3

Drama Series 4104

Adeline pulang dari sekolah dengan wajah ceria. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan untuk tahun ini. Tamatlah perjuangannya sebagai pelajar sekolah rendah. Next stop, sekolah menengah. Nak masuk high school mana eh? High school mana paling popular dekat Melbourne ni. I want to get in that place yow.

"Grandma! Grandpa! I'm home!" Adeline terus menerjah masuk rumah dan mencari kelibat kedua orang tua itu di ruang tamu. Dah agak dah, tunggu dia dan sepupunya yang lain balik sekolahlah itu. Makan tengah hari bersama. Memang itu rutin harian mereka bersama kedua atok dan nenek mereka. Ibu ayah mereka? Kerjalah, takkan clubbing kot.

"Berapa kali grandma nak cakap? Masuk rumah bagi salam. We are muslims Adeline Christina." Adeline hanya tersengih kambing kepada Tengku Christen. Tengku Michael hanya menggelengkan kepala. Dah tua pun kuat membebel isterinya itu.

Adeline terpandang kelibat mummy dan daddynya datang dari dapur. Eh, awalnya balik kerja.

"Eh, mummy and daddy are here? Wah, lunch together. YEAY!" Jerit Adeline sebelum menerpa memeluk Tengku Aveline. Wanita itu tersenyum membalas pelukan si anak gadis.

"Lin. Get upstairs, take your shower, solat and we have our lunch together, okay princess?" Ujar Tengku Irwan sambil mengelus rambut Adeline yang dibiar tocang satu itu. Adeline hanya mengangguk sebelum berlalu naik ke biliknya.

Usai mandi, Adeline hanya mengenakan seluar tight bersama hoodie oversize biru. Dengan hati girang bagai di hari raya, Adeline turun ke tingkat bawah. Kedengaran suara abang dan sepupunya riuh di bawah. Baru sampailah tu. Mereka memang akan balik lewat sedikit darinya, terutamanya Ashren, Danny dan Danial kerana mereka selalu ada latihan bola keranjang dan bola sepak di sekolah. Dyan, dia hanya menunggu mereka bertiga untuk pulang bersama. Kadang-kadang dia pulang bersama Adeline.

Adeline terus menuju ke dapur untuk membantu sekiranya ada yang memerlukan bantuannya dalam menyediakan makan tengah hari.

"Anything to help?" Soal Adeline lembut kepada Tengku Aveline yang sibuk menceduk lauk pauk ke dalam mangkuk yang lebih kecil.

"Lin buatkan air, nanti dah siap letak dekat meja makan ya sayang." Ujar Tengku Aveline sebelum berlalu keluar dari bahagian dapur. Adeline hanya mengangguk. Sebotol kordial oren disambar dan dituangkan sedikit ke dalam sebuah jag kaca kosong sebelum ditambahkan air dan ais. Jag diletakkan di atas dulang bersama sembilan biji gelas.

Kedengaran bunyi sudu garfu berlaga dengan pinggan sahaja yang bergema di ruangan makan itu. Habis makan, Tengku Irwan memandang wajah anak gadisnya yang kini berada bertentangan dengannya.

Mata Tengku Irwan jatuh pada anak gadisnya serta anak lelakinya. "Sebenarnya daddy nak bincang sesuatu dengan semua hari ini. Terutamanya Adeline dengan Ashren." Mata Adeline dan Ashren kini menghala kepada Tengku Irwan. Tengku Michael dan Tengku Christen yang sudah tahu isi kandungan perbincangan itu hanya diam mendengar.

"Daddy kena pindah Malaysia. Cawangan syarikat di Malaysia baru sahaja dibuka, jadi maybe daddy dan mummy kena stay sana terus untuk jaga syarikat tu. Jadi, daddy dengan mummy nak bagi pilihan dekat Adeline dan Ashren. Nak ikut kami atau nak kekal tinggal di sini?" Pertanyaan Tengku Irwan mengundang jawapan serentak kedua anaknya.

"Ikut!"

"Stay!"

Adeline dan Ashren saling berpandangan sebelum Ashren membuka mulut. "If you wanna go, then you go. I wanna stay. I have my friends here and I just don't like to change my environment. I don't like changes. So, it's a no from me daddy, mummy." Jawapan Ashren mengundang anggukan Tengku Irwan dan Tengku Aveline serentak. Faham dengan kerenah anak teruna mereka yang tidak berapa suka untuk berpindah.

"Bila daddy dengan mummy nak bertolak pergi Malaysia?" Soalan Adeline mengundang semua kepala tertumpu pada pasangan itu.

"Two days from now."

Adeline mula mengemas beg pakaiannya. Tengku Irwan ada memberitahunya bahawa kelengkapan dan barangnya yang lain sudah ada di Malaysia, cuma perlu bawa pakaian dan barang keperluan harian sahaja.

Adeline mengeluh perlahan. Dari semalam terdetik di hatinya. Betul ke dia nak ikut orang tuanya ke Malaysia? Dan fikirannya kembali berkata supaya dia pulang dan melihat negara kelahirannya. Maklumlah dia dibesarkan sepenuhnya di Melbourne, Australia. Macam mana tahu cakap melayu? Dari kecil keluarga mereka akan berbahasa melayu dan inggeris. Bak kata Tengku Michael, tak nak bagi mereka lupa daratan. Tambah pula Tengku Michael dan Tengku Christen mula berjinak dengan Islam ketika di Malaysia, jadi mereka merasakan Malaysia satu negara yang istimewa di hati mereka.

2 beg sebesar gajah dibawa turun menggunakan lif dari bilik Adeline di tingkat tiga banglo mewah itu. Pakai liflah, takkan guna tangga. Elok-elok dia nak bawa beg tu turun, silap haribulan beg itu yang bawa dia ke syurga. Kes mati jatuh tangga.

Beg diangkat oleh pemandu Tengku Irwan. Adeline berlalu ke muka pintu memerhati wajah abangnya dan tiga orang sepupu kesayangannya. Dah macam abang sendiri dah. Wajah semua terlihat sedihnya. Ini lemah ni.

Tubuh tinggi Ashren dipeluk sebelum bergerak kepada Danial, Danny dan Dyan.

"Kalau ada apa-apa, call kita orang. We are always there for you." Pamit Danny sebelum Adeline beransur keluar rumah agam itu. Adeline mengangguk laju. Airmata dah bertakung. Membesar dari sebesar zigot sehingga besar abang beruang, tiba-tiba kena berpisah. Gila tak sedih.

Tak mahu berlama-lama berdrama, Adeline memeluk kedua Tengku Christen dan Tengku Michael. Tengku Christen menitipkan beberapa pesanan kepada Adeline. "Lin jaga diri. Jangan lawan cakap mummy daddy. Remember what I always said, do whatever that makes you happy as long as you be careful. Anything, give us a call." Tengku Christen memeluk erat cucu perempuan kesayangannya itu.

Tengku Michael juga memeluk tubuh kanak-kanak berusia 12 tahun itu. "Kalau rindu, minta mummy daddy bawa Lin balik sini, okay sweety?" Adeline hanya mengangguk dalam pelukan grandpanya.

Tengku Irwan sudah masuk ke dalam kereta. Tengku Aveline mencuit Adeline yang masih memeluk Tengku Michael supaya masuk ke dalam kereta. Dia akur. Itu keputusannya, tak boleh nak salahkan sesiapa pun. Semalam seronok, hari ini rasa macam tak nak pergi. Apa pun, selamat tinggal Melbourne. Bye Australia, I'll come home soon.

Kereta itu meluncur laju menuju lapangan terbang. Lagi 8 jam kita berjumpa, wahai bumi Malaysia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience