BAB 5

Humor Completed 9296

Iman Soraya memandang lama Aidil yang berada di hadapannya. Sebenarnya lebih tepat jika dikatakan merenung Aidil yang berada di hadapannya. Dia seperti ada sesuatu yang hendak diluahkan kepada Aidil tetapi mulutnya seperti terkunci untuk berbicara.

Hari ini hari ke berapa sejak dia berjumpa Aidil pun dia sudah tidak kira. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya sejak Aidil meminta dia menderma di tabung masjid universiti mereka.

“Pearl, saya tahulah saya handsome tapi tak payahlah awak tenung saya macam tu sekali. Kita bukan mahram okey.” Aidil berbicara setelah lama menyepi.

Ish hantu ni tak habis-habis dengan bukan mahram tu! Aku tahulah kita bukan mahram, aku boleh kahwin dengan kau, provided kau manusia lah, bukan hantu macam sekarang tapi tak perlulah asyik nak sebut pasal tu je.

“Kau ni kan tak padan dengan hantu tapi perasan, sendiri mengaku diri handsome. Apa barang.” Kata Iman Soraya kepada Aidil.

“Haha. Mana ada saya perasan. Saya hantu paling handsome yang awak pernah jumpa. Betullah kan?” Aidil tidak mahu mengalah.

“Correction, kau the only hantu yang aku pernah jumpa and since aku tak boleh nak compare kau dengan hantu yang lain so tak bolehlah nak cakap yang kau hantu paling handsome yang aku pernah jumpa. Itu tak adil kepada hantu-hantu lain namanya.”

“Awak nak compare saya dengan hantu lain tak? Saya boleh seru mereka datang.” Kata Aidil dengan sengihan yang sukar dimengertikan.

“Terima kasih daun keladi, lain kali beri idea yang lebih bernas lagi. Tak ingin aku jumpa hantu lain. Kalau mereka baik, Islamic macam kau takpe juga.” Balas Iman Soraya dengan ayat terakhirnya diperlahankan namun masih dapat didengar oleh Aidil.

“Hoyeah! Pearl akhirnya mengaku saya baik. Awak pun baik juga Pearl. And you seriously look good in that.” Kata Aidil dengan ikhlas. Iman Soraya sudah segan. Dia tahu yang Aidil maksudkan adalah bajunya yang kini sudah memenuhi kehendak syarak. Dia cuba sedikit demi sedikit untuk berubah dan dia sedang mencuba untuk cekalkan hatinya bagi mengenakan hijab pula.

“Pearl, kalau suatu hari nanti saya tiada dalam hidup awak, janji dengan saya yang awak akan teruskan hidup ye. Sebagai seorang muslimah yang taat pada Allah di muka bumi ini.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience