Bab 1

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
Selepas SPM..
Pada awalnya, aku dan rakan-rakan aku memang dah rancang nak pergi ke Jepun dari kami berada di tingkatan 2 lagi. Selepas tamat sahaja SPM, aku, Alyn dan Hannah menempah tiket penerbangan ke Jepun. Asalnya, kami berempat termasuk Eca. Tapi, disebabkan Eca ada hal yang tidak dapat dielakkan jadi kami hanya pergi bertiga. Kami juga tidak lupa untuk menempah sebuah rumah tumpangan di sana. Dalam erti kata lain 'guest house' atau 'minpaku' dalam Jepun.

Hari pertama..
Sebaik sahaja kami tiba di Jepun, kami pergi ke 'guest house' untuk meletakkan segala luggage dan barang barang keperluan yang lain.
"Nak melawat kawasanlah." Ujar Alyn sendiri sambil memandang aku dan Hannah dengan senyuman nakal. Aku sengaja buat tak dengar. Penat tahu. Aku yang baru sahaja ingin menanggalkan tudung segera ditahan oleh Alyn.
"Weh, jom keluar." Ujarnya lalu menarik tangan aku dan Hannah. Aku mengeluh perlahan. Baru ingat nak rehat tapi tak menyempat dah kena heret oleh Alyn. Hm, tak apalah kami pun dah siap.
Aku pakai blaus labuh di dalam, jaket yang ada poket tengah bersambung, seluar, tudung bawal, topi yang bertulis EXO dan sepasang sneakers.
"Okay, I'm done." Aku berkata sendiri sambil membelek diri dihadapan cermin selama 3 saat sebab dah malas nak dengar suara Alyn terpekik terlolong macam orang gila di depan pintu rumah. Aku pakai topi ada sebab. Sebabnya aku bawa Rygo bersama. Rygo adalah seekor 'sugarglider' jantan yang aku amat sayangi.
Kemudian, kami pun keluar dengan riang gembiranya. Terujalah kami sampai di Negara Matahari Terbit seperti yang kami idam-idamkan selama ini. Kami berjalan di kawasan deretan kedai yang menjual pelbagai barangan dan tempat pejalan kaki. Sewaktu kami berjalan, mataku tertumpu pada sebuah kafe yang berjaya menarik perhatianku. Aku sengih sendiri, aku haus sebenarnya jadi aku pun cakaplah pada Alyn dan Hannah.
"Weh, korang, aku nak beli hot chocolate kejap. Hauslah. Karang beli air sejuk tak berjalan pulak aku." Pintaku sambil tersengih macam kerang busuk. Jelas kelihatan barisan gigiku yang kelihatan seperti duta Colgate. Hoho!
"Ha, okey. Kitorang tunggu kat luar je." Balas Hannah. Aku memandang Alyn. Mengharapkan jawapan daripadanya. Alyn sekadar mengangguk dan memberi isyarat tangan seperti, 'Pergilah, aku tak nak kau mati kehausan pula disini.'
"Okay." Balasku. Aku pun masuk ke dalam kafe itu. Pantas bibirku mengukir senyuman. Kakiku melangkah ke arah kaunter lalu memesan hot chocolate dengan segera. Sambil menunggu, mata aku melihat ke sekeliling kafe. Ada kek! Nampak macam sedap tapi aku hanya mampu membeli hot chocolate.
'Buat orang terliur saja kafe ni! Sob, sob.' Ngomel aku sendiri sambil memuncungkan bibir. Boleh tahan lama juga lah aku tunggu. Kaki aku dah lenguh berdiri ni. Mesti Alyn dan Hannah marah dan membebel-bebel di luar sana.
(Alyn POV)
Aku mendengus kasar, "Weh, mana sakinah ni?! Lama gila dia beli hot chocolate. Beli hot chocolate ke buat kilang hot chocolate?" Soalku. Hannah mengangguk tanda setuju.
"Entah perempuan tu. Eee, lambat betul! Kita nak pergi macam macam tempat lagi ni." Bebel Hannah sambil mencekak pinggangnya seperti nenek tua.
"Weh, Hannah, kau tengok sikit Sakinah tu. Nanti dia dah dapat hot chocolate dia, kita cabut! Amacam?" Ujarku memberi cadangan sambil menjongketkan sebelah keningnya. Terpapar senyuman nakal di bibirku.
Hannah pun segera bersetuju lalu berkata, "Ha, nice." Kami ketawa nakal sesama sendiri. Siapa suruh lama sangat? Rasakan betapa besarnya Jepun ini. Muahahaha!
(Sakinah POV)
Hot chocolate yang aku pesan akhirnya sudah siap. Aku dengan tergesa-gesa mengambil hot chocolate daripada penjaga kaunter itu. Sebelum keluar aku sempat tunduk dan senyum sebagai tanda terima kasih kepada penjaga kaunter itu. Penjaga kaunter itu membalasnya kembali.
Aku mengetap gigi ketakutan sambil kaki ku melangkah ke pintu kafe. Mesti Alyn dan Hannah mengamuk kat luar tu. 'Kenapalah lama sangat nak buat hot chocolate ni?' Aku mengomel sendiri.
Baru sahaja aku melangkah keluar dari kafe itu, aku terdengar mereka berdua menjerit "Cabut!!" Mereka membuka seribu langkah meninggalkanku.
"Alyn! Hannah! Tunggulah aku!" Aku terpaku disitu dan mula terkocoh-kocoh cuba untuk mengejar mereka dengan air kegemaranku yang masih setia di tangan. Haha! Selekehnya aku!
Mereka dah agak jauh dan tiba-tiba berhenti dan pusing memandang aku. "Tak nak! Kau lambat sangat! Hahaha!" Mereka pun meneruskan rancangan mereka. Lari semula meninggalkan aku. Aku pun berhenti mengejar mereka dan terpaku seperti kayu lagi di situ.
Aku mula menjejaki mereka secara perlahan dan yang sedihnya mereka tak berjaya dijejaki. 'Siaplah korang! Eloklah tu tinggal kawan sendiri. Macam ni lah kawan.' Aku mengomel lagi. Aku rasa macam nak menangis je kat sini. Dahlah tinggal aku sendirian dekat negara orang! Kalau mereka nak tinggalkan aku di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur tak apa lah juga.
Pasti mereka ingat aku ikut dari belakang jadi, mereka biar sahaja. Mereka teruskan berjalan tanpa memandang belakang dan tak perasan aku tiada. Aku kejar mereka sehingga ke bahagian pokok pokok kecil ditanam secara berderet dan tanahnya disimenkan yang membolehkan sesiapa sahaja untuk duduk di situ.
Aku berjalan dengan hampa tanpa hala tuju dan secara tiba-tiba ada seorang budak kecil berlari ke arahku lalu terlanggar aku. Wah! Kombo apa pula lagi yang aku dapat ni? Dia tertendang kaki aku dan tangan dia tertepis hot chocolate yang berada ditanganku.
Waktu itu aku merasakan masa seakan-akan terhenti kerana hot chocolate dari Jepun yang aku idamkan selama ini tumpah dihadapan mataku! Malah, ia tumpah di atas aku. Huwaaa, dugaan apa lagi yang aku dapat ni? Budak itu lari meninggalkan aku tanpa ucapan..MAAF.
Aku merasakan tendangan budak itu ibarat seorang pemain bola sepak yang cuba menjaringkan gol! Aku terjatuh ke belakang dan kepala aku hampir terkena pada bucu simen itu. Saat itu aku cuba memejamkan mata.
Sebelum itu, aku sempat terpandang tadi ada 4 orang pemuda lalu di situ. Tapi, apa gunanya aku melihat mereka? Aku nak terjatuhlah! Aku harap ada orang cuba selamatkan aku! Aku hanya mampu berserah. Mungkin ajal aku di sini. Huwaaa, amalan tak cukup lagi ni!
Tiba-tiba aku rasakan badanku seolah-olah terapung. Kejap, sejak bila aku ada sayap ni? Kenapa aku tak jatuh? Aku mimpi ke? Beribu soalan bermain difikiranku. Tiba-tiba aku merasakan ada tangan yang memegang aku dengan erat. Jantungku berdegup kencang. Aku mahu mencelikkan mata aku untuk melihat siapakah gerangan yang menyelamatkan aku.
Mataku dibuka perlahan lalu terbuntang dengan luasnya. Aku terpaku seperti patung di dalam dakapannya. Aku meneguk air liur yang agak kelat. Mama! Maafkan aby kerana terjatuh dan disambut oleh seorang lelaki yang bukan mahram! Aku rasa nak menjerit. Aku cuba melepaskan pegangannya. Dia pun menurut lalu cuba berdirikan aku dengan betul.
Namun begitu, dalam hati aku tidak berhenti melafazkan 'Alhamdulillah'. Dan 'Alhamdulillah' juga hot chocolate aku tumpah atas jaket dan sarung tangan aku. Baju dan tudung kena sikit je.
Satu lagi pakej percutian yang aku dapat secara percuma, kaki aku terseliuh dan tak boleh berjalan. Dia dudukkan aku atas simen 'maut' tadi. Aku memandang dia.
"Thank you because you saved my life. But, I hope you're not touch me like that again. Anyway, thanks again." Ucapku sambil melemparkan senyuman kepadanya.
"Oh, I'm sorry. Are you alright?" Soalnya. Nada suaranya seperti risaukan aku. Aku hanya mengangguk. Aku pandang dia dari atas ke bawah, bawah ke atas. Aku pelik dengan pemakaiannya. Dia pakai jaket, sarung tangan dan mask hitam. Dan aku tak tahu kenapa dia pakai mask waktu ni. 'Mungkin tak tahan sejuk kot.' Fikirku.
"Yes, I'm fine." Jawabku. Aku dengar dia menghela nafas kecil macam lega tengok aku tak ada 'kecederaan'. Padahal, aku sedang menahan sengsara kaki yang terseliuh ni! Aduh!
"Err, my jacket and gloves are all wet. I want to take off this things so, I think I should go to a washroom." Ujarku sambil cuba untuk bangun. Baru selangkah aku berjalan, aku sudah jatuh menyembah bumi. Hah! Tambah lagi satu kesakitan. Aku nampak dia bangun dan mendekati aku. Jelas terpapar aura kerisauan dia.
"I think you can't walk by yourself. Your leg was sprained. May I hold you?" Pintanya. Aku menggeleng laju. Oh my darling, aku dah tak nak sentuh kau buat kali kedua. Mana aku nak cari air tanah dekat tengah-tengah Jepun ni?
"No, no, it's okay. I'm fine. I can walk by myself." Jawabku tanpa memandang dia. Aku cuba untuk bangun dan melangkah. Okey, lebih baiklah daripada tadi, aku berjaya berjalan sebanyak dua langkah dan....aku jatuh lagi. Aku memandang dia sekilas. Aku nampak dia cuba menahan ketawa. Erghh, memang kelakar pun bagi kau, kan? Cis!
Aku rasa macam nak menangis kat situ. Banyak sangat ke dosa aku sampai nak kena cuci semuanya kat Jepun ni? Aku perasan dia menghulurkan tangannya. Aku memandang tangannya dan wajahnya silih berganti.
"Don't be so stubborn. I know you can't walk, right?" Soalnya. Aku nampak mata dia sepet. Hahh! Gelak lah gelak! Gelak puas-puas sampai tertunggeng ke belakang.
Tapi, sebenarnya, aku nampak keikhlasan dia nak tolong aku. Aku mendengus kasar lalu menyambut hulurannya. Nasib baik dia pakai sarung tangan. Tapi aku rasa kalau dia tak pakai sarung tangan sekalipun aku akan cuba berpaut pada jaketnya sahaja. Yalah, aku nak minta tolong siapa lagi di sini? Kawan aku pun dah lari entah kemana. Tak guna punya kawan! Sabar sahajalah, nasib baik sayang.
"Just this time." Ujarku lalu dia memegangku untuk membantu aku berdiri.
"Good girl." Dia berkata sambil tersenyum. Tapi aku tak pasti dia senyum ke tidak. Yang pasti mata dia agak sepet. Tengah senyum lah tu, kan?
"Where is the washroom around here? I can't stand anymore." Soalku.
"There." Jawabnya sambil menunjukkan tandas awam yang tidak jauh dari tempat kami berdiri. Dia pun pimpin aku ke tandas tersebut.
"Can you help me to hold this bag?" Soal aku sambil menghulurkan beg aku padanya. Aku tak kisah sebab aku percaya orang Jepun ni jujur. Aku harap dia tak bawa lari beg aku.
"Yaa, sure." Jawabnya lalu mengambil beg aku. Dia sandangkan beg aku dibahunya. How gentleman you are! Aku membuka topi EXOku lalu memberikan pada dia. Waktu tu kebetulan Rygo dalam poket. Jadi, dia tak tahu lagi akan kewujudan Rygo.
Aku bergegas masuk ke dalam tandas. Dia sempat memesan pada aku, "Please be careful. Maybe it's slippery in there. I don't want you fall down again." Pesannya. Aku mengangguk.
"Hai', wakatta. (Ya, baik.)" Balas aku sambil mengerling ke arah dia. Aku perasan dia terkejut sikitlah dengar aku cakap Jepun. Aku pun masuk lalu membuka sarung tangan dan jaketku. Aku bilas dengan air bekas tumpahan hot chocolate tadi. Kemudian, aku keluar secara terjengket-jengket. Tangan kananku memegang dinding. Hanya itu sokongan yang aku ada. Takkan nak bawa dia masuk tandas.
"Are you okay?" Soalnya.
"Yes, I'm okay but...it's a bit colder than before." Balasku sambil melemparkan senyuman pada dia walaupun bibir aku macam dah mula mengeras sekarang ni. Yelah dah buka jaket kan. Musim sejuk pula tu.
Dia sarungkan beg aku pada aku. Dia ambil jaket dan sarung tangan aku yang basah daripada aku dan dia meletakkannya ke tepi. Aku memeluk tubuhku untuk menghangatkan badanku. Aku perasan dia buka jaket dia dan letak dekat bahu aku. Aku cair tengok dia. Nice guy.
"Feel better?" Soalnya. Dia pandang tepat ke dalam anak mata aku. Dia agak tinggi. Aku sedikit mendongak memandang dia. Aku senyum.
"Ya, much better. Arigatou. (Thank you.)" Jawabku. Aku nampak dia peluk tubuh dia sendiri. Aku tahu dia tengah menahan sejuk tapi dia tak nak tunjuk.
Kami membuat keputusan untuk duduk dekat kerusi yang berdekatan di situ. Selama lima saat kami diam membisu, dia memulakan perbualan.
"With whom you come here?" Soalnya lalu mengalihkan pandangannya ke arahku.
"My friends but they ran away because a cup of hot chocolate." Jawabku dengan nada yang geram. Aku gigit bibir. 'Jagalah korang. Kalau aku dapat korang nanti, aku cincang lumat-lumat.' Aku berkata sendiri dalam hati.
"Hot chocolate? The thing that was spilled on you a few minutes ago?" Dia cuba mendapatkan kepastian. Aku membalas pandangannya seraya mengangguk.
"Okay, if that so...follow me." Katanya lalu berdiri. Dia menghulurkan tangannya. Aku pandang dia dengan mata yang terkebil-kebil.
"Where are we going?" Soalku lalu menyambut hulurannya. Dia bantu aku berdiri. Lalu dia memapah aku untuk berjalan.
"Just follow me." Balasnya sambil senyum pandang aku.
"O..kay. But before we go somewhere, I want to buy a pair of gloves first. My hands almost freeze." Pintaku. Aku dengar dia ketawa. Haha. Erm, adakah aku berjaya hiburkan hati dia?
"Haha, okay. I know a shop that sell gloves. Not too far from here." Balasnya lalu dia membuka sarung tangannya dan memberikannya kepada aku.
"Hm, okay. But how about my friends? I have to find them." Soalku sambil memakai sarung tangannya yang diberi kepada aku. Dia ni tak sejuk ke? Semua benda nak bagi aku.
"Just let they go for a walk. You just arrived here an hour ago right?" Tekanya. Segera aku pandang muka dia. Dia tidak membalas pandanganku sebaliknya terus melihat ke depan. Macam mana dia tahu?
"Just guess." Katanya. Dia seakan-akan berada difikiranku. Pak Nujum ke dia ni? Main teka teka pulak.
"Look at the path you walk. You will fall down again." Katanya lalu menolak muka aku daripada memandangnya. Aku tengok muka dia merah padam di sebalik mask yang dia pakai. Malu ke? Haha. Comellah dia ni. Eh, apa aku merepek ni?
Aku nampak dia sabar je papah aku. Walaupun, dia terpaksa jalan sedikit perlahan disebabkan aku tapi aku nampak dia gembira je. Tak lama lepas tu kami sampai di depan kedai tersebut. Dia ternampak ada kerusi depan kedai tu, terus dia suruh aku duduk.
"Just sit here for a while. I will help you to search for it." Katanya lalu menuju ke kedai itu. Aku hanya mengangguk.
Baru sahaja dia ingin menguak daun pintu kedai itu, dia menoleh ke arahku. "What's your favourite colour?"
"Purple." Jawabku sepatah lalu dia mengangguk dan masuk ke dalam kedai. Sambil menunggu dia aku bermain dengan Rygo. Tapi, aku tak keluarkan dia dari poket.
Lima minit selepas itu dia ketuk cermin kedai. Dia menunjukkan sepasang sarung tangan dari pintu masuk kedai tersebut. Aku menoleh untuk melihatnya. Aku senyum.
"How about this one?" Soalnya sambil menunjukkan sepasang sarung tangan berwarna ungu kepadaku. Coraknya amat cantik.
"Kireii! (Cantik!)" Pujiku.
"Where are you going?" Soalku apabila aku melihat dia pergi selepas mendapatkan kepastianku. Dia menoleh memandangku.
"I want to pay it." Jawabnya sambil senyum. Aku baru sahaja ingin bangun pergi ke arahnya tetapi dia segera menahan.
"I'll pay it for you." Ujarnya. Aku mengangguk tanda mengerti.
"Can you buy two pair of gloves, please?" Pintaku sambil menayangkan sebaris gigi.
"Two? Okay, no problem. Same pattern and colour?" Soalnya. Aku menangguk dan melihat dia ambil lagi sepasang dan membayar di kaunter. Aku nampak penjaga kaunter tu ingin memulangkan baki kepadanya tetapi dia menolak. Sedekah amal jariah, huh?
Dia keluar daripada kedai dan mendekati aku. Aku hanya duduk di kerusi menunggunya. Dia berdiri dihadapanku dan menyuruh aku untuk menghulurkan tanganku. Dia buka sarung tangan yang diberikan kepadaku sebentar tadi dan memasukkan kedalam plastik di tangannya. Dia pakaikan aku dengan sarung tangan yang baharu. Sweet!
"Wah, it's so pretty. Hurm, give me your hands." Ujarku lalu mengambil lagi sepasang sarung tangan baharu.
"Eh?" Dia berasa hairan dengan tindakanku. Aku pandang dia dan senyum.
"Just give me your hands." Kataku lagi. Dia hanya akur dan menghulurkan kedua-dua belah tangannya kepadaku. Aku pun pakaikan sarung tangan tu pada dia. Dia senyum pandang aku.
"Don't just treat it for me. Treat for yourself too." Ujarku sambil membalas senyumannya. Aku mengangkat tanganku dan memusingkannya.
"Now our gloves are same." Katanya. Aku terdengar dia ketawa. Aku juga turut tersenyum. Segala kesakitan aku lupakan buat seketika. Dia hulurkan tangannya.
"Let's go to a cafe." Katanya. Aku mengerutkan dahi. Pelik. Aku menyambut hulurannya.
"Oh, so you want to treat me again? A cup of hot chocolate, huh?" Soalku sambil menjongketkan keningku. Dia memapah aku.
"Ops, I've broke my secret!" Aku dan dia ketawa serentak.
"It's okay. I'll follow you. Ikuze!! (Jom!!)" Kataku dengan nada yang teruja.
"You can speak Japanese?" Soalnya. Suaranya kedengaran agak teruja mendengar aku mengeluarkan perkataan dalam Bahasa Jepun.
"Not at all. I just learnt a few of Japanese words such as ohayou gozaimasu (selamat pagi), konnichiwa (helo), ikuze, aishite iru (aku cinta kamu) and more." Jawabku sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal. Dia senyum.
"Hahah, ikuze!!" Ujarnya. Kami ketawa serentak.
Sampai sahaja di kafe, kami duduk di bangku tinggi di bahagian hadapan kafe tersebut. Kafe yang sama dengan kafe yang aku beli hot chocalate ku pada awal tadi. Aku yang mengajaknya duduk di bangku tinggi itu. Tapi dia menolak atas sebab kaki aku yang terseliuh ni. Aku masih lagi berdegil mahu duduk di bangku tinggi tersebut. Akhirnya, dia mengalah dengan kerenahku. Haha!
Kami mengambil tempat dekat dengan pintu keluar masuk dan ada cermin di hadapan tempat duduk kami. Aku tak kisah sangat sebab cermin itu agak gelap. Dia mengangkat tangan untuk memanggil pelayan. Dia memesan hot chocolate untuk aku.
"Would you like to have a slice of cake?" Dia tanya aku.
"Eh, it's okay. I'm full." Tolakku. Dia mengangguk. Pelayan itu pun pergi selepas dia menghabiskan pesanannya.
"Hey, we're not introduce ourselves yet. So, what's your name?" Dia ketawa. Aku turut tersenyum.
"Watashi no namae wa sakina desu. (Nama saya Sakinah.)" Dia macam terkebil-kebil. Ekspresi mukanya seakan-akan 'Ini namanya bukan tahu sikit sikit pasal Bahasa Jepun ni.' Aku ketawa kecil melihatnya.
"My name is Wan Sakinah. You can call me Sakinah. And you are?" Aku mula memperkenalkan diri.
"My name is H-Hyuga Yamato. You can call me Hyuga. Nice to meet you, Sakina-chan." Dia seakan-akan gagap hendak memberitahu namanya. Aku jadi pelik tapi, aku biarkan sahaja.
"Nice to meet you too." Balasku.
"Where are you from?" Dia tanya lagi.
"Mareeshia kara kimashita. (Saya dari Malaysia.)" Aku jawab lalu melemparkan senyuman. Aku melihat riak wajahnya tiba-tiba menjadi teruja.
"Wahh! I love Malaysia!" Ujarnya.
"Seriously? What do you love in Malaysia?" Aku menjadi semakin tertarik dengannya apabila dia kata dia minat pada tanah air aku yang tercinta.
"I love Malaysian's food, places, their people and everything about it! I have visit Malaysia 2 times." Jelas kelihatan keterujaannya di situ. Comel betullah dia ni walaupun muka dia masih dilindungi oleh mask hitamnya.
"I can speak in Malay." Tambahnya lagi.
"Oh, wow! Hahah. Ya ke?" Aku berharap dia tak faham apa yang aku cakap. Lagipun aku macam tak ambil kisah sangat bila dia kata dia boleh cakap Melayu. Dia nampak riak wajahku seperti tak kisah.
"Sakina-chan, betulla. Saya tak tipu." Hyuga bersuara. Aku hampir tersedak air liur bila dengar dia cakap Melayu. Mata aku terkebil-kebil memandang dia.

Share this novel

Fukumen Hime
2021-03-23 15:06:20 

Meeting someone for the first time, Hyuga is rude to directly called Sakinah as Sakinah-chan. Secondly, why your characters love to scream here and there? Do you know that making such a loud noise in Japan can cause you a visit from police officers? Thirdly, I am impressed that you are trying to use Japanese and English in your writing, however please have a beta reader to check them for you. You made simple English mistakes a lot, e.g. I need to take off this things (the correct one is these things), Sakinah asked for gloves and gloves come in pair. Instead of it, you should use plural nouns.

Fukumen Hime
2021-03-23 00:08:18 

Miss Sakura, maaf saya banyak betulkan bahasa Jepun awak. Orang Jepun sangat polite, jadi untuk heroin dalam cerita ini guna "wakatta", "arigatou" bertambah lagi "ikuze" are a bit rude to them.Properly use "masu" and "desu" make you even polite and they love it if you can speak as such.


NovelPlus Premium

The best ads free experience