PROLOG

Short Story Completed 93520

London....

"I janji I akan sentiasa cintakan you"ucapnya saat bibir yang menyatu di pipi sang suami dilepaskan.Lembut kucupannya.Ia membuatkan Ratna gembira.

Mereka tersenyum mesra.Mata bertatapan.Jari-jemari bertaut.Saling membelai, saling memberi dan sama menerima.Ratna benar-benar sudah merasakan Arjuna adalah cinta matinya.

Mereka langsung tidak peduli dengan orang berhampiran mereka.

"You janji dengan I okay.Kalau kita Malaysia kita jumpa keluarga kita.I tak nak berpisah dengan you lama-lama"ujar Ratna memujuk Arjuna.

Arjuna hanya tersenyum nipis.

"I promise I akan bertanggungjawab jelaskan semua pada keluarga kita dan I takkan biarkan you hadap semua ni seorang diri"balas Arjuna dengan renungan tepat ke mata Ratna.

"You rasa apa reaksi keluarga kita bila mereka tahu anak-anak mereka kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan?"soal Ratna memandang wajah Arjuna.

Arjuna menghela nafas berat."Mungkin mereka akan marah sekejap.Tapi kita kena yakin mereka bahawa kita benar-benar suka antara satu sama lain"jawab Arjuna.

Ratna memeluk tubuh Arjuna seerat-eratnya.Perkahwinan mereka hampir cecah tiga bulan.

Dia masih ingat pertemuan mereka di The Cambridge Mosque ketika persatuan pelajar Malaysia mengadakan program islamik.Ketika itu Ratna fikir itu pertemuan terakhir dirinya dengan jejaka yang menarik perhatiannya.Ternyata mereka bertemu buat kali kedua di University of Cambridge London.Pertemuan kedua itu Arjuna mengatur langkah pertama menegur Ratna.

Sebulan perkenalan Arjuna melamar Ratna untuk mendirikan masjid.Pada awalnya Ratna agak berat tetapi Arjuna tetap menyakinkan dirinya.

Dia menerima Arjuna kerana keikhlasan diri Arjuna menyakinkan dirinya untuk menerima Arjuna sebagai suami.

Rupanya langit tidak selalu cerah.Kopi tidak selalu panas.Siang tidak lama.....dan malam akan kunjung tiba.

********
"Congratulations Madam You're Pregnant"

Senyuman terukir di bibirnya dan dia tidak sabar mahu balik ke apartment dan bertemu si dia.Kerana berita ini pasti akan menggembirakan mereka berdua.

Langkah kakinya semakin laju.Dia mahu cepat sampai ke sana.Dia boleh bayangkan wajah suaminya itu bila dapat perkhabaran darinya nanti.

Dia membuka pintu apartment mereka.Rumah itu gelap tidak bercahaya hanya cahaya luar tingkap sahaja menerobos masuk ke dalam kediaman ini.

Perasaan dirinya rasa kosong tiba-tiba."Juna...Juna...Sayang" Nama suaminya dipanggil dan dia mencari sekitar rumah tapi tiada dan tidak ada yang bersuara.

Dia meletakkan kunci pada meja dan terpandang sesuatu pada meja.Terdapat sekeping kertas.Dia membaca setiap isi surat itu.

Laju dia melangkah masuk ke bilik tidur mereka.Dia membuka pintu almari dan terkejut melihat tiada sehelai pun pakaian suaminya dalam almari itu.

Dia terduduk dilantai biliknya."Tak mungkin awak dah janji dengan saya.Kenapa awak tinggalkan saya?"soalnya dalam hati.

Dia mengamati isi kertas itu.

I'm sorry

I tak boleh teruskan semua ni.I harap you faham.Ratna Zinnirah Binti Razak aku ceraikan kau dengan talak satu.

Surat itu terlepas daripada tangannya.Dunia dan waktu seakan-akan berhenti berpusing.
Dia mengusap perutnya dan memejamkan matanya cuba menghadam apa yang sedang berlaku.

" I promise you akan jadi wife I selamanya.Only you sorang" kata-kata itu masih segar dalam ingatannya.

Perkahwinannya bersama Arjuna Basith baru saja masuk bulan 3.Kini dia diuji, Juna meninggalkan dirinya di apartment ini berseorangan.Disaat ini dirasakan Arjuna mengkhianati cinta yang diberikan pada Arjuna.

Mana pergi janji lelaki itu.Mana pergi semua kata-kata pujuk rayunya itu.Kenapa Juna sanggup buat dirinya sebegini?.Apa salahnya ditinggalkan?.

Dia cuba bangkit dari duduknya.Dia cuba menghubungi nombor telefon Juna.Tapi tiada panggilan dijawab malah Juna sudah blok nombornya.

"Kenapa awak buat saya macam ni?!!!"jerit Ratna sekuat-kuatnya.Dia menghempas telefon ke dinding bilik.

Dia rasa pening sebelum rebah jatuh ke lantai.Matanya memandang ke arah siling yang kosong itu.

*********

Ratna membuka matanya memandang sekeliling bilik.Macamana dia berada atas katil sekarang? Siapa yang tolong?.

Dia cuba untuk menguatkan ingatannya tentang apa yang jadi.Takkan Arjuna yang meletakkan dia di atas katil.

Dia bingkas bangun dari katil ingin melangkah keluar dari bilik.Dia mendengar ada orang didapur apartmentnya.

"Dira...kau buat apa dekat sini?"soal Ratna memandang ke arah Dira yang sedang memasak sesuatu di dapur.

Dia berpaling.

"Aku datang nak hantar assessment yang kau minta tu.Pastu aku tengok pintu apartment kau terbuka jadi aku masuk dan nampak kau pengsan"ujar Dira dengan jelas.

Ratna memandang arah lantai dia pengsan tadi."Jadi kau yang angkat aku dekat atas katil?"soal Ratna yang masih bingung.

Dira angguk perlahan.Dia menuju ke arah Ratna."Kau okay tak ni? Mana Arjuna? Dari tadi aku cuba telefon dia tak dapat?"soal Dira bertalu-talu.

Ratna memeluk erat badan Dira.Sahabatnya terkejut dengan tindakan Ratna.

"Beb kenapa ni? Apa yang jadi?" soal Dira mengelus rambut Ratna.

"Dia tinggalkan aku...Dira.Dia ceraikan aku..."ucap Ratna dengan nada suara yang teresak-esak menangis.

"Ya Allah kenapa boleh jadi macam ni? Semalam aku jumpa korang berdua okay aje? Kenapa tiba-tiba dia ceraikan kau?"soal Dira dengan nada suara serius.

"Aku tak tahu Dira.Aku balik dari hospital tadi dan aku benda nak bagitahu dia lepastu aku tengok ada surat dan aku tak ingat apa-apa"balas Ratna.

"Okay... sekarang ni macamana? Kita nak cari dia ke?"soal Dira pada Ratna.

Ratna menundukkan kepala.Dia buntu dengan keadaan sekarang.

Dira menarik tangan Ratna untuk duduk dikerusi dulu."Okay sekarang ni.Kenapa kau pergi hospital? dan apa doktor kata?"soal Dira perlahan.

Ratna memandang wajah sahabatnya itu.Dia menyerahkan sekeping kertas.Dira memandang Ratna.

"Kau pregnant? Alhamdulilah Ratna....kejap maksud kau tak sempat bagitahu dengan Arjuna pasal hal ni?"soal Dira dengan tanda tanya.

Dia mengesat airmatanya."Ya aku tak sempat nak bagitahu yang aku mengandung.Dia tinggalkan aku Dira.Apa aku nak buat Dira?" soal Ratna dengan suara yang bergetar.

"Okay macam ni.Next week adalah last week untuk kita dekat sini.Apa kata kita balik Malaysia cari Arjuna.Lagipun kau dengan dia tak sah cerai lagi sebab kau mengandung.Talak akan jatuh saat kau melahirkan anak kau nanti.Dalam tempoh ni, aku akan tolong kau cari Arjuna"jelas Dira.

"Demi anak ni aku kena hadap Arjuna.Aku nak tanya dia kenapa?.Kenapa dia buang aku dari hidup dia lepas dia janjikan macam-macam pada aku?"kata Ratna menitiskan air matanya.

**********

Bahang udara di bumi Malaysia sudah terasa.Penerbangan yang mengambil masa sangat lama benar-benar melelahkan dirinya.Dia memandang jarinya terdapat sebentuk cincin silver terukir nama Ratna disitu.

Tiba-tiba hatinya terasa panas bila terlihat nama itu.Dia membuka cincin itu daripada jarinya.Dan merenung seketika sebelum memasukkan dalam dompetnya.

Dia membuka dompetnya Dan terlihat gambar Ratna turut ada dalam dompetnya.Dia menutup semula.

"Juna cukup kenangan yang lepas tu lepas.Sekarang ni kau kena mulakan hidup baru.Ratna Zinnirah bukan sesiapa pada kau lagi.Hanya ada kenangan buruk antara kau dengan dia"ucapnya sebelum memakai kacamata hitam sebelum menuju ke arah teksi yang berdekatan dengan tempat dia berdiri.

Dia menolak troli bagasinya menuju ke ruang menunggu.

Enjoy the new novel

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience