Rate

BAB 55 - AFIYA MAIZURA

Romance Completed 454604

Di sebuah Cafe yang tak berapa ramai pelanggannya.. Tenang saja suasana didalam Cafe itu.. Ada seorang wanita sedang duduk sendirian menikmati secawan kopi yang dipesannya.. dari jauh seorang lelaki berkaca mata melihat ke arah wanita yang sedang menikmati kopinya sambil melihat telefon bimbit yang ada ditangannya.. berjalan lah dia masuk kedalam Cafe tersebut.. terus ke kaunter untuk membuat pesanan.. dia kemudiannya berjalan ke arah meja wanita tadi..

''assalamualaikum..'' salam diberi untuk menyapa wanita itu..

''walaikum salam.. '' jawap wanita itu seraya mengangkat wajahnya mendongak ke atas.. melihat pemilik suara yang menyapanya.

''tuan widad.. buat apa disini?'' bibir wanita itu mengembang sebaik melihat lelaki yang ada dihadapannya..

''tak payahlah bertuan- tuan... saya bukan ada urusan kerja.. saya cuti hari ini.. panggil widad saja.. boleh saya duduk disini?'' tanya widad menunjuk kearah kerusi kosong yang ada dihadapan Maya.. Maya melihat pakaian santai yang dikenakan oleh widad.

''ya sila..'' kata Maya mempelawa Widad untuk duduk di kerusi kosong dihadapannya..

'' betul ni? .. tak ada siapa tempat ni?'' tanya Widad menarik kerusi di hadapan Maya..

''ya-ya betul.. tak ada siapa.. duduklah.. saya seorang saja..'' kata Maya.. melihat Widad melabuhkan punggungnya di kerusi dihadapannya..

''saya tak ganggu Tun kan?'' kata Widad..

''eh-tak.. Saya tunggu yaakobdatang jemput saya.. Dia pergi solat .. Sementara tu saya minum disini.. Tak ganggu pun..''

''lagipun tak perlulah panggil Tun.. Saya pun bukannya dalam urusan kerja dengan widad..'' sambung Maya.. Tersenyum kepada Widad .

Seorang pelayan muda datang menghantar secawan kopi yang dipesan oleh Widad tadi..

''terima kasih..'' ucap Widad kepada pelayan lelaki yang menghantarkan pesanannya. Tersenyum saya pelayan itu dan menundukkan kepalanya pergi dari situ dengan sopan..

''tak sangka kita semakin tua maya.. Anak muda sekarang semakin cepat tumbuh dewasa..'' kata Widad.. Menunjuk ke arah pelayan muda tadi.

''ya betul tu..'' Maya mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan Widad..

'' terima kasih sebab jagakan manja dengan baik.. Arwah Rasyiqul dan Afiya tentu tenang disana.. Bila satu-satuny anak tunggal mereka hidup dengan baik dibawah jagaan kamu maya..'' kata Widad sambil tangannya mengacau kopi dengan sudu yang ada dipiring.

''alhamdulillah .. Manja saya jaga dia, macam anak saya sendiri.. Lagipun dia anak Afiya.. Anak sahabat baik saya.. Satu-satunya sahabat rapat saya.. Anak afiya.. Anak saya juga.. '' kata Maya.. Dengan bangga.

'tapi malangnya Rasyiqul telah memilih dia untuk dijadikan isteri.. Bukannya aku.. akhirnya aku juga, tetap jadi sebahagian keluarga ini.. Bukan itu saja! lihat lah aku sekarang.. Aku dah dapat lebih dari segala-galanya.. Walaupun tak dapat menawan cinta Rasyiqul yang hanya untuk Afiya di sepanjang hayatnya.. Ahhh! Persetankan semua itu... Tak pernah siapa tahu bagaimana rasanya menjadi isteri yang tak dicintai oleh suami sendiri.. Cuma dianggap sebagai wanita yang hadir untuk mencurahkan kasih sayang buat anaknya.. Raif Althaf..'

'' macam mana keadaan manja.. Di ada datang ke pejabat tak?'' tanya Widad.

''oh.. Manja dia ada di kampung.. Berkepit saja dengan isteri kesayangan dia.. Biasalah lovebirds tu..'' kata Maya.. Dengan gelakan kecil di hujung katanya..

''alhamdulillah lah kalau macam tu.. Saya harap manja sedia untuk tampil sebagai pewaris yang bakal menerajui syarikat.. Melengkapkan wasiat arwah.. Baru lapang dada saya ni.. Kita dah tua ni Maya.. Entah esok.. Lusa.. Kita akan pergi.. Sama ada kita bersedia mahupun tak.. Tiada apa pun boleh menolak perkara itu.. Perkara yang pasti itu.. '' kata Widad menasihati Maya secara lembut..

'kalau lah aku ada anak dengan Rasyiqul.. Pasti aku akan menaungi semuanya.. Tapi rasyiqul kejam.. Sikit pun tak beri peluang buat aku.. Sehingga aku bertukar menjadi pendendam begini.. Dia hanya pandang aku sebagai pengasuh kepada anak dia.. Bayangan afiya tak pernah hilang dari matanya.. '

''ya! Saya pun harap manja akan tampil ke hadapan untuk menerajui Syarikat..'' kata Maya.. Sekadar untuk menyedapkan hati Widad...

''bagus lah kalau macamtu...'' balas Widad..

''itu pun yaakob dah sampai..'' Maya menunjukkan kearah kereta syarikat yang siap terpakir di bahu jalan. Widad turut berpaling melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Maya.

''dah sampai.. Saya ingat kita boleh berbual panjang sebagai seorang kenalan lama.. Nampaknya masa tak mengizinkan kita untuk itu..'' kata Widad berpaling semula melihat kearah Maya.

''insya Allah .. Nanti kita berbual lagi begini.. Bukan selalunya kita dapat berjumpa.. Bersantai begini '' balas Maya.. Menyimpan telefon bimbitnya kedalam beg tangannya.

''ya insya Allah ... Nanti kita akan berbual lagi..'' balas Widad melihat kearah Maya yang mula bangun dan berjalan pergi.. Matanya melihat sahaja kearah Maya yang mula keluar dari Cafe tersebut.. Yaakob keluar dari kereta dan membuka pintu bahagian belakang untuk Maya.

'sampai bila Maya.. Sampai bila kau nak berlakon di hadapan semua orang? Kenapa kau terlalu tamak.. Kau aniaya manja... Kau akan menyesal Maya.. Tak kira lah kasih sayang yang kau curahkan tu palsu ataupun ikhlas.. Kau pasti kecewa dengan semua ni.. Yang pasti Manja akan turut sama kecewa dengan kau Maya..'

Maya masuk ke dalam kereta.. Tubuhnya bersandar dengan selesa di kerusi itu.. Kepalanya di hadapkan memandang kedalam Cafe itu.. Memandang ke arah Widad yang sedang menikmati kopinya...

'tak sangka aku akan jumpa dengan kau hari ni Widad.. Kau sengaja datang nak menguji aku Widad.. Macamlah aku tak tahu niat kau yang sebenar.. Kau nak aku lepas kan manja menjadi penaung sebenar kan..' bahu Maya terhinggut-hingut.. Ketawa.

Yaakob yang ada di kerusi hadapan mengintai melalui cermin pandang belakang.. Seram dibuatnya melihat Maya ketawa sendirian begitu.

'apa kena dengan Tun ni.. Tiba-tiba ketawa mcam tu.. Dah macam orang buang tebiat dah aku tengok..' anak mata Yaakob dilarikan bila melihat Maya turut memandang kearah cermin...

Terlayar kembali kenangan dia bersama dengan sahabat baiknya sebelum ni....

Dua orang gadis yang datang ke bandar untuk menimba ilmu di menara gading di bandaraya..

Sudah lama dia menaruh hati kepada Rasyiqul.. Tetapi Rasyiqul mendekatinya semata-mata hendak mengorek rahsia tentang Afiya.. Apa yang disukakan oleh Afiya.. Makanan kegemaran Afiya.. Apa yang tak disukai oleh Afiya.. Semuanya adalah sebab Afiya.. Semata-mata Afiya..

Sehingga satu hari... Rasyiqul melutut di hadapannya. Tangan lelaki itu menyuakan satu kotak baldu merah kepadanya. Kotak itu dibuka.. Sebentuk cincin emas ada didalamnya.

''sudikah kau menjadi pasangan hidupku.. Temani aku sepanjang hayatku.. Sama-sama meniti hari tua.. Mengharungi segala susah payah dalam liku kehidupan ini bersama.. Sudikah dikau?'' tanya Rasyiqul .. Mendongak melihat kearah Maya.

Merah muka Maya diperlakukan sebegitu.. Dia membawa tangannya naik menutup wajahnya yang sedang berbahang.. Terasa bagaikan dilamar oleh putera raja lagaknya..

Rasyiqul bangun semula.. Kotak yang ada sebentuk cincin emas didalamnya ditutup semula..

''macam mana kalau saya lamar afiya macam tu?'' tanya Rasyiqul ..

'apa?!! Lamar Afiya!! Jadi tu hanya lakonan? Bukannya betul -betul? Cincin tadi untuk Afiya! Bukannya untuk aku!!!!' hati Maya yang sedang berbunga mekar kini berguguran kelopak bunga itu jatuh.. Melayu dan kering ..'

''untuk Afiya?'' tanya Maya.. Tangannya yang menutup wajah tadi dijatuhkan..

''ya! Tentulah! Takkan yang kamu ingat ni untuk....''

''tak-tak..'' Maya mengoyangkan tangannya di hadapan Rasyiqul .. Dia menyimpan saja rasa sakit hatinya didalam hati..

''Afiya mesti suka ni..'' Maya menunjuk kearah kotak baldu merah yang ada ditangan Rasyiqul.

'untunglah kau Afiya.. Aku yang selalu bersama dia.. Tapi dia pilih kau Afiya.. Kenapa? Apa kurangnya aku ni? Apa yang lebihnya kau Afiya.. Sampai dia tak nampak aku.. ?' Maya tetap juga tak puas hati..

''hai, bual apa ni?'' satu suara lembut menyapa mereka..

Rasyiqul segera menyembunyikan kotak baldu tadi didalam gengamannya.. Jantung yang sedang mengepam darah ke seluruh tubuh sedang berkerja dengan gigih.. Perlahan- lahan dia berpaling melihat ke arah seorang wanita yang seindah bidadari di belakangnya ..

''afiya!'' katanya sepatah.. Air liur ditelan payah.. Tambah- tambah melihat wajah putih bersih itu sedang tersenyum kepadanya..

''ya.. Maaf saya nak ajak Maya ikut saya ke perpustakaan .. Boleh tak?'' tanya Afiya sopan.

''tapi sebelum tu..'' Rafiqul turun perlahan-lahan melipat sebelah kakinya melutut.. Di hadapan Afiya..

''ras..'' Afiya mundur ke belakang selangkah.

''sshh!'' potong Rasyiqul ..

''izinkan saya...'' mendongak dia memandang kearah Afiya.. Kotak baldu itu dibuka dan di suakan kehadapan Afiya.

''Afiya Maizura...''

''sudikah.. Kau.. Menjadi sebagian dari hidupku.. Sebahagian dari seorang lelaki yang bernama Rasyiqul ... '' Rasyiqul terdiam.. Tak seperti dia dengan Maya tadi.. Lancar saja tutur katanya.. Fikirannya kini kosong, tak dapat berfikir dengan baik.. Lidahnya turut kelu membeku.. Sedikit pun tak membantu tuannya yang sedang melamar bidadari yang telah mencuri hatinya..

''saya Afiya Maizura... Dengan seikhlas hati menerima lamaran dari seorang lelaki yang bernama Ungku Rasyiqul... Tapi dia kenalah berani untuk berjumpa dengan wali saya.. Kalau niatnya juga ikhlas ingin menyunting saya..'' balas Afiya .. Wajah yang putih bersih tadi bertukar menjadi merah.. Menunduk memandang ke arah tanah.. Malu.

'tak guna! Kenapa perlu di hadapan aku.. Inas kamu berdua sengaja nak sakitkan hati aku!! ' Maya mengengam erat penumbuknya.. Di kedua- dua belah tangannya.. Sungguh sakit hatinya melihat kepada pasangan itu.. Bila Afiya melihat kearah nya .. Wajah yang mendung tadi terus bertukar menjadi ceria dan tersenyum.

''Maya jom!'' Tangannya di tarik oleh Afiya.. Berlari - lari anak mereka pergi dari situ.. Maya berpaling melihat kebelakang, dimana Rasyiqul sedang melompat bersorak gembira..

''Tun!'' panggil Yaakob mengejutkan Maya..

''Tun cakap apa tadi? Maaf saya tak dengar.. Tak jelas?'' tanya Yaakob.. Bila mendengar Maya bergumam sesuatu tadi..

''saya ada cakap ke? Tak lah saya tak cakap apa pun.. Terus saja memandu..'' arah Maya.. Yaakob mengangguk faham..

'Anggap saja ini balasannya buat kamu berdua.. Kerana buat aku macam ni..' Maya berpaling melihat kearah luar.. Melihat keadaan jalan raya yang penuh dengan pelbagai jenis kenderaan sambil melayan perasaannya.

Share this novel

esther marcus
2020-10-30 13:10:37 

org pendendam akan dpt balasan yg setimpalnya nti...tgu ja maya...akan lg teruk ko dpt nti...


NovelPlus Premium

The best ads free experience