59

Romance Series 93218

Mercedes GLA 250 4matic yang berwarna putih itu dipacu laju membelahi jalan. Perjalanan ke ZE Corporation hanya mengambil masa selama 30 minit jika tidak berlaku kesesakan lalu lintas. Lagi pula ketika ini masih belum ramai warga kota yang keluar. Jadi tidak hairanlah mengapa jalan raya itu begitu lengang. Sebaik memakirkan keretanya di kawasan yang disediakan, Aayra segera mendapatkan kedua - dua anaknya yang berada di tempat duduk belakang. Nufael dan Nuffan diletakkan di dalam car seat sepanjang perjalanan ke sini sebentar tadi. Mujurlah kedua - dua bayi kembar itu tidak meragam.

Stroller ditolak menuju ke lobi syarikat. Kelihatan Pak Nasir dan Nabila sudah tersenyum memandang ke arahnya. Tiba - tiba timbul perasaan rindu yang membuak - buak di dalam hatinya saat kakinya melangkah masuk ke dalam. Rasanya sudah hampir dua tahun lamanya dia meninggalkan syarikat ini. Sejak mendirikan rumahtangga, Aayra sudah tidak lagi menjejak kakinya ke sini. Jadi wajarlah jika perasaan rindu itu begitu mendalam di lubuk hatinya.

“Assalamualaikum Puan Aayra. Apa khabar? Lama betul kita tak jumpa kan? Twins ni pun dah besar hah." Tegur Pak Nasir selaku ketua pengawal keselamatan di situ.

“Waalaikumussalam, Pak Nasir. Baik alhamdulillah. Pak Nasir dan Bella sihat? Itulah dah lama sangat kan saya tak datang sini. Rindu pulak rasanya. Nasib baik Pak Nasir cam saya lagi kan?" Balas Aayra ramah.

“Mestilah kita orang cam. Puan Aayra kan wife salah seorang CEO di sini. Makin cantik Puan Aayra sekarang kan? No wonder la Encik Harraz tu sayang sangat dekat Puan Aayra." Sampuk Nabila pula.

Nabila merupakan salah seorang penyambut tetamu yang telah ditugaskan untuk menjaga kaunter di hadapan ini. Malah dia juga merupakan salah seorang staff yang sangat rapat dengan Aayra ketika wanita itu masih bekerja di situ.

“Ada - ada je Bella ni. Saya sama je macam dulu. Takde apa - apa yang berubah pun. By the way, Encik Harraz ada tak? Saya nak buat surprise kat dia ni." Soal Aayra teruja.

“Encik Harraz ada rasanya. So far takde pulak nampak dia keluar pagi ni. Puan Aayra naik je pejabat dia tu. Confirm terkejut beruk Trisya tu nanti. Silap - silap mahu pengsan dia nanti kalau jumpa Puan Aayra depan - depan. Selama ni dia ingat dia je yang paling cantik dkt ZE Corp ni. Silap banyaklah. Dahla gedik semacam je perangai tu. Terlentok sana terlentok sini. Apa dia ingat dia tu Ella? Ishhhh.. Menyampahlah saya dengan dia tu. Rasa nak kerat - kerat je badan dia tu." Penuh emosi Nabila menceritakan ketidakpuasan hatinya kepada Trisya.

Aayra tertawa kecil melihat telatah Nabila mengajuk lenggok Trisya. Gayanya tidak ubah seperti Harraz mengajuk Trisya pada malam itu. Nampak gayanya sudah dua orang menceritakan keburukan Trisya kepadanya. Entah mengapa hatinya menjadi semakin teruja untuk bertemu gadis itu. Aayra ingin melihat dengan mata dan kepalanya sendiri.

Tanpa membuang masa, Aayra segera berlalu meninggalkan Nabila dan Pak Nasir di situ. Hatinya berdebar - debar sepanjang menaiki lif menuju ke pejabat Harraz. Sebaik pintu lif dibuka, Aayra mengatur langkah laju sambil menolak stroller anak - anaknya menuju ke muka pintu. Loceng ditekan sebelum pintu itu dibuka dengan sendirinya.

“Puan Aayra!!" Nora hampir menjerit saat melihat Aayra sedang berdiri di hadapannya.

“Shhh!! Jangan bising - bising. Saya nak buat surprise untuk Encik Harraz ni." Bisik Aayra sambil memeluk tubuh Nora erat.

Nora mengangguk laju lalu dia segera membawa Aayra menemui Trisya selaku PA Harraz. Aayra semakin berdebar. Lagaknya tidak ubah seperti pelajar SPM yang sedang berdebar - debar untuk menduduki peperiksaan. Namun sebaik sahaja mereka bertentangan mata, Aayra langsung terkesima. Tubuhnya menjadi kaku. Malahan bibirnya juga kelu dari berkata - kata. Penampilan Trisya yang begitu menjolok mata itu benar - benar membuatkan Aayra mengucap panjang di dalam hatinya. Manakan tidak. Dress singkat yang digayakan Trisya itu mampu sahaja menyerlahkan lurah dendamnya. Tidak cukup dengan itu, dress singkat itu juga mampu meyerlahkan pangkal pehanya yang gebu itu.

“Yes, may I help you?" Soal Trisya acuh tak acuh. Wajahnya kelihatan sangat bongkak.

“Awak ni tentu Trisya kan?" Tegur Aayra dengan nada yang cukup sopan.

“Yes, I'm Trisya. Who are you and what are you doing here? Have you made an appointment with Mr Harraz?" Sekali lagi Trisya menyoal dengan lagak yang angkuh. Wajah Aayra langsung tidak dipandang.

Aayra dan Nora saling berpandangan. Terukir senyuman kecil di bibir masing - masing sebelum Nora kembali menatap wajah angkuh Trisya.

“By the way, Trisya. This is Mr Harraz's wife, Mrs Aayra!! And I don't think it's worth it for a wife to make any appointment if she want to meet her husband in their own office. Am I right, Mrs Aayra?" Sindir Nora sambil membariskan senyumannya kepada Aayra.

“Err.. Yeah!! I think so. By the way, is my husband there? Can I get in? Or do I have to fill any form before I'm going to meet my husband?" Kali ini giliran Aayra pula memerli Trisya.

Berubah air muka Trisya apabila dia diasak dengan sindiran - sindiran pedas seperti itu. Apatah lagi sindiran itu datangnya dari isteri CEO itu sendiri. Peluh dingin mula memercik keluar dari tubuhnya. Entah mengapa dia merasakan masa depannya akan hancur tidak lama lagi. Melihatkan air muka Aayra saat ini sahaja sudah mampu membuatkan Trisya berasa cuak. Apatah lagi jika Harraz mengetahui akan hal ini. Pasti lelaki itu akan mengamuk sakan dengannya lagi.

“Hello, excuse me!! Are you dreaming?" Tegur Aayra dengan senyuman yang cukup manis. Namun bagi Trisya, senyuman itu lebih ke arah menyindir dirinya.

“Err.. Aa.. En.. En.. Encik Harraz ada di dalam. Jem.. Jemputlah masuk." Pelawa Trisya penuh kegugupan.

Aayra mengangguk. Dia menghantar isyarat mata ke arah Nora sebelum mereka sama - sama tersenyum. Entah mengapa Aayra merasa sangat puas saat melihat air muka Trisya yang penuh dengan kekalutan itu. Sekurang - kurangnya dia dapat menyedarkan Trisya tentang siapa dirinya yang sebenar. Sejujurnya Aayra langsung tidak berniat untuk bersikap angkuh mahupun bongkak dengan title yang disandangnya. Cuma dia hanya mahu memastikan bahawa Trisya tidak akan mengulangi perkara yang sama selepas ini.

Melihatkan sikap yang ditonjolkan Trisya sebentar tadi, fahamlah Aayra akan perasaan sebenar suaminya. Jadi tidak hairanlah mengapa nama Trisya sering menjadi bualan seluruh warga kerja ZE Corporation. Penampilannya sahaja sudah menjelikkan apatah lagi sikapnya. Jika Trisya berterusan bersikap begitu, tidak mustahil suatu hari nanti Harraz akan menerima tempiasnya sekaligus nama baiknya juga akan turut tercemar. Memikirkan hal itu, Aayra mula diasak kebimbangan. Sebelum terlambat, dia harus melakukan sesuatu agar semuanya berada di dalam keadaan baik - baik sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience