bab 12

Drama Series 9417

Zafril yang baru keluar daripada wardrobe room mendekati dhia yang termenung diatas katil.

"Dhia... Okay tak?" teguran zafril itu menyentakkan dhia yang sedang termenung.

"Ye okay..." jawab dhia ringkas.

Dhia berkira-kira hendak memberitahu suaminya tentang lelaki yang mereka temui di pasaraya pagi tadi. Akhirnya dia membuat keputusan untuk memberitahu zafril kerana risau suaminya akan salah faham nanti.

"Awak... Saya ada nak share something. Awak dah mengantuk ke?" soalan dhia membuatkan zafril mengfokuskan pandangannya kepada isterinya.

"Tak lagi. Kenapa?" zafril membaringkan tubuhnya sambil pandangan tidak teralih daripada wajah isterinya.

Dhia menarik nafas dalam lalu memandang kewajah suaminya.

"Lelaki tadi saya terlanggar time nak ambik tepung nama dia daniel." terhenti sekejap bicara dhia sambil menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan.

"Saya beritahu ni sebab saya taknak one day awak salah faham dekat saya. So, saya nak explain dekat awak ni." terang dhia lagi mendapat anggukan daripada suaminya yang masih fokus memandang wajahnya.

"Dia ex-boyfriend saya masa zaman sekolah. Tapi tu semua dulu. Saya dah takde pape dah dengan dia." terang dhia lagi sambil memandang wajah zafril yang beku tiada reaksi.

"Awak saya tak tipu...."jujur dhia sambil mengangkat tangan kanannya seperti berikrar.

"Kenapa putus?" soal zafril yang mula berminat untuk mendengar cerita isterinya.

"Dia tipu saya.. Dia tak jujur dengan saya... Dia bercinta dengan saya sebab dia kesian dengan saya.. Dia hina saya sebab saya miskin dan tak setanding keluarga dia... Abah meninggal pun berpunca daripada dia... Masa hari temu mesra parents, dia alih perhatian saya tanpa saya sedar abah ada dekat tangga sekolah.... Iqram tolak abah jatuh tangga.... "air mata yang cuba ditahan dhia akhirnya tumpah setitik demi setitik.

Zafril yang mendengar cerita dhia begitu terkejut dan bersimpati kepada isterinya. Dia bangun daripada baringannya lalu memeluk tubuh dhia sambil mengusap belakang badan isterinya. Zafril sangat benci apabila melihat dhia menangis terasa seperti ada yang mencampakkan kayu api bagi memarakkan lagi amarahnya.

"Shhh.... Its okay sayang...." pujuk zafril.

"Dia buat abah terlantar.... Dia buat mak menangis.... Dia buat kak nia rasa terbeban... Dia juga yang buat saya benci dan tak percayakan lelaki...." beritahu dhia dengan sedu.

"Saya rindu abah....." luah dhia perlahan.

"Sayang.... Abah dah tenang dekat syurga. Kalau abah tengok sayang macam ni mesti abah lagi sedih. Sayang kan kuat you have mak, kak nia, papa, mama, zahir, zarah and me." pujuk zafril lagi sambil mengesat air mata isterinya.

Dhia menganggukkan kepalanya seperti kanak-kanak yang baru mendapat gula-gula.

"Dah jom tidur esok kerja kan." arah zafril kepada isterinya. Mereka tidak mengambil cuti khas kahwin kerana mereka ingin menyelesaikan terlebih dahulu projek kerja yang menimbun.

"Saya nak cuci muka dulu takut esok sembap." beritahu dhia seraya bangun menuju ke bilik air.

Selepas menunaikan solat subuh berjemaah dhia turun kebawah untuk menyediakan sarapan manakala zafril bersenam seketika didalam bilik gym yang terdapat didalam rumah banglo itu.

Selesai menyediakan sarapan dhia kembali ke bilik tidur untuk bersiap. Sebaik membuka pintu bilik dia dihidangkan dengan pemandangan yang luar biasa baginya.

Zafril yang hanya mengenakan tuala paras pinggang menampakkan abs dibadannya tersenyum memandang dhia yang menahan malu.

"Takkan nak tengok je?... Sentuh pun boleh..." usik zafril sambil mendekati dhia yang masih terkaku di pintu bilik tidur mereka.

"Ehh apa awak ni?! Cepat pakai baju lah!" gelabah dhia mengundurkan dirinya apabila zafril masih melangkah kearahnya. Langkah dhia terhenti apabila badan belakangnya bersentuhan dengan pintu bilik. Zafril mengunci pergerakan dhia dengan kedua tangannya diletakkan di kiri dan kanan kepala dhia.

Zafril mengucup puncak kepala dhia sebelum pergi ke bilik wardrobe untuk memakai baju kemeja yang telah digosok oleh isterinya. Manakala dhia masih terkejut dengan perbuatan suaminya tadi hanya mendiamkan diri sebelum suara zafril kedengaran lagi.

"Nak kiss lagi ke?" usik zafril sambil mengenyitkan matanya kepada dhia yang sedang menahan malu.

"Hishhh suka ambik kesempatan!!" marah dhia sambil menghentakkan kakinya menuju ke wardrobe room.

Selesai bersarapan, mereka menuju ke pejabat. Ramai pekerja mengucapkan tahniah kepada mereka dan ada juga yang mengusik dhia. Pasangan suami isteri itu menuju kearah lif yang masih bertugas menuju ke tingkat atas. Zafril menggenggam tangan dhia secara tiba-tiba menyebabkan dhia terkejut dengan perlakuan suaminya itu.
Ramai mata yang memandang kearah mereka, dan itu mengundang perasaan malu dalam diri dhia tapi tidak pada zafril.

Sebaik pintu lif terbuka zafril dan dhia melangkah masuk kedalam lif tetapi pekerja yang lain tidak mahu melangkah masuk kedalam lif kerana takut mengganggu momen bahagia pasangan tersebut.

"Kenapa diorang taknak masuk sekali?" pelik dhia melihat tingkah laku pekerja yang tersenyum sahaja pada dia dan zafril.

"Entah." ringkas jawapan zafril yang sudah menekan punat lif menuju ke pejabatnya.

Dhia yang baru perasan zafril masih lagi menggenggam erat jarinya hanya membiarkan sahaja perbuatan encik suami.

Setibanya diaras pejabat mereka ramai pekerja yang menyambut kehadiran pasangan pengantin baharu tersebut.

"Morning boss selamat pengantin baru!" ucap aufa teruja sambil menatang secawan teh.

Dhia tersenyum mendengar semua ucapan tahniah daripada pekerja tersebut.

"Thank you semua!" ceria sahaja balasan dhia mewakili suaminya yang sedari tadi diam dengan mempamerkan muka ketatnya.

Sejurus para pekerja mula beredar menuju ke meja masing-masing, zafril memalingkan wajahnya kearah dhia.

"Kerja elok-elok sayang. Anything just call me." zafril mengenyitkan matanya kepada dhia lalu menuju kepejabatnya risau dapat penyepit ketam free nanti.

Dhia memulakan tugasannya kembali dengan mood yang baik. Sambil dia mencatat schedule bossnya yang merangkap suaminya, dia terpandangkan iklan kek moist chocolate pada skrin computernya.

'Hmmmm macam sedap.... Takpe balik ni kita buat hehe... Harap asy suka...' bicara hati dhia sambil tersenyum.

"Amboi kemain melebar senyum pengantin ni..." tegur sherry yang baru tiba di meja dhia sambil menjinjing sekotak hadiah untuk dhia dan zafril.

Dhia yang tersedar mula menahan malunya.
"Apa akak ni..."

"Nah your present." hulur sherry sekotak hadiah kepada dhia yang sudah dianggap seperti adiknya.

"Alamak! Aku lupa nak bawak.... Haaaa takpe nanti reception lagi satu aku kasi hehehhe..." sampuk aufa sambil menghirup teh panasnya.

"Ishhh takpelah... Akak ni susah susah je bagi.." segan dhia sambil menyambut huluran sherry.

"Elehhh... Susah susah pun ambik jugak!" tutur aufa sambil menjeling dhia.

"Ehhh dhia.. So how's your marriage? Okay tak? Boss garang tak?" soal sherry sengaja mengusik dhia.

"Takde lah okay je semua... Garang?? Noooo! Sikit pun tak..." jawab dhia ringkas. Tak boleh share perangai suaminya yang gatal tu nanti habis dikutuk oleh dua orang budak ni kang. Tak memasal dapat title pekerja dan isteri derhaka.

Belum sempat aufa dan sherry hendak sambung bertanya dhia terlebih dahulu meminta diri menuju ke pantri untuk membuatkan air kopi encik suami.

Dhia masuk kedalam pejabat zafril selepas dibenarkan masuk.

"Kopi." tutur dhia sambil berhati-hati meletakkan air tersebut di atas meja zafril.

Zafril memandang isterinya yang begitu cantik memakai blouse putih bersama palazzo navy blue yang dibeli olehnya untuk dhia. Tambahan pula dhia mengenakan bawal satin bercorak bunga menambahkan kecantikan isterinya yang berwajah natural cerah.

Dhia perasan suaminya memandangnya lama.

"Asy... Okay tak?" tegur dhia.

"Okay hehe...." jawab zafril menghadiahkan senyuman manis kepada isterinya lalu menghirup sedikit kopi panas buatan dhia.

"Pukul 10 kejap lagi kita ada meeting dengan papa dekat bilik mesyuarat." beritahu dhia yang memandang tepat kewajah suaminya.

"Okay sayang. I'll pick up you then." ujar zafril lalu mengfokuskan kembali dirinya kepada dokumen diatas mejanya. Dia perasan dhia tak henti dari memandangnya sedari tadi menyebabkan idea nakal mula muncul.

"Why you looking at me like that dear? Do i look handsome today?? Malam nanti tengoklah puas-puas nak touching pun boleh..." usik zafril sambil memberi pandangan menggoda kepada isterinya.

"Errrr... Gatal!" ujar dhia sebelum berlalu keluar daripada pejabat suaminya.

Selepas tamat mesyuarat bersama boss besar Hisham's Holding, semua dibenarkan rehat untuk makan tengahari. Dato Hisham membenarkan semua pekerja keluar kecuali zafril dan dhia.

"Mama ajak makan malam dekat rumah." beritahu dato hisham sambil membetulkan blazer yang dipakainya.

"Bila tu pa?" soal zafril.

"Malam ni... Dhia okay tak?" pandangan dato hisham dialihkan kewajah dhia yang berada di sebelah zafril.

Dhia memandang wajah suaminya sebentar sebelum membalas.
"Dhia okay je.... Abang okay kan...." teragak-agak dhia mengeluarkan perkataan yang sangat disukai suaminya.

Zafril tersenyum lalu memaut jari-jemari isterinya.
"Abang okay je kalau sayang okay...." jawab zafril sambil memandang kewajah isterinya yang sudah memerah menahan malu.

Dato hisham yang melihat drama anak menantunya itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
"Haaa kalau macam tu kita jumpa malam ni. Dah papa nak balik menyampah tengok korang ni mana-mana pun jadi je tempat nak menggatal ehhh zaf..." ujar dato hisham sebelum berlalu keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

Dhia mencubit geram lengan suaminya yang berlapik suit hitam.
"Haaa.... Gatal lagi ni dapatnya..." ujar dhia sambil menghadiahkan jelingan kepada suaminya.

"Aduhhh sakitlah sayang..... Comel tapi kenapa garang sangat ni aduhhhhh....." ujar zafril mengusap bekas cubitan di lengannya.

"By the way, the way you call me abang.... I like...." sengaja zafril mengusik lagi isterinya.

"Tch... Nak kena lagi ke?"

Zafril menggelengkan kepalanya sambil tersenyum manis kepada isterinya yang sudah berdiri.

"Jom makan... Lambat tinggal bye." ujar dhia seraya melangkah menuju ke pintu bilik mesyuarat lalu memalingkan kepalanya memandang kearah suaminya.

Zafril bingkas bangun mendapatkan isterinya lalu dengan pantas menghadiahkan senyuman di kepala isterinya.
"Jom." zafril mencapai lengan isterinya keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

'Hishh! Ada je nak ambik kesempatan! Suami sape lah ni...' bisik geram hati dhia yang masih mengikut langkah suaminya menuju ke kereta untuk makan tengahari di restoran berdekatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience