BAB 11

Horror & Thriller Completed 9981

-8 malam-

Tsukiko siap lambat kali ini. Pukul 7 baru dia siap mengemas semua bilik. Bosnya tiba-tiba menyuruhnya kerja semula kerana ramai yang menginap hotel. Tsukiko berasa sedikit marah. Dia sekarang dalam perjalanan pulang ke rumah tetapi singgah sebentar di kedai mamak memesan air milo bagi menghilangkan rasa dahaga.

Tsukiko pernah terbaca satu berita yang mengatakan seorang lelaki yang didakwa menculik dan membunuh Chenta dihadapkan ke mahkamah. Tetapi keputusan mahkamah hanya membiarkan lelaki tersebut dipenjara. Sekarang ini dia sudah pun bebas. Kes mengenai Chenta masih belum dapat diselesaikan sehingga kini.

Apa nama dia ye? Tsukiko membuka handphonenya semula lalu search google.

"Yohan," bisik Tsukiko.

Siapa pula dia ni?

Hmmm, muka tak berapa jelas sangat. Macam kenal dia ni. Gumam Tsukiko.

Tsukiko masih terus mencari maklumat tentang kes pembunuhan Chenta. Perbualannya dengan Yukiko tempoh hari masih lagi berlayar di fikirannya.

"Aku bagi tempoh sampai 2 April ni. Aku nak pembunuh Chenta diberkas atau aku akan terus jadi diri aku," kata Yukiko.

Tsukiko tahu permintaan adiknya agak sukar. Sekarang hanya lusa sahaja tarikh akhirnya. Tinggal lagi 2 hari. Tsukiko membaca berita di handphonenya.

"Dua mangsa mati dihiris oleh pisau yang tajam," Tsukiko membaca berita tersebut.

Sambil-sambil itu dia meminum air milo. Emm dapnya.

Tsukiko membaca berita tersebut tanpa sebarang risau. Lelaki ni membunuh kucing tetapi dilepaskan sebarang hukuman. Penjara pun takde. Memang patut pun dia mati! Getus Tsukiko dalam hati. Dia tersenyum tanda kegembiraan.

"Mamak, duit saya letak atas meja ye. Keep the change," kata Tsukiko lalu beredar dari situ.

Sikap Tsukiko lama-lama berubah apabila tiba waktu malam. Ya, dia berubah menjadi seseorang yang menakutkan! Matanya seakan-akan tidak sabar untuk menghapuskan pendosa di atas muka bumi ini.

Tsukiko merasakan dia mencapai keseronokan apabila membunuh seseorang. Apa yang dah jadi kat aku ni?

"Pencuri!" jerit seorang wanita tua.

Mata Tsukiko melihat seorang lelaki berbadan sado sedang berlari sambil memegang beg tangan. Di kawasan yang Tsukiko lalu amatlah sunyi.

Tsukiko pun terus mengejar pencuri itu dari belakang. Sayang pisaunya tidak dibawa ke luar rumah. Jadi dia terpaksa menentang pencuri tersebut dengan tangan kosong.

"Berhenti!" jerit Yukiko.

Pencuri tersebut menoleh sambil berlari sebelum akhirnya dia berhenti melangkah. Kecantikan Tsukiko membuatkan pencuri tersebut tergoda.

"Ya cik adik yang cantik? Nak apa dengan abang?" tanya pencuri itu sambil mengurat Tsukiko.

"Serahkan beg tangan tu semula," kata Tsukiko.

"Dengan syarat, aku nak kau," kata pencuri itu lagi.

"Okey," kata Tsukiko.

Pencuri tersebut melonjak kegembiraan. Malam ini Tsukiko akan menjadi miliknya.

"Serahkan beg tangan tu dulu,"

"Awak marilah sini ambil,"

Tsukiko berasa jengkel apabila pencuri tersebut berkata demikian. Tsukiko bergerak perlahan-lahan ke arah pencuri. Jarak mereka hanya 1 meter sahaja.

"Now let's change," kata Tsukiko sambil tersenyum penuh makna.

Pencuri tersebut menyerahkan beg tangan sebelum tangannya memgang bahu Tsukiko.

"Come, let's--" pencuri tersebut ditumbuk oleh Tsukiko di bahagian muka sehingga hidungnya berdarah.

"Tak guna kau perempuan!" pencuri tersebut sedar dirinya telah ditipu. Dia terus mengejar Tsukiko dari belakang.

Namun, gerak pantas Tsukiko menyebabkan pencuri tersebut terkedek-kedek lagi. Tidak dapat menandingi kelincahan Tsukiko! Akhirnya pencuri tersebut mengalah.

"Nak mak cik, beg tangan mak cik," kata Tsukiko.

"Terima kasih anak muda," kata wanita tua.

Tsukiko berjalan pulang akhirnya. Sampai saja di rumah dia terus baring di atas katil. Memang memenatkan. Tsukiko meninggalkan mesej kepada Yukiko supaya sama-sama memberkas orang yang bernama 'Yohan' kerana didapati melakukan penculikan dan pembunuhan Chenta. Mata Tsukiko perlahan-lahan terkatup rapat.

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience