Bab 12 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~Sometimes you just have to accept the fact that some people only enter your life as a temporary happiness.~

"Boss..."

"Boss..." panggil Adham sekali lagi, kali ini Adham siap mengawang-awang tangannya di hadapan Eshan.

Eshan sedikit tersentak, laju saja dia angkat muka kepada Adham. Hancur segala kenangannya dengan Sarah suatu ketika dulu. Sedikit sebanyak ingatan tu muncul sekejap-sekejap. Cuma gambaran penting sahaja.

"Boss okay tak ni? Ada boss teringatkan sesuatu ke?" Melalui suara itu terbias kerisauan Adham terhadap bossnya. Dia cukup prihatin dengan kesihatan Eshan. Sentiasa berpegang kepada janji yang dipegang dengan ayahnya. Ayahnya mahukan dia sentiasa mengawasi gerak geri Eshan supaya tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan diatas kekurangan Eshan sekarang.

"Entah la Ham... Aku tiba-tiba teringatkan Sarah. Tiba-tiba aku teringat dulu Sarah pernah bagitahu aku, aku seiras dengan Abang Pilot dia, rupanya orang tu Waeez."

Adham terangguk-angguk, itu sudah melegakan hatinya. Sekurang-kurangnya Eshan ada teringatkan sesuatu.

"Tapi ada yang aku tak faham lagi ni..." Kedua tangan bercantum antara satu sama lain lalu diletakkan di dagunya. Memikirkan sesuatu.

"Apa tu boss?"

"Apa yang jadi masa aku tidak ada dekat sini? Maksud aku selepas aku pergi Turkiye, selepas Waeez bawa Sarah pergi Amsterdam. Apa yang jadi lepas tu? Macam mana dengan Sarah, dengan Waeez? Aku nak tahu semua tu."

"Dan satu lagi, kenapa Evan dengan Eman tu ada dengan Datuk Waazin? Mana Sarah? Apa dah jadi dengan dia sampaikan anak-anak dia ada dengan Datuk Waazin tu?" Bertalu-talu Eshan melontarkan soalan saat terbayangkan raut wajah kesian Evan dan Eman di ruangan mata. Eshan lepas keluh, patutlah selama ini dia rasa ada sesuatu bila terpandangkan mereka berdua, rupanya mereka berdua itu anak Sarah. Anak kandung kepada wanita yang dia cintai dalam diam.

"h yang tu... Saya tak berapa tahu sangat boss. Ayah cuma bercerita serba ringkas je. Rasanya lepas ni kita kena buat sesi temuramah dengan ayah saya boss. Kita korek semua cerita dari dia. Kalau boss yang tanya mesti dia cerita semua dari A to Z."

Eshan melirikkan kepada Adham. Tajam saja mata itu dicerlung kepada Adham. Orang tengah serius boleh pula dia buat lawak?

Adham mengangkat kedua tangannya, pandai pula dia minta bossnya bersabar.

"Okay macam ni boss. Apa yang saya ingat ayah ada bagitahu saya, selepas boss pergi Turkiye, Sarah dan Waeez ada balik ke sini. Diorang tak terus kahwin pun sebenarnya tapi... Emm... Sarah sebenarnya...'' Adham jeda sebentar tak tahu mahu teruskan ataupun tidak. Apa yang pasti, Eshan pasti akan terkejut besar.

Respon dari Adham itu buat Eshan berdebar mahu tahu apa yang bakal keluar dari mulut Adham. Kuat debaran Eshan dan Adham pula seolah-olah sedang menyiksa jiwanya dengan sengaja melambat-lambatkan menyambung kata-katanya. Ada unsur suspend disitu.

"Apa Ham?"

"Sebenarnya dia..."

Telefon Eshan bergetar, ada panggilan masuk. Eshan jeling sekilas kepada telefonnya. Wrong timing betul! Nama Nafla tertera disitu. Sekali lagi telefonnya bergetar. Nafla lagi! Eshan mengeluh sebelum menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum Han," Suara Nafla sudah menceroboh masuk cuping telinganya. Ceria sahaja suara itu bila Eshan menyambut panggilannya.

Eshan picing mata sebelah sambil menjauhkan sedikit telefon dari cuping telinganya, bingit dengar Nafla menjerit dihujung sana.

Adham tersenyum lihat reaksi Eshan. Dia meminta diri kemudiannya. Membiarkan Eshan menjawab panggilan itu, Eshan cuma mengangguk walaupun hatinya tidak rela. Masih banyak jawapan yang dia perlu dari Adham tapi mungkin bukan masa yang sesuai.

"Emm.. Waalaikummusalam.. Ada apa ni cik?" Eshan membalas, malas sebenarnya mahu melayan kerenah kakaknya itu. Sudah umur 34 tahun pun macam perangai budak-budak lagi!

"Boleh datang sini petang ni?"

Permintaan kakaknya itu buat dahi Eshan berlapis-lapis. Sudah kenapa Nafla mahu dia pergi ke Taska Permata Budi Maryam lagi? Kereta kakaknya itu bermasalah lagi ke?

"Kenapa nak Han pergi sana? Kereta acik pancit lagi ke?" Itu yang bermain-main di fikiran Eshan ketika ini.

"Tak kan nak tunggu tayar kereta acik pancit dulu baru Han boleh datang sini..." rungut Nafla disana.

"Dah tu?"

"Datang jelah. Harini kan birthday Han. Acik ada nak buat makan-makan sikit dekat sana. Umi pun akan datang sekali. Boleh datang tak?"

Eshan menghembus nafas berat. Sebelah keningnya di angkat.

"Tak payah tanya soalan 'boleh datang ke tak' la cik.. Acik memang nak Han datang sana kan?"

Nafla tergelak dihujung sana. Nampaknya taktik dia berjaya. Bukannya dia tak tahu yang Eshan ini susah sangat nak bergerak kemana-mana kalau bukan berkaitan dengan kerja. Itulah identiti Eshan yang baru.

"Datang tau. After 5 p.m. Acik tunggu."

"Yelah. Nanti Han datang. Kalau tak datang, mesti ada orang tu merajuk panjang..."

Nafla gelak lagi. Faham la dia yang Eshan sedang menyindir dia. Talian dimatikan.

* * *

"Eshal, sedapnya bau nasi lemak pandan Eshal masak ni..." Zahnita sudah mengawang-awangan tangannya, mengaup wap yang sedang meyerbu keluar dari periuk nasi yang baru dibuka penutupnya ke hidungnya. Aroma bau pandan yang sangat-sangat membangkitkan seleranya. Bau yang sungguh menyelerakan.

Eshal menyengih disebalik niqabnya. Tangannya sibuk mencuci pinggan mangkuk yang akan digunakan nanti. Kata Kak Ita, hari ini mereka akan mengadakan sedikit jamuan makan-makan. Sempena apa itu, dia tidak tahu.

"Biasa-biasa je Kak Ita. Ni pun ingat-ingat lupa. Tak tahu masih menjadi ke tidak."

"Ye ke? Tapi baunya sedap saja. Kena dengan ayam berempah ni. Pandai Eshal masak. Kenapa tak buat banyak? Nanti boleh Ku Ina makan sekali. Sekejap lagi dia datang."

"Eh, malu la akak. Eshal masak ni cuma nak bagi akak rasa-rasa je. Lagipun Kak Ita cakap Cik Nafla dah pesan katering untuk makan-makan petang ni kan."

"Rugi pulak Cik Nafla order katering. Rasanya kalau Eshal masak nasi lemak ni lebih pun dah kira cukup." Kak Ita menambah lagi. Hidungnya belum cukup puas hidu aroma pandan yang mewangi itu. Pasti sedap ni, tak sabar mahu merasa.

"Hish jangan macam tu kak Ita. Malu Eshal nanti. Ni Eshal buat special untuk kak Ita tau. Eshal dah lama tak buat nasi lemak pandan lauk ayam berempah ni."

"Jadi kenapa Eshal masak hari ni? Ada something special ke?" Kak Ita menutup kembali penutup periuk nasi sebelum berpusing tubuh kepada Eshal.

Eshal mengangguk.

"Apa tu? Boleh share dengan kak Ita?"

Eshal senyum dulu sebelum menjawab.

"Eshal, semua pinggan dah siap cuci ke?" Tidak semena-mena Alia, salah seorang tenaga pengajar di Taska muncul, mencelah perbualan mereka berdua.

Eshal berpaling kepada Alia sekilas. Kak Ita turut berpaling.

"Dah kak Lia. Semuanya dah siap."

"Gelas?"

"Gelas pun dah kak."

"Okay. Nanti dah siap jangan lupa kemas sekali bilik baby. Bersepah lagi barang dekat sana. Sekejap lagi Tengku dah nak sampai." Alia menyambung lagi.

Eshal mengangguk lalu mengesat tangan basahnya sebelum berlalu ke bilik penjagaan bayi seperti yang diarahkan oleh Alia sebentar tadi.

Kak Ita cuma menghantar pandangan kosong kepada Eshal yang sudah berlalu keluar. Seketika, Kak Ita kalih matanya kepada Alia, dikesan ada riak tidak puas hati di wajah itu. Kening Kak Ita bertaut.

"Lia, kenapa Lia suruh Eshal buat semua kerja tu? Itu kan tugas Lia dengan Rose." Zahnita menegur, tidak suka cara Alia mengarah Eshal begitu. Sedangkan Eshal, tugasnya cuma tukang masak di Taska bukannya pembantu kepada setiap kerja-kerja mereka.

Alia mencebik bibir tanda tidak suka dengar teguran Kak Ita itu. Entah kenapa dia perasan sejak adanya Eshal di sini ini, suasana di Taska sudah berubah. Tengku Nafla kerap kali datang melawat Taska mereka. Hampir setiap minggu dan setiap kali datang pasti banyak masa yang diluangkan oleh wanita itu dengan Eshal. Entah apa yang disembangkan oleh mereka pun, dia tidak tahu. Tapi yang pasti dia tidak suka lihat mereka rapat begitu.

Ada kemungkinan juga suatu hari nanti, Eshal akan jadi anak emas majikannya. Mana lah tahu nanti Tengku Nafla jadikan Eshal itu salah seorang guru disitu sedangkan Eshal itu cuma ada sijil SPM sahaja.

"Saya cuma minta tolong dia kak Ita. Lagipun tugas dia di dapur pun dah settle kan?"

"Itu bukan minta tolong, Lia. Itu mengarah namanya. Lagipun kak Ita tak suka Lia buat Eshal macam tu. Dekat sebulan dia kerja dekat sini, akak tak nampak lagi Lia dengan Rose layan Eshal tu dengan elok."

"Akak.. saya cuma buat apa yang saya rasa patut je. Lagipun saya kenal sangat dengan orang yang macam dia. Depan baik, tapi belakang belum tentu lagi baik. Jangan sebab dia pakai niqab, dia ingat dia dah jadi malaikat la.." cebik Alia lalu keluar dari dapur meninggalkan Kak Ita seorang diri.

Zahnita hanya mampu menggeleng dengan kelakuan Alia. Entah apa lah yang si Alia itu tidak puas hati dengan Eshal pun dia tak tahu.

* * *

"Assalamualaikum kak Ita." Tengku Nafla menyapa Zahnita yang sedang mengatur bekas makanan di ruang tamu.

Zahnita menghentikan kerjanya, orang yang ditunggu-tunggukan sudah pun sampai. Tengku Nafla dan uminya, Tengku Naina sudah tersenyum lebar di belakang anaknya. Beg plastik yang dibawa Nafla, disambut lalu diletakkan di atas meja.

Tengku Nafla ada bawakan sedikit buah-buahan sebagai pencuci mulut untuk tetamu mereka pada petang ini. Sebenarnya Nafla sengaja memilih hari ini iaitu hari ulang tahun kelahiran Eshan Maisur yang ke-32 untuk mengadakan satu majlis kesyukuran kecil-kecilan sebagai satu pemangkin untuk dia kenalkan Eshan dengan Eshal.

Nafla sebenarnya tidak sabar mahu kenalkan mereka. Tak sabar menanti reaksi keduanya. Hatinya selalu sahaja memikirkan tentang Eshal semenjak kali pertama dia bersua dengan Eshal. Bagaikan ada sesuatu berbisik di hatinya, Eshal itu adalah Sarah yang Eshan tergila-gilakan suatu ketika dulu. Dan bisikan itu menemui jawapan bila penyiasat persendiriannya membawa jawapan yang positif. Sah! Eshal Maisarah itu 'Sarah Eshan' selama ini.

Walaupun hakikatnya dia tidak pernah kenal Sarah sebelum ini tapi segala kisah Eshan dan Sarah tersemat kemas dalam poketnya. Inilah wasiat yang ditinggalkan oleh arwah walid. Arwah walid mahukan dia mencari Sarah dan satukan kembali perempuan itu dengan Eshan. Wasiat itu bukan sahaja datang dari walid tapi juga datang dari seorang lelaki yang begitu tulus mencintai Sarah seperti Eshan.

"Mana yang lain?" Tengku Naina bertanya kepada Zahnita, mengembalikan Nafla dari memikirkan hal itu.

"Alia dengan Rose masih ada dalam kelas. Jaga anak-anak yang balik petang. Eshal ada dekat dapur. Tengah susun kuih-kuih."

"Eshal? Tukang masak yang baru tu?" Tengku Naina bertanya seraya pandang Nafla.

Nafla mengangguk. Faham dengan bentuk soalan ibunya. Semuanya sudah diceritakan kepada wanita itu. Uminya juga seperti dia, tidak sabar mahu bertemu dengan Eshal. Nafla teringat lagi, saat dia beritahu uminya yang Sarah sudah pun ditemui, uminya teresak-esak menangis. Antara terharu, gembira dan bersyukur. Uminya sempat sujud syukur dengan berita yang disampaikan itu.

Eshal muncul dari dapur sambil membawa pinggan berisi tart buah dan cheese tart. Eshal tidak sedar dengan kedatangan Tengku Nafla dan Tengku Naina kerana membelakanginya. Rancak mereka bersembang dengan Zahnita. Eshal tidak pedulikan mereka. Cepat siapkan kerjanya, cepatlah dia boleh balik. Kalau diikutkan janjinya dengan Baariq, dia tidak boleh pulang lewat. Selewat-lewatnya jam 6 petang dia mesti sudah terpacak dekat rumah mereka.

"Eh, Eshal..." Zahnita yang baru perasankan Eshal dibelakangnya, menegur.

Tengku Nafla dan Tengku Naina turut berpusing ke belakang. Eshal masih tidak perasankan Tengku Naina yang berselindung di sebalik tubuh Nafla yang tinggi lampai itu.

"Kak Ita, Cik Nafla, saya dah siapkan semua kerja saya. Boleh saya balik dulu?" Eshal meminta izin, risau sebenarnya. Takut menyinggung perasaan majikannya.

"Eh, dah kenapa Eshal nak balik?" Laju Nafla bertanya sebelum Zahnita membuka mulut. Kalau Eshal balik, macam mana dengan rancangannya untuk kenalkan Eshal dengan Eshan?

"Saya tak boleh balik lambat, Cik. Saya ada hal. Lagipun kalau saya lambat balik, susah saya nak dapat bas dekat kawasan sini."

"Tunggu sekejap pun tak boleh?"

Eshal tidak segera membalas. Dia serba salah sebenarnya.

"Pasal balik tu, Eshal jangan risau. Nanti saya hantar Eshal. Boleh kan?"

Eshal kemam bibir, tak tahu mahu jawab apa. Nanti apa pula kata abangnya? Berkali-kali Baariq berpesanan kepadanya supaya jangan balik lewat. Tamat sahaja waktu kerja, terus balik ke rumah. Dan yang paling penting, Baariq bertegas dengannya supaya jangan ada apa-apa lagi hubungan dengan keluarga Eshan. Cukuplah dengan apa yang terjadi dulu menyaksikan keluarga itu hampir musnah kerananya.

"Tapi saya..."

Tengku Naina bergerak ke hadapan sedikit, memunculkan dirinya kepada Eshal. Dia yakin Eshal tidak mungkin akan melupakan wajahnya walaupun sudah 10 tahun tidak berjumpa. Rahang Eshal terjatuh, terkejut dengan kemunculan Tengku Naina. Nasib baik dia berniqab jadinya riak terkejutnya mungkin tidak dapat dikesan sangat oleh mereka bertiga.

"U... umi?" Tersekat-sekat Eshal menyebut panggilan itu.

Mata Tengku Naina bergenang. Perlahan kepalanya dijatuhkan, menyahut panggilan Eshal.

"Umi..." Eshal mara setapak, bertapak-tapak Tengku Naina maju ke arahnya lalu Eshal ditarik ke dalam pelukannya.

"Umi..." Eshal menyebutnya sekali lagi. Panggilan yang dia rindukan. Tengku Naina bukan setakat umi kepada Tengku Eshan tetapi uminya juga. Tengku Naina dan Tengku Eqbal sendiri yang mengangkat martabatya dari seorang anak yatim piatu menjadi anak angkat kepada mereka.

"Eshal... umi..umi minta maaf. Umi tak tahu..." Tengku Naina menangis, begitu juga dengan Eshal.

Nafla mengosok-gosok bahu uminya. Berharap uminya mampu bertenang. Dia tahu uminya sangat merindui Sarah. Dia sebagai saksi, menyaksikan uminya terseksa menanggung rindu terhadap Sarah sejak Sarah hilang dari mereka semua.

Zahnita pandang Eshal dan Tengku Naina dengan pandangan yang hairan. Tidak faham apa yang sedang berlaku sebenarnya ini. Alia dan Rose juga sama, tercenggang dengan situasi itu.

"Umi, dah la.. dah jam 5." Nafla sekali lagi menggosok bahu uminya. Bagi hint supaya segala rancangannya perlu berjalan dengan lancar.

Tengku Naina mengangguk lalu menguraikan pelukannya. Pipi Eshal dipegang.

"Umi rindu sangat dengan Sarah."

Sekali lagi air mata Eshal merembes keluar dengan laju. 'Sarah'? Sudah lama orang tidak memanggilnya dengan nama itu. Nama yang banyak duka dan luka terpalit di situ.

Eshal vs Sarah. Org sama? Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience