BAB 13: Permintaan

Drama Series 28608

Pagi yang cerah itu dikejutkan dengan berita dari mulut Shahir. Sehinggakan Fatin pun terkejut. Dato' Rohan menoleh ke arah Fatin dengan muka berkerut.

" Aik? Kamu pun terkejut sekali?" tanya Dato' Rohan.

Fatin menoleh ke Dato' Rohan. Senyuman kelat terukir di bibirnya. Dia tergelak kecil. Matanya beralih pula ke arah Shahir dengan berkerut. Fatin bangun dari tempat duduknya dan menarik Shahir. Dato' Rohan tersentak.

" Kamu nak pergi mana?" tanya Dato' Rohan.

Sekali lagi apa yang Fatin mampu buat hanyalah tersengih di hadapan Papa kesayangannya itu.

" Fatin nak cakap sikit dengan menantu kesayangan Papa ni kejap." terang Fatin.

Tangannya memegang bahu Shahir. Shahir tersenyum sinis sambil melihat tangan Fatin di bahunya. Fatin menarik Shahir ke dapur.

" Awak buat apa tadi?" tanya Fatin.

Shahir dengan muka sinis hanya memandang Fatin. Muka Fatin yang ayu itu ditiliknya satu-satu. Fatin yang melihat perbuatan Shahir itu mula rasa seram sejuk.

" Awak ni dah kenapa?" tanya Fatin.

Shahir hanya tersenyum nipis mendengar pertanyaan Fatin itu. Menambahkan lagi tanda tanya di dalam fikiran Fatin.

" Aku sukalah kau pegang aku tadi." kata Shahir.

Tercengang Fatin. Pegang kat bahu je pun! Berkelip-kelip mata Fatin mendengar jawapan Shahir itu. Respon apalah yang sepatutnya dia beri? Fatin menjeling Shahir.

" Apa-apa jelah. Saya sebenarnya nak bincang pasal benda lain. Kenapa awak buat keputusan tanpa berbincang dengan saya?" tanya Fatin sambil menyilangkan tangannya.

Muka Shahir bertukar serius menambahkan lagi suasana yang sememangnya tegang itu.

" Keputusan aku keputusan kau jugalah." kata Shahir dengan tegas.

Bertambah kerut di dahi Fatin.

" Masalahnya. Saya tak.."

Shahir mendekatkan mukanya mendekati Fatin. Fatin tersentak.

" Kalau kau nak selamat. Ikut je kata aku." tegas Shahir sambil menuding jarinya ke arah Fatin.

Fatin terdiam. Shahir pula melangkah pergi meninggalkan Fatin yang kaku. Mungkin dia memang dah kahwin dengan orang yang salah macam apa yang difikirkan selama ini? Fatin menunduk. Dia terpaksa akur.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin hanya termenung daripada tadi. Nasi di hadapannya hanya dikuis tanpa sedikit pun masuk ke dalam mulutnya. Nairah yang sedang menikmati makanannya buntu melihat Fatin.

" Kau ni dah kenapa?" tanya Nairah.

Fatin mula tersedar dari lamunannya tadi. Nairah berkerut.

" Hmm?" soal Fatin.

" Yalah. Daripada tadi aku tengok kau ni macam ada benda yang tak kena je?" tanya Nairah.

Fatin tersentak. Hembusan nafas dilepaskan. Matanya mula menunduk melihat nasi yang tidak terusik itu.

" Aku sebenarnya pelik tengok suami aku tu." terang Fatin.

Terangkat kening Nairah mendengar kata-kata Fatin itu.

" Dah kenapa dengan suami kau tu?" tanya Nairah.

Sekali lagi hembusan nafas yang dalam keluar dari mulut Fatin.

" Entahlah. Kadang-kadang kan dia tu romantik jugak. Ada juga masa dia tu annoying. Kadang-kadang pulak kan dia marah-marah. Aku pening. Apa perwatakan dia yang sebenarnya? Sekarang ni dia ajak aku pindah tanpa bagitau aku. Kau boleh bayangkan tak? Haih pening aku.." terang Fatin dengan bersungguh-sungguh.

" Urm.. Pening-pening.." jawab Nairah.

Fatin tersentak. Punyalah banyak aku terangkan takkan itu je yang dia balas?

Fatin menoleh ke arah Nairah. Tercengang Fatin dibuatnya. Punyalah bersungguh-sungguh dia bercerita daripada tadi. Si Nairah ni boleh sambung makan pulak?! Aduh! pening kepala Fatin melayankan karenah sahabatnya itu. Kat rumah pening. Kat tempat kerja pening.

Fatin menepuk meja. Nairah terkejut.

" Kau ni dengar ke tak?" tanya Fatin.

Nairah yang sedang membulat matanya dek kerana terkejut tadi menelan air liur.

" Dengarlah.. Biasalah tu baru kahwin. Nanti lama-lama nanti kau tahulah tu. Dah jangan risau. Ni, jap lagi kau ada meeting kan?" tanya Nairah.

Fatin yang sedang melayang memikirkan nasihat Nairah tadi tersentak. Cepat-cepat dia melihat jam di tangannya itu. Ternganga mulutnya.

" Alamak aku dah lambat! J-Jumpa kat office nanti eh.. Bye!" kata Fatin sambil berlari pecut ke officenya.

Itulah kehidupannya sebagai CEO syarikatnya. Nak melayan kehidupan pun tak sempat! Anda rasa dia ada masa untuk sakit kepala?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin tercungap-cungap. Nasib dia sempat masuk ke dalam lif. Kalau tak mesti dia lambat punya. Masalahnya sekarang ni yang ada di dalam lif itu ialah dia dan Idlan sahaja. Suasana sunyi seketika.

Idlan menoleh ke arahnya.

" So. Maaflah sebab tak dapat datang masa wedding awak haritu." kata Idlan.

Fatin menoleh ke arahnya. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

" Takpe. Tapi kenapa awak tak datang eh?" Tanya Fatin.

Idlan memandang Fatin sambil tersenyum nipis.

" Saya sakit." katanya.

Fatin tersentak.

" Sakit apa?" tanya Fatin. Saja nak jadi concern kejap.

Idlan memandang ke bawah. Dia tersenyum sinis. Fatin berkerut.

" Saya..sakit hati." jawab Idlan.

Fatin tersentak. Sakit hati? Yang itu dia memang tak boleh nak buat apa-apa. Fatin mula cemas. Aduh, yang dia pergi tanya soalan tu dah kenapa?

Selepas sahaja jawapan itu keluar dari mulut Idlan. Suasana menjadi sedikit tegang. Fatin memang tak sanggup nak memandang Idlan. Idlan pulak sedang melayan hati yang duka.

' Ya Allah! Cepatlah sampai tingkat atas!" rayu hati Fatin.

Tiba-tiba..TING!!

Pintu lif pun terbuka. Fatin dengan pantasnya melangkah keluar dari lif itu meninggalkan Idlan. Sampai sahaja di luar pintu lif itu pun tertutup. Fatin dengan gembiranya meraikan rasa syukur kerana doanya dimakbulkan.

" Yes! Yes! Nasib baik!" pekik Fatin.

Boleh pulak dia buat tarian kemenangan di situ.

Tengah dia melayan perasaan. Tiba-tiba seorang pekerja officenya pun lalu. Tercengang budak itu melihat bosnya menari di tengah-tengah alam tu. Fatin terpandangnya. Fatin tersentak. Posisinya dibetulkan. Dengan sepantas arnab mengalahkan kura-kura dia terus memecut ke meeting room.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Langit pada malam itu dipenuhi dengan awan mendung. Sehinggakan bulan diselindungi awan-awan itu.

Fatin memasukkan baju-bajunya yang telah dilipat ke dalam beg bajunya yang berwarna ungu. Dia mengeluh sendiri. Baju di tangannya dipandang lama. Baju pemberian arwah mamanya. Sungguh dia tidak mahu berganjak dari rumah itu walau seinci pun. Kerana sekarang hanya papa sahaja yang dia ada. Fikirannya melayang memenuhi angkasa raya.

Shahir melangkah masuk ke dalam bilik tanpa disedari Fatin. Dengan itu secara rasminya timbullah plan nakalnya mengenakan Fatin. Tubuhnya yang tinggi itu merapati Fatin dari belakang dengan perlahan-lahan. Mukanya didekatkan ke telinga Fatin.

" Fatin!" pekik Shahir.

Fatin tersentak tapi tidak terkejut. Dia memandang Shahir di sebelahnya. Shahir duduk di katilnya dengan perasaan hampa.

" Ala! Tak terkejut pun?" keluh Shahir.

Punyalah penat dia menyelusup macam pencuri tak jadi pulak gurauannya. Fatin hanya menjeling Shahir. Dia berdecit perlahan. Shahir tersentak. Marah ke? Shahir hanya melihat Fatin yang kembali memasukkan baju. Tiba-tiba dai berhenti. Fatin menoleh ke arah Shahir.

" Boleh tak kalau.."

Fatin menunduk. Ayatnya tidak dihabiskan. Shahir menunggu.

" Hmm?" soal Shahir.

Wajah Shahir kembali menjadi tempat matanya menghinggap. Kali ini matanya dipenuhi empangan air mata. Shahir tersentak.

" Kalau kita tak pindah?"

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience