Rate

Bab 9 Sah

Romance Completed 278123

"Aku nikahkan akan dikau Adib Umair Al Baihaqi dengan anak saya Anis Umairah Binti Muhaimin dengan emas kahwinnya sebentuk cincin berlian dibayar tunai." Ucap Encik Muhaimin kepada Adib.

"Saya terima nikahnya Anis Umairah Binti Muhaimin dengan emas kahwinnya sebentuk cincin berlian dibayar tunai." Lafaz Adib dengan lancar dan jelas.

"Sah!!."

"Sah!!"

Sahut semua yang hadir di pejabat Agama tersebut.

"Alhamdulillah, semuanya sudah selesai."

Serentak dua keluarga yang hadir berucap syukur pada yang maha kuasa tatkala kata sah bergema memenuhi ruangan pejabat agama tersebut, seulas senyuman tercipta dari sudut bibir Adib, setitis air mata tampak hampir membasahi pipinya.

Ustaz pun memimpin bacaan doa dan memberi ucapan tahniah pada Adib.

"Tahniah Adib!"

"Terima kasih ustaz."

Encik Amri dan Puan Saleha bergantian memeluk erat Adib kerana telah sah menjadi suami orang. Mereka tak menyangka perjodohan tersebut telah termakbul.

"Tahniah bro!" Ucap Amar sambil menepuk pundak Adib.

"Terima kasih Amar kerana sudi datang, jom ikut kerumahku ada buat kenduri sikit dirumah."

"Akhirnya kau pun dah berpunya, selama ini kita sangka kau takkan nikah-nikah." Gelak Amar pada Adib.

Kerana Adib Umair terkenal tidak mempunyai kekasih seperti sahabat-sahabatnya yang lain.

Adib cuma tersenyum mendengar gurauan sahabatnya Amar.

"Tahniah Adib!"

"Terima kasih semua yang hadir."

Sambil mereka bersalam-salaman sebelum bersurai.

Adib menghulurkan sebuah kotak yang terisi sebentuk cincin berlian kepada ayah mertuanya Encik Muhaimin.

"Abah, ini mas kahwin dari Adib untuk isteri Adib, Anis Umairah." Kata  Adib pada Encik Muhaimin.

"Baik, terima kasih Adib... nanti abah sampaikan pada Anis." Sambil menyambut huluran tangan Adib. Kemudian dengan spontan Encik Muhaimin memeluk singkat menantunya tersebut dengan perasaan bahagia.

"Pastikan Anis pakai ya Abah." Ucap Adib dengan senyuman.

Encik Muhaimin menggangguk sambil tersenyum menatap menantunya itu.

"Adib, abah percaya kamu boleh menjaga dan membimbing puteri abah." Ujar Encik Muhaimin sang mertua, ia menepuk pundak Adib yang kini sudah sah menjadi menantunya.

"Insya Allah, itu sudah menjadi tanggungjawab Adib abah mohon doanya."

Adib tampaknya terlihat canggung, maklum saja kerana ini adalah pertemuan kedua mereka namun kewibawaannya serta pembawaannya yang tenang seakan tidak pernah hilang.  Encik Muhaimin lantas tersenyum, sorot matanya jelas menyiratkan kebanggaan pada Adib yang telah sah menjadi suami puterinya.

"Abah harap Adib boleh bersabar menghadapi sifat Anis Umairah nanti." Ujar Encik Muhaimin sambil menoleh melihat kearah adik-adiknya yang ikut serta menyaksikan akad nikah rahsia tersebut.

"Jom datang ke rumah, saya ada buat kenduri di rumah sebagai tanda kesyukuran." Sahut Abah Anis Umairah kepada beberapa orang yang hadir menyaksikan akad nikah Adib.

"Min, Saya dan Adib kena balik sebab dekat rumah tu pun ibu Adib ada buat kenduri juga." En Amri memberitahu pada Encik Muhaimin automatic besannya.

Mereka pun berpisah dan menuju rumah masing-masing. Sesampainya Encik Muhaimin di rumah...

"Assalamualaikum...!" Laung Encik Muhaimin ketika memasuki rumahnya.

"Waalaikumussalam, wah abah dah balik!" Sahut Puan Zulaikha dengan bersemangat.

"Eya umie, ni ada cincin dari Adib tolong umie pujuk supaya Anis mau pakai." Sambil menghulurkan sebuah kotak cincin pada Puan Zulaikha.

"Contoh cincin Anis Umairah tempohari ada dalam kotak tu juga." Kata Encik Muhaimin lagi.

Puan Zulaikha cuma mengangguk pelan.

"Semuanya sudah selesai umie, alhamdulillah."

"Ya alhamdulillah, semoga mereka nanti bahagia insya Allah."

Encik Muhaimin tersenyum bahagia melihat puterinya yang duduk di pelamin simple.

"Kak Anis, jom kita berswafoto." Ajak sepupu-sepupu Anis.

"Okay!" Sahutnya dengan senyuman.

Anis cuma mengikuti kehendak adik-adik sepupunya.

Puan Zulaikha dan Encik Muhaimin juga bergambar dengan Anis untuk dijadikan kenang-kenangan.

Hari itu keadaan rumah Anis jadi riuh rendah dengan gelak ketawa dan gurau senda.

Puan Zulaikha menjemput jiran-jiran terdekat untuk menikmati hidangan dirumahnya.

Tidak ketinggalan Encik Muhaimin juga menjemput jemaah masjid agar majlis tersebut mendapat berkah.

__________________________________

Adib duduk di sofa bersebelahan dengan ibu dan ayahnya. Di rumahnya juga sanak saudaranya datang untuk memeriahkan kenduri kesyukuran, tapi cuma beberapa orang sahaja keluarganya yang tahu bahawa Adib Umair sudah menikah iaitu yang ikut menyaksikan akad nikah tersebut.

Ustaz yang di jemput oleh Encik Amri juga sudah datang. Acara makan-makan kenduri berlangsung hingga ke malam. Tidak apa, ada masa dua hari untuk merehatkan badan yang terasa lelah. Itulah yang ada didalam fikiran Adib.

Apa khabar sang isteri?

Dia sudah makan ke?

Atau dia sudah tidur?

Adakah isteri rahsianya akan happy jika tahu berita pernikahan mereka atau sebaliknya?

Adib merebahkan badannya sambil melihat syiling biliknya. Dicapainya handphonenya, kemudian melihat what'sup mertuanya. Adib melihat foto-foto Anis yang duduk bersimpuh di pelaminan dengan senyumannya yang menawan, yang di send oleh abah mertuanya. Adib tak menyangka abah mertuanya seorang yang sporting dan memahami.

Walaupun Adib mengahwini Anis Umairah tanpa bercinta macam orang-orang lain, tapi Adib akan berusaha menjadi seorang suami yang soleh, setia dan dapat membimbing keluarganya ke jalan yang diredhai oleh Allah.

Adib membelek-belek foto Anis, tak sedar bibir Adib melengkung naik keatas. Adib tersenyum bila teringat dengan kisah pertemuan singkatnya dengan Anis buat pertama kalinya.

Pada keesokan paginya Adib pergi ke sekolah seperti biasa, dia merapikan diri dan yakin dengan kewibawaannya. Dia menginjakkan kakinya di sekolah tersebut dengan statusnya yang baru, iaitu telah menjadi suami orang, hak milik Anis Umairah...tapi si pemilik tidak tahu kenyataan yang telah berlaku.

Cikgu Farah sudah menunggu Adib di ruangan pejabat guru dengan bekal makanan di tangan.

"Assalamualaikum!" Sapa Adib kepada semua guru yang telah datang dengan ramah.

"Waalaikumussalam...!" Jawab guru-guru yang beragama Islam.

"Cikgu Adib, Cikgu dah sarapan?" Ucap Cikgu Farah sambil mendekati meja kerja Adib.

"Alhamdulillah sudah cikgu, kenapa ya?" Sahut Adib dengan sopan.

"Ini saya ada buatkan sarapan untuk Cikgu, sudi-sudi la terima ya Cikgu." Kata Cikgu Farah sambil menghulurkan bekal makanan kepada Adib.

"Oh, terima kasih Cikgu... sempena apa ya?" Tanya Adib dengan senyuman.

"Tidak ada juga Cikgu, hari ni saya buat sarapan lebih jadi sekalian la bungkuskan untuk Cikgu." Sahut Cikgu Farah dengan senyuman yang tak lekang dari wajah.

"Oh baik...letak saja situ Cikgu, nanti saya makan...terima kasih." Sahut Adib datar.

Adib menoleh ke kiri dan ke kanan, cuma dirinya sahaja yang diberi bekal oleh Cikgu Farah. Dia mengerutkan dahinya sambil melirik Cikgu Farah yang masih berdiri terpaku depan mejanya dengan senyuman manis.

"Ermmm, saya kena bayar ke Cikgu?" Ucap Adib semula kerana Cikgu Farah belum beranjak dari tempatnya.

"Oh tak payah Cikgu, saya kembali ke meja dulu Cikgu." Ucap Cikgu Farah salah tingkah.

"Baik." Sahut Adib singkat.

"Aku nikahkan akan dikau Adib Umair Al Baihaqi dengan anak saya Anis Umairah Binti Muhaimin dengan emas kahwinnya sebentuk cincin berlian dibayar tunai." Ucap Encik Muhaimin kepada Adib. "Saya terima nikahnya Anis Umairah Binti Muhaimin dengan emas kahwinnya sebentuk cincin berlian dibayar tunai." Lafaz Adib dengan lancar dan jelas. "Sah!!." "Sah!!" Sahut semua yang hadir di pejabat Agama tersebut. "Alhamdulillah, semuanya sudah selesai." Serentak dua keluarga yang hadir berucap syukur pada yang maha kuasa tatkala kata sah bergema memenuhi ruangan pejabat agama tersebut, seulas senyuman tercipta dari sudut bibir Adib, setitis air mata tampak hampir membasahi pipinya. Ustaz pun memimpin bacaan doa dan memberi ucapan tahniah pada Adib. "Tahniah Adib!" "Terima kasih ustaz." Encik Amri dan Puan Saleha bergantian memeluk erat Adib kerana telah sah menjadi suami orang. Mereka tak menyangka perjodohan tersebut telah termakbul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience