Sofia duduk di tepi tingkap biliknya di kampung, melihat keluar sambil memegang telefonnya. Dia berasa gelisah, hatinya dipenuhi dengan keraguan dan kebimbangan. Dengan jari yang gementar, dia menekan nombor Emma.
"Emma, ini Sofia. I need to talk," - suaranya bergetar, mencerminkan kebimbangan yang dia rasakan.
"Hey, Sofia. Ada apa? Kau terdengar cemas," - jawab Emma dengan nada penuh perhatian dari seberang kota.
"Emma, ada seorang lelaki di sini, namanya Noah. Dia... dia menyukaiku. Aku merasa ragu-ragu dengan diriku sendiri. Aku takut membuka hatiku lagi, takut trauma kehilangan Noah seperti aku kehilangan Daniel dulu." - kata Sofia, matanya mulai berkaca-kaca.
"Sofia, aku mengerti ketakutan kau. Kehilangan Daniel sangat sukar bagi kau. Tetapi hidup terlalu singkat untuk kita hidup dalam bayang-bayang masa lalu." - Emma menghela nafas dalam-dalam, merasakan berat yang dirasakan Sofia.
"Tetapi, Emma, bagaimana jika aku kehilangan Noah juga? Bagaimana jika aku tidak dapat melalui kesakitan itu lagi?" - Sofia menangis pelan, suaranya penuh dengan perasaan putus asa.
"Sofia, cinta sentiasa melibatkan risiko. Tetapi itu juga yang menjadikannya sangat berharga. Jika kau merasakan, Noah seorang lelaki yang baik dan ikhlas, berilah dia peluang. Dan kau juga harus, beri diri sendiri kau peluang, untuk bahagia lagi," Emma bercakap lembut tetapi tegas.
"I know you're right, Emma. Tapi ketakutan ini begitu nyata. Aku tidak ingin terluka lagi." - Sofia menarik nafas dalam-dalam, cuba meredakan kebimbangannya.
"Tiada siapa yang mahu terluka, Sofia. Tetapi dengan menutup hati kau, kau juga menutup peluang untuk merasakan kebahagiaan baru. Percaya pada diri sendiri dan perasaan kau. Aku pasti Daniel mahu kau bahagia juga, " - Emma dengan penuh kasih sayang menasihati.
"Terima kasih, Emma. I'll try to think more positively. Aku hanya perlu waktu." - Sofia merasa sedikit lega mendengar kata-kata Emma.
"Sudah tentu, Sofia. Luangkan masa yang kau perlukan. I'm always there for you," - jawab Emma, mengakhiri panggilan dengan perasaan yang baik dengan sokongan.
Sofia melihat telefonnya, berasa sedikit tenang. Dia tahu keputusan itu tidak mudah, tetapi dengan sokongan Emma, dia berasa lebih kuat untuk menghadapi masa depan.
-
Noah berjalan melalui salji tebal, tapak kakinya hampir diliputi oleh salji segar yang jatuh malam tadi. Dia membawa sebotol wine merah yang dia harap dapat menikmati dengan Sofia pada malam yang sejuk ini.
Ketika Noah mengetuk pintu kabin, Sofia segera membukanya dengan senyuman.
"Hai, Noah! Masuklah, nanti awak sejuk pula," kata Sofia sambil membuka pintu lebih lebar, mengundangnya masuk.
Noah tersenyum dan melangkah masuk, merasakan kehangatan kabin yang mengalu-alukannya.
"Terima kasih, Sofia. Suasananya sangat selesa di sini."
Sofia mengangguk ketika menerima jaket tebal Noah dan menggantungnya berhampiran pintu.
"Saya gembira awak boleh datang. Saya ada buat coklat panas khas, nak cuba tak?"
Noah mengangguk dengan teruja.
"Sudah tentu, saya tidak sabar untuk merasainya."
Mereka duduk di ruang tamu kabin yang hangat dan selesa. Sofia membawa dua cawan besar yang dipenuhi dengan coklat panas yang tebal dan wangi. Mereka duduk di sofa lembut, rapat bersama, berasa selesa rapat antara satu sama lain.
"So, how is your day, Noah? Is the café going smoothly today?" tanya Sofia dengan lembut.
"Yes, it's quite busy as always, but I always enjoy the business. Bagaimana dengan awak? Adakah awak berjaya menulis sesuatu hari ini?" ujar Noah kembali sambil meneguk coklat panas itu dengan berhati-hati.
Sofia menghela nafas, kemudian tersenyum.
"Sebenarnya, saya berasa lebih baik sejak kebelakangan ini. Kehadiran awak di sini sangat membantu. Saya berasa lebih terinspirasi."
Noah tersenyum lembut.
"Saya gembira dapat membantu, Sofia.Awak seorang penulis yang hebat. Saya pasti inspirasi awak akan kembali tidak lama lagi."
"Sofia, saya ingin mengatakan sesuatu kepada awak." Noah bersuara.
"Apa dia, Noah? Cakaplah..."
"Saya masih teringat akan perjumpaan awak bersama Clara di kafe semalam. Saya bimbang, Clara buat awak tidak merasa selesa. Tetapi saya mahu awak tahu, awak lebih bermakna kepada saya daripada apa sahaja yang Clara katakan atau lakukan." kata Noah, suaranya penuh perhatian.
Sofia tersenyum tipis, matanya bersinar dengan rasa syukur.
"Terima kasih, Noah. Awak sentiasa tahu bagaimana untuk membuatkan saya berasa lebih baik."
Noah menghela nafas dalam-dalam, merasakan jantungnya berdegup kencang.
"Sofia, saya serius dengan perasaan saya terhadap awak. Saya mahu kita mempunyai peluang untuk mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam. Awak mahu memberi saya peluang itu?"
Sofia melihat keikhlasan di mata Noah dan merasakan hatinya lembut.
"Saya mahu, Noah. Saya juga mahu mengenali awak dengan lebih baik."
Noah tersenyum lebar, merasakan kebahagiaan mengalir di hatinya.
"Terima kasih, Sofia. Saya berjanji, saya tidak akan mengecewakan awak."
Mereka berbual dengan mesra, berkongsi cerita dan ketawa. Sofia berasa selesa berada berhampiran Noah.
"Saya nak pinjam tandas sekejap." ucap Noah lagi.
Sofia angguk kepala dengan senyuman. Dia melihat kelibat Noah hilang dan tiba-tiba, bunyi deringan telefon memecahkan keheningan. Sofia memandang telefon bimbit Noah terletak di atas meja. Nama Clara muncul di skrin. Hatinya berdebar-debar, dan dia merasa sedikit cemas. Sofia mengambil telefon bimbit itu dan menjawab dengan suara yang tenang.
"Hello, Clara."- Sofia
"Oh, siapa ini? Di mana Noah?" - Clara
"Aku Sofia. Noah ke tandas sekejap." - Sofia
"Tandas? Bukan ke kafe dah tutup? So, korang berdua ada di mana sekarang?" - Clara
Sofia merasa cemas dan sedikit gugup hendak memberitahu kepada Clara.
"Dia berada di kabin saya, Clara." - Sofia
"Pada malam begini? Beri telefon ini kepada dia. Ada hal aku nak bercakap dengan dia." - Clara
Sofia melihat Noah sudah keluar daripada tandas. Sofia memandang Noah, yang sekarang juga terlihat sedikit tegang.
"Ya, Clara. Noah ada di sini. Tunggu sebentar." - Sofia
Sofia menyerahkan telepon bimbit itu kepada Noah. "Ini Clara, dia ingin cakap sesuatu dengan awak."
Noah menerima telepon dengan ragu-ragu. "Hello, Clara. Ada apa?"
Sofia cuba untuk tidak mendengar perbualan mereka, tetapi sukar baginya untuk tidak merasa ingin tahu. Dia tahu bahawa Clara adalah sebahagian daripada masa lalu Noah, dan walaupun dia cuba bersikap positif, tetap ada rasa cemas yang melanda hatinya.
Setelah beberapa menit, Noah menutup telepon bimbitnya itu.
"Saya minta maaf, Sofia. Clara hanya mahu membincangkan beberapa perkara yang perlu diselesaikan."
Sofia tersenyum lemah. "Tidak apa-apa, Noah. Saya faham."
Noah meraih tangan Sofia, menggenggamnya dengan lembut.
"Sofia, saya tahu ini mungkin sukar bagi awak. Tetapi percayalah, awak adalah perkara yang paling penting bagi saya sekarang."
Sofia mengangguk, cuba tetap kuat.
"Saya percaya kepada anda, Noah. Cuma saya memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan keadaan ini."
Noah menarik Sofia ke dalam pelukannya, cuba memberikan rasa selamat dan selesa.
"Saya di sini untuk awak, Sofia. Kita akan melalui ini bersama-sama."
Sofia merasakan kehangatan pelukan Noah, dan walaupun kegelisahan, dia merasa lebih baik mengetahui bahawa Noah berada di sisinya.
"Noah, adakah awak pernah merasa ragu dengan perasaan awak sendiri?"
Noah menggelengkan kepala dengan tegas.
"Tidak, Sofia. Sejak saya bertemu dengan awak, saya tahu bahawa awak adalah orang yang saya mahu menghabiskan masa bersama. Clara adalah masa lalu, dan awak adalah masa depan saya."
Sofia menatap mata Noah, melihat ketulusan di dalamnya.
"Saya mahu mempercayai awak, Noah. Saya mahu kita mempunyai masa depan yang indah bersama."
Noah tersenyum dan mencium dahi Sofia dengan lembut.
"Kita akan memiliki itu, Sofia. Saya berjanji."
Malam itu, walaupun gangguan dari masa lalu, Sofia dan Noah berasa lebih dekat antara satu sama lain.
Pada masa yang sama;
Clara menutup telefon dengan perasaan bercampur-campur. Dia menatap skrin telefon nya, memikirkan perbualan ringkas yang baru saja berlaku. Cemburu yang tiba-tiba sampai ke hatinya tidak dapat diabaikan. Dia merasa pelik untuk mengetahui bahawa Noah berada di kabin Sofia. Hakikat bahawa mereka berdua menghabiskan masa bersama di tempat peribadi seperti itu membuat Clara merasa tidak selesa.
Pikiran Clara melayang pada kenangan-kenangan bersama Noah. Meskipun hubungan mereka sudah berakhir, dia tidak dapat menghilangkan rasa perasaan terikat yang masih ada. Dia bertanya-tanya apakah Noah sudah benar-benar move on, atau apakah dia hanya mencari, melarikan diri sementara dari kenangan mereka. Clara merasakan keinginan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hubungan Noah dan Sofia.
Di satu sisi, Clara merasa bahawa dia tidak seharusnya peduli lagi, tetapi di sisi lain, dia tidak dapat menahan perasaan kehilangan dan cemburu. Dia tahu bahawa dia harus menghadapi perasaannya dan mencari cara untuk move on, tetapi saat ini, perasaan cemburu dan curiga itu begitu kuat, membuatnya merasa terumbang-ambing antara masa lalu dan kenyataan yang sedang dihadapinya.
"Aku harus buat sesuatu..." bisiknya sendirian sambil melayan segelas wain merah di tangannya itu.
Dalam hening malam yang sunyi, Aku terjaga, merenung sepi, Rasa cemburu meruntuhkan hati, Saat bayanganmu kembali menghantui. Kulihat senyummu di balik layar, Tertawa bersama dia yang baru, Hatiku bergetar, jiwaku terkapar, Cemburu menyelubungi kalbu. Meski ku tahu kau bukan lagi milikku, Namun bayangmu tak bisa kulepaskan, Cemburu ini adalah saksi bisu, Dari cinta yang tak lagi tertaut dalam dakapan.
Share this novel