MINGGU hadapan dah masuk Ramadhan.Tak sangka begitu cepat masa berlalu.Sedar tak sedar dah empat bulan Iris duduk di rumah Nida.Boleh kata kan Attar kerap juga akan mengambil dan menhantar anak-anak kak Nida ke asrama.Jadi kerap juga lah Iris terserempak dengan dia.
"Attar puasa ni nak balik kampung ker?"tanya kak Nida.
"Ingat macam tu lah.Kesian mak sorang-sorang buka puasa."Kakaknya Adawiyah belum pasti lagi balik ker tidak.Mungkin ke rumah mertua nya dulu.
"Sama Iris lah.Dia pun dah ambil cuti nak balik kampung."
Iris yang berada di dapur terdengar perbualan kak Nida dan Attar.Kak Nida ni tak boleh simpan rahsia langsung.
"Boleh jumpa kat kampung lah nanti."kata Attar sebaik Iris letakkan air teh atas meja.
"Kenapa tak balik sekali saja.Kan senang."cadang kak Nida.Dah sekampung elok balik satu kereta.Jimat sikit minyak kereta dan mengurangkan pencemaran
udara.Ke situ pula.
"Tak apa kak.Iris dah biasa balik sorang."Iris terus menolak cadangan Nida.Tak mahu menjadi buah mulut orang kampung.Dah la dia janda balik pula dengan duda.Tak pasal jadi bahan umpatan orang kampung.
"Boleh saja kalau Iris sudi.Satu haluan juga kan."Attar lirik pada Iris yang nampak kurang senang.
"Err tak apa.Saya balik lewat sikit.Cuti pun dua hari saja."
"Tak apa lah.Abang faham."Dia tahu Iris takut jadi buah mulut orang kampung.Duda dan janda dalam satu kereta.Tak ker sengaja cari nahas.
Iris masih ingat pesanan ibu dia agar tidak lakukan perkara yang boleh memalukan keluarga.Hal Iris menjanda pun sampai sekarang masih belum reda.Kesian ibu dengan ayah asyik kena tempias umpatan orang kampung.Ikutkan hati Iris tak nak balik terus ke kampung.Mengenangkan ibu dan ayah masih di sana saja,Iris tetap balik juga.
"Tak sangka kan kecilnya dunia ni.Selepas bertahun lama kita tak bersua akhirnya terjumpa kembali."Attar cuba untuk berbual dengan Iris.
"Tu la Iris pun tak sangka."
"Iris ingat tak dulu,abang pernah tolong hantar kan Iris pergi sekolah.Masa tu Iris malu-malu nak naik motor dengan abang."
Attar ingat lagi rupanya.
Mana boleh Iris lupa,masa tu Iris dah terlambat nak pergi sekolah.Motosikal ayah pula buat hal di pertengahan jalan.Kebetulan Attar lalu di situ untuk pergi kerja.Ayah paksa Iris tumpang Attar sebab takut Iris terlambat untuk jawab peperiksaan.Ayah paling susah tau nak percaya dekat orang masa tu.Tapi dengan Attar boleh pula ayah benarkan Iris tumpang motosikal Attar.
Dah la pakai baju kurung masa tu.Nak naik atas motosikal memang payah.Iris terpaksa memegang bahu Attar untuk naik.Masa tu jangan cakap lah muka Iris dah merah.Bau haruman yang Attar pakai pula menusuk ke hidung.Tak pernah seumur hidup dia sentuh mana-mana lelaki kecuali ayah dan Izz.
"Lepas Iris kahwin,abang pun kahwin.Abang tak jumpa Iris dah."mendatar suara Attar.
"Dah lama ker abang kerja dekat KL?Dulu ibu bagitahu abang Attar kerja dekat Melaka."Iris hanya tahu serba sedikit mengenai Attar tu pun dengar dari ibu.
"Dah dua tahun abang dekat sini."
"Macam mana kehidupan Iris sekarang?"
"Alhamdulillah...Iris rasa makin baik.Dan Iris bersyukur masih diberi peluang balik jumpa ibu dan ayah.Buat masa sekarang itu yang lebih bermakna."jujur Iris kata kan dia bersyukur sangat dengan apa yang terjadi.Ada hikmah di sebalik penceraiannya.
"Iris dah ada pengganti?"pertanyaan Attar buat Iris ketawa kecil.Attar ni terlalu berterus terang.Boleh dia tanya Iris macam tu.
Dan jawapannya....
"Tak terfikir pula.Lagipun janda macam Iris ni siapa yang nak.Tak nak lah fikir.Iris dah selesa hidup macam ni.Iris tak rasa nak kahwin lain lagi.Cukuplah apa yang Iris lalui.Iris rasa fobia."jelas Iris.Entah kenapa sejak Attar kerap berbual dengannya.Dia rasa makin selesa.
"Abang Attar yang patut kahwin lain."kata Iris bersahaja.Dia tak ada niat pun.Tiba-tiba terkeluar.
"Kalau Iris sudi apa salahnya.."Muka Attar bertukar serius dan di iringi tawa kecil.Iris ikut tawa.Dia tak faham maksud sebenar Attar.
"Abang Attar ni sengaja kan buat lawak.Dah la Iris nak tolong kak Nida dekat dapur."Iris bangun meninggalkan Attar.
Attar serius sebenarnya.Dia dah habis fikir.Tak perlu lagi nak tunggu lama.Tapi Iris tak faham la pula apa yang dia sampaikan.
Setiap kali dia memandang Iris,perasaannya makin mendalam.Makin lama makin timbul perasaan cinta.Dulu gadis ini yang pernah dia impikan.Dari kecil dia lagi dia nampak Iris di depan mata.Membesar di depan matanya.Masih terbayang Iris bermain di halaman rumahnya.
Masa tu dia sudah di alam perkejaan dan Iris masih bersekolah menengah.Jarak umur mereka agak jauh juga,beza enam tahun dia lebih tua dari Iris.Tetapi makin kuat perasaan itu datang bila terpandang wajah Iris.
Sejak itu hati dia sudah tertarik pada Iris.Tetapi dia takut nak luahkan sebab Iris masih bersekolah.Dia sentiasa ikut perkembangan Iris.Tetapi mereka terpisah bila Attar terpaksa berhijrah ke tempat lain dan Iris pula menyambung pelajaran.
Bila dapat tahu Iris nak kahwin.Attar rasa kecewa sangat.Rasa tak nak balik ke kampung dah.
Agak lama juga hati Attar merajuk.Mana tak kecewa bila gadis yang dia cintai sudah dimiliki orang lain.Bertahun dia simpan Iris dalam hati.Terpaksa dia pendam kekecewaan melihat Iris bersama orang lain.
Jauh dari sudut hati masih berharap pada Iris.Macam satu perancangan pula bila dia bertemu semula dengan Iris.Masa dekat Langkawi tempoh hari dia berasa terkilan juga.Nak cakap lebih pun tak boleh sebab Iris isteri orang.
Takdir dari Allah bila dapat tahu Iris diceraikan.Sakit juga hati Attar sebab Iris diceraikan kerana orang ketiga.Dia dapat bayangkan perasaan Iris ketika itu.Dikecewakan kerana cinta.
Bagai satu peluang buat Attar mendekatkan diri dengan Iris.Perlahan dia cuba atur langkah untuk mendekati Iris.Dia akan cuba merawat hati Iris yang terluka.
Kalau lah dari dulu Attar cepat mengatur langkah semua ini tak kan terjadi pada Iris.Sudah tentu dia tidak akan membiarkan hati Iris terluka.Dia akan bahagia kan wanita yang dia impikan selama ini.
Melihat Iris tersenyum bahagia sudah cukup menggembirakan Attar.Attar cukup kenal dengan Iris.Nampak air muka Iris pun dia sudah boleh tahu apa yang Iris rasa.
Kan dah kata,Attar cukup kenal sifat luaran Iris.Cuma sekarang dia kena berusaha lebih lagi untuk mendekati Iris.Dia bukan saja mahu kan cinta Iris tetapi dia perlu tawan jiwa Iris sepenuhnya.Dia tak akan biarkan Iris terluka lagi..
Share this novel