BAB 3 : MEMANG!

Humor Series 106134

Memang tak berjodoh! Masuk hari ni, dah tiga hari aku berdoa dan berharap agar ‘jodoh’ kami panjang. Aku kena buatkan aku dan Mr. Millionaire tu berjodoh. Hanya itu yang dapat selamatkan aku untuk untuk peroleh kenaikan pangkat dan kenaikan gaji. Huh... Tak habis-habis mengeluh.

Aku pandang telefon. Kot-kot ada mesej masuk mengatakan diorang sebenarnya hanya tipu dan nak tengok reaksi aku aje. Aku ambil cuti hari ni. Malas nak jumpa muka Miss Zaara. Dah dua hari jumpa muka dia, dia asyik kata benda yang sama, ‘bulan depan, kulit muka depan majalah mesti muka dia’.

Hurm, baiklah! Mungkin aku tak dapat jadikan benda tu kenyataan. Jadi, aku kena bersedia dari segi mental dan fizikal untuk cari benda atau kerja baru? Erm, tapi syarikat aku sanggup ke buang aku? Aku dah kerja kat sana dan berbakti dengan baik, jika dilihat melalui pandangan peribadi akulah walaupun selama ni Miss Zaara selalu cakap aku tak perform dengan baik. Sedih, tau tak? Bila kita dah buat yang terbaik tapi masih dicop slacker dan paling tak boleh lupa bila dikatakan ‘syarikat rugi gajikan aku sebab tak boleh buat benda kecik pun’.

Huh! Sakit hati!

Oops! Mungkin aku boleh lakukan sesuatu agar Law of Attraction tu berfungsi pada tahap paling maksimum. Macam, stalk Fac dia atau mungkin google pasal diri dia? Almaklumlah, takde dah orang dalam dunia ni yang tak pernah google seseorang yang telah mengambil tempat dalam hati masing-masing. Benda ni paling kurang aku boleh lakukan untuk capai apa yang aku nak, walaupun hakikatnya si Amril ni tak terambil lagi ruang kat hati aku.

Atau mungkin aku boleh reka cerita untuk artikel aku. Aku boleh je baca mana-mana artikel pasal Millionaire yang ada dalam internet dan akhbar. Akhir sekali, cantumkan mana-mana yang aku rasa berkenan hingga ia menjadi satu artikel aku. Hee, bolehke? Tu bukan plagiat, kan? Aku quote sikit-sikit je. Bagi kredit kat orang tu dan huraikan ikut pengetahuan am aku pasal trait dan personaliti Millionaire. Kan? Bijak tak aku?

Aku gelak sendiri lantas laju-laju mencapai laptop yang aku tak buka dari malam semalam. Pantas je aku taipkan nama Amril Armand. Ada seorang blogger cerita pasal dia. Aku pun rajinkan diri aku untuk baca. Jurnalis memang perlu sentiasa rajin membaca.

------------------------------

Amril’s life: Rich at 23

At the age of 23, he is independent, free and financially stable. With a degree in chemical engineering, he doesn’t have to work a day in his life pursuing something he isn’t certain of. Amril started up his travel business while he was studying in South Korea for four years since 2004 to 2007.

Before deciding to venture his travel business in 2006, he was living a life no different from any other, a couch potato lifestyle. He was studying chemical engineering at Hanyang Universty, one of the top Korean Universities, and he said “I was a normal teenager, always slacking off and wasted my time, doing normal stuff like normal teenagers do. But I always wanted to have extra money so I used to work around, working at cafes because I like coffee way too much. And then, I asked myself. Why didn’t I start up a travel business? It has lots of potential and they’re always lots of Malaysian who want to have great time here in Korea. And just like that, I started asking family, friends, strangers and whoever it is to come to Korea and I’ll keep them company”. Today, he is one of the few shareholders of SeoulTravelSdn Bhd.

After earning his targeted income, he bought himself a house and now planning on buying houses to be rent out. In Amril’s life, there is nothing stopping him from living out his dream. His start-up business provided him lot of opportunities beyond his wildest dreams. It is through his determination and motivation to keep on working hard to achieve what he set out to earn that followed him to live out his dreams. Looking at his life, it goes to show that dreams do come true, especially after working hard.

------------------------------

Okey, dia ni berbeza dari aku. Aku langsung tak minum coffee tapi dia sukakan coffee hingga tahap bekerja kat cafe. Dia jugak beza dari aku sebab dia ni dah ada rumah. Tapi, ni cerita sewaktu dia berumur dua puluh tiga tahun. Sekarang ni dia dah tiga puluh tahun. Entah berapa banyak rumah sewa yang dia ada sekarang. No wonderlah Millionaire. Aku ni bila nak beli rumah pulak? Rumah makin lama makin mahal dan aku tahu aku tetap tak mampu nak beli. Hurm, aku kena fikir pasal masa depan aku. Mulai sekarang!

Aku search lagi. Ada beberapa orang tweet pasal dia. Perempuan ni agak haru. Takde chance, adik.

------------------------------

suhana @suhanasue 7 Julai 2013

search amril armand tadi. lol. found him kat friendlist bestfriend aku. tapi dia dah ada girlfriend ? takde chance

------------------------------

ilias @saili2371 19 Oktober 2014

hebat @amril0302 ni. senior aku kat highschool dulu. contoh entrepreneur yang berjaya. tahniah, senior! kau inspirasi aku

------------------------------

Malaysianlifeblogger @MFB007 12 Julai 2015

Terima kasih @amril0302 bawa team kitorang ke korea. best sangat! tour yang sistematik dan enjoy. fully recommended! takkan menyesal

------------------------------

Macam-macam orang tweet dia. Ada yang crush, ada yang jadikan inspirasi dan ada jugak yang recommendkan dia. Tapi, tak banyak. Hairan jugak aku kenapa tak banyak? Dia ni tak famous ke? Kalau macam ni, susahlah aku nak buat kajian pasal dia. Adoiii...

Aku cuba search lagi. Kali ni aku taip nama penuh dia pulak, Muhd Amril Armand Bin Zaydy. Nak cuba nasib, mungkin kot banyak. Kali ni tersenarai pulak resume yang dia letak kat dalam LinkedIn. LinkedIn ni adalah jaringan profesional terbesar kat dunia. Ia berpotensi dalam memperkembang identiti profesional seseorang secara online, mendapatkan peluang karier dan bisnes serta membolehkan individu tertentu untuk mendapatkan berita atau inspirasi untuk mengembangkan karier atau bisnes masing-masing.

------------------------------

Muhd Amril Armand Bin Zaydy

Future Engineer & Travel Agencies Owner

Saat ini : worldtravel.com

Sebelumnya : FNB Network SDN BHD

Hanyang University, Seoul, South Korea

Ringkasan

Engineering student in one of the best universities in Seoul, Korea. Speak Korean, English & Malay fluently. Currently running a Travel Business in Korea, partnership with Korean Travel Agencies also one of the Executives of SeoulTravel Sdn Bhd.

Pengalaman

Executive Director

SeoulTravel Sdn Bhd / Selangor

Mac 2007 – saat ini

One of the share-holder of the company.

CEO & FOUNDER

worldtravel.com / Seoul, Korea

------------------------------

Okey, tiba-tiba pulak aku kagum dengan Mr. Millionaire yang aku dah reject kelembutan hati aku nak kaji pasal diri dia. Banyak usaha yang diperlukan untuk jadi Millioniare ni. Tengok tu, dah mulakan bisnes sejak dia sedang lanjutkan pelajaran kat luar negara lagi. Sambil belajar, sambil buat bisnes. Memang terbaiklah dia ni. Aku pun part-time jugak waktu belajar dulu tapi, kat kedai dan restoran jelah. Yelah, nak tampung duit untuk belajar bukan senang.

Gila dia ni. Dahlah owner syarikat, shareholder syarikat lain pun dia jugak. Hua, apa aku dah buat selama aku hidup dua puluh tujuh tahun ni? Menyesal pulak aku google pasal dia.

Aku ni bukan asal dari keluarga berada nak disorongkan duit setiap kali takde duit. Keluarga aku biasa dan sederhana aje, takdelah sampai merempat dan meminta-minta kat orang lain. Walaupun hidup sederhana, aku kesian tengok mak ayah aku kerja keras tiap hari. Nak cari sesuap sudu bagai nak tercekik leher. Semua orang secara amnya memang begitu kat dunia ni.

Kira banyak jugaklah benda yang aku dah belajar pasal dia. Apa yang aku boleh simpulkan, dia adalah seorang couch potato. Aku pun sama jugak. Aku enjoy tonton TV dan layari internet. Dia gamer. Sebelum dia ambil keputusan untuk terjun dalam bidang bisnes pelancongan, dia pos banyak benda pasal game terutamanya soccer. Dia jugak selalu kongsi pasal anime yang dia tonton, macam Naruto, Bleach dan One Piece. Antara tiga anime tu, satu je yang aku suka tengok, One Piece. Tapi tu pun tak habis. Lepas tu dah kurang dah sebab dia banyak share pasal tour dan tempat-tempat yang dia pergi. Seronok je kehidupan dia aku tengok. Dapat melancong ke mana-mana tempat yang dia nak sewaktu masih muda. Best!

Sedang aku membuat kesimpulan tentang betapa seronoknya kehidupan dia sambil memandang rumah-rumah kat perumahan tersebut melalui cermin bilik tingkap sliding, telefon aku berbunyi. Nombor yang aku tak kenal. Takde dalam senarai kenalan aku langsung. Oleh kerana aku ni seorang jurnalis yang perlukan banyak maklumat mengenai sesuatu perkara, aku kena sambut jugak panggilan tu. Orang kata, networking. Pernah dengar frasa ‘experienced networkers claim they can reach anyone in the world with only six interactions’? Hebat, bukan? Mungkin ini adalah salah seorang pemberi maklumat aku ataupun rakan-rakan yang baru tukar nombor? Aku kena sambut sebab panggilan ni mungkin berguna.

“Hello?” kata suara lelaki di hujung talian sejurus sebaik aku menyambut panggilan tersebut.

“Assalamualaikum? Ni siapa ye?”

“Waalaikumsalam. Ni cik Arisa, kan?” cara sebutan cik Arisa dia tu macam kenal, pernah dengar.

“Ha’ah. Ni cik Arisa. Encik ni siapa ye?” soal aku lagi bila dia tak jawab pun soalan aku. Aku yang dulu tanya soalan, kan?

“Ni, Amril Armand. Hai” katanya. Patutlah macam pernah dengar!

“Oh, Encik Amril. Hai, apa khabar? Ada apa-apa yang boleh aku bantu?”

“Syukur alhamdulillah, sihat. Banyak yang kamu boleh bantu” aku rasa dia sengih. Aku dengar bunyi ‘hee’ tadi. Kejap cuma. Perlahan je.

“Apa dia yang boleh aku bantu, encik?” aku dah mula berdebar-debar. Mungkin dia terima tawaran aku tak? Mungkin dia dah berubah fikiran untuk dikaji kot?

“Err, aku setuju untuk dikaji...” aku nak gelak besar sekarang ni! Aku tutup mic telefon aku dan lompat beberapa kali. Dia kata, dia setuju! Dia setuju! Lepas tu, aku berdehem beberapa kali membetulkan intonasi suara sebelum berusaha untuk tenang dan bersikap profesional semula.

“Encik setuju?” soalku.

“Hurm” jawabnya macam nak tak nak aje.

“Encik setuju?” soalku kedua kali. Mungkin tadi aku salah dengar. Nak buat confirmation.

“Ye, aku setuju. Boleh datang ofis aku dalam pukul dua ni?” aku kerling jam telefon Nokia 3310 aku. Walaupun telefon ni sangat oldschool dan outdated, telefon ni lah yang sangat berjasa kat aku sewaktu aku perlukan line kat tempat-tempat line agak songeh dan kurang nak dapat. Selalunya waktu aku pergi ke luar bandar untuk interview individu tertentu. Aku tak dapat hidup tanpa telefon ni berbanding smartphone tu.

“Boleh. Terima kasih encik kerana berikan aku peluang”

“Sama-sama, assalamualaikum” terus je dia letak. Tak sempat aku nak balas salam dia tu. Akhirnya, aku balas perlahan je. Tapi tak kisahlah. Dia setuju aku kaji tentang diri dia! Aku ulang, dia setuju! Yes! Yes! Yes!

Aku terus sambar tuala putih aku yang bersangkut baik kat susunan penyangkut baju. Aku kena mandi dan bersiap sedia untuk jumpa dia pukul dua ni kat ofis. Usaha aku cari maklumat pasal diri dia kat dalam internet tu rupa-rupanya adalah sia-sia semata. Sebab, aku akan kaji tentang diri dia jugak akhirnya. Oh mungkin tak. Tu adalah salah satu usaha aku. Dan oleh sebab usaha tulah, Law of Attraction aku ni berjaya! Aku nak gelak sampai puas! Mr. Millionaire setuju jadi responden aku! Bukan calang-calang orang responden aku ni! Gelak lagi!

“SETUJU ke dengan deal yang aku katakan tadi?” soalnya bila dah hampir setengah jam aku duduk berdua dan berbincang dalam bilik ofis dia yang terletak kat tingkat sepuluh ni. Semua bilik CEO mesti kat tingkat paling tinggi sesuatu bangunan ke? Tak boleh ke kat tingkat bawah je? Aku diam. Berfikir seketika.

Dia tawarkan aku suatu pekerjaan yang memerlukan aku untuk bersama dengan dia kat mana-mana pun. Pendek kata, macam aku cakap hari tu, dua puluh empat jam! Tetapi, tak termasuklah waktu malam. Cakap je dua puluh empat jam tapi kami tetap balik rumah masing-masing. Gilalah nak tidur serumah dengan dia, kan? Aku timbang baik dan buruk. Dapatke aku lakukan seperti yang dia tawarkan ni? Memang ni yang aku nak untuk masukkan dalam kajian aku. Tapi, ni macam dah terlebih pulak. Takut nanti dia akan salahkan aku kalau berlaku sesuatu yang tak dijangka. Ayat terbaik, berlaku sesuatu kerana kelemahan diri aku sendiri.

“Tak nak ke?”

“Bukan tak nak, tapi aku takut aku tak dapat laksanakan kerja yang encik tawarkan tu dengan baik” aku luah je ketakutan aku.

“Don’t worry about the outcome. Aku akan guide kau. Kau cuma perlu ingat setiap details yang aku perlukan aje. Dan tu, of course, perlukan kau untuk bawa benda ni. Oh ya, tak payah nak berencik sangat dengan aku selama kau kerja kat sini, aku tak suka” dia bagi sebuah buku berwarna hitam, kulit keras dan kat atas tepi kanan kulit tu tertulis Diari 2016. Buku diari dia ke? Dia percaya sangat kat aku ke? Kenapa nak berikan diari dia kat aku pulak?

“Diari?” aku sambut diari tu dari tangan dia. Aku setuju sangat bahagian kedua yang dia cakapkan tu. Aku pun malas nak berencik sangat. Taklah nampak sangat jurang perbezaan antara kami kalau dia dah tetapkan macam tu. Terus je aku gugurkan encik.

“Ha’ah. Diari aku untuk tahun ni. Semua kat dalam ni adalah benda dan event penting yang aku kena hadiri. Kau kena ingatkan aku dan adjust mana-mana yang patut. Mungkin aku akan cancel sesuatu event. Dan mungkin jugak aku akan bawa sesuatu event ke hadapan, atau ke belakang. Mengikut kesesuaian. Banyak benda aku kena fikir dan aku tak mampu nak masukkan benda ni semua kat dalam kepala otak aku. Diari ni dari setiasusaha aku yang nak bersalin tu. Mengikut spekulasi doktor, dia akan due sehari lagi dan lepas tu dia akan cuti bersalin. Dan obviously, aku dah takde masa nak cari setiausaha baru. Alang-alang kau nak kaji aku, baik aku tawarkan sekali kerja ni kat kau untuk sebulan. Kalau kau setuju terima tawaran ni, kau akan kenal aku, dan dalam masa yang sama dapat kaji tentang trait dan personaliti aku. Setuju atau tak. Itu je yang aku nak dengar” aku belek setiap muka surat diari tu. Dari awal tahun hinggalah bulan ni dan bulan akan datang. Banyaknya event dan occasion yang dia kena pergi. Mampu ke aku?

“Aku hanya perlu ingatkan ke mana nak pergi dan reschedule mana yang patut je kan?” aku soal dia untuk kepastian. Kot-kot pandai bertambah kerja aku nanti. Tak pasal-pasal dapat tawaran jadi setiausaha dia untuk sebulan. Kerja yang aku paling tak reti nak buat, urus orang lain!

“Erm, tak jugak. Mungkin kau akan sambut call orang untuk aku” dia sengih.

“Apa maksud tu?” betul aku tak tahu, apa maksud dia?

“Sambut calllah. Takkan tu pun tak faham. Mungkin kau akan sambut call orang-orang yang aku refuse nak bercakap dengan. Maybe?” dia sengih lagi. Dalam fikiran aku, satu je persoalan. Ni salah satu benda setiausaha dia yang bersalin tu buat setiap masa ke? Kesiannya!

“Dua benda tu je, kan?”

“Kita tengok nanti” dia sengih lagi. Aku boleh nampak kehidupan aku dalam masa sebulan ni akan jadi huru-hara sikit mendengarkan jawapan dia yang selamba tu. Adoila, promotion dan kenaikan gaji. Kalau bukan kerana korang berdua, aku takkan terima benda ni.

“Jadi setuju ke tak ni?”

“Setuju” aku jawab laju.

“Laju je jawab? Dah fikir baik-baik ke?” dia senyum nipis, mengejek kot. Aku dah tak kisahlah orang ejek aku dalam umur macam ni. Aku ni dah matang dan aku kena bersikap profesional dalam kerjaya. Matanglah sangat, kan...

“Dah, aku setuju” dia angguk.

“Okey, sekarang. Cuba tengok apa yang aku kena attend sekarang ni” hah? Dah mula kerja aku ni. Aku belek laju. Cari tarikh hari ni. Banyak!

“Makan tengah hari dengan ejen hartanah”

“Cancel” katanya. Aku belek lagi.

“Err, perasmian World Wide Fund for Nature kat...” aku belum habis cakap dia dah potong.

“Cancel” dia geleng, tutup mata sambil jari-jemarinya menari-nari kat kepala lututnya. Aksi yang hampir sama dengan apa yang aku pernah nampak sewaktu pertama kali berjumpa dengan dia kat sini beberapa hari yang lalu.

“Magic Miracle Hearing...” lagi sekali. Belum aku habis cakap, dia dah potong.

“Okey, jom” dia lantas berdiri dan memakai suit yang disambar dari kepala office chair dia tu. Aku pulak yang terpinga-pinga, baru nak beradaptasi ke pekerjaan baru. Aku pantas capai beg tangan aku. Tak dilupakan Diari 2016 dia tu. Aku dah ada dua jobs sekarang ni; jurnalis dan setiausaha. Tak pasal-pasal dapat dua kerja sebelum dapat promotion, kan?

“TAKDE driver ke?” aku soal bila kami berdua dah masuk dalam kereta dia, Jaguar XJ!. Canggih, wangi dan bersih. Nama pun grand dan branded gitu. Memang angan-angan je aku kalau nak beli kereta macam ni. Aku duduk dengan sangat berhati-hati dalam kereta tu. Yelah, dahlah mahal. Malulah kalau kotorkan kereta orang. Calar balar karang memang aku kena bayarlah, kan? Mana aku ada duit nak bayar.

“Perlu ke?”

“Biasanya Millionaire ada driver” aku cuba merasionalkan soalan aku sebab hanya benda tu yang aku nampak selama ni. Lagipun aku tengah kaji pasal diri dia. Sangat patutlah soalan tu keluar dari mulut aku.

“Tak penting. Kalau dah tua nanti, yelah kot” satu benda yang aku perasan pasal dia ni, dia suka jawab sepatah-sepatah. Dan macam malas nak layan aku. Aku nak feedback tapi kalau macam ni, aku nak tulis; Millionaire ni introvert. Itu je. Titik. Tak payah panjang-panjang. Takpelah, mungkin dia pun masih kekok dengan aku. Aku diam jelah. Malas nak tanya lebih-lebih. Yang penting, target aku untuk beberapa hari ni dah tercapai; nak dia setuju untuk jadi responden aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience