BAB 7

Other Completed 4897

"Hey nenek gendut! Aku tau lah kau cemburu dengan riak wajah aku yang
cantik ini! Mujurlah aku ini cantik kalau tidak lunyai habis muka kau
aku kerjakan tau!"

Serentak dengan itu Amylia terkekeh ketawa. Petang itu seharian dia
setia diatas katil menghabiskan masa-masa rehatnya bersama sahabat
baiknya yang kini sedang berada di Alor Star, Kedah iaitu Shahira.
Walaupun masing-maasing jauh membawa haluan, namun masing-masing masih
tetap mencari masa terluang untuk berchatting dan berbalas-balas voice
note di whatsapp sesama mereka. Bagi mereka jarak hubungan yang jauh
bukanlah faktor penghalang untuk mereka tidak akrab seperti masa-masa
sebelum. Shahira merupakan satu-satunya sahabat baik yang dia ada sejak
di bangku sekolah lagi. Baginya, tiada yang setanding gadis itu. Dia
punya personaliti yang lain daripada kawan-kawannya yang lain. Lain yang
bagaimana, itu hanya menjadi sebuah rahsia yang tidak dapat diungkap.
Itulah ajaibnya persahabatan sejati baginya.

"Eeiii makcik gedikk ni......!! Hahahaha!! Kuajoo eh kau.
Tengoklah!"Amylia bermonolog sendiri sambil melepaskan deraian tawa buat
kesekian kalinya. Hatinya tercuit dengan gelagat serta keletah Shahira
atau lebih dikenali sebagai Erra.

"Alah makcik gedik ni. Buat apa ceq nak jeles dengan makcik gedik.
Dahlah gedik, propa pulak tu. Eyurr simpang mak,"dia membalas voice
suara Shahira. Dalam diam, tingkahnya diperhati secara senyap oleh
Irdina. Mukanya berkerut. Entah suara siapalah yang dia dengarkan itu.
Pelik betul si Amylia ni. Risau pula dia sesekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience