"Terima kasih Sera, ayah tahu Sera tak akan menghampakan ayah." Kata Dato Ahmad melalui panggilan telefon.
"Ya ayah sama-sama. Sera nak nak rehat ni, esok jumpa di office. Assalamualaikum." Sera terus mematikan panggilan telefon itu.
'Adakah aku membuat keputusan yang betul?'
'Tak menyesal kah aku nanti'
Sera teringat kembali perbualannya bersama Datin Karmila tadi siang.
(Flashback.)
"Maksud datin ?"
"Ilhan cintakan seorang perempuan, mereka dah bercinta lebih 4 tahun, perempuan itu seorang model, tinggi, memang taste anak aunt, tapi itu semua hanya luaran." Kata Datin Karmila.
"Perempuan tu curang dengan anak aunt ?".
Tanya sera.
"Aunt dapat rasakan yang perempuan ini tak pernah cintakan anak aunt, hanya nak mempergunakan Ilhan untuk mencapai kepentingan."
"Macam mana Datin dapat rasakan sedangkan Datin tak pernah berjumpa dengannya ?" Kata Sera.
"Instinct seorang ibu tak pernah salah, walaupun anak aunt dah 5 tahun tak balik Malaysia."
Tiba-tiba muncul perasaan kesian terhadap Datin Karmila, memang benar kata orang, kekayaan tak mampu membeli kebahagian.
"Jadi sebab datin melamar Sera disebabkan aunt tak nak anak aunt kahwin dengan perempuan itu ?."
"Aunt hanya nak yang terbaik untuk dia, tak nak dia patah hati disebabkan perempuan itu".
"Kenapa aunt memilih Sera adalah, melalui mata Sera , aunt melihat seseorang yang lama aunt kenali walaupun kita baru berjumpa semalam."
"Seseorang yang aunt sudah lama kenal ?". Tanya Sera kembali.
"Sera percaya tak kalau aunt cakap yang pertemuan kita memang ditakdirkan".
"Sera......". Sera tidak dapat berkata apa-apa.
"Jadi Sera terima lamaran aunt ?" Tanya Datin Karmila.
Sera sangat ingin dengan keputusannya untuk menolok lamaran datin, namun kenapa hati ini berdebar dengan kencang dan mengatakan 'ya' untuk menerima lamaran datin itu.
Sera menarik nafas dan mengatakan, "Baiklah, saya terima lamaran Datin Karmila untuk berkahwin dengan anak Datin."
Datin Karmila yang mendengar persetujuan Sera terus sahaja langsung memeluk tubuh badannya dengan erat.
"Terima kasih Sera, aunt sangat berterima kasih, aunt conform yang Sera tam menyesal kahwin dengan Ilhan."
"Sama-sama."
(Tamat Flashback)
Sera mengenang kembali katanya yang telah pun menerima lamaran Datin Karmila, kini berasa serba salah, adakah dia menyesal.
Ain yang melihat Sera yang sekarang duduk di sofa, hanyut dalam fikirannya sendiri. Ain perlahan-lahan mendekati Sera dan dengan sengaja mengejutkan Sera.
"MAK KAU CANTIK." Akibt terkejut Sera dengan automatiknya terus melatah.
"HAHAHAHAHA, itulah kau fikir jauh sangat, macam nak tembus dinding tu kau renung je." Kata Ain.
"Nasib aku ni tiada penyakit sakit jantung, boleh mati terkejut aku tadi."
"Dah kau menghayal jauh sangat, aku kejutkan lah, manalah tau kau sesat dalam dunia hayalan kau." Usik Ain.
"Apa kau fikir tu, macam berat sangat aku tengok, sampai keluar kedut dahi kau, kau baru 29 kan, belum lagi tua untuk keluar kedut." Kata Ain.
"Kau percaya tak kalau aku kata aku akan kahwin". Kata Sera.
"Kali ni dengan siapa ? Dengan anak Dato lagi ke ?" Tanya Ain sambil tersenyum.
"Yaa, anak Dato Sham dan Datin Karmila." Kata Sera.
"HAH APA, ANAK DATO SHAM DAN DATIN KARMILA ? Tanya Ain dan Farah dengan serentak.
"Iyaaaaaaaaaaaaaaa," jawab sera.
"Serius lah kau nak kahwin dengan anak Dato Sham dan Datin Karmila tu ?, Kau tak main-main kan Sera." Tanya Farah.
"Aku serius , Datin Karmila sendiri lamar aku di depan ayah dan ibu aku." Jawab Sera dengan nada serius.
"Kau tau tak siapa anak Dato dan Datin tu ?" Tanya Farah. Sera hanya mengelengkan kepalanya.
Ain menunjukkan Sera satu article di internet yang menunjukkan seorang lelaki.
"Siapa lelaki ni ?" Tanya Sera.
"Ilhan Wafie, 24 tahun, photographer professional yang terkenal, dan merupakan anak pasangan usahawan yang terkenal iaitu Dato Sham dan Datin Karmila." Jawab Ain.
"Dan kebetulan, Dato Sham merupakan boss besar kami." Kata Farah lagi.
"Kamu serius kan tentang Ilhan ni, dia muda dari aku, apa aku nak buat ni, kenapa aku bodoh betul tak siasat dulu." Sera sekarang sudah seakan orang yang mati akal.
"Kau serius tak tahu tentang Ilhan ni, dah lah rupa handsome, tinggi lagi, dia anak....." Farah terus memotong cakap Ain sebelum dia habiskan.
"Sera, aku yakin kau buat keputusan yang baik untuk kau, aku dengan Ain sentiasa sokong apa seja keputusan kau." Kata Farah yang kepada Sera."
"Ya, supaya aku dapat juga jumpa dengan Ilhan tu."
"Guys, aku nak masuk tidur dulu." Sera terus sahaja naik dan masuk ke dalam biliknya.
"Kau lah ni, esh." Kata Farah kepada Ain.
"Lebih baik Sera tau lebih awal." Kata Ain.
Sera semalaman berfikir tentang anak Datin Karmila, Ilhan Wafie. Adakah betul keputusan dia menerima lamaran Datin Karmila? Banyak bisikan-bisikan yang berada di fikiran Sera sekarang.
-----------------------------------------------------------------------
-ILHAN-
"What do you mean she can't?"
"Raisya already back to Malaysia since yesterday, i know it from Lisa, she just told me in the phone call this morning."
"What ?!" Kata Ilhan.
Ilhan dari tadi tidak berhenti menelefon Raisya namun semua panggilannya tidak dijawab.
'Kenapa kau tiba-tiba balik Malaysia, tak kan lah disebabkan aku ajak kau kahwin' kata Ilhan dalam hati.
(Flashback)
3 hari lepas,
"Raisya binti Kamarul, sudikah kau menikah dengan ku ?". Ilhan mengeluarkan sebentuk cincin daripada poket bajunya dan menghulurkan nya kepada Raisya.
Raisya terkejut dengan lamaran Ilhan dengan tiba-tiba.
"Han, i nak terima, tapi i tak ready lagi." Kata Raisya.
"Maksud awak ?".
"Han, kita baru 24 tahun, Sya rasa kita masih muda untuk berkahwin, bukan maksud i tak cintakan you, i love you very much, tapi Sya baru sahaja ceburi bidang modeling 2 tahun, jadi i nak kejar cita-cita i lagi." Kata Raisya.
Ilhan hanya mendengar kata-kata Raisya. Dalam hati ada sedikit kecewa bila mendengar yang Raisya lebih pentingkan kerjayanya daripada dia. Tapi Ilhan hanya berfikiran positif.
"Tak pa, Han faham. Han akan sentiasa sokong Sya." Kata Ilhan.
"Thank you Han, Sya tahu yang Han akan sentiasa jadi sokong Sya, i love you Ilhan Wafie." Raisya memeluk badan Ilhan.
"I love you too Raisya". Ilhan membalas pelukan Raisya.
(Tamat Flashback)
'Kenapa Sya, kenapa ?' tanya Ilhan dalam hati.
"Jake, I want you buy me a flight ticket to Malaysia, right now."
-----------------------------------------------------------------------
"Azlan, mana kau ni, aku dah lama landing ni." Kata Ilhan kepada rakannya melalui panggilan telefon.
"Kejap lagi aku sampai, banyak kereta lah." Kata Azlan.
Peep, peep, peep.
"Encik Ilhan Wafie nak pergi mana ni ?" Azlan menurunkan cermin tingkap keretanya.
Ilhan tahu itu suara rakannya, Azlan. "Sekejap kau dari sejam lalu." Kata Ilhan yang sudah pun masuk ke dalam kereta Azlan.
"Aku banyak kerja lah, kau pun dengan tiba-tiba balik Malaysia kenapa?, Dah tak merajuk dengan Daddy kau ?"
"Banyak lah kau merajuk, aku bukan budak-budak lagi. Kau hantar aku pergi rumah Raisya sekarang." Kata Ilhan.
"Raisya? Jadi kau balik Malaysia ni sebab Raisya lah ni, bukan sebab kau mau balik dah." Tanya Azlan.
"Kau pandu je lah kereta, sebok je."
"Ui, sekarang kau yang tumpang aku tau, ada lah ni yang aku tinggalkan tepi jalan." Kata Azlan.
-----------------------------------------------------------------------
"Kau yakin ini rumah Raisya ?". Tanya Azlan.
"Dia sendiri tulis alamat rumah ni di resume dia, takkan dia nak bohongkan"
Mereka tiba di rumah Raisya dah lebih sejam, namun tiada orang yang berada di rumah itu.
"Sampai bila nak tunggu ni han, dah sejam lebih dah." Azlan merungut penat kerana mereka sudah lama menunggu di depan rumah Raisya.
"SHA, RAISYA, RAISYA..!" Ilhan memanggil nama Raisya di luar pagar.
"Kau call lah Raisya ."
"Kalaulah dia sudah angkat call aku, tak perlu aku datang sini lah Azlan."
"Mungkin dia lari sebab tak nak jumpa kau."
Kata Azlan.
"Apa pasal pulak dia nak lari, aku tiada buat apa-apa pun dengannya, aku cuma ajak dia kahwin je, takkan salah."
"Kau ajak kahwin tu salahlah, kita masih muda bro untuk fikir kahwin." Kata Azlan
"Kau tiada awet diam-diam."
"Jadi kau tu orang ada awet, dah couple bertahun-tahun rumah awet sendiri tak tahu." Jawab Azlan.
Ilhan tidak ingin menjawab percakapan Azlan itu. Ilhan kembali mendial nombor telefon Raisya, namun hasilnya masih sama.
'sya, awak kat mana ?'. Tanya Ilhan dalam hati.
----------------------------------------------------------------------
-RAISYA-
Raisya sekarang dalam dilema apabila Ilhan tiba-tiba melamarnya tadi. Memang betul dia sayangkan Ilhan, tapi untuk menikah sekarang bukan masa yang sesuai, dia baru sahaja ingin menaikkan namanya dalam dunia permodelan.
Nanti disebabkan dia dah kahwin, terus tiada orang nak ambil dia modeling, rugilah dia ambil kursus sampai ke London kalau akhirnya dia jadi isteri orang dan duduk rumah layan suami, tiada life.
RING....RING....RING.....
Bunyi telefon Raisya membangunkannya daripada terus berfikir tentang lamaran Ilhan. Raisya melihat di skrin telefonnya tertera nama kakaknya dan langsung mengangkat call itu.
"Kenapa kau call aku. Aku sibuk ada kerja." Kata Raisya kepada kakaknya.
"Aku call kau ni, aku nak kau balik Malaysia, aku akan kahwin dua hari lagi."
"Kau kahwin ?, Dah surrender ke dengan buah hati kau Daniel ?"
Raisya merupakan adik kandung kepada Nadia.
"Aku dah kata dengan kau dari dulu, aku akan tetap kahwin dengan Daniel, dan buktinya sekarang."
"Kalau kau kahwin, apa kena mengena dengan aku, kahwin lah." Jawab Raisya.
"Aku ada buat satu business deal dengan orang kaya di sini, dia dah deal dan kata akan bantu kau jadi top model di Malaysia, semua Brand yang terkenal akan ambil kau sebagai model mereka." Kata nadia dalam panggilan.
"Kau serius nadia ? Dorang dah deal nak ambil aku jadi model mereka dan aku jadi famous ?." Perasaan Raisya ketika ini membuak-buak kegembiraan.
"Kau ingat aku main-main ke ?, Sampai bila kau nak jadi model biasa-biasa je, takkan maju kalau kau stay di situ, cepat kau balik Malaysia, cepat kau dapat job tu." Kata Nadia.
"Tapi macam mana dengan Ilhan ?, Baru-baru ni Ilhan lamar aku, tapi aku tak terima."
"Kau nak tak jadi top model, kalau nak kau kena berkorban sikit, kalau ilhan sayang kau, dia tetap akan tunggu kau."
"Fine, aku balik Malaysia sekarang juga." Kata Raisya.
' I'm sorry han, aku tak nak lepaskan peluang ni. '
SELEPAS Beberapa jam, Raisya tiba di KLIA dan melihat kakaknya sudah pun menunggu ketibaannya.
"Kita nak pergi mana ?" Tanya Raisya kepada Nadia tengah menandu kereta.
"Kau nak jadi model cepatkan, sekarang lah kena jumpa dorang, aku dah inform dorang kau dah landing." Kata Nadia.
"Oo, ok." Jawab Raisya.
"Kau ni kenapa?, Bukan kau ke yang beriya nak jadi top model, aku dah tolong kau, jangan pulak kau nak tarik diri, malu aku tau."
"Tarik diri tu tak lah, ini yang aku nak selama aku hidup, cuma aku risau lah pasal Ilhan, nanti dia tahu macam mana ?"
"Kalau si Ilhan tu sayang kau, dia mesti sokong kau nak kejar cita-cita kau, dan dia tak akan pandang perempuan lain."
"Yakin ?" Tanya Raisya.
"Yakin sangat, buktinya aku, Daniel dah kahwin dah dengan perempuan lain, tapi dia tetap kembali dengan aku." Jawab Nadia.
"Memang lah dia balik dengan kau, kalau kau dah mengandungkan anak dia, lepastu kau viralkan gambar mesra kau dengan dia, tetaplah dia kembali dengan kau.
Walaupun Raisya berada di luar negara, dia tetap mengambil tahu tentang hubungan percintaan kakaknya itu.
"Tak kesahlah apa cara sekali pun, dia dah kembali dengan aku, perempuan tu rampas Daniel dari aku."
"Apa-apa je lah." Kata Raisya yang sudah malas melayan kakaknya itu.
SELEPAS 2 hari,
"Ok, nice sangat posing awak Sya."
"Tepi sikit, dan nice."
"Senyum sya, nice."
"Awak memang professional lah Sya, saya suka kerja dengan awak." Kata jurugambar itu.
"Saya sudah biasa di hadapan camera ni." Kata Raisya dengan tersenyum.
Raisya duduk bersebelahan nadia.
"Kau dah habis gambar ?"tanya nadia yang sedang sibuk menghadap telefonnya.
"Dah habis." Raisya memcari telefonnya di dalam handbag nya, dan melihat banyak missed call.dan whatsapp daripada Ilhan.
Belum sempat Raisya nak call Ilhan, telefon miliknya dirampas oleh Nadia.
"Bagi balik telefon aku, aku nak call Ilhan." Kata Raisya.
"Kan aku dah kata, kau kena fokus dulu untuk modeling kau, kalau kau sekarang masih fikirkan Ilhan, kau tak akan fokus Raisya."
"Atleast biar aku bagitahu dia, aku kat Malaysia."
" Lepas kau bagitau dia, kau fikir dia tak akan cari kau, please lah Sya, kau cuma berkorban untuk berapa bulan ni je, lepas tu kau boleh kembali dengan Ilhan kau." Kata Nadia.
"Kau janji, lepas berapa bulan ni, aku akan kembali kepada Ilhan ?" Tanya raisya.
"Aku janji."
Nadia memeluk badan dan memujuk Raisya yang tengah menangis.
sorry lmbt update :'(
Share this novel