Chapter 55

Romance Completed 35261

“Abang, are you okay?” Sofia Amelia duduk di sebelah suaminya. Tangannya mengeringkan rambutnya. Iskandar Faiz sedang membaca buku bisnes. Dia menumpukan sepenuh perhatian pada buku bisnes itu.

“Abang!” Sofia Amelia memanggil suaminya dalam nada sedikit tinggi. Dia pelik kenapa Iskandar Faiz tidak melayaninya.

“Hmm?”

“I am calling you but you are doing your work only!” ujar Sofia Amelia geram. Dia terasa hati dengan cara layanan suaminya.

“Abang dengar sayang. Cakap je la.” balas Iskandar Faiz. Dia masih ingat lagi perbualan Sofia Amelia dan Mak Ziah.

“Abang what happened to you? Abang sihat ke tak? Tadi masa makan pun abang tak banyak cakap. Abang makan sikit je. Abang tak layan saya pun tadi. You were just talking with daddy.” luah Sofia Amelia.

Masa makan Iskandar Faiz langsung tidak menegurkan isterinya. Dia berbual dengan Dato’Johari sahaja. Tiada mood pun untuk makan pada masa itu. Rasa lapar pun sudah terbang entah ke mana selepas mendengar perbualan Mak Ziah dan Sofia Amelia di dapur.

“Nothing. I am fine. No need to worry about me.” kata Iskandar Faiz tegas.

Sofia Amelia tersentak. Mengapa suami tiba-tiba berubah? Apa yang tak kena dengan suaminya?

“Abang elok je pagi tadi. Kenapa tiba-tiba berubah? Saya ada buat salah ke abang?” tanya Sofia Amelia perlahan.

Iskandar Faiz yang mendengar pertanyaan isterinya menghela nafas perlahan. Matanya meneliti muka isterinya. Dia rindu isteri sebenarnya.

“Sayang nak tahu apa abang nak?” soal Iskandar Faiz serius. Buku bisnes yang sedang baca itu ditutup.

Sofia Amelia mengangguk laju. Mata merenung anak mata Iskandar Faiz. Bibirnya ukir senyuman kecil.

“Abang nak anak.” jawab Iskandar Faiz tenang. Dia sengaja memberitahu sebegitu untuk tengok reaksi isterinya.

Sofia Amelia menelan air liurnya yang terasa pahit masa itu. Hatinya berdebar laju. Sofia Amelia tidak terfikir suaminya akan menyentuh hal anak. Bukan ke Sofia Amelia sudah memberitahu suaminya yang dia belum bersedia untuk adakkan anak buat masa sekarang?

“Abang, saya rasa saya sudah bagitahu abang sebelum ini. Abang pun sudah janji dengan saya kan. Abang akan tunggu sampai saya habis belajar. Kenapa tiba-tiba abang minta anak sekarang?” Sofia Amelia menyoal balik suaminya. Dia tidak puas hati dengan Iskandar Faiz.

“Bila sayang habis belajar?”

“Setahun lagi.” jawab Sofia Amelia tenang.

“Setahun? Betul ni?” tanya Iskandar Faiz sinis.

“Yes!” jawab Sofia Amelia tanpa rasa bersalah. Malah tinggal tiga bulan sahaja untuk Sofia Amelia habiskan pengajiannya.

“Sampai hati Sofi tipu abang.” gumam Iskandar Faiz dalam hati.

“Ada je banyak perempuan di luar sana mengandung masa belajar. Kenapa sayang tak boleh?”

“Abang, different people, different opinion. Saya tak sedia lagi. Saya muda lagi. I am just 23. Jadi, abang henti minta bukan-bukan dekat saya.” meninggi suara Sofia Amelia seoktaf.

“Abang minta yang bukan-bukan? Sofi, abang hanya boleh minta anak dekat awak je tau. Awak adalah isteri sah abang.” bengang Iskandar Faiz. Rasa marah mula menyelubungi dirinya.

“Can you stop it abang? Jangan nak tanya pasal nak anak. I am not ready for this!” kata Sofia Amelia tegas lalu bangun dari katil dan menuju ke meja solek. Panas hati apabila Iskandar Faiz bertanya mengenai anak.

Iskandar Faiz terasa dengan balasan isterinya. Tanpa bercakap banyak, Iskandar Faiz keluar dari biliknya. Pintu biliknya terhempas kuat.
Terhinjut bahu Sofia Amelia apabila pintu biliknya hempas kuat. Mukanya ramas perlahan.

“Kenapa dengan dia ni? Ada siapa-siapa yang tanya pasal anak ke? Dia dah terasa hati sekarang. Macam mana nak sejukkan hati dia?” Sofia Amelia bercakap sendiri.


*******************

“Along.” Wahidah Tiara panggil lembut adik lelaki.

Razim yang duduk di pangkin rumah terkedu apabila Wahidah Tiara memanggilnya. Sudah dua bulan kakaknya tidak cakap bersemuka dengan Razim.

“Iya kak? Duduk lah.” pelawa Razim. Dirinya masih terkejut.

“Along sihat?” bermanis mulut Wahidah Tiara.

“Along nampak macam tak sihat ke akak?” berseloroh Razim. Tak kelakar ke bila orang yang duduk serumah menyoal sihat ke tidak malah berjumpa setiap hari.

Wahidah Tiara senyum paksa. Rasa malu apabila adiknya tegur.

“Tak lah. Kan akak dah lama tak bercakap dengan along.” Wahidah Tiara memberi alasan.

“Along sihat.”

“Glad to hear that.” balas Wahidah Tiara.

“Erm, akak yang masak makanan malam ke?” soal Razim.

“Ya. Kenapa tak sedap ke?” berubah wajah Wahidah Tiara.

“Eh, tak lah akak. Sedap. Sudah lama along tak rasa masakan akak.” jawab Razim.

“Kan. Akak minta maaflah sebab selama ini selalu marahkan along.”

“Dia minta maaf? Akak dah berubah ke?” fikir Razim. Namun, dia dapat rasa ada yang tidak kena dengan kakaknya.

“Tak apa akak. Along tak ambil kisah pun. Janji akak bahagia dan betul-betul berubah. Akak terima qada dan qadar. Akak belajar terima kenyataan. Along tahu akak tak boleh nak terima abang Is sudah kahwin. Tapi akak kena move on. Ini satu ujian untuk akak. Akak jangan pula nak berbalas dendam atau kacau abang Is lagi. Biar dia happy dengan isteri dia. Mesti ada calon suami untuk akak nanti. Ingat Allah SWT selalu ada dengan akak. Berserah pada Allah.” nasihat Razim. Dia tahu betapa cinta dan kasih kakaknya terhadap lelaki yang bernama Iskandar Faiz.

“Aduh, dia ni. Nasihat kan aku pula. Kau ingat mudah ke untuk aku lupakan Is? Tak! Tak mungkin aku biarkan mereka berdua bahagia. Is akan lebih bahagia dengan aku. Sofi tak dapat nak bahagiakan Is. Kau ingatkan aku nak berbaik dengan korang sebab aku dah berubah ke? Aku tak ada cara lain. Aku terpaksa berbaik dengan korang semua supaya aku boleh dapat balik Is.” gumam Wahidah Tiara.

“Akak? Dengar tak apa along cakap ni?”

Wahidah Tiara tersedar dari lamunan. Dia senyum. Dia tak nak adik lelakinya mendapat tahu plan dia.

“Akak dengar. Insya allah akak cuba.” balas Wahidah Tiara.

“Bagus lah.” senyum Razim. Dia ada harapan bahawa kakaknya akan berubah.

Linda dari tadi mendengar perbualan anak-anaknya. Linda pergi ke pangkin rumah untuk berbual dengan Razim, tetapi apabila melihat Wahidah Tiara yang sedang berbual dengan Razim, niatnya dibatalkan dan Linda bersorok di belakang dindingnya untuk mendengar perbualannya.

“Aku gembira kalau kau ada niat untuk berubah Tiara.”


************************

Sudah seminggu, hubungan antara Iskandar Faiz dan Sofia Amelia agak renggang. Sepatah ditanya, sepatah juga jawapan daripada Iskandar Faiz. Sofia Amelia juga buntu. Bukan senang hendak pujuk suami yang makan hati itu. Silap-silap setahun jua mereka tidak berbaik.

“Mana Is? Sudah bangun ke dia?” Sofia Amelia meraba-raba tempat tidur suaminya di sebelah. Jam di dindingnya menunjukkan angka 8 pagi. Sofia Amelia bangun dan mengikat rambutnya.

Telefon bimbitnya diambil dan dibuka. Semua notifikasi telah dibaca. Tiba-tiba matanya membulat apabila tengok alert dari aplikasi “Clue.”

“YOUR CYCLE SEEMS TO BE LATE THIS MONTH!” - CLUE APPLICATION

Sofia Amelia baru teringat dia belum datang bulan kali ini.

“Aku tak ada masalah datang bulan. Kenapa bulan ini ada masalah? Aku pregnant ke?” Sofia Amelia tidak tenang. Dia gelisah. Adakah dia mengandung?

“Apa aku perlu buat? Macam mana kalau aku pregnant?” bisik Sofia Amelia. Tangan kanan mengusap perlahan perut yang masih kempis itu.

Tanpa membuang masa, Sofia Amelia menelefon Mak Ziah. Dia harus bertindak secepat mungkin.

“Assalamualaikum Mak Ziah.”

“Waalaikumsalam Sofi. Ada apa pagi-pagi call Mak Ziah?”

“Mak Ziah, sekejap lagi Sofi datang sana. Kita pergi ke farmasi.” beritahu Sofia Amelia.

“Pergi ke farmasi? Kenapa Sofi? Tak sihat ke?” risau Mak Ziah.

“Nanti Sofi cerita. Sofi nak mandi. Jumpa sekejap lagi.” tanpa memberi salam Sofia Amelia memutuskan talian.


*******************

“Morning Is.” beramah Tarshan pada pagi itu.

“Morning Tar.”

“Kenapa muka kau tak ceria? Penat ke?”

“Tak lah. Aku biasa je.” balas Iskandar Faiz.

“Mana ada biasa? Rindu bini ke atau monday blues?” usik Tarshan.

“Dua-dua pun tak. Ada apa kau masuk bilik aku?” Iskandar Faiz cuba mengelak dari berbincang mengenai isterinya.

“Just nak remind kau, ada meeting bersama klien malam ni. Pukul 8 malam.” Tarshan mengingatkan Iskandar Faiz.

“Okay cha. Ada apa-apa lagi?” soal Iskandar Faiz.

“So far tak ada. Kalau ada apa-apa aku roger kau. Aku keluar dulu. Nak pergi luar kejap.” meminta diri Tarshan.

“Alright Tar. Take care.”

Iskandar Faiz mengambil kalender dan meneliti tarikh-tarikh pentingnya. Tiba-tiba dia teringat hari ini merupakan hari jadi bekas kekasih, bekas tunang, Wahidah Tiara.

-FLASH BACK-

“Happy birthday to you, Tia. Semoga allah melimpahkan rezeki.” jambangan bunga ros diberi sebagai hadiah kepada Wahidah Tiara.

“Terima kasih awak. Susah-susah arrange semua ini untuk saya.” balas Wahidah Tiara.

“Mana susahnya? Ini kan tempat kegemaran awak. Saya mampu menyambut simple sahaja. Insya Allah tahun depan kita sambut meriah sikit ye.”

“Tahun depan kita sambut sebagai suami isteri awak.” tutur Wahidah Tiara dengan penuh ceria.

-END OF FLASHBACK-

“Maafkan aku Tia. Kita mampu merancang, yang selebihnya pada Allah. Jodoh aku dengan Sofi. Aku doakan kau dapat lelaki yang lebih jauh baik daripada aku.” Iskandar Faiz hanya mampu berdoa dalam hati. Walaupun Wahidah Tiara melukai hatinya beberapa kali, sesekali pun Iskandar Faiz tidak membencikannya.


************************

Mini Cooper milik Sofia Amelia meluncur masuk ke pekarangan rumah Dato’Johari. Tergesa-gesa Sofia Amelia keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah untuk cari Mak Ziah.

“Mak Ziah! Mak Ziah!” jerit Sofia Amelia.

“Sofi, Mak Ziah kat dapur.” laung Mak Ziah dari dapur.

“Mak Ziah, jom lah kita pergi ke farmasi sekarang.” mendesak Sofia Amelia.

“Kenapa nak ke farmasi? Cuba cerita dekat Mak Ziah dulu.” Mak Ziah menghentikan kerja dan merenung Sofia Amelia.

“Macam ni, Sofi lewat datang bulan seminggu.” Sofia Amelia mulakan ceritanya.

“Itu biasa Sofi. Kadang-kadang datang bulan lewat sebab hormon ataupun faktor-faktor lain macam stress. Kenapa nak takut sangat ni Sofi?” pelik Mak Ziah.

“Sofi takut Sofi mengandung.” ujar Sofia Amelia perlahan.

“Alhamdulilah kalau Sofi mengandung. Kenapa nak takut? Bukan Sofi terlanjur kot. Awak dah kahwin, jadi tak ada masalah. Sah-sah itu anak Is.”

“Mak Ziah lupa ke? Saya belum ready. Dah lah. Jangan cakap banyak. Ikut Sofi. Kita pergi farmasi. Nak beli pregnancy test.” cakap Sofia Amelia.

“Lebih baik pergi check di klinik.” cadang Mak Ziah.

Sofia Amelia terdiam. Dia pun rasa cadangan Mak Ziah logik. Sofi boleh scan sekali. Bukan seratus peratus keputusan pregnancy test accurate!

“Okay, ikut Sofi. Kita pergi ke klinik pakar wanita sekarang.” putus Sofia Amelia.

Tanpa membantah Mak Ziah mengikut Sofia Amelia. Dalam hatinya ada juga berdoa agar Sofia Amelia mengandung. Semua pasti akan gembira!

Enjoy reading semua :) Jangan lupa untuk rate dan comment ;) Sesiapa yang belum follow Kikki, boleh follow ig miz.kikki_novelplus. stay safe everyone !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience