BAB 8

Short Story Series 3885

Sedar-sedar sahaja, aku berada di hospital. Suzy dan Melissa terpa aku.

"Baguslah kau dah sedar. Kami berdua risaukan kau."

"Ma.macam mana aku boleh ada dekat sini? Siapa yang bawa aku?"

"Kami berdualah! Kami jumpa kau terbaring dekat jalan. Pucat gila tubuh kau. Cepat-cepat kami bawa ke hospital. Doktor cakap kau kehilangan banyak darah macam disedut sesuatu. Tak tahu punca apa. Tak nampak kesan gigitan pun pada tubuh kau."

Aku singsing lengan baju hospital. Memang tak ada kesan gigitan Noah. leher juga tak terasa sakit. Tapi kenapa Noah tegar tinggalkan aku macam tu je? Sampai hati dia. Dia memang nak aku mati!

"Daddy dan mummy aku tahu ke?"

"Tak. Aku bohong. Aku kata kau bermalam dekat rumah Suzy sebab Suzy urgent perlukan teman sampai Isnin." Ujar Melissa.

"Dah tu diorang marah ke?"

"Marah gak ar sebab kau keluar tak beritahu."

Aku mengeluh perlahan.

??????

Doktor tak bagi aku keluar lagi tapi aku berkeras nak keluar. Jadi aku terpaksa buat kerja bodoh. Waktu Suzy dan Melissa keluar, aku larikan diri. Aku nak berdepan dengan Noah.

Hari ni isnin. Dah tentu Noah kerja. Baik aku singgah office.

Sampai di office, aku terus naik ke tingkat 12. Orang pandang aku buat tak tahu je. Aku rasa dia sekarang ada dekat bilik mesyuarat. Ada meeting. Aku bergegas ke sana.

Tanpa ketukan terlebih dahulu aku masuk. Ada beberapa orang dalam tu termasuk Noah dan Sarah. Semua pandang aku. Sarah agak terkejut. Dia bangun nak suruh aku keluar kononnya tapi aku tolak tubuh dia.

"Saya nak jumpa dia!"

Jari dituding pada Noah.

Aku nampak katakan sesuatu pada client kemudian berjabat tangan.

"Sarah, hantar mereka."

Sarah menganggukkan kepala.

Selepas mereka pergi, kini hanya aku dan Noah berada di situ.

"So cik Sophea, ada apa yang boleh saya bantu?"

Bengang gila tengok wajah selamba Noah.

"Apa yang awak dah buat dengan saya ha?"

"Buat apa?"

"Buat apa awak tanya? Hei! Awak hampir-hampir nak bunuh saya kan!"

"So what? Sekarang ni you berada di hadapan i. Sihat je i tengok. Still human right." Dia angkat kening.

"Saya banyak hilang darah sebab awak Noah. Takkan awak tak rasa bersalah? Kalau kawan-kawan saya tak pergi ke sana, mungkin saya dah dikuburkan sekarang."

"Itu salah you. Bukan salah i. You yang cari pasal. Kira baiklah i muncul. Kalau tak mungkin darah you dah kering."

"Tapi awak sama macam mereka! Mengaku jelah yang awak upah diorang!"

"Yeah! Memang i yang upah diorang! Sebab you ni jenis degil! Buat pengetahuan you, i tipu je malam tu. I bukan dahaga sangat cuma i teringin sangat nak rasa darah you. Dari awal i tahan. Tak sangka you bodoh pergi bagi. Apalagi. I minum puas-puas."

Mata aku berkaca.

"Awak kejam! Tak berhati perut!"

"I tak ada hati perut sebab i bukan manusia princess. So buat apa i nak kesiankan you."

Hancur hati aku mendengar kata-kata Noah. Patutlah kadang-kadang dia buat baik. Rupa-rupanya ada sesuatu yang dia mahukan.

"Thanks." Ucap aku sebelum keluar.

"Your welcome."

Aku tutup pintu perlahan dan beredar. Sumpah! Rasa nak menangis gila-gila tapi aku tahan je. Ada orang tegur aku tak layan. Masuk dalam lif, aku hamburkan tangisan.

Entah kenapa hidup aku ni malang sangat. Sudahla keluarga seakan pinggirkan aku. Lepas tu kena aniaya macam ni pula. Kalau aku mati agaknya tiada siapa peduli.

Sampai di tingkat bawah, ada seorang lelaki segak berkacamata hitam masuk. Aku hanya menunduk dan tidak keluar. Selepas dia masuk, aku tekan semula butang lif ke tingkat paling atas sekali. Pelik bila lelaki tu tak tekan pun.

"Encik nak ke tingkat berapa?" Soal aku dengan suara serak-serak basah.

Dia tidak menjawab. Tapi aku tahu dia pandang aku melalui kacamata yang dia pakai.

Lantak kaulah.

Dalam lif, sempat aku melihat telefon. Ada beberapa miss call dari Suzy, Melissa dan juga mummy. Aku buat silent jadi memang tak perasan. Telefon dimatikan. Biarlah. Mereka bukan sayang pada aku.

Walaupun dah hampir sampai ke tingkat paling atas, lelaki itu tetap tidak berhenti di mana-mana tingkat. Agaknya dia nak pergi ke rooftop juga kot.

Buka sahaja pintu lif, aku terus keluar dan berjalan ke arah tangga. Lelaki itu aku tak hiraukan pun. Pintu di bahagian rooftop aku buka dan keluar.

Terasa angin menyerbu muka. Nyaman sangat di atas ini. Cuaca pun tak berapa panas.

Aku terus berlari ke arah bahagian hujung bangunan dan berdiri di situ sambil berpeluk tubuh.

Tiba-tiba aku rasa sedih mengenangkan kata-kata Noah tadi.

"Kenapa kau tak bunuh aku je! Kenapa kau perlu seksa aku macam ni!" Pekik aku.

Aku panjat bahagian itu. Tinggi gila. Tapi Memang aku dah tekad buat kerja paling bodoh. Peduli apa. Untuk apa aku hidup. Tiada siapa sayang aku.

"Kalau aku mati, tak ada siapa meratap bagi pihak aku kan." Ujarku sendirian.

Air mata dikesat perlahan.

"Seorang anak CEO syarikat mati membunuh diri dengan terjun dari rooftop di bangunan milik syarikat ayahnya".

Bagus juga tajuk tu.

Aku depangkan tangan dan berkata.

"Goodbye world."

"Watch out girl!"

Tangan aku ditarik kasar seseorang dan membuatkan tubuh aku terjatuh ke bawah semula.

"Are you crazy? Nak bunuh diri pula? Dah puas hidup ke?" Soal dia sinis.

"Suka hati sayalah! Kenapa awak nak peduli! Biarkan jelah saya bunuh diri!"

"Tak sayang nyawa ke? Ingat masalah akan selesai kalau bunuh diri?"

Lelaki yang sama. Dia tidak memakai kacamata. Kali ini aku pandang tepat matanya.

Lawa mata dia. Warna hijau. Rupa paras boleh tahan kacak.

"Hoi!"

Kami berdua menoleh.

Muncul pula Noah di situ.

Menyibuk jelah!

"Apahal ni? Ivan? What happen?"

Dia pandang kami berselang-seli.

Oh Ivan namanya.

"Perempuan ni nak bunuh diri. Aku terbaca fikiran dia sebab tu aku ikut dia."

"Sophea?"

Melihat wajah Noah aku jadi sebak. Rasa nak menangis semula. Tanpa menunggu lagi, aku berlari menuju ke arah pintu meninggalkan mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience