#UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, INI ADALAH CHAPTER YANG SEBELUMNYA.. JIKA MAHU MEMBACA CHAPTER YG TELAH DI RE-NEW KAN, SILA BACA DI CHAPTER PALING BAWAH ;)
HUJAN jatuh ke bumi dengan lebat. Turut menangisi nasib manusia di bumi ini. Yang masih bersenang lenang dengan maksiat.
Dia satu kurungan gelap, Si gadis memegang sekeping gambar lama. Tangannya menggigil gigil menahan marah. Tiga orang kawan yang kelihatan gembira di dalam gambar.
Fikirannya menerawang jauh. Mengimbau kenangan lama.
Tiba tiba dia mencapai sebilah pisau di sebelahnya.
Dia mengambil gambar itu lalu menikam satu wajah menggunakan pisau yang dipegangnya. Gambar tergantung di notice board.
Dia menjerit. Nyaring. Dia mahu melepaskan apa yang dirasainya. Setelah itu dia memejam mata.
Dia mencapai telefon bimbitnya.
Dia membuat panggilan.
Tett...tett..
"Jumpa aku sekarang..."
PINTU bilik terbuka.
Anak anak buahnya di sebelahnya mengangkat senapang supaya bersedia untuk menghadapi musuh.
Muncul seorang lelaki yang berseluar hitam dan memakai hoodie hitam untuk menutup wajahnya.
Si gadis mengangkat tangannya mengisyaratkan supaya anak buahnya menjatuhkan senapang. Arahan dituruti.
"Apa kau nak?" Lelaki misteri berbahasa German.
"Aku nak kau bunuh manusia ni." Sekeping foto dihulurkan. Gambar seorang wanita.
Bukan dia tak boleh melaksanakan sendiri. Ia dah sebati dengan hidupnya. Cuma dia tak mampu melihat kesedihan itu. Masih ada rasa sayang pada wanita itu.
"Bayaran?"
"Akan dihantar sebaik sahaja kau bunuh manusia tu."
Lelaki misteri menganggukkan kepala.
Perjumpaan bersurai.
Perjumpaan antara si pengupah dan si diupah.
Pertemuan atas dendam.
Share this novel