum tiba-tiba dia terlanggar seseorang.

“auch!” kedengaran suara seorang gadis sedang mengaduh sakit. Aileen panik lalu dia terus memandang gadis tersebut dan Aileen terdiam kerana gadis yang dilanggarnya ini adalah salah seorang pelajar popular, iaitu Zaida Atikah.

“er.. sorry….” Tutur Aileen dengan terketar-ketar.

“woi! Kau buta ke apa, hah?! Memang kau lari pakai lutut eh?! Celaka punya perempuan! Spoil kan mood aku je! Ah blah la kau!” Zaida menolak Aileen dengan kasar sehinggakan Aileen terjatuh. Aileen berasa sangat malu kerana diperlakukan sedemikian rupa di depan khalayak ramai.

"Aileen! kau okay?!" Aileen merasakan badannya ditarik supaya berdiri dan ketika Aileen berdiri, matanya bertembung dengan sepasang mata berwarna hazel, iaitu rakan sekelasnya, Azrai Iskandar atau lebih dikenali sebagai Ayai. Pantas Aileen melarikan pandangan daripada terus memandang Ayai yang mana merupakan ‘crush’ nya sejak di tingkatan 4.

Aileen malu.

“weh, kau okay tak?” Aileen memandang ke arah gerangan yang membantunya itu.

“una..” ujar Aileen kepada Una. “aku.. aku okay je…” jawab Aileen lalu tersenyum tawar.

"lega aku.. hah, jom la kita pegi kat barisan kita." Aileen mengangguk kepala lalu berjalan seiring bersama Una ke arah barisan perempuan Tingkatan 5.

Ketika Aileen sedang berjalan ke arah barisan perempuan, dia perasan yang Ayai masih lagi memandangnya. Aileen terkejut serta malu lalu dia terus menundukkan kepala.

***

"woit, kau usha apa?" tanya Luqman kepada Ayai yang bagaikan nak terpusing kepala 360° itu. Ayai berpaling memandang Luqman dengan pandangan terkejut.

"hah? Oh takde pape la,” balas Ayai kepada Luqman lalu perlahan ekor matanya memandang kembali ke arah….

Aileen Aiman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience