VS 1

Drama Completed 85759

“Dia datang dengan lenggang lenggoknya. Dia datang dengan senyum manisnya.”
Bob senggol lengan Daim yang pura-pura tak perasan.

Lelaki mana yang tak celik mata, bila perempuan cantik lalu kan?
Lagi-lagi perempuan tu ada body yang slim, dengan cutting 35, 21, 35.
Tinggi pulak 168cm.
Rambut blonded nescafe celup susu.

Hidung rendah diantara dua mata, tapi tinggi dihujung. Bibir nipis dan kecik sentiasa merah dengan gincu.
Cantik..

Bila depan public je..

Ko tak tengok time dia bangun tidur, pontianak pun boleh lari sebab takut tengok rupa dia.

Siapa dia?

Itu la Eva Natasha!

“Im!”

Daim buat bodoh. Segengam kecil biji kopi diambil dan dimasukan kedalam mesin pengisar sebelum menekan suis.

“Im!”
Haish! Nak kena cepuk jugak dahi mamat Strawberry ni!

Daim masih meneruskan proses mengisar biji kopi.

Eva cemberut muka! Kerusi bulat dan tinggi yang berada dihadapan meja kaunter yang panjang itu ditarik dan punggungya didudukan.
“Woi! Pekak anak badak!”
Spec hitam dicabut dan diletakan diatas meja.

Daim angkat wajah. Mata pura-pura dibulatkan.
“Eh! Kau ke minah perasan vouge?!”

Puk!
Eva merapatkan wajah lantas dahi Daim ditunjal kuat.

Kurang ajar minah ni! Daim gosok dahinya. Perit!

Eva pasang semula spec mata belalangnya. Tangan disilang kedada.
Tak perasan konon! Bob yang jumpa sekali-sekala pun kenal aku! Puih!

“Kau ingat kau pakai spec belalang hitam tu, public tak kenal ke?”

“Spec belalang kau kata?! Wei! Ni Elisa from Ray ban la!”

What ever! Yang aku tahu Elisa tu nama orang bukan nama spec! Macam-macam la kau ni Eva.
Daim meletakan ‘filter paper’ berbentuk ‘V’ ke dalam gelas. Biji kopi yang siap dikisar dimasukan kedalam penapis itu sebelum mencurah Air yang baru mendidih dari jug besi berbentuk ‘gooseneck’.

Semerbak haruman kopi yang di brew oleh Daim menghiasi cafe miliknya itu.

Gelas yang tersedia kopi panas itu diletakan dihadapan Eva.
“ Aku tahu kau datang cafe aku ni semata-mata nak minum Coffee free kan?”

“Eh! Excuse me! Mahal sangat ke coffee kau sampai aku tak mampu bayar?”

Daim menyengih. Tuala kecil yang tergantung di bahu kanan diambil dan mengesat tangannya.
Mahal mana ni pun kopi kat dunia ni, kau tetap puji kopi yang aku buat kan Eva?
“Apahal kau datang jumpa aku kat cafe? Mintak tolong jadi stunt tak berbayar kau lagi ke?”

Eva pandang Daim yang masih berdiri dibalik meja kaunter dihadapanya.
“Ah! Tak payah la. Drama tu nak habis dah. Takde scene ganas lagi.”

Fuh! Nasib dah nak habis. Kalau tak, lama lagi la si Zack tu nak dekat dengan Eva ni!

Eva merapatkan kerusinya ke meja supaya badannya dekat dengan Daim disebalik sana.
“Im.. aku dengar pasal kes ropes climb aku tu tercabut sebab sabotaj. Kau rasa macam tu jugak ke?”

Daim peluk tubuh. Kepala diangguk.

Eva bulat biji mata.
“Kau tahu ke Im? Kenapa tak cakap dengan aku?!”

“Kau tak payah risau Eva. Aku pasti dia takkan ganggu kau lagi.”

Dia? “Siapa?”

Daim tarik nafas. “Zack.”

Mulut Eva dah bulat.
“Betul ke Im? Tapi kenapa dia nak buat macam tu?”

“Sebab kau goda dia!”

What the Fff!
“Goda? Apa kau merepek ni Im?!”
Dahi Eva dikerutkan.

“Kau perasan tak, kau kalau bercakap dengan Zack tu kalah suara manja dolphin tahu tak? Macam mana la jantan gatal tu tak terlentok?”

Kau banding kan suara aku dengan Dolphin Im?! Binawe!
“Mana ada. Kau pun tahu aku tak suka Zack tu. Tapi dah namanya kru, kena la cakap lembut-lembut. Susah kalau masam muka, tak jadi kerja nanti.”

Daim mengiya kan kata-kata Eva. Dia tahu Eva very profesional actor, sebab tu dia boleh naik sekelip mata.
“Actually Zack marah aku.”

Eva angkat kening, tapi Daim tak nampak sebab ‘Spec belalang’ dia dah menutupi separuh bahagian atas muka Eva.

“Kau bawa aku jadi stunt dengan tiba-tiba. Maknanya kau dah kacau kerja dia. Sedangkan group dia yang contract dengan drama kau.”

Eva angguk kepala. Mengaku dia silap.
“Tapi kau pun tahu Zack tu gatal. Minion-minion dia pun sama macam perangai dia. Geli aku doe!”

Minion-minion? Daim nak tergelak tapi ditahan. Ada ke kau samakan anah buah Zack dengan Minion?
Sempat lagi nak melawak Eva?
“Kau jaga-jaga Eva, makin tinggi nama kau naik, makin banyak musuh kau bawak.”

Eva sandar belakangnya di kerusi bulat. Kepala diangguk perlahan.
“Thanks Daim, kau selamatkan aku”

“Dah la tak yah nak sendu lebih, minum coffee tu, nanti sejuk.”

Sekali lagi Eva mengangguk. Gelas yang berisi kopi yang baru di brew oleh Daim, disisip ke mulut.
Uh! Best bak hang!
Daim punya skill brew kopi memang tak pernah kalah.
Patut pun kedua arwah Ibu dan Bapa Daim percaya tinggal kan cafe ni untuk dia.

“Kau nak makan tak?”

Eva geleng kepala. Mata memandang Daim yang sedang sibuk mem ‘brew’kopi lagi untuk pelanggan.
“Im.. Jom teman aku cari baju.”

Daim angkat wajah. Cari baju pun mintak aku teman?
“Nak buat apa suruh aku teman. Bukan aku pandai pun pilih baju perempuan.”

“Alaa... boleh lah.. aku nak mintak pendapat kau.”
Eva kendur bahu.

“Apa hal pulak mintak pendapat aku? Kau ajak la Zizie teman kan.”

Cepat Eva melambai-lambai tapak tangan kanannya. Tak setuju dengan cadangan Daim.
“Taknak aku ajak Zizie. Aku taknak dia tahu.”

“Hai.. beli baju pun nak sorok? Kau nak beli bikini ke?”

“Psycho la kau ni Im!”
Wajah Eva didekatkan pada Daim.
“Lukas ajak aku dinner malam ni.”

So? Daim buat muka.

Eva faham.
Dengan perlahan dia membisik lagi.
“Lukas mintak aku pakai cantik-cantik. Dia cakap ada surprise untuk aku malam ni. Aku rasa dia nak propose aku.”

Erk!
“Pandai pulak kau baca fikiran Boyfriend kau tu Eva?”
Lukas, lelaki yang dikira macho seantero. Pemegang syarikat peguam yang terkenal kat negara ni.
Bapa orang VIP.
Beruntung kau Eva!

“Aku agak je Im. Sebab tiga hari lepas dia dia tanya saiz jari aku.”

“Dah Tiga tahun dia dengan kau, takkan dia tak tahu saiz jari kau?”

“Habis! Kau couple dengan Rina sejak sekolah lagi. Kau tahu ke saiz jari dia?”

Daim pandang Eva sekilas.
“Aku tahu la.”

“Kalau kau tahu, kenapa kau tak pernah propose dia?”
Eva sandar belakang. Tangan disilang kedada. Geram! Suka nak argue la mamat ni!

Daim telan liur. Pahit!
Bibir kaku, hanya tangan busy membancuh kopi.

“Im... Teman la aku cari baju. Aku Cuma nak mintak pandangan dari lelaki je. Lagipun Lukas dengan kau hampir sama je citarasa.”

Citarasa aku sama dengan Lukas cuma pada kau je Eva! Yang lain tak sama!
Totally different!
Daim masih diam. Mata masih pandang mesin pengisar kopi, sambil tangan mengacau biji kopi supaya ia hancur sekata.

“Im.. teman la aku.”
Eva dah buat suara dolphinnya balik.

Lemah batin!

“Kau tak nampak ke aku busy Eva?”

Eva toleh kiri kanan. Ye customer masih ramai.
“Alaa.. kau kan ramai staf. Suruh la diorang buat.”
Mata Eva menoleh kepada Bob yang sedang duduk di mesin bayaran sambil tersengih kepadanya.
“Tu hah Bob! Buat apa kat situ? Suruh la dia tolong kau.”

Makin lebar sengih Bob bila dengar Eva sebut nama dia.
“Eh. Cik Eva jangan salah sangka. Saya duduk sini, bukan saja-saja tahu. Saya menjaga.”

“Jaga apa? Jaga mesin duit? Bukan hilang pun mesin tu.”
Eva pintas ayat Bob. Kemudian mata dijeling kepada Daim. Lelaki itu terlalu manjakan staf.

“Ehhh... mana ada saya jaga mesin duit ni Cik Eva.. saya duduk sini jaga hati Cik Eva kat sana tu, takut dicuri.”

Pantas wajah Eva menoleh kearah Bob. Pick line tak sampai der!

Daim dah terdunduk tahan gelak. Lawak betul la Bob ni!

Muka Eva merah. Tepi bibir digigit. Geram dengan mamat dua ekor kat depan ni!
Tubuh diangkat segera.
“Kau taknak teman aku tak pe lah!”

Daim sedar Eva dah start angkat kaki. Tapi tangannya tetap buat-buat sibuk dengan mesin kopi.

“Kau ni bos! Suka la nak sakat Cik Eva aku tu.”

Daim toleh Bob disebelah. Bila masa Eva jadi hak milik Bob Chubby ni?

“Baik kau pergi pujuk dia bos. Kang dia merajuk, tak datang lagi cafe ni. Rindu aku nak tengok muka barbie doll tu.”
Bob buat tubuh mengeletis sampai perut buncitnya terhenjut-henjut.

Yak! Daim juih bibir!
Apron yang membalut separuh badan dibuka dan disangkut ketepi dinding.
“Kau jaga kedai ek Bob!”
Daim tepuk bahu Bob sebelum dia melangkah keluar dari meja kaunter.

“Peluk kiss aku kat Buddy kau tu Bos!”

Giler! Daim tak pandang Bob! Tangan hanya diangkat dan dilambai-lambai sebelum tubuhnya keluar dari Cafe Indulgance miliknya.

Eva senyum bila nampak Daim menghampiri keretanya.
Kau tetap layu dengan rajukan aku kan Daim.

*****

Kehulu-kehilir Daim ikut langkah Eva mencari baju di Mall.
Rasa menyesal pulak setuju nak follow minah ni!

Tapi kadang-kadang comel tengok aksi Eva. Dengan jeans fit koyak-koyak kat lutut. T-shirt putih loose. Topi gambar 7-line, kemudian separuh wajah ditutup linen face mask hitam.
Konon public tak perasan la tu.. huih!

Susah betul hidup kau Eva. Tak bebas!

Hampir 2 jam pusing-pusing akhirnya Eva dapat capai sehelai gaun putih berenda yang akan dipadankan dengan heel putihnya kat rumah.

“Pusing mall dah macam nak tercabut kepala lutut aku ni, tapi satu je baju kau beli Eva?!”

Eva tak menjawab takut makin panjang lagi bercakap dengan mamat ni.
Plastik bag berisi gaun tadi diletakan di seat belakang sebelum dia menghenyakan punggung di tempat pemandu.
Jam dilengan kiri dilirik. Dah pukul 4. Janji dengan Lukas nak keluar pukul 7.
Terus kunci kereta dipusing bagi menghidupkan enjin.

“Wei minum dulu!”
Daim turut meloboskan diri disebelah Eva.

Eva tak pandang. Tangan mengerakan gear ‘D’
“Minum kat rumah la. Aku takut tak sempat la nak bersiap”

Daim keluh nafas. Badan disandarkan ke seat.
Sabar lah tekak.. jap lagi kau boleh minum Susu Strawberry ye!

Sampai dirumah Eva, Daim keluar dari kereta dan menuju ke rumahnya melalui pintu kecil antara pagar rumah dia dan rumah Eva.

Tanpa membuka pakaian. Tubuh terus dibaringkan ke atas tilam.
Penat mengikut perempuan shopping, lebih penat dari belatih silat satu hari!

Tapi Kenapa aku masih nak turut kata Eva? Daim takde jawapan.

Nafas dikeluh berat.
Daim membangunkan tubuh dan menuju keluar ke anjung biliknya.
Kedua tangan tegak dipangku ke birai tembok pagar.

Mata lurus memandang bilik Eva yang betul-betul berada berhadapannya biliknya.

Pintu anjung tertutup rapat. Tapi lampu masih terang menandakan dia ada didalam.

Mesti tengah bersiap sebab sekejap lagi nak jumpa Lukas.

Daim keluarkan Vape nya dari poket seluar jeans. Butang diseleraskan bagi mendapatkan kapasiti dilution yang betul.

Setelah itu hujung vape dibawa ke mulut dan disedut perlahan.

Sewaktu menghembus asap, keluar bau Strawberry semerbak memenuhi ruang angkasa malam.
Daim Akli suka segalanya tentang strawberry.

Mata masih turus ke bilik Eva..
Masih terang..
Eva.. pergi la kau dengan Lukas. Kau perlu kan perlindungan dan Lukas sesuai untuk menjaga kau.

Bukan seperti aku yang pengecut.
Rambut disebak sebelum vape kembali disedut dalam.

Eva Natasha...

*Flahsback – 10 years ago*

“Daim Akli!”
Daim pusing tubuh.

Buk! Tepat tumbukan Hairul mengenai sisi pipinya!

Mata berpinar sebentar.

“Wei! Sorry! Kenapa kau tak elak?”
Hairul pegang bahu Daim yang sedang berkerut wajah menahan sakit.

Bukan salah Hairul, tapi Daim yang tak tumpu perhatian sebab..

“Daim Akli!”

Ye! Sebab minah Eva Natasha ni!

Daim angkat wajah. Mata merenung Eva yang makin menghampirinya.
“Kau kalau panggil nama aku boleh slow sikit tak?”

“Sorry.”
Eva kuntum senyum. Rambut ekor kuda nya bergoyang-goyang saat kepala digeleng manja.

“Kau okay tak?”
Hairul kembali bertanya.

Daim dan Hairul sedang berlatih pencak silat saat Eva melaung nama Daim.
Serta merta tumpuan lelaki tu hilang menyebabkan Daim tak sempat mengelak tumbukan Hairul.
“Aku okay Rul.”

“Kita rehat la sekejap.”

Daim angguk kepala, setuju dengan cadangan Hairul, sementa kepalanya masih rasa berpusing.

Mana tak nya, Hairul pemegang bengkung merah sedang dia masih lagi hijau. Kekuatan Hairul lebih tinggi dari Daim.

Nasib layangan tumbukan Hairul tak kuat sangat. Kalau tak memang pecah muka korea Daim ni!

Daim melangkah ke sudut dewan mencapai air bekalnya didalam beg galas.

Eva menurut dari belakang.
“Kau kena tumbuk ke tadi Im?”

“Tak.. kena ramas!”
Daim membawa hujung botol air ke mulut sebelum meneguk laju. Panas!

“Marah ke Im.. aku dah mintak sorry kan tadi.” Eva tekup mulut, sorok tawanya.

Daim diam. Sekali lagi air didalam botol diteguk.

“Im jom balik.”

Daim lirik jam ditangannya. Alamak dah pukul 9.30 malam. Kenapa tak perasan.
Tubuh dipusing menghala kepada Eva yang masih memakai uniform sekolahnya.
“Aku tak habis belatih lagi la. Ada bunga yang aku belum ingat. Next week dah start tournament.”

Bunga? Bunga apa? Ah lantak la!
“Dah lewat la Im.. esok la sambung. Aku dah ngantuk ni.. esok sekolah lagi.”

“Kelab teater kau dah habis ke Eva?”
Sengaja pusing soalan. Padahal Daim tahu setiap hari rabu semua murid akan menghadiri kelab yang dipilih mereka sehingga jam lapan malam.

Daim pilih untuk join persatuan silat cekak. Manakala Eva pilih kelab teater, itu pun puas dipujuk.
Kalau tak Eva nak ikut join persatuan silat jugak! Huh!

“Dari tadi lagi dah habis. Tunggu kau je.”
Eva cekak pinggang. Badan digoyang inul. Manja!

“Kau tunggu sekejap lagi boleh. Dalam setengah jam je.”
Daim beri senyum menggoda, sambil kening diangkat sebelah.
Taktik memujuk.

“Boleh.. tapi kau kena bagi aku berlajar silat.”

Pulak..
Daim pegang kedua bahu Eva. Kepala ditundukan sedikit menyamai kependekan Eva.
“Berapa kali aku cakap, kau boleh mintak benda lain, tapi aku taknak kau ikut belajar silat”

Eva buat muka cemberut.
“Apa lah kau takut sangat aku belajar silat? Kau takut aku dapat lawan kau?”

Ktak!
Daim jentik tengah dahi Eva.

“Adoii! Sakit la Im!”
Laju Eva mengosok tengah dahinya

Daim tegak tubuh, kedua tangan disilang ke dada.
“Tengok! Jentik sikit pun kau dah menjerit. Ni nak biar kau belajar silat? Kau ingat silat sama dengan menari ke? Kau silap langkah, habis luka badan kau tau.”

Eva merengus.
Dia tahu Daim memang takkan bagi dia masuk persatuan silat. Tapi kalau tak masuk macamana nak jadi kuat kan?

Daim tarik lengan Eva dan membawanya ke sudut dewan.
“Kau duduk sini tunggu aku. Sekejap je.”

Bibir Eva dah muncung tapi tetap menurut. Menyesal pulak tak bawa basikal sendiri tadi.
Kalau tak, tak perlu la nak tunggu untuk membonceng basikal Daim.

Daim masih terus berlatih. Kali ni dia kena buat betul-betul.
Kalau dia menang tournament ni, dia mungkin akan berpeluang untuk mengambil ujian bagi mendapatkan bengkung merah, sekaligus memegang jawatan jurulatih.

Setengah jam kemudian, Wisel ditiup oleh Tuan Guru. Semua berhenti berlatih. Sesi regangan dilakukan sebelum semua bersurai.

Daim menoleh mencari kelibat Eva. Tapi tak jumpa. Seluruh dewan dicari namun susuk Eva masuk belum ditemui.
Sudah..
Jantung Daim start racing.
Mana Minah ni?

“Kau tak balik lagi ke Im?”

Daim toleh badan.
Hairul selaku seniornya sedang mengemas dewan dan sebentar lagi dia akan tutup.

“Aku cari Eva.”

Hairul kerut kening.
“Aku nampak Eva dah balik tadi galas beg dia.”

“Hah?!”
Daim bulat mulut. Langkah terus pantas keluar dari dewan.
Basikal yang dikunci pada besi dibuka dan terus dikayuh keluar dari sekolah mencari kelibat Eva.

Malam makin kelam, hati Daim terus kencang.
Eva ni degil jugak! Suruh tunggu tapi nak jugak balik sendiri!

“Lepas lah!”

Telinga Daim bergerak menangkap suara perempuan.

“Aku kata lepas la!”

Suara tu? Suara Eva!

Basikal dibrek henti. Mata melilau sekeliling taman yang makin gelap.
Memang ni laluan ke rumah mereka. Tapi Eva buat apa malam-mala buta kat taman?!
Jangan-jangan...
“Eva!”
Daim tolak basikalnya ketepi. Langkah pantas memasuki kawasan taman permainan.
“Eva!”

“Im!”

Daim toleh badan. Suara Eva makin dekat. Langkah menuju ke belakang taman bunga.
Ye! Eva kat situ! Meronta-ronta dalam gengaman tiga lelaki. Celaka!!

“Im!” Makin kuat jeritan Eva saat matanya memandang tubuh Daim.

“Wei! Lepaskan dia!”

Seorang lelaki yang agak tegap melepaskan lengan Eva dan perlahan menuju kearah Daim.

Daim tak gentar. Tumpuannya hanya satu, iaitu menyelamatkan Eva!

Lelaki berbadan tegap itu makin merapati tubuh Daim dan dengan kuat menolak bahu kirinya.
“Kau budak sekolah ada hati nak selamatkan perempuan?!”

Daim pandang wajah sayu Eva. Pipi wanita itu dah basah dek air mata.
“Aku nak kau lepaskan Eva?”

“Siapa? Eva?” Lelaki tersebut mendekatkan telinganya pada wajah Daim.
“Cantik nama dia.. macam orangnya.. Kalau aku rasa sikit mesti best kan?”

Rasa?!
“Shit!”
Bukk!
Daim melepaskan tumbukan sulungnya mengenai sisi pipi lelaki tersebut, menyebabkan dia hampir tersungkur.

“Arggh!”
lelaki itu menyentuh bibirnya. Ada rasa panas darah. Cepat tubuh ditegakan semula dan cuba melayang buku limanya ke arah muka Daim.

Daim cepat menangkap tumbukan lelaki itu sebelum menolaknya ketepi hingga dia tersungkur ke tanah.

“Aku tak main-main! Aku cakap, lepaskan Eva!”
Daim mula pasang kekuda. Kedua tangan menari lembut membuka bunga Silat Cekak.

Dua orang lelaki yang masih pegang Eva, turut melepaskan wanita itu dan menghampiri Daim.

Tumbukan dan sepakan bermula.
3 lawan 1.
Memang teruk Daim kena belasah.
Namun sebab hati kental dan Jiwa Silat Cekak dah mengalir didalam tubuh. Jadi dia gunakan sehabis boleh semua yang dibelajarnya selama 3 tahun.

Eva hanya duduk mencangkung di tepi pokok sambil matanya melihat perbalahan antara Daim dan 3 lelaki yang tak tahu asal dari mana.
Silap dia sebab balik tanpa menunggu Daim. Matanya tak tahan lagi, terlalu mengantuk. Dia hanya fikir katil je.
Dengan berani, Eva berjalan pulang sendiri walau malam semakin gelap.
Tak sangka pulak dia boleh bertemu dengan samseng jalanan ni.

“Wei-wei! Jom Gerak lah! Budak ni liat beb!”
Salah seorang tergagap bersuara sebelum menarik kawannya yang agak lunyai dikerjakan oleh Daim.

Dalam kelam kabut, ketiga-tiga tersebut menompang-nompang melarikan diri.

Dada Daim turun naik menahan amarah. Darah yang mengalir ditepi bibirnya dikesat kasar. Dia pun teruk dibelasah mamat tiga ekot tu, namun jiwa tetap gagah demi Eva.

Setelah jauh figura tiga orang lelaki tu hilang, Daim pusing badan pandang Eva.
Perempuan tu masih mengigil berteluku di tepi pokok.
Panjang langkah Daim menghampiri Eva.
“Eva! Kau okay?!” Lengan Eva disentuh.
Sejuk dan mengigil.

“Eva?!”
Daim goyang tangan Eva yang melilit di kedua lututnya.

Perlahan Eva angkat wajah, mata Daim ditatap sayu.

Sungguh perit hati Daim melihat keadaan Eva saat tu. Perlahan tubuh wanita itu didirikan.
Tanah yang melekat pada uniform sekolah wanita itu ditepuk-tepuk bagi menghilangkan kesan.
Beg sandang Eva diambil dari tanah dan digalas ke bahu Daim.

Saat tu juga tangisan Eva tiba-tiba bergema. Bahu terhenjut-henjut menahan sendu.

“Eva.. dah la tu.. jangan nangis.”

Makin lembut suara husky Daim, makin berair hati Eva. Airmata tak putus keluar. Dia cengeng bila bersama Daim!

“Eva! Aku kata dah. Dah la!”
Daim tinggi suara!

Sebenarnya Daim Akli paling PANTANG jika Eva Natasha menangis!

Sesakit luka yang dialami sekarang ni, sakit lagi bila mendengar tangisan Eva.
Hati Daim rabak!

Eva henti tangis, namun sendu masih ada. Belakang tangan menyapu airmata dipipi. Tak pernah dia dengar Daim tinggi suara macam ni.

“Jangan nangis. Kita balik sekarang.”
Daim capai lengan Eva, namun Eva menarik kembali.

“Ni semua salah kau Im.”

Pulak? Daim pusing tubuh.
Mata bulat Eva dipandang. Tadi mata tu basah sekarang dah kering dan tajam pulak pandang aku.
Split personality betul la minah ni!

Sekali lagi Daim cuba capai lengan Eva. Namun perempuan tu cepat menyorokan tangannya.

“Kalau kau ajar aku silat, tak aku jadi macam ni. Aku pun tak perlu kan pertolongan kau!”

“Eva..”
Daim kendur bahu.. dalam keadaan macam ni dia taknak gaduh lagi dengan Eva.

“Aku tak kira! Lepas ni aku nak belajar silat jugak!”
Eva mula langkah melimpas tubuh Daim.

Daim tarik nafas.
“No Eva. Silat terlalu kasar. Aku taknak kau belajar.”

Eva menoleh badannya. Dada turun naik tahan geram! Kaki diatur kembali mendekati Daim.
“Habis kau nak biar je aku kena macam tadi? Mujur kau cepat datang. Kalau kau takde, apa jadi pada aku? Entah-entah dah kena rogol!”

“Eva!”
Daim pintas ayat Eva.

Eva tegang bahu. Mata merah Daim tak berani ditatap.

Daim hembus nafas perlahan.
Kedua tangannya mengengam erat bahu Eva.
“Please jangan keluar ayat kotor macam tu Eva. Aku tak suka”

“Kalau kau tak suka kenapa kau tak biarkan aku belajar silat hah?! Kau selfish tahu tak! Selfish!!”
Eva dah mula tumbuk dada Daim. Awalnya perlahan, lama-lama jadi kuat.

“Eva..”
Daim cuba memujuk sambil gengamnya cuba rampas kedua lengan Eva.
Namun Eva menarik, dan makin rancak memukul dada kekar Daim.

Sekali lagi Daim tarik nafas.
“Eva enough!!!”

Jeritan Daim membuatkan tindakan Eva mati. Wajah diangkat. Mata mencari bola mata hitam dan tajam milik Daim.

Daim menangkap bola mata hazzel Eva. Kedua lengan wanita itu yang masih menapak di dadanya digengam.
“Eva.. Listen.. aku taknak kau belajar silat. That very dangerous sport. Tapi aku janji, Aku akan sentiasa ada dengan kau. Aku akan sentiasa protect kau Eva.”
Kali ni tapak tangan Daim naik ke kedua sisi kepala Eva, telinga wanita itu tetutup dek tangan besar Daim. Wajah wanita itu didongak supaya memandangnya.
“Eva.. tolong percaya dengan aku.”

Eva kaku, bibir merah Daim yang bergerak-gerak terus dipandang.

“Eva.. walau apa pun terjadi kat kau.. aku akan sentiasa dengan kau.”

“Betul?”
Eva akhirnya bersuara.

Daim mengangguk sambil mengukir senyum. Kedua tapak tanganya masih memegang kedua sisi kepala Eva.

Wanita itu akhinya turut mengukir senyum.

*End flashback, 10 years ago*

Vape jenama HIGAR kembali digengam. Butang diselaras ke 50 watt bagi mendapatkan kepanasan yang cukup untuk menyedutnya.
Perlahan muncung vape dibawa ke bibir. Sekali nafas ditarik. Bebilion tar masuk kedalam paru-parunya. Namun itu semua masih tak cukup.

“Eva pergi dulu ye mama”

Daim pandang bawah. Kelihatan tubuh Eva bolos dalam Citroen C5 milik Lukas. Kepala wanita itu dikeluarkan sedikit sebelum melambai tangan kearah mamanya.

Sekali lagi Daim keluh nafas.
Mungkin betul Lukas nak propose Eva malam ni.
Sedih?
Pondan lah aku kalau tak sedih!
Tapi nak buat macam mana.. Mungkin dah sampai masa Eva perlukan lelaki lain yang boleh protect dia selain aku.

Mungkin dah sampai masa juga untuk aku jauh dari Buddy aku yang rapat sejak 28 tahun lamanya.

Daim terus berdiri dianjung bilik, sambil hujung vape disedut lagi dan membiarkan asap bau strawberry melepas di ruang angkasa.

Aku bahagia jika kau pun bahagia Eva...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience