DEGIL!
Perkataan itu terngiang-ngiang di kotak fikiran Damien. Sejak peristiwa tempoh hari, entah mengapa hanya ayat itu sahaja yang menghantui dirinya. Bagaimana dia boleh lancang memarahi si gadis sebegitu? Dia tiada jawapannya, apa yang pasti dia juga sebenarnya panic saat itu. Memikirkan segala kemungkinan buruk yang menimpa si gadis, Damien menjadi resah dan dalam keresahan itu dia terlanjur kata.
“Dah kau marah dia, kau tinggalkan dia macam tu aje? Kau memang tak reti nak minta maaf eh Dam?” bidas suara garau di depannya.
“Kau jatuh cinta nanti, kau tahulah macam mana rasanya. Gabra, tahu tak? Aku tak boleh fikir apa dah masa tu.” tegas Damien mempertahankan tindakan di luar sedarnya tempoh hari.
Tawa halus Arjuna mula kedengaran. Damien gabra? Penyataan itu seakan tidak benar pula di mata Arjuna. Bukan tak pernah Damien bercinta, teman wanita juga keliling pinggang. Di kelab malam, siapa sahaja tak kenal nama Damien. Jejaka pujaan para gadis.
‘Gabra dengan wanita?’ Kelakar sangat!
“Habis tu Teja kau macam mana?”
“Teja? Aku kawan ajelah dengan dia.”
“Kawan apa kalau setiap malam teman dia dekat kelab?”
“Teja tu manalah nak pandang aku ni... Kalau nak bandingkan aku dengan Megat tu, macam api dengan air, tahu?” Serius suara Damien disulam dengan tawa halus di hujung ayatnya. Arjuna pula berkerut kening.
‘Api dan air? Bukan langit dan bumi?’ bingung Arjuna dek peribahasa ciptaan Damien.
“Aku ibarat air. Unsur terpaling penting untuk seorang yang bergelar manusia.”
“Kau nak cakap, kau terplaing penting untuk Teja? Macam tu?”
“Aku bukan nak meninggi diri, tapi itu hakikat. Hampir 75 peratus berat badan manusia adalah air. Secara puratanya, seorang manusia boleh bertahan hidup selama sebulan lebih tanpa makanan tetapi hanya boleh bertahan tidak melebihi tiga hari tanpa air. Kehilangan 4 peratus daripada jumlah air bisa membuatkan manusia dehidrasi dan jika berlarutan sehingga melebihi 15 peratus pula manusia bisa mati. Kebergantungan manusia pada air boleh juga disamakan dengan kebergantungan para gadis pada Damien. Tanpa Damien, huru haralah hidup para gadis, termasuk Teja.”
Dalam mendidik, sempat juga Damien selitkan pujian buat diri sendiri. Masuk bakul angkat sendiri, Damien memang sudah terbiasa begitu.
“Perasan! Habis tu api tu pula?”
“Api tu Si Megat! Dia tu kerja nak membako aku aje. Api kan kerjanya membakar. Mentang-mentanglah dia ada darah diraja. Dia ingat dia hebat? Dia tak tahu, harta kita yang tak berdarah diraja ni pun boleh kenyang tujuh keturunan. Dia tu lainlah setakat menumpang nama keluarga. Kita ni usaha sendiri semuanya. Hebat lagi kita, kan?”
“Ya, Dam kau hebat lagi. Dia tu, kalau campak tengah laut mati tenggelam aje. Jerung pun tak teringin nak makan. Lainlah kau, Damien. Campak kat tengah laut jadi pulau. Pulau Damien! Siap dengan resort and spa.” Ironinya Arjuna mengangguk setuju. Hebatnya Damien dalam berkata-kata, Tan Sri Arjuna pun boleh kalah.
“Antara Teja dan gadis misteri. Siapa yang kau akan pilih?” Arjuna tanyakan pula soalan menjerat diri.
“Kalau aku adalah air pada para gadis, Gadis misteri tu pula, ibarat air untuk Damien.”
“Kalau macam tu, tak lama lagi matilah kau. Dah berbulan-bulan dah perempuan tu hilang tanpa jejak.”
“Betullah tu. Kalau kau nampak aku masih hidup tu... Kau ibaratkan ajelah aku sekadar tubuh tanpa jiwa. Jiwa aku mati tanpa budak tu.”
“Bahaya kalau dah sampai mati jiwa. Cepatlah cari perempuan tu.” gesa Arjuna.
“Kau ingat aku tak usaha ke? Aku dah carilah. berbulan-bulan aku jadi pengintip cinta, tapi tak ada pulak terserempak dengan dia. Yang aku tahu dia duduk dekat kampus siswi, dia fakulti mana pun aku tak tahu.”
“Itulah salah kau, siapa suruh tak tanya siap-siap? Kan dah melepas... entah hidup entahkan mati. Entah sihat entahkan sakit. Entah single entahkan bini orang...”
“Kau diamlah Juna, kau langsung tak membantu.” potong Damien, malas mendengar ocehan mengarut Arjuna.
“Alah... chilllah, at least kau pernah juga jatuh cinta. Aku ni lagilah kesian, jatuh cinta pun tak pernah. Umur aje banyak...”
“Betullah tu... kesian kau!” Terbata-bata suara Damien dek gelak yang tidak dapat ditahan-tahan lagi.
HENING malam berubah bingit saat Damien pulas throttle kuat membelah jalan yang sunyi. Jam sudah menginjak ke angka sepuluh tetapi bagi jejaka seusia Damien malam masih muda. Menyelusuri lebuh raya Kuala Lumpur di lewat malam adalah perkara biasa untuk dia yang siang harinya dipenuhi dengan jadual kerja yang padat.
Bangunan gah yang mula kelihatan di depan mata membuahkan senyum di bibir Damien. Rindu terubat dengan hanya melihat bangunan itu sahaja. Ah, gilanya cinta. Damien tiada daya melawan keinginan diri. Percaya dengan kuasa jodoh dan berpegang pada satu kata. Takdir. Meski berbulan sudah berlalu, Damien kekal utuh menjadi penunggu setia di situ. Dia percaya satu hari nanti pasti mereka akan kembali dipertemukan jua. Bila dan bagaimana? Itulah rahsia yang perlu Damien rungkaikan.
Belum sempat motor diparkir, telefon di kocek jaket menjerit minta perhatian. Damien garu kepala. Dalam keterpaksaan panggilan dijawap.
“Nak apa? Aku sibuk!”
“Sorry Dam. Aku tahu kau sibuk mengendap anak dara orang. Tapi, ini penting. Projek dekat Sabah tu ada masalah. Aku sekarang on the way ke sana. Esok kau tolong cover aku, boleh?”
“Wow... sejak-sejak dah menjadi tunangan orang ni. Tan Sri Arjuna dah pandai mintak tolonglah. Sebelum ni kau tahu mengarah aje tak adanya nak ambik tahu aku sudi atau tak. Sekarang bukan main lagi, berbudi bahasa. Bagus juga budak Orkid tu.”
Sinis Damien bersulam senyuman. Meski cerita cintanya masih kabur, setidaknya dia bisa tersenyum melihat sahabat baik sendiri bahagia menyulam cinta, pertemuan yang juga tanpa sengaja akhirnya berakhir dengan ikatan yang bakal menyatukan Arjuna dan Orkid. Andai sahaja dia bisa seberani Arjuna dalam mengorak langkah menyuarakan rahsoa hati, mungkin sekarang dia juga sedang berbahagia dengan si gadis pujaan.
“Perlilah. Perli. Kau tunggulah giliran kau nanti...” balas Arjuna sinis.
“Orkid dah tahu ke kau nak fly? Mengamuk nanti budak kecik tu aku malas nak jadi orang tengah korang dah.”
“Dia dah tahu. Sekarang ni cuma nak minta kau tolong backup aku untuk projek dekat Langkawi. Nanti aku bawak balik buah tangan Sabah ya.”
“Bawak balik sumandak kinabalu sorang. Kalau tidak, aku malas nak buat kerja kau. Kerja aku pun melanmbak.”
“Sumandak KL Cun juga... Kawan baik Orkid pun ada... Aku suruh Orkid kenalkan dengan kau ya nanti... tak payahlah kau baut kerja-kerja sekodeng tu lagi dah. Kalau kantoi ke dalam kau nanti. Sia-sia aje. Apa pun tak dapat!”
“Kau ingat aku tak laku sangat ke sampai nak kena kau kenenkan? Dah. Tak payah!”
“Aku simpati tengok kau, asyik tengok aku dating aje... Kau tak teringin ke? Kau ambillah sorang member Orkid, ambik yang baru masuk kerja Synergy tu. Senang korang nak dating nanti.” sakat Arjuna seakan tiada kesudahan.
“Diamlah kau! Aku tak cover kerja kau baru tau!”
“Aku pecat kau!”
“Pecatlah! tak takut.” jerit Damien semula tetapi talian sudah Arjuna tamatkan.
‘Cepat-cepat letak telefon. Tahu pulak takut. Mengata aku tak ingat dunia. Apahal nak kena tangkap pula? Bukan aku buat salah. Aku berhenti lepak bawah pokok aje, itu pun tak boleh ke?’
“Encik, ada apa masalah ya?”
“Hoi!” latah Damien dek terkejut. Masin pula mulut Arjuna, tidak pernah-pernah dia ditegur pak guard tiba-tiba pula malam ini di tegur. Malang sungguh! Kurang hasam punya Arjuna, kacau plan aku!
“Pakcik, tak ada apa. Saya jawab telefon tadi. Lepas tu saya saya cek waze ni hah... Rasanya saya dah salah masuk simpang tadi. Macam dah sesat ni.”
“Lah... ya ke? Patutlah nampak lama sangat dekat sini. Pakcik ni baru hari pertama kerja, nak tolong sangat pun tak tahu. Sekejap ya, pakcik tanya kawan dekat pondok sana. Kot dia orang tahu jalan yang anak nak pergi tu.”
“Anak nak ke mana sebenarnya ni?” Pakcik guard berpusing tetapi kelibat Damien dan motornya sudah menghilang. Berdesup laju perginya.
Dah tu, tak akan Damien nak berlaku jujur pula? Tak akan nak cakap yang dia sedang mencari si gadis misteri? Sah-sahlah banyak soal jawabnya nanti. Silap-silap kena heret ke lokap pula. Tahu dek wartawan jatuh pula saham ARJ Corp. Salah seorang pemilik saham ditangkap sekodeng budak universiti. Malu tujuh keturunan!
terima kasih semua yg setia menanti Damien & Camie... terharu mak byk view dak damien mulut celopar nih..hihi... tq semua! shayang semua ketat2.. xoxo
Share this novel