Bab 30

Romance Series 105910

ZAILANI menghentak-hentak stering. Tangisan Juwita cukup merobek hatinya ketika itu. Sudah berbakul sumpah seranah buat Adrian.

Tidak sangka itu yang dialami oleh Juwita sehingga menyebabkan dia berubah watak. Sungguh Zailani tidak dapat terima.

"Kau dengar sini, Ju. Aku akan tuntut keadilan untuk kau. Aku akan jadi semula Lan yang kau ada dulu. Ini janji aku." Juwita terkedu. Sekilas dia memandang Zailani yang sedang memandu.

Lan...

Lan yang Juwita ada dulu sering melindungi Juwita walau dengan apa cara sekalipun. Tak mungkin dia menyakiti Juwita. Juwita dilayan seperti puteri.

Mereka terus menuju ke tempat yang ditetapkan oleh Adrian. Merah padam wajah Adrian saat melihat Juwita bersama Zailani.

"Setan kau, Ju. Kenapa kau bawa jantan ni sekali? Kau memang sengaja cari nahas, kan?" Adrian menghamburkan kemarahan.

Belum sempat tangannya menyentuh tubuh Juwita. Zailani menghadiahkan satu sepakan tepat ke perut Adrian. Tersungkur Adrian dibuatnya.

"Aku boleh bagi duit yang kau nak, tapi aku nak semua gambar dan video yang kau ada. Tanpa satu pun yang tertinggal, atau kau akan terima akibat dari perbuatan kau." Tegas kata-kata Zailani.

Adrian tersengih. Langsung tidak gentar dengan ugutan Zailani.

"Aku nak duit aku atau aku sebarkan video dan gambar tu. Kalau dalam masa setengah jam budak aku tak dapat khabar dari aku, video dan gambar tu tersebar." Juwita kecut perut. Wajah ivu dan adik-adiknya bermain di mata.

"Zai... bagi jelah Zai. Aku tak nak keluarga aku malu." Adrian senyum sinis mendengar rayuan Juwita. Dia tahu Juwita pasti akan tunduk dengan permintaannya.

"Jangan risau Ju. Semuanya dah diatur. Kalau video tu tersebar, dia yang akan dipenjarakan. Tak ada siapa yang akan malu melainkan diri dia sendiri." Zailani tetap pertahankan pendiriannya.

Duit itu takkan sesekali sampai ke tangan Adrian. Tidak walau satu sen pun. Itu tekad Zailani. Dia yakin sekali Adrian dapat memeras ugut Juwita menggunakan video tu, Adrian akan melakukannya berulang kali untuk mendapatkan duit dengan cara mudah.

"Aku akan pastikan kau disabitkan dengan tiga kesalahan. Memukul, merogol dan memeras ugut. Pilihan kat tangan kau. Kau boleh gertak Juwita tapi bukan aku." Zailani bersuara tegas.

Adrian berdiri mengadap Zailani. Tiada riak takut di wajahnya. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan hanya dengan satu panggilan saja, Adrian ketawa puas.

Zailani salah langkah. Dia bukan sejenis yang takut dengan sebarang ugutan. Tidak sampai lima minit, telefon Juwita berdering.

"Angkatlah. Kalau ni tunang kau, tu pasti kekasih gelap kau kan?" Adrian ketawa. Wajah Juwita berubah pucat. Nama Haris tertera diskrin telefon bimbitnya.

"Angkat Ju," arah Zailani. Teragak-agak Juwita menjawab panggilan dari Zailani.

"Apa ni Juwita? Ni sebab kau minta aku RM30,000?" Nyaring sekali suara Haris ditalian sebelah.

"Haris... tolong aku. Jangan sampai video tu sampai kat ibu, papa ngan mama. Please Haris..." Juwita merayu. Tangisannya sekali lagi pecah.

Zailani mengenggam penumbuk apabila melihat Adrian ketawa besar.

"Sekarang ni siapa yang perlu ikut cakap siapa?" soal Adrian dengan angkut.

Juwita memandang Zailani penuh mengharap. Dia tak mahu video mahupun gambarnya lepas pada keluarganya yang lain. Sungguh pun apa yang berlaku bukanlah atas kerelaan hatinya, namun dia tidak sanggup membiarkan keluarga menanggung aib.

Zailani kepal penumbuk. Akhirnya dia tewas. Sampul surat dicampak ke wajah Adrian. Adrian mencapainya lalu membuka sekilas.

Sempat dia menghadiahkan senyuman mengejek sebelum berlalu meninggalkan mereka. Melihat Adrian yang telah berlalu pergi, Juwita jatuh terduduk.

Tiada lagi tangisan. Yang ada hanya wajah tanpa perasaan. Juwita seakan patung tidak bernyawa. Malah segala pertanyaan yang keluar dari mulut Zailani juga dia tidak dengar.

Saat Zailani cuba memaut tubuh Juwita supaya bangkit, Juwita rebah tidak sedarkan diri. Panik dengan situasi yang berlaku, Zailani segera mencempung tubuh Juwita lalu diletakkan ditempat duduk belakang.

Tanpa berlengah, Zailani memecut laju menuju ke hospital.

MAISARA memeluk erat tubuh Adrian. Wang di tangan Adrian diambil lalu dimasukkan ke dalam beg galas yang dibawanya.

Ditarik seikat lalu diberikan kepada Adrian. Wajah Adrian berubah melihat wang yang dihulurkan oleh Maisara.

"Nah... ambillah. Ni untuk kau. Yang lain aku punya." Maisara bersuara lunak. Senang hatinya mendapat wang dari Juwita. Dia tak peduli dimana Juwita dapat.

Yang penting dia perlu buat Juwita susah. Dendamnya takkan terpadam selagi Juwita masih hidup.

"Lepas ni apa rancangan you?" soal Adrian sambil membelai rambut Maisara.

"I akan tackle Haris. I akan pastikan Haris benci Juwita." Maisara sudah merangka rancangan yang seterusnya.

"I tak boleh biarkan Juwita hidup senang. Dia tak layak dapat Haris." Maisara tersenyum.

"Kalau you tackle Haris, I macam mana?" Adrian menyoal.

"Heii... you jealous ke? Please Ad. You tahukan I cuma nak Juwita merana. You tetap nombor satu dihati I." Maisara memujuk. Kepalanya disandarkan pada dada Adrian. Adrian tersenyum gembira.

"Jom..." Maisara bersuara setelah agak lama mereka mendiamkan diri. Adrian tersenyum bahagia.

Mana mungkin kucing menolak ikan yang terhidang di depan mata.

Share this novel

Hartini Dania
2020-12-21 17:40:30 

Aku rs nak campak j 2ekor Jin Tu kt sungai sarawak biar d mkn bujang senang

esther marcus
2020-10-19 17:22:36 

ha...sesuai sgt ikat & panggang...sial tul la...bg mkn kat jerung lg bgus 2 org tu...


NovelPlus Premium

The best ads free experience