Dari rakaat pertama saya solat, hati saya betul-betul tak tenteram. Masa tu hanya Allah saja tahu betapa saya rasa takut sangat entah kenapa.
Solat yg sepatutnya empat rakaat saya hanya sudahi dua rakaat sahaja. Dalam hati berkata
“Biarlah aku solat balik kat rumah nanti..macam mana nak solat dengan hati mcm ni”
Saya terus cabut telekung, saya lipat, terus saya lari keluar dari tempat itu…
Ketika berdiri di luar kawasan surau, saya nampak Daud, Azlan dan Farhan baru selesai solat..
“eh..cepatnye akak solat.” Tegur Farhan
“ermmm..” Itulah yang mampu saya balas.
Saya tak cakap banyak lalu terus berjalan keluar, dalam hati ni hanya mahu keluar cepat-cepat dari kawasan surau itu. Setelah jarak hampir 5 meter saya mula bersuara.
“Daud, tadi akak solat 2 rakaat jer..”
“hah!! apa la akak ni…kami siap qodor zohor lagi tau.”
Share this novel