#3

Other Completed 5709

#3
Buku, tanggungjawab dan kurang ajar.

Pulang dari perniagaan kecil aku di asrama kampus.

Penat.

Assignment ada berlambak lagi yang harus disiapkan. Aku merancang untuk berjaga malam bagi menyiapkan semua. Esok, pukul 11 pagi nak kena hantar. Satu apa pun aku tak mula lagi.

Aku memandang pada jam di komputer aku.

1.25 Pagi.

Sudah lewat kata akal.

Masih awal kata hati.

Nafsu berteriak, rilek dulu.

Kau pun dah lama tak main DotA kan?

Aku terpengaruh.

*******

Aku rasakan seolahnya aku sedang bermain dalam keadaan bogel. Kalah memanjang tanpa ada unsur mahu melawan.

Mata aku mula melihat pada jam yang tergantung di dinding.

2.12 Pagi.

Ini kurang ajar.

Amat kurang ajar.

Aku harus berhenti sekarang. Assignment banyak lagi tak buat ni. Aku pun mula membuka aplikasi word dan menulis pra kata untuk sebuah assignment yang berjaya (harapnya).

5 Minit berlalu.

Sekali lagi nafsu memainkan peranan.

Nafsu katakana yang katil rindukan aku, aku tak layan. Aku abaikan bisik-bisik halus yang saling menggoda dan berganti antara nafsu dan katil. Aku risau ianya akan jadi panjang. Yela, kalau sudah rindu, kau fikir aktiviti yang dilaksanakan akan jadi sekejap?

Nafsu dan katil bergabung memujuk aku.

Katil kata, dia rindukan aku, rindukan kehangatan tubuh aku, walaupun aku tidak tidur, tidak salah katanya andai aku sekadar baring dalam seminit dua. Dia berjanji, dia tidak akan membuatkan aku sehingga aku tidur lena.

Pertelingkahan antara aku dan katil itu panjang aku rasa. Sebab lepas itu jam menunjukkan pukul 2.30 Pagi. Akhirnya, aku akur. Dan pembaringan sementara ini pun dibuat demi nak menjaga perasaan katil. Takde lain dah.

Lagipun, cuma seminit dua. Apa yang nak luak pun?

Aku baring.

*Tutup mata*

*Buka mata*

Jam 10.30 Pagi.

Kadang-kadang aku rasa katil aku ni datang dari neraka jahanam.

Celaka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience