SENYUMAN manis terukir di wajah Fazlan saat lelaki itu masuk ke kereta. Najiha nampak dari dalam kereta tadi Fazlan menghantar Nasuha ke kereta. Lama juga mereka berbual sebelum kereta Nasuha bergerak meninggalkan Fazlan yang berdiri di kaki lima. Melihat gelak ketawa Fazlan dengan Nasuha tadi menerbitkan rasa cemburu di hatinya.
Oh Ji kau lupa ke perempuan yang dia jumpa tu perempuan yang dia cinta. Jumpa buah hati tentulah gembira. Kalau kau jumpa buah hati pun macam tu juga! Hmm. Sedih aku tak buah hati lah!
Najiha diam sahaja tiada niat mahu mengajak berbual apabila kereta mula dipandu oleh Fazlan. Usai makan berat terasa mengantuk pula matanya sementelah penat juga berjalan bersama Huzaifah di Melawati Mall tadi. Ketika menunggu tadi selamba sahaja Najiha berjalan sendirian dan menjamu selera sendiri. Najiha jenis boleh bawa diri. Tidak kisah langsung jika makan sendirian. Apabila Fazlan menghantar mesej bertanya mahu makan apa tadi dia terus membalas gambar nasi goreng yang sedang dimakannya.
Lama mereka membisu sehingga Fazlan bersuara. " You ada nak pergi mana-mana tak?", soal Fazlan memandang Najiha sekilas di sebelahnya.
" Tak. Saya mengantuk. Nak balik tidur",
" Pusing bandar KL sekejap nak. Tak payah turun", Fazlan memberi cadangan.
" Ikutlah. Doktor drive",
Fazlan diam dan terus memandu. Najiha ternanti juga jika Fazlan mahu menyebut tentang Nasuha namun lelaki itu terus membisu. Mahu bertanya dia malu. Sudahnya dia juga diam sahaja. Sebelum keluar tadi bukan main Fazlan bercerita itu ini. Sekarang diam pula.
Kasihan doktor kan. Tentu doktor sedih. Dapat jumpa Kak Suha cara macam ni je kan. Kalau Kak Suha pengantin doktor tentu doktor tak sedih macam ni kan.
Sampai di bilik hotel Najiha terus masuk ke bilik air membersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Keluar dari bilik air dia terdengar suara gelak ketawa. Mendengar suara manja dan gelak tawa ceria Fazlan tahulah dia tentulah si pemanggil itu kakak sepupunya. Najiha mengeluh perlahan. Geram dengan perasaannya yang diserbu cemburu.
Tenang Ji. Tenang. Kalau lupa kau tak nak jadi isteri doktor. Kenapa nak cemburu. Najiha bergerak ke meja solek menyapu krim di wajah dan losyen di tangan. Senyuman diukir. Jangan tidur dalam keadaan sedih Ji. Dia menepuk perlahan kedua pipinya perlahan beberapa kali bagai memberi semangat kepada. diri sendiri.
Dia berbaring di hujung katil. Menarik selimut dan menutupi seluruh tubuh hingga ke kepala. Dia tak sanggup nak lihat wajah sedih Fazlan jika Fazlan masuk nanti wajah dia yang dilihat bukan wajah Nasuha. Dia tahu Nasuha juga baru mula berhubung semula dengan lelaki itu kerana dia pernah terdengar perbualan Fazlan dengan kawannya mengadu nasib yang Nasuha langsung tidak mahu berhubung dengannya apatahlagi mahu berjumpa.
Matanya ditutup namun langsung tidak boleh lena sedangkan tadi dia mengantuk sangat. Bibirnya berzikir melafaz istighfar memujuk hati cuba untuk bertenang. Beberapa lama barulah terasa makin tenang jiwanya. Ajaibnya zikir itu. Dia melepaskan nafas dengan tenang.
Henyakan di katil membuatkan jiwa Najiha merusuh semula. Apabila terasa pinggangnya dipaut tangan kekar lelaki itu membuatkan jantung Najiha menderu laju. Pantas Najiha menolak tubuh Fazlan supaya menjauh. Dia bingkas bangun.
" Doktor. Boleh tak doktor tidur jauh sikit. Saya lemaslah",
" Mana tak lemas kalau selubung satu badan",
Najiha bangun berdiri di sisi katil dan mencapai bantal dan bergerak ke sofa.
" Sorry saya rasa sesak nafas", terus dia duduk di sofa.
Fazlan bingkas bangun mendekati apabila melihat Najiha cuba mengawal nafasnya.
" Okay. Tenang. Ikut I. Tarik. Tahan 1234. Lepas ikut mulut", Fazlan cuba membantu Najiha mengawal penafasan. Beberapa ketika barulah Najiha dapat mengawal nafasnya semula. Tangan Fazlan mengesan gerak nadi Najiha yang mula kembali normal.
Fazlan bangun mengambil air dan dihulurkan kepada Najiha. Najiha menyambut huluran lelaki itu. Diteguk perlahan-lahan. Air yang memasuki kerongkong makin menenangkannya.
" Selalu kena macam ni ke?",
" Tak. Kadang-kadang je?"
" Okay dah sikit?", prihatin soalan Fazlan sambil mengusap bahu isterinya meruntun hati Najiha.
Boleh tak doktor jangan layan Ji macam ni. Nanti Ji berat nak tinggalkan doktor. Bisik Najiha dalam hati.
" Dah okay. Jom tidur",Fazlan membantu Najiha untuk bediri namun ditolak wanita itu.
" Kenapa?",
" Saya nak tidur dekat sofa ni",
Fazlan mengeluh.
" Tidur atas katil. Okay. I tak peluk Ji. Jangan risau", Fazlan bagai memahami keadaan sebenar.
Najiha berjalan menuju ke katil dan berbaring. Tubuhnya berada di hujung birai katil.
" Tepi sangat tu kang jatuh pula", tegur Fazlan. " I janji tak kacau you. Jangan risau",
Najiha menggerakkan tubuhnya ke tengah sedikit. Fazlan menggeleng. Baru peluk sikit dah sesak nafas!
PERJALANAN dari Kuala Lumpur ke Bangi memakan masa kerana jalan yang mula banyak kenderaan. Habis seminar tengah hari tadi mereka terus daftar keluar dan bergerak ke Bangi.
" Ji okay", soal Fazlan kerana sejak malam tadi Najiha bagai banyak mendiamkan diri.
" Hmm. Okay. Saya tak biasa dengan keluarga doktor gugup pula rasa", Najiha mencari alasan sedangkan hatinya walang bukan sebab itu tetapi kerana mesej yang diterima dari Nasuha pagi tadi.
Bicara Nasuha masih terngiang di kepalanya. Oh bukan bicara Nasuha. Tapi rakaman suara perbualan telefon Nasuha dengan Fazlan membuatkan hatinya sedikit terkesan.
Pagi tadi ketika Fazlan sudah keluar mengikuti seminar dihamburkan tangisnya. Oh. Tak fahamlah kau ni Ji. Kata tak nak doktor. Tapi hati kau? Mulut dengan hati langsung tak ada kesepakatan.
I love you Su. You tahu kan. I still love you.
" Family I tak makan oranglah",
" Tapi saya segan",
" Nak segan apa?",
" Seganlah",
Keluarga Fazlan semuanya bergelar doktor. Adik beradik Fazlan kelima-limanya doktor. 4 adiknya juga berkahwin juga dengan doktor. Mak ayah dia juga seorang doktor. Dia? Dia cuma seorang cikgu biasa di sekolah rendah. Jauhnya jarak aku dan dia! Najiha terasa kerdil sangat dirinya.
" Family I orang biasa je Ji. Bukan kerabat raja pun you nak segan",
Najiha tersenyum. Dalam hati Allah sahaja tahu bagaimana dia mahu berkomunikasi dengan mereka nanti. Walaupun bukanlah pertama kali berjumpa tetapi dia pernah melihat gaya penampilan dan pembawaan adik beradik dan ipar duianya buat Najiha resah hati. Buatnya mereka cerita hal ubat sakit hospital aku nak cakap apa? Jauh Najiha berfikir.
Tidak lama mereka sampai ke rumah keluarga Fazlan. Ini kali pertama Fazlan membawanya ke sini kerana majlis sebelah Fazlan dulu dibuat di hotel. Ah! Itu pun sebab sepatutnya majlis Kak Suha tapi aku pula yang menyibuk jadi pengantinnya.
Melihat banglo besar milik keluarga Fazlan makin membuatkan Najiha gugup. Namun cepat dikawal resah hatinya. Tenang Ji. Tenang.
" Masuk nanti jangan panggil I doktor. Panggil I abang. I akan panggil you Ji. Okay?",
Najiha mengangguk sahaja. Ketika masuk ke dalam rumah riuh rendah suara anak saudara Fazlan.
" Uncle Lan", jerit seorang kanak-kanak perempuan berlari mendapatkan Fazlan.
Ada tiga orang semuanya. Mereka bersalaman dengan Fazlan dan Najiha.
" Hai Auntie Ji", sapa kanak-kanak perempuan juga dalam usia 3 tahun.
" Hai,
" Mana semua orang?,
" Dapur. Nenek tengah tunggu Uncle Lan dengan Uncle Ji",
" Jom", jemari Najiha dicapai. Sejuk! Fazlan terus memandang wajah Najiha. Najiha hanya mengukir senyum tawar.
" Jangan risau. Mama sukakan Ji", pujuk Fazlan. Ah! Gaya Fazlan bercakap macam aku ni menantu pilihan. Dia lupa ke yang aku dan dia ni kena kahwin paksa!
" Hai. Pengantin baru kita", tegur Farah kakak sulung Fazlan.
Najiha mendekat dan menyalami semua yang ada. Dengan pembantu rumah sekali dia bersalam hingga Mak Mah pula segan apabila Najiha menciumi tangannya. Sudah terbiasa jika dia bersalaman dengan wanita lebih tua.
" Duduklah", Fatimah menyorong keluar kerusi.
" Terima kasih", Najiha jadi segan apabila semua mata tertumpu padanya.
" Sayang. Abang ambil buah kita beli tadi sekejap",
Sayang? Tadi kata nak panggil Ji.
Najiha mengangguk sahaja.
Masuk ke dapur Fazlan lihat santai sahaja Najiha berbual. Tadi bukan main takut. Paling Fazlan terkejut apabila melihat Sumayyah anak saudaranya yang jenis tidak mahu pada orang asing boleh duduk di ribaan isterinya. Elok sahaja labgsung tidak meragam. Pandai Ji tackle budak kecil tu ya!
KAYLA yang berusia tiga tahun mengamuk mahu tidur bersama Najiha. Kayla anak Fahim dan Julia. Tiga hari ditinggalkan ibu dan bapanya kerana Fahim dan Julia ke Hungary atas urusan kerja.
" Bawa je lah. Nanti dia tidur abang hantar bilik mama", Fazlan bersuara.
Najiha membawa Kayla masuk ke bilik. Najiha sudah biasa melayan kanak-kanak kerana dia mengajjar murid peringkat pra sekolah. Jadi dia tahu cara untuk menawan hati kanak-kanak. Tidak pelik jika sehari berjumpa kanak-kanak itu mahu melekat dengannya.
Cuma.. cuma hati Fazlan sahaja dia tidak berjaya pikat. Ya. Mungkin sampai bila-bila pun dia takkan berjaya.
Masuk ke bilik Fazlan lihat keduanya sudah terlena. Apabila terasa ada pergerakan Najiha terus terjaga.
" Doktor nak angkat juga ke? Biar je lah Kayla dekat sini",
Fazlan langsung tidak mendengar ujaran Najiha dan terus mengangkat tubuh anak kecil itu ke bilik Fatimah. Masuk semula ke bilik Fazlan lihat Najiha sudah beralih tempat tidur. Tadi elok sahaja berbaring di katil. Sekarang isterinya itu sudah berbaring di sofa.
" Ji nak bangun sendiri ke nak I angkat macam Kayla tadi", Fazlan berdiri di sisi sofa merenung wajah Najiha yang sudah memejamkan mata. Dia tahu sangat helah isterinya itu. Ada sahaja drama setiap kali mahu tidur.
" Saya nak tidur dekat sini. Selesa je dekat sini. Sofa ni besar", Najiha membuat muka simpati.
Fazlan tidak peduli pantas dicempung tubuh Najiha dan dibawa ke katil walaupun isterinya itu cuba melawan. Lampu tepii katil ditutup dan hanya lampu dinding sahaja yang terpasang.
" Sampai bila Ji nak mengelak dari I", soal Fazlan.
" Mengelak apa? Saya tak mengelak pun dari doktor",
" Ji mengelak tidur dengan I. Ingat I tak tahu",
" Saya tak nak hubungan kita jadi lebih dari sepatutnya doktor. Bila Kak Suha dah nak jumpa doktor maksudnya dia dah boleh terima doktor semula kan. Dan masanya juga untuk Ji pergi",
" Pergi mana?, soal Fazlan.
" Pergi dari doktor. Ji tahu doktor tak boleh lupa Kak Suha kan. Ji nampak doktor happy sangat lepas jumpa Kak Suha semalam. Ji tak nak ada antara doktor dengan Kak Suha. Dari awal lagi Ji cakap Ji nak berpisah dengan doktor", tutur Najiha tenang.
Walaupun pembawaan Najiha kadang kala terikut ikut dengan jiwanya sebagai guru murid pra sekolah namun pemikirannya sangat matang.
Fazlan terdiam.
Najiha bangun dan bersandar di kepala katil.
" Doktor cintakan Kak Suha. Ji tahu. Selama sebulan ni Ji tak pernah nampak doktor senyum manis macam tu. Doktor kita ni kena kahwin paksa. Kita terpaksa kahwin. Kita terpaksa. Ji tak nak hubungan Ji dengan Kak Suha terus keruh macam ni. Walaupun kami sepupu tapi Ji dengan Kak Suha dah macam adik beradik dah. Kak Suha tu kakak Ji. Ji sayangkan Kak Suha. Ji tak nak sebab Ji Kak Suha tak gembira. Kita berpisah cara baik doktor", mata Najiha memandang wajah Fazlan yang dari tadi membisu.
" Doktor", panggil Najiha perlahan. Dia mesti memujuk lelaki ini.
" Tidurlah", Fazlan mencapai bantal dan terus berbaring di sofa. Najiha termangu sendiri. Dia tersenyum. Sekurang-kurangnya dia sudah memberitahu apa yang dia mahu beritahu kepada lelaki itu.
Lama mereka membisu. Melihat Fazlan yang langsung tidak bergerak Najiha bangun menarik selimut menutupi tubuh lelaki itu. Wajah Fazlan ditatap dalam samar cahaya lampu. Dahi lelaki itu dikucup perlahan. Najiha mengeluh perlahan.
Ji sanggup undur diri untuk doktor. Bisik Najiha perlahan.
PAGI itu usai solat Subuh Najiha turun ke bawah. Sunyi sahaja ruang dapur hanya bunyi lagaan senduk dan kuali.
" Assalamualaikum Mak Mah", sapa Najiha apabila melihat hanya Mak Mah pembantu rumah sahaja yang ada di dapur.
" Waalaikumussalam. Ji",
" Mak Mah masak apa?",
" Nasi dagang",
" Wah. Makanan melayu. Ji ingat orang bandar makan roti", Najiha tersengih.
" Makan juga roti. Tapi mama Ji jenis makan makanan melayu",
Najiha mengangguk. " Naj Ji tolong apa-apa tak?,
" Tolong tengok je",
" Sayang ", sapaan Fazlan mengejutkan Najiha. " Jom teman abang joging",
" Ji mana bawa pakaian sukan",
" Pinjam abang punya.. Jom. Mak Mah. Lan ambil isteri Lan ya", Fazlan sudah menarik tangan Najiha supaya mengikutnya.
" Ambillah Lan", Rahimah melayan sahaja.
Najiha mencuba t shirt Fazlan. Seluar track mujurlah dia ada bawa. " Nak joging dekat mana ni?", soal Najiha apabila melihat Fazlan sudah keluar pagar.
" Pusing taman ni je",
Najiha mengikut dari belakang. Matanya melihat keindahan rumah yang ada.
" Ya Allah cantiknya rumah dekat sini doktor kan",
" Hmm', balas Fazlan memperlahankan larian.
" Tak apa doktor lari je la. Ji ikut dari belakang. Ji tak boleh lari laju tak ada stamina", Najiha tersengih.
Apabila Fazlan sudah jauh ke hadapan dia berpatah balik semula menghampiri Najiha. Kemudian dia berlari lagi dan berpatah balik lagi
" Apa ni. Lari je la. Kalau Ji tak sempat kejar Ji patah balik rumah tunggu depan pagar",
Fazlan tidak peduli rasanya ada 6 atau 7 kali juga dia asyik berlari ke depan dan berpatah balik semula. Hampir sejam barulah Fazlan mengajak balik. Tapi kali ini mereka berjalan sahaja. tiada lagi larian. Ketika mereka sudah mahu kembali ke rumah terserempak juga dengan beberapa orang yang sedang bersenam juga.
" Doktor",
" Hmm",
" Mungkin ni kali terakhir Ji datang sini kan",
" Kenapa pula?",
" Ji dah fikir masak-masak. Ji tak boleh teruskan pernikahan dengan doktor",
" Pagi-pagi Ji nak bincang hal ni?,
Najiha tergelak." Sorry. Kita sambung bincang nanti ya",
Fazlan terdiam. Langkah Najiha terhenti apabila melihat seseorang yang sangat dikenali.
" Prof Sadiq", selamba sahaja Najiha berlari mendekati lelaki itu.
" Siapa ya?",
" Prof sayalah. Najiha yang buatkan puppet untuk prof tu",
" Ya. Najiha. You buat apa kat sini. Family you pun duduk sini ke?",
" Tak. Keluarga suami saya",
" Hai Uncle Sadiq", Fazlan datang menghampiri.
" Fazlan ni suami you?",
Najiha mengangguk.
" Bertuah you Lan", Sadiq menepuk lembut bahu Fazlan.
Najiha menayangkan wajah bersahaja apabila pandangan dengan Fazlan bersatu.
" Prof dah pencen kan",
" Ya saya. Jomlah breakfast dekat rumah saya", pelawa Sadiq.
" Hah?",
" Come. come. Jangan malu. Fazlan you pun dah lama tak darang rumah uncle. Gibran ada baru balik semalam",
Fazlan dan Najiha saling memandang. Kemudian Sadiq terus memaut bahu Fazlan. Najiha pula hanya mengikut dari belakang.
" Mummy.. Daddy bawak tamu", jerit Gibran.
" Hai Ji", sapa Gibran mesra membuatlan Fazlan agak terkejut.
" Hai Abang Gib",
Abang?
" Selamat pengantin baru ya Lan Ji",
" Baru apa dah lamalah Abang Gib"
Hampir setengah jam juga mereka di situ. Dalam perjalanan balik Fazlan diam sahaja.
" Penat ke kenyang?", soal Najiha.
" Dua-dua",
" Kita nak balik jam berapa nanti?", soal Najiha.
" Lepas lunch",
" Okay",
Masuk ke dalam rumah Fazlan terus naik ke bilik. Najiha pula mengikuti mereka yang bersarapan di gazebo taman.
" Lamanya joging Ji",
" Oh. Tadi Ji terjumpa pesyarah Ji dekat uni. Tak sangka pula boleh jumpa dekat sini. Lepas tu dia ajak Ji dengan Lan sarapan rumah dia",
" Siapa? Ramai pensyarah dekar sini", soal Fatimah.
" Prof Sadiq ma",
" Oh. Kawan papa tu",
Najiha mrengangguk denga senyuman. " Ji naik atas mandi dulu ya",
Masuk ke bilik Fazlan masih belum keluar dari bilik air. Najiha membuka tudung dan menghidupkan kipas.
" Ji", panggil Fazlan dari bilik air.
" Ya",
" Tolong ambil kan tuala I",
Najiha bangun dan menxapai tuala. Belum pun sempat pintu bilik air diketuk pintu sudah dibuka dari dalam. Najiha terdorong masuk apabila tubuhnya diraih Fazlan.
" Apa ni doktor?, marah Najiha tidak suka gurauan begitu.
" Jom mandi sama", nakal suara Fazlan.
" Jangan nak menggatal", cepat Najiha keluar.
Dia ni kan. Suka hati je. Bebel Najiha. Makin aku nak menjauh makin menjadi pula dia. Namun Najiha tersenyum juga. Tak apalah. Apa salahnya kan selama aku jadi isteri dia aku layan dia dengan baik. Kan. Kau kan sayang dia. Biarlah dia tak sayang kau pun!
Najiha melangkah ke bilik air. Namun langkahnya terhenti apabila teringat suara Fazlan mengucap kata cinta pada Nasuha. Ji. Jangan Ji. Makin kau dekat dengan dia makin kau terluka nanti. Najiha termangu berdiri di situ. Dia tersedar apabila terasa percikan air mengena wajahnya.
" Berangan", tegur Fazlan.
Najiha tersenyum tawar. Tuala dan baju dicapai dan dia melangkah masuk ke bilik air.
NAJIHA senang dengan layanan keluarga Fazlan. Fatimah dan Hashim mama dan papa serta Farah melayannya dengan sangat baik. Lagi tiga adik beradik Fazlan tiada di rumah tika ini. Jadi Najiha masih belum tahu bagaimana penerimaan mereka bertiga. Namun Fatimah ibu mertuanya itu sangat baik dengannya.
Najiha ketiduran selepas keluar dari Tol Gombak. Namun dia tersedar apabila terdengar suara Fazlan menyambut panggilan.
" I on the way balik. Ji tidur",
Nasuha? Najiha memasang telinga. Tipulah kalau nak buat pura-pura tak dengar kerana Fazlan ada di sebelahnya sahaja.
" Okay. Jangan bimbang. Nanti kita bincang",
Fazlan diam kerana memberi peluang Nasuha untuk bersuara. Seketika terdengar gelak tawa manja Fazlan. Hati Najiha sedikit terusik.
Ya Allah Jangan kau biar hati ini diburu rasa cemburu Ya Allah.
Najiha sudah tidak sudi lagi mahu mendengar. Dia hanya melayan rasa kesedihan di hati tanpa sedar air matanya mengalir.
" Ji", panggil Fazlan apabila mendengar esakan perlahan isterinya usai menamatkan panggilan.
" Ji, panggil Fazlan lagi sambil menyentuh bahu Najiha.
Najiha pura-pura terjaga kerana dia sudah tertangkap.
" Mimpi ke? ", soal Fazlan.
" Hmm. sorry. Sedih sangat kot sampai menangis",
" Nak singgah pergi toilet ke kot nak segar sikit",
" Tak. tak apa", Najiha membetulkan kedudukannya mencapai tisu dan menyapu sisa air mata.
" Sorry. Nyenyak betul Ji tidur sampai mimpi",
" Mimpi apa sedih sangat sampai menangis?",
" Entah. Lupa",
" Baru sekejap dah lupa",
Najiha ketawa mahu menyembunyikab rasa sedih di hatinya. Biarlah. Biarlah Fazlan tidak tahu.
Ketika mereka sudah sampai ke susur keluar tol Temerloh Najiha meminta Fazlan menghantarnya ke rumahnya.
Sampai sahaja ke di hadapan rumah Najiha meminta Fazlan pulang dahulu ke rumahnya. Dia akan datang ke rumah lelaki itu usai mengemas pakaian nanti. Fazlan bersetuju sahaja.
Masuk sahaja ke dalam rumah Najiha menghamburkan tangisan yang ditahan tadi Bergema satu rumah dengan tagisannya. Belum lagi kehilangan Fazlan kesedihan dan keperihan hatinya hanya Allah yang tahu. Dia perlu bersedia. Ya Dia perlu bersedia menghadapi kehilangan lelaki itu nanti. Cepat atau lamabt Fazlan akan pergi juga.
Usai solat Isyak Najiha bergerak ke rumah Fazlan. Masuk ke dalam garaj dia melihat lelaki itu sudah menunggu di luar rumah.
" Kenapa lambat?",
" Ji buat kerja tadi itu yang lambat. Doktor dah makan?", soal Najiha.
" Belum",
" Kenapa tak makan lagi. Kan Ji dah pesan tadi makan je dulu",
" I tunggu Ji",
Najiha tersenyum. " Ni dah lebih jam 8. Selalu kan sebelun jam 8 doktor dah makan malam",
" Jom masuk",
Mereka menjamu selera walaupun jam sudah menunjukkan 9.15 malam.
" Esok I ada visit ke Hospital Raub",
" Okay. Penatnya jadi doktor kan",
" Tugas Ji",
" Ya"
Fazlan memandang wajah di hadapannya. Dia perasan mata Najiha yang sembab. Najiha menangis lagi? Ada sesuatu berlaku ke?
Najiha bangun apabila siap makan. Dia mengemas meja apabila Fazlan juga siap makan.
" Doktor Ji naik dulu. Nak siapkan kerja",
"Okay",
Fazlan melihat sahaja Najiha berlalu naik ke bilik atas. Apa berlaku Ji?
Happy reading..
Share this novel