Bab 8

Drama Completed 5973

Sebulan berlalu...

'Hai abang Adam:)'
'Hai Af. Kenapa mesej abang ni?'
'Af nak jumpa abang boleh?'
'Bila?'
'Petang ni abang free tak?
'Petang ni abang ada hal la Af'
'So tak dapat la ni?'
'Tak. Sorry.'
'Takpe la kalau macam tu. Byeee:*'

Afrina mengeluh. 'Kalau Saraa yang nak jumpa, boleh je eee' rungutnya dalam hati.
"Kenapa monyok je muka awak ni Afrina? Ada masalah ke?" tanya Saraa mesra sambil melabuhkan punggungnya duduk di sebelah Afrina.
Afrina hanya membalas pertanyaan tersebut dengan jelingan. Dia berlalu masuk ke dalam bilik tanpa berkata apa-apa. Dingin.
Saraa terkejut dengan tindakan Afrina.Hal tersebut sedikit sebanyak telah mengganggu fikiran Saraa.
'Aku ada buat salah ke?'
'Kenapa dia tiba-tiba layan aku macam ni?'
'Apa yang kau dah buat ni Saraa?!'
'Kalau betul pun aku salah,cakapla. Takpayah nak buat aku macam ni!'
'Perlu ke aku mintak maaf? Macam mana kalau dia taknak maafkan kau Saraa?'
Saraa memegang kepalanya. "Argh! Dah lah! Aku tak nak fikir! Lantaklah dia nak buat apa pun!" bisik Saraa kepada diri sendiri.
Jantungnya berdegup dengan pantas sehingga dia susah untuk bernafas. Telapak tangannya pula mula sejuk. Dia mula menggigit-gigit bibirnya sendiri.
"Saraa okey ke? Kenapa ni?" tanya ibu sejurus tiba di ruang tamu.
"Saraa okey. Pening sikit je bu," jawab Saraa dengan suara perlahan.
"Mungkin cuaca ni panas sangat kot. Takpela Saraa pergi mandi supaya Saraa rasa selesa sikit. Lepastu rehat je dalam bilik," arah ibu prihatin.
Ibu tahu bahawa anaknya itu sensitif dengan cuaca yang terlalu panas. Saraa sering menghidap pening kepala jika terdedah dengan cuaca yang sangat panas.
Untuk tidak menimbulkan kecurigaan, Saraa menurut sahaja perintah ibunya.
Selepas mandi, Saraa terus terlelap di dalam biliknya. Dia penat setelah bertarung dengan fikiran sendiri.
Usai menunaikan solat isyak pada malam itu, Saraa bermain dengan Mikail di ruang tamu. Mikail ialah adik lelaki Afrina. Afrina mempunyai tiga orang adik beradik. Dia merupakan anak sulung dan umurnya sebaya dengan Saraa. Adiknya, Sufrina merupakan anak kedua dan berumur 15 tahun. Mikail pula merupakan adik bongsu mereka berdua dan umurnya baru mencecah 2 tahun.
"Mika, jom sini main dengan akak," Afrina mengambil adiknya itu terus dibawa masuk ke dalam bilik.
Saraa hanya membiarkan sahaja Afrina mengambil Mikail.
Saraa  mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar lalu membuka aplikasi WhatsApp.

'Korang'
'Yes?' - Areena
'Ye?' - Syafiqa
'Iya?' - Shazrin
'Nak tanya sikit'
'Tanya je la' - Shazrin
'Apa perasaan korang kalau korang tetiba kena ignore?'
'Siapa yang ignore kau ni?' - Areena
'Kenapa ni Saraa?' - Syafiqa
'Kau buat apa sampai dia nak ignore kau?' - Shazrin
'Takdela. Anak Maksu aku yang sebaya kita tu, dia tiba-tiba je ignore aku.'
'Aku tak tau apa salah aku.'
'Kalau aku ada salah pun, at least cakapla apa salah aku.'
'Dia period kot' - Syafiqa
'Dia tu dah kenapa tiba-tiba nak ignore orang sesuka hati?' - Shazrin
'Kau tak payahla fikir banyak sangat sebab dia tu. Dia ignore kau, kau ignore la dia balik.' - Areena
'Cakap senangla. Kami ni serumah, takkanla aku terus nak ignore dia jugak? Apa kata mak ayah dia nanti?'
'Umm kalau macam tu aku tak taula macam mana.' - Areena
'Takpela Saraa. Kau bagi dia masa dulu. Nanti dia dah okey, kau tanya la kat dia apa masalah dia' - Syafiqa
'Betul tu. Aku setuju.' - Shazrin
'Kalau macam tu, okeyla. Thanks tau korang.'
'Sama-sama!' - Syafiqa, Areena, Shazrin
Saraa mengeluh. 'Mungkin dia period la kot' Saraa cuba untuk bersangka baik.

"Saraa! Jom makan!" laung ibu dari dapur.
"Okeyy!" jawab Saraa lalu menutup televisyen dan terus menuju ke dapur.
...
Sedang mereka menjamu makan malam, tiba-tiba Saraa menghentak meja makan dengan kuat.
"Eishh!" dia mendecit. Nafasnya sudah mula tidak tentu arah.
"Kau ni dah kenapa, Saraa?" marah ibu yang terkejut dengan tindakan Saraa.
Saraa hanya ketawa. Dia pun terkejut dengan tindakannya sendiri sebentar tadi.
"Ketawa pulak?" tanya ayah yang hairang melihat anaknya itu.
"Tak, tangan Saraa gatal tadi. Tu yang terjadi tindakan refleks ni," Saraa memberi alasan.
"Kot ye pun gatal, tak payahla nak buat orang terkejut. Kalau ibu terkena serangan jantung tadi, macam mana?" kata ibu yang masih geram dengan tindakan anaknya.
Saraa hanya tersengih.
Selesai makan malam, Saraa membasuh pinggan kotor. Dia termenung seketika.
"Kenapa dengan aku tadi ha?" soalnya kepada diri sendiri.
'Aku fikir banyak sangat kot' dia menenangkan hati sendiri. Dia menyambung kerjanya tanla menghiraukan apa uang berlaku tadi.
...
Ring! Ring! Telefon Saraa berdering minta diangkat. Iqwan.
"Assalamualaikum, Airisha" ucap Iqwan. Sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya untuk memanggil Saraa dengan nama Airisha.
"Waalaikumsalam. Kenapa Iqwan?"
"Airisha dah dapat kerja? Ke masih nak cari kerja?"
"Saya belum dapat kerja lagi. Kenapa? Awak tau ke mana-mana tempat yang memerlukan pekerja?"
"Maklong saya tengah cari pembantu restoren. Kalau awak nak, saya boleh suggest kan kat Maklong saya,"
"Betul ke? Saya nak!" jawab Saraa teruja.
"Okey nanti saya bagitau kat Maklong saya,"
"Okey. Terima kasih tau,"
"Sama-sama"
Panggilan diputuskan.
Saraa gembira.
'Bolehla aku tidur dengan senyuman malam ni' katanya dalam hati sambil menutup lampu bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience