12

Romance Completed 95763

Jam di dinding menunjukkan angka 10.30 malam. Anggun Dahlia sedang berdiri dibalkoni sambil membalas pesanan WhatsApp dari brasier. Sudah tentu dia mahukan laporan tentang perjalanan kafe sewaktu ketiadaannya. Ikram Benjamin menapak ke balkoni. Dia berdiri dibelakang perempuan itu. Sepertinya anggun dahlia sedang leka dengan gajetnya. Hidungnya menangkap wangian rambut pada panjang itu. Tangannya melingkar dipinggang perempuan itu. Dia merehatkan dagu pada bahu Anggun Dahlia.

Ketika itu, Anggun Dahlia sedikit tersentak dengan perlakuannya. Ikram Benjamin menyimpan senyum. Dia suka mengusik perempuan itu. Dia suka buat perempuan itu tunduk dengannya.
“Wanginya sayang abang. Abang suka.” Gemersik suaranya menembusi ruang pendengaran Anggun Dahlia. Tubuh perempuan itu sudah mengeras seperti tiang lampu. Hampir saja tawanya meletus.

“A…abang. Te…tepi sikit boleh tak? Kan..err Dahlia tengah buat kerja.” Tangan yang melingkar dipinggangnya dilepaskan. Namun tidak berjaya. Malah, pelukan itu semakin erat. Sesak nafasnya.

“Syyy…stay still. Cuma seminit abang nak kita macam ni.” Desah nafasnya terasa hangat dibatang leher Anggun Dahlia. Bibirnya menjalar dibahu itu. Rambut panjang perempuan itu diselak ke tepi. Satu gigitan kecil hinggap ditengkuknya. Anggun Dahlia tersentak dengan perlakuan itu. Air liurnya ditelan. Serta-merta badannya dingin seperti ais ketul. Matanya dipejam rapat.

“Wangi.” Gemersik suara itu membuatkan bulu romanya menegak naik. Seram dibuatnya. Ikram Benjamin memusingkan tubuh Anggun Dahlia menghadapnya. Pipi perempuan itu diusap lembut. Kelihatannya pipi itu sedang naik kemerahan. Malu agaknya. Dia tersenyum nipis.

“Hey, pipi ni kenapa merah? Hmm?” Hidungnya dilarikan pada pipi mulus itu. Sesekali, bibirnya mencium lembut pipi itu. Ya. Dia memang sudah gila. Dia gila pada isterinya. Gila pada perempuan didalam rangkulannya. Dia gila pada peremuan yang bernama Anggun Dahlia.

“A…abang…er…Dahlia…” belum sempat Anggun Dahlia menghabiskan ayatnya, bibir bawahnya digigit lembut. Lama. Sehingga dia dapat merasakan desah nafas lelaki itu pada kulitnya. Matanya dipejam rapat. Dia tidak mahu memandang lelaki itu. Jika ada hari esok, dia mahu lari jauh dari lelaki yang bernama Ikram Benjamin. Tubuh lelaki itu ditolak kasar. Dia terlepas dari rangkulan Ikram Benjamin. Cepat saja dia melarikan diri ke dalam bilik.

“Sayang. Nak lari ke mana? Come.” Ikram Benjamin menggamit perempuan itu. Bibirnya tersengih lebar. Tingkah perempuan itu mecuit hatinya.

“Tak nak! Abang gila! Dahlia tak sukaaaa!” Anggun Dahlia sudah berjalan mengelilingi katil. Jantungnya mahu gugur dengan kelakuan lelaki itu. Tolonglah, bukan hari ini!

“Of course! Abang gilakan sayang. Come here.” Dia pantas menangkap lengan Anggun Dahlia. Tubuh peremuan itu dicempung dan diletakkan dikatil. Dia tersengih nakal melihat kekalutan perempuan itu. Bantal dibaling ke arahnya.

“Syyy…senyap. Kenapa takut? Abang rindu dahlia. Rindu…rindu sangat.” Dia merapati Anggun Dahlia. Perempuan itu memejamkan mata saat bibir hangat lelaki itu menyapa segenap tubuhnya. Dia mahu pengsan.

“I will make you mine tonight.” Gemersik suara itu berbisik disebelah telinganya. Dia tidak mahu tahu apa yang dilakukan lelaki itu. Yang pasti dia mahu malam Itu berakhir dengan cepat.

“Abang sayang bidadari abang. Terima kasih...sebab jadi isteri abang.” Tangannya menjalar disetiap inci tubuh Anggun Dahlia. Ya. Malam itu dia akan ingat sampai bila-bila kerana perempuan itu sudah rasmi menjadi miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience