Becky dan Zahin menunggu ketibaan seseorang. "Siapa yang call you ni? Siapa sangat yang kenal saya dengan Anya ni? " soal Becky. "Tulah saya musykil. Tu yang saya ajak awak tu. Kut-kut saya kena tipu." kata Zahin. Idlan sudah ternampak Zahin dan seorang perempuan.
"Maaf, saya terlambat... " tersekat suara Idlan. "Becky.. " kata Idlan. Terus terdiri Becky, "Idlan.. Zahin, jom balik." kata Becky, terus peristiwa berlayar kembali di minda Becky. "Becky, tunggu dulu.. tolong.. dengar dulu penjelasan aku. " kata Idlan.
"Perlu ke aku percaya bekas banduan macam kau ni? Apa lagi kau nak? Kau bernasib baik kami kurangkan tahun penjara kau, kau masih nak ganggu aku! " kata Becky. "Becky, ni sekarang.. bukan pasal kita yang dahulu. Ni pasal kawan kau, Anya.. kita kena selamatkan dia.. Becky, tolong lah.. " kata Idlan, merayu. Dia kenal perangai Abangnya Zayhar.
"Kau merayu lah sekali pun. Aku tak nak dengar, jangan muncul depan aku lagi. Jangan sesekali kau dekati Anya, aku tahu je.. aku tak akan takut nak masukkan kau ke penjara.. Jom Zahin, balik!" kata Becky. Zahin hanya diam.. kenapa dia pernah melihat Idlan ya. Tapi, di mana?
Mereka tiba di dalam kereta. "Siapa tu Becky?" soal Zahin. "you.. lain kali kalau dia call, jangan angkat. Orang tu, banyak menyusahkan kami. " kata Becky. "Becky, mungkin dia betul-betul nak tolong. "
"Tolong? Dialah orang yang hampir rogol saya, dia orang yang hampjr bunuh Anya. Sayatak sangka dia dah keluar penjara dan berani-berani nak jumpa awak. Entah-entah dia nak perangkap awak pula." kata Becky. "Awak risaukan saya ke? " soal Zahin. "Mana tak risau. Cukuplah kami dulu jadi mangsa psiko dia. " kata Becky. "Jadi, makna nya awak sayang saya lah. " kata Zahin, mencuba. "Mestilah sayang. " Terdiam Becky sesaat.
"Terima kasih. " senyum Zahin. Mereka mengerakkan kenderaan. Namun, Zahin.. Dia masih ingin berjumpa dengan Idlan. Mungkin ada sebab Idlan ingin bertemu dengannya. Kali ini, tanpa Becky atau sesiapa.
***
Anya mundar-mandir di dalam rumah. Bosan menghimpit diri.. Dia ingin masuk butik namun masih awal. Jam baru menunjukkan jam 7 pagi, dia akan bersiap jam 8, butiknya selalu akan buka jam 10. Butiknya? Bukan butik Sherry.
Anya terpandang bilik Bahr, selama mereka tinggal di situ, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke bilik itu. "Takpe kut aku masuk." kata Anya terus membuka bilik tersebut. "Uish kemasnya bilik dia. Bertuah siapa kahwin dengan dia ni. " kata Anya, terus menyedari sesuatu. "Eh, aku lah tu.. hehehhe. " gurau Anya secara tiba-tiba. Terpampang pula gambar pernikahan mereka di tengah bilik. Tergamam juga dia.. sejak bila gambar itu ditangkap. Dan ada meja di dalam bilik tersebut.
"Ada meja, nak juga buat kerja dalam bilik aku. " kata Anya. Dia pergi ke arah meja kerja Bahr dan merenung satu persatu alatan di atas meja. Dia duduk di kerusi Bahr.
"Kenapa aku rindu dia? " soal Anya.
***
"Ya Encik Bahr. Rasanya kami sepakat mengenai hal ini." kata seorang usahawan daripada Brunei. "Okay, then.. " kata Bahr terus menandatangani MoU di atas meja. "Gentleman, apa lagi kita perlu buat sekarang ye? I mean, kita dah tandatangan MoU kan? Buat apa lama-lama dekat sini? " soal Bahr.
"Kenapa Encik Bahr, ada yang menunggu ke di Malaysia? " soal salah satu pekerjanya. "Bolehlah.. " kata Bahr. "Esok rasanya kita akan melawat kawasan, lusa pula jumpa Duta Malaysia dekat sini." kata rakannya.
Makin mengeluh panjang Bahr. Dia sudah merindukan isterinya.
***
Anya sedang mengunting kain dengan oenuh berhati-hati. Kuala Lumpur Fashion Week dalam jadual mereka. "Ahh.. Anya, kau tahu kan Bahr ke Indonesia sekarang? " soal Sherry, ingin menambah api yang kononnya dia tahu keberadaan Bahr. Anya yang tidak mahu ambil peduli hanya membalas, "tak tahu Sherry, lantaklah dia nak pergi mana.. " kata Anya.
"Kadangkala aku tak faham kenapa Bahr kahwin dengan kau? Tapi, takpe.. kau pun akan diceraikan bila kami dah kahwin nanti. Mungkin betul lah Bahr nak balas dendam, bagi hidup you merempat, so.. you suka permainan Bahr? " soal Sherry.
Becky sudah menghentakkan gunting di atas meja. "Cik Sherry, maaf ye.. Puan Anya ni swdang menyiapkan design untuk KLFW, jadi minta kerjasama sikit boleh tak Cik Sherry, kalau design kami tak cantik, Cik Sherry juga yang malu. Jadi, mohon ye.. " kata Becky.
Sherry merenung wajah Becky, "you bernasib baik you tu bakal ipar I tau Becky! " kata Sherry. "Eh, I pun tak ingin lah beripar dengan you. " kata Becky. Sherry terus meninggalkan mereka berdua.
"Tak habis-habis lah dia tu! Meluat aku! " kata Becky.
***
Anya menutup pintu butik, sememangnya dia yang terakhir keluar dari butik. Bahr juga tidak menghubunginya, ya.. mungkin dia sibuk. Teringat pula kata-kata Sherry, tersenyum sendiri Anya. "Sherry.. Sherry, mungkin kau terlupa yang Bahr akan bagitahu aku sebelum dia ke mana-mana. " getus hati Anya.
Dia menuju ke keretanya, "Anya Inayla. " Anya berputar ke suara tersebut dan terjatuh pegangan kunci dari tangannya.
"Long time no see, Anya.. Hai" kata suara itu.
"Zayhar.. " terbulat mata Anya.
enjoyyy
Share this novel