Pagi itu Isha bangun awal dari biasa. Dia ingin bersarapan di rumah terlebih dahulu sebelum ke pejabat. Dia juga tidak mahu terkandas di dalam kesesakan jalan raya. Isha menikmati sarapan ringkas ibunya pagi itu dengan penuh selera. “Isha, balik nanti tolong belikan ibu sabun basuh baju ya. Sabun tu dah nak habis. Ibu lupa nak mintak Pak Mail belikan semalam.” pinta Puan Riana. “Okey! Nanti Isha singgah Giant, Isha beli.” balasnya ringkas. Dia mencapai beg tangan dan beg laptopnya di kerusi sebelah dan terus bangun bersalaman dengan ibunya. “Isha pergi dulu ibu!” ucapnya sambil menuju ke keretanya. “Yelah. Bawak kereta elok-elok. Kereta banyak pagi ni.” pesan Puan Riana pada anak gadisnya itu. Isha hanya mengangguk tanda faham. Isha sempat melambaikan tangannya pada ibunya sebelum memecut pergi dari perkarangan rumahnya. Telefon bimbitnya berdering. Panggilan itu daripada Nia. ‘Buat apa pulak Nia call aku pagi-pagi macam ni?’ soal hatinya kebingungan. Dia terus menjawab panggilan itu. “Ha! Ada apa beb?” soal Isha pantas. “Kau bawak tak proposal untuk presentation dengan client tengah hari ni?” soal Nia membalas pertanyaan rakannya itu. “Ya Allah! Aku lupa. Aku dah dekat traffic light bandar dah ni. Kejap, aku pusing balik.” kata Isha yang baru teringatkan proposal yang ditinggalkan di atas katil itu. “Eh, tak payah! Biar aku singgah rumah kau je. Aku on the way jugak ni. Alang-alang lalu depan taman kau, biar aku jela yang ambik. Nanti lambat pulak kau.” Nia pantas menawarkan diri. “Okay-okay. Kau mintak dengan ibu aku. Aku call ibu aku jap. Bye!” balas Isha dan mematikan telefonnya. “Okay!” sambut Nia ringkas. “Hello ibu! Tolong ambik proposal Isha atas katil pastu bagi dekat Nia. Kejap lagi dia sampai. Isha tertinggal tadi.” pinta anaknya. “Kamu memang. Bangun je awal, benda satu tu pun lupa. Yelah, nanti ibu bagi.” balas Puan Riana. Isha terus meletakkan telefon bimbitnya. Dia memandu terus ke pejabatnya tanpa menunggu Nia.
“Ambik tak proposal kat ibu aku?” soal Isha sebaik sahaja Nia melangkah masuk dan duduk di kerusinya. “Dah.” jawab Nia ringkas. Dia mengeluarkan proposal itu dan menghulurkan kepada rakannya. “Thanks beb! Aku lupa. Padahal bangun awal dah tadi.” Isha mengomel pada dirinya sendiri. “Kau memang!” balas Nia. Mereka kembali menyiapkan kerja masing-masing tanpa sebarang suara. Sudah empat jam berlalu. Nia masih menyiapkan kerja di mejanya. Isha pula sudah lama mengikut Encik Zamil berjumpa dengan client syarikat mereka. “Nah! Bos suruh hantar kat meja dia esok pagi.” Suara Wafi tiba-tiba menerjah ke telinga Nia. “Apa ni? Aku banyak kerja la weyh!” rungut Nia setelah mendapat kerja lain yang dikirim Encik Zamil. “Kau ingat kau sorang banyak kerja? Aku pun banyak jugak. Dah dia suruh kau. Takkan aku pulak yang nak buat. Lain lah dia suruh aku.”omel Wafi sendirian. “Hmm.. Yelah. Esok aku hantar.” Nia akhirnya akur. “Haa.. Bagus! Macam nil ah orang cantik. Orang cantik tak boleh malas-malas. Nanti takda orang nak!” balas Wafi mengusik Nia dan beredar dari situ. ‘Apa kena-mengena?’ getus hati kecilnya.
“Oit! Oo.. Ni kerja kau bila aku takda ea.” suara Isha menghentikan lamunan Nia yang sedang merenung telefon bimbitnya itu. “Apa? Ada mesej. Aku bacalah!” Nia membidas. “Siapa tu?” soal Isha ingin tahu. “Siapa-siapa jela.” balas Nia ringkas sambil menyembunyikan telefonnya dari Faisha. “Eleh! Zairi la tu. Bajet aku tak tahu je.” omel Faisha sambil membuat mimik muka. Nia ketawa melihat tingkah laku rakan baiknya itu. “Aah. Dia ajak dinner esok malam kat The Villace Restaurant. Dia suruh ajak kau sekali. Jom la beb! Boleh kita tiga orang lepak-lepak, tengok wayang, main bowling. Bestnya!” jelas Nia panjang lebar selebar senyumannya. “Aah. Yelah tu! Pastu keras kat tengah-tengah bandar tu. Tunggu nak pergi batu dua je! Kau ni. Berjalan je tau. Tak nak lah. Kalau kau nak pergi, pergi jelah. Aku nak rehat la. Nak tenangkan fikiran aku yang tengah serabut ni.” Isha menolak tawaran Nia untuk keluar bersama. “Betul ni?” soal Nia inginkan kepastian. “Ya. Betul. Kau pergi je. Aku okey.” balas Isha cuba menyembunyikan perasaannya yang bercampur baur setelah insiden bersama Iman tempoh hari. Sesekali dia berasa cemburu melihat keakraban Nia dan tunangnya Zairi. Mereka sering meluangkan masa bersama. Zairi juga sering datang ke pejabat untuk menghantar makan tengah hari atau keluar makan bersama Nia. Fikiran Isha mula melayang jauh. Jauh memikirkan pelawaan Akmal yang mengajaknya keluar makan pada malam tersebut. ‘Kenapa dia tiba-tiba je nak jumpa aku? Sebelum ni aku call and mesej punyalah payah nak respond. Tup-tup je ajak aku keluar. Ada apa-apa ke?’ hatinya bermonolog sendiri. Nia yang berdiri di muka pintu biliknya hanya memerhati gelagat rakannya yang sedang mengelamun itu untuk beberapa minit. Dia menyergah Isha dan membuatkan pen pada tangannya tercampak ke lantai. “Kau ni kan! Hish! Kau nak apa? Buat orang terperanjat je! Dah hilang pen aku.” Isha memarahi Nia kerana sikapnya yang suka menyergah orang. Encik Zamil juga tidak terkecuali dari diperlakukan sebegitu jika sedang termenung. “Hahaha. Siapa suruh termenung. Kau dah tau aku macam ni kan. So, salah diri sendiri la. Hahaha. Kelakar lah kau ni. Sampai terpelanting pen. Pikir apa jauh sangat tu?” Nia menyoal setelah menghabiskan sisa tawanya. “Takda apa! Aku nak baik lah. Penat. Esok jumpa!” Isha membalas sambil mengemas barang-barangnya untuk pulang. Dia tidak mahu Nia tahu apa yang terbuku dihatinya. Seboleh mungkin dia cuba mengawal emosinya apabila sampai di tempat kerja. Isha terus berlalu dan menghadiahkan senyuman ringkas kepada rakannya itu. Nia yang terpinga-pinga melihat Isha pergi turut bergegas ke mejanya mengemas meja sebelum pulang.
Selesai solat Isyak, Faisha bersiap-siap untuk keluar seperti yang dijanji dengan Akmal. Dia mengenakan palazo bewarna putih, blaus bewarna biru muda dan selendang bewarna putih. Dia mencapai beg tangan di hujung katil dan turun ke ruang tamu untuk menunggu Akmal tiba. Encik Faizul yang kebetulan lalu disitu perasan akan kelibat anak keduanya itu. “Pakai lawa-lawa ni nak ke mana?” soal ayahnya. Suara itu membuatkan Isha tersentak. “Err.. Nak keluar kejap dengan kawan.” balasnya ringkas. “Jangan lama-lama. Dah malam ni.” pesan Encik Faizul pada anaknya itu. “Okay ayah! Isya pergi kejap je.” balas Isya sambil berlalu. Isya menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.
Kereta Suzuki Swift itu dipandu laju memasuki perkarangan Restoran The Cabin. Sampai sahaja, Isha terus mengambil tempat di penjuru kedai yang jauh daripada orang ramai seperti kebiasaan. Sementara menuggu Akmal, dia sempat melayari akaun instagramnya yang sudah lama terbiar dek kerana kesibukannya berkerja. Dia hanya menyedari kehadiran Akmal apabila lelaki itu berdehem di hadapannya. Isha memandang dengan pandangan kosong. Dia menghadiahkan senyuman nipis buat Akmal. Akmal membalas senyuman tersebut. “Dah lama ke You sampai?” soal Akmal memulakan perbualan. “Takde lah. Baru je. Dalam 5 minit. Ada apa you nak jumpa I ni?” soal Isha pantas setelah teringat akan pesan ayahnya yang memintanya untuk pulang awal. “Err.. I nak kita cepatkan wedding date kita. Kalau boleh I taknak lama-lama. And kalau boleh, I nak kita nikah dalam bulan depan.” Terang Akmal. Isha mengerutkan dahinya. “Kenapa pulak tiba-tiba rushing ni? Bukan ke kita dah setuju dengan tarikh hari tu?” soalnya seakan tidak puas hati. Dia memerhati wajah Akmal. Seakan-akan ada sesuatu yang disembunyikan lelaki itu. “You ada sorok apa-apa ke dari I?” soal Isha curiga. “Ha? Apa You merepek ni? I nak sorok apa dari You?” balasnya dengan suara yang agak tinggi. Dia merasakan seolah-olah Isha menuduhnya melakukan sesuatu. “I ajak You datang sini bukan nak bergaduh okay! I cuma nak cepatkan wedding date kita, tu je. Salah ke?” sambungnya lagi. Isha diam. “Okay! Kalau tu yang You nak, I ikut je.” Isha pantas bersetuju. Dia sendiri tidak mahu menuggu terlalu lama. “Okeylah, kalau dah takde apa-apa, I nak balik. Abah I tak bagi keluar lama-lama. Lagipun I dah janji nak balik awal.” kata Isha sambil berdiri dan mencapai beg tangannya di atas meja. Akmal hanya mengangguk dan melihat wanita itu berlalu pergi.
Fikirannya melayang jauh ketika memandu pulang. Dia semakin hairan dengan sikap Akmal yang beria-ria mahu mempercepatkan tarikh pernikahan mereka. Dia cuba meredakan hatinya yang resah. Isha cuba membuang perasaan buruk sangkanya pada Akmal. ‘Mungkin Akmal tidak mahu menunggu lama,’ bisik hatinya.
Isha sekali lagi mendapat mesej dari Iman pada malam itu. ‘Dah tidur ke?’ soal Iman. Isha cuba untuk tidak melayan lelaki itu setelah memikirkan statusnya yang bakal berubah tidak lama lagi. Telefonnya sekali lagi berbunyi tanda mesej masuk. ‘I’m sorry fot interfering your life tiba-tiba. I takde maksud lain pun. I bukan nak rosakkan hubungan You dengan Akmal, I cuma nak You tahu the real situation je Isha. Terpulang pada You untuk percaya or tak. You pun tahu kan. Bukan I sorang je yang tahu pasal ni, Nia pun sama. I boleh terima kalau You susah nak percayakan I. Since I orang luar bagi You. Tapi takkan You tak percaya kawan baik You sendiri. Takde sebab pun Nia nak tipu You. I cuma boleh tolong You setakat ni je. Terpulanglah macam mana pun penerimaan You pasal ni. I’m sorry for saying this tapi I nak You tahu, yang I always be there for You. Assalamualaikum.’ jelas Iman panjang lebar dalam mesejnya. Isha hanya mampu mengeluh. Dia tidak mahu memikirkan lelaki itu. Dia tidak mahu perasaannya terhadap Akmal berubah hanya disebabkan Iman. Isha akhirnya terlelap sendiri dengan telefon bimbitnya di tangan.
Dia terjaga pagi itu setelah terdengar ketukan bertalu-talu di pintu biliknya. Dia bingkas bangun dan membuka pintu bilik. “Akak tak kerja ke?” soal Arizza setelah melangkah masuk ke bilik kakanya. “Kerjalah. Kenapa?” soalnya kembali. “Habis tu, tak payah mandi, tak payah solat semualah?” Arizza menyindir. “Awal lagilah. Kejaplah.” balas Isha sambil menolak perlahan adiknya sehingga ke luar pintu dan terus menutup pintu biliknya. Dia bercadang untuk menyambung tidurnya untuk beberapa minit. “Akak bangunlah! Nanti ibu bising. Terlepas subuh baru tahu!” bebel Arizza dari luar bilik tidurnya. Isha terus mencapai tuala dan segera membersihkan diri. Setelah bersiap, dia turun ke ruang tamu untuk sarapan seperti biasa. Dia bergegas mencapai kunci keretanya di atas meja makan dan keluar.
Sampai sahaja di pejabat, Isha dikejutkan dengan berita perletakan jawatan oleh rakannya sendiri, Azwa. “What? Kenapa dia tiba-tiba berhenti?” soal Isha yang masih tidak percaya dengan berita itu. “I have no idea. Dia pun dah laam tak borak and lepak dengan kita kan. Bila ajak keluar pun asyik bagi alasan je. Aku rasa dia ada masalah la. Tapi dia taknak share dengan kita.” jelas Nia panjang lebar memberikan pendapatnya. “I think so. Encik Zamil pun ada cerita yang work performance dia pun going down, selalu ambik EL, mintak balik awal, mintak cuti la. Macam-macam!” balas Isha. Perbualan antara dua rakan baik itu akhirnya terberhenti apabila Encik Zamil lalu di hadapan meja mereka. “Seronok borak. Pasal siapa tu?” tegur Encik Zamil. Isha dan Nia hanya tersenyum dan menyambung kerja mereka.
Share this novel