BAB 2

Fantasy Completed 4006

Sungguh meleset tekaan yang dibuat oleh Tok Janggut sebentar tadi. Pada hematnya, tentulah sekawanan kambing yang akan turun dari dua buah lori yang besar itu tetapi ternyata dia silap. Lain yang dia harap lain pula yang keluar. Biasanya Pak Hambali akan bawa pulang sekawanan kambing datang ke padang ragut itu untuk menggantikan kambing yang semakin berkurangan sementelahan Pak Hambali adalah penternak kambing yang berjaya sejak sepuluh tahun yang lalu.

Apabila Pak Hambali membawa sekawanan lembu dan kerbau, itu adalah sesuatu yang aneh. Pada pandangan Tok Janggut, sudah pasti Pak Hambali mahu menukar selera. Dari menternak kambing ke menternak lembu dan kerbau pula. Mungkin juga Pak Hambali mahu membesarkan dan mempelbagaikan perniagaannya yang semakin maju itu.

Sebagai kambing yang paling tua, Tok Janggut mula rasa tidak sedap hati. Dia dapat merasakan akan ada sesuatu yang tidak baik yang akan jadi di padang ragut itu. Lekas lekas dia beristighfar kepada Allah agar membuang segala perkara yang tidak baikyang terbit di sanubarinya.

Kemudian Tok Janggut melihat Pak Hambali menarik sekawanan lembu dan sekawanan kerbau itu ke dua buah kandang yang dibina bersebelahan dengan kandang yang dihuni oleh Tok Janggut dan anak anak buahnya. Pak Hambali dibantu oleh lelaki Cina dan dua orang lelaki Melayu tadi. Mereka membawa masuk sekawanan lembu dan sekawanan kerbau itu ke kandang masing masing.

Setengah jam kemudian sekawanan lembu dan sekawanan kerbau itu pun dibawa keluar semula. Kelihatan Pak Hambali sedang ketawa sambil berjabat tangan dengan lelaki Cina dan dua orang lelaki Melayu tadi. Kemudian lelaki Cina dan dua orang lelaki Melayu itu menaiki lori masing masing dan meninggalkan kawasan padang ragut itu. Setelah kedua dua buah lori itu pergi, Pak Hambali menaiki motokarnya yang dipakir di bawah pokok di hujung padang ragut itu lalu meninggalkan tempat tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience