Bab 23

Drama Completed 5973

5 tahun kemudian....

"Haish mana Syafiqa ni? Tadi bukan main lagi kata nak jumpa sampai tak nak tunggu esok lusa," rungut Shazrin.

"Hmmm tu la," Areena mengiakan.

Mereka berdua menikmati minuman yang dipesan sambil menunggu ketibaan Syafiqa.

"Hai korang!" sergah Syafiqa dari belakang mereka. Dia ketawa terkekek-kekek apabila melihat reaksi mereka yang terkejut dengan tindakannya.

"Ish kau ni! Kalau aku kena heart attack tadi macam mana?!" marah Areena.

"Ehehe sorry," Syafiqa tersengih.

"Kenapa kau beria sangat nak jumpa kitaorang ni?" tanya Shazrin.

"Aku ada surprise untuk korang," Syafiqa tersenyum lebar.

"Surprise? Surprise apa?" Areena mengerutkan dahinya kerana Syafiqa langsung tidak membawa sebarang bungkusan. Kejutan apa yang dia maksudkan?

"Assalamualaikum,"

Areena dan Shazrin menoleh ke arah pemilik suara tersebut. Adakah betul suara itu milik rakan mereka yang sudah lama mereka rindukan?

"Saraa!" mereka terus memeluk pemilik suara tersebut.

"Ya Allah, betul ke ni kau, Saraa?" Shazrin bagai tidak percaya.

"Aku lah ni. Siapa lagi?" Saraa tergelak.

"Ni ke surprise yang kau maksudkan?" tanya Areena kepada Syafiqa.

"Kau rasa?" Syafiqa mengangkat keningnya.

"Korang ni nak berdiri je ke? Tak nak kasi Saraa duduk ke?"

"Ha'ah nak hukum aku ke apa ni?" gurau Saraa.

"Ye la, ye la. Dipersilakan duduk, tuan puteri," Shazrin menarik lengan Saraa lembut supaya Saraa duduk disebelahnya.

"Nak aku orderkan minuman?" tanya Shazrin.

"Nak nak,"

"Macam biasa?"

Saraa mengangguk.

"Okey jap,"

"Kau kenapa ni, Reen?" Saraa hairan melihat Areena yang memerhatinya seperti tidak berpuas hati.

"Kau marahkan aku ke?" tanyanya lagi.

"Kenapa dulu kau tak cakap kat kitaorang pun kau nak pergi Sarawak? Nak ucap selamat tinggal pun takde. Dah sebulan kau kat sana baru kau berhubung dengan kitaorang. Kitaorang ni tak penting ke bagi kau? Aku terkilan tau," Areena emosi. Dia amat rindukan sahabatnya itu namun dia tidak dapat menerima perbuatan Saraa yang baginya seperti mementingkan diri sendiri itu.

Saraa mengeluh mendengarnya. Dia dan Syafiqa saling berpandangan.

"Aku bukan tak nak bagitahu kat korang tapi kalau haritu aku cakap yang aku nak lari dari rumah, kau rasa kau akan sokong ke tindakan aku? Memang taklah, kan?"

Areena terdiam sejenak. Ada betulnya apa yang Saraa katakan.

"Tapi kenapa kau sampai nak bawak diri ke Sarawak?"

"Sebenarnya...," Syafiqa mula bersuara.

"Sebenarnya apa, Syaf?" tanya Shazrin yang baru melabuhkan punggungnya ke tempat duduk selepas memesan minuman Saraa di kaunter.

"Aku yang suruh Saraa bawak diri sampai ke Sarawak. Aku nak dia temankan kakak aku kat sana,"

"Jadi kau memang dah tahu Saraa lari dari rumah sebelum kitaoranglah?!" Areena terkejut dengan pengakuan Syafiqa.

"Okey biar aku jelaskan. Sebenarnya Syafiqa yang tolong aku lari dari rumah hari tu. Dia nak bagitahu kat korang tapi aku yang larang. Aku takut kalau aku bagitahu korang, mesti korang akan cegah aku. Jadi aku buat keputusan aku tak nak bagitahu korang. Dan untuk membalas jasa Syafiqa yang sanggup tolong aku walaupun tanpa kerelaan dia, aku ikut cadangan dia untuk ikut kakak dia ke Sarawak. Sebulan lepas tu baru aku ada keberanian untuk berhubung semula dengan korang. Maafkan aku. Aku tau aku selfish," terang Saraa panjang lebar.

"Maknanya, kau lebih percayakan Syafiqa berbanding kami berdua?" tanya Shazrin tidak berpuas hati.

"Bukan macam tu, tapi Saraa tahu yang aku ni jenis yang tak pandai membantah sebab tu dia mintak tolong aku supaya bantu dia lari dari rumah," Syafiqa cuba mempertahankan Saraa.

"Betul ke ni, Saraa?" tanya Areena yang menginginkan kepastian.

Saraa mengangguk dengan keluhan.

"Maafkan aku,"

"Kalau macam tu, takpela. Kitaorang faham. Kan, Shazrin?"

Shazrin mengangguk dengan wajah yang masam. Dia agak terkilan dengan perbuatan Saraa namun dia tidak dapat menafikan bahawa dia akan menghalang tindakan Saraa jika Saraa memberitahunya perkara tersebut lima tahun lepas.

"Jadi apa perancangan kau lepas ni, Saraa?" soal Syafiqa untuk menukar topik perbualan.

"Aku bercadang nak menyewa satu kedai kosong kat pekan ni sebab nak buka cawangan butik aku kat sini,"

"Oh ye la, lupa pulak aku yang  kau ni sekarang dah jadi pengusaha butik yang berjaya," Shazrin kembali ceria.

"Alhamdulillah," Saraa tersenyum lebar.

"Nanti bolehla kau sponsor baju pertunangan aku dan Fahmi," Shazrin membuat wajah kasihan.

"Kau jangan risau. Nanti aku sponsor kau, ya,"

"Shazrin je?" Areena memuncungkan bibirnya tanda merajuk.

"Kau kan dah bertunang, takkan kau nak bertunang kali kedua kot?" usik Syafiqa. Saraa dan Shazrin tertawa mendengarnya.

"Ye la, aku tahu aku ni tak penting," rajuknya.

"Alolo merajuk pulak dia. Okey, aku janji aku akan sponsor baju pengantin kau nanti," pujuk Saraa.

"Yeay!!"

"Dan aku ada satu lagi rancangan," ujar Saraa.

"Aku nak balas dendam,"

"Ba..balas dendam? Kau biar betul Saraa?" tanya Syafiqa dengan nada kerisauan. Areena dan Shazrin juga menelan liur mendengarnya.

"Relaxlah. Aku bukan nak bunuh diorang pun. Aku nak diorang rasa apa yang aku pernah rasa dulu je,"

...

"Dah lima tahun Saraa menghilangkan diri kan, Adam," ujar Mak Minah secara tiba-tiba.

"Ha'ah dah lima tahun dah. Kenapa? Mak rindukan dia ke?" soal Adam.

"Kalau nak kata tak rindu tu, tipulah. Mak ni dah anggap dia macam anak mak sendiri dah. Masa mak tahu dia lari hari tu, mak sedih tau. Entah apalah yang dah jadi kat dia," jawab Mak Minah sayu.

"Takpelah mak, kita doakan yang baik-baik aje. Adam tahu suatu hari nanti pasti dia akan balik punya," pujuk Adam.

"Adam tak rindu kat dia ke? Adam kan rapat dengan dia,"

Adam terkedu mendengar pertanyaan ibunya. Dia amat merindukan Saraa. Sejak dia mendapat berita tentang hal Saraa melarikan diri, setiap malam dia mendoakan agar Saraa sentiasa berada dalam lindungan Yang Maha Esa.

"Mestilah Adam rindukan dia..," jawabnya perlahan.

Tok! Tok! Tok!

"Eh siapa pulak yang ketuk pintu tu?"

"Biar Adam yang tengok. Mak duduk je kat sini," Adam terus mengatur langkah untuk ke muka pintu.

Sejurus dia membuka pintu, dia tergamam melihat gerangan yang berdiri di hadapannya.

"Saraa? Betul ke kau ni?" Adam menggosok-gosok matanya tanda tidak percaya.

"Akulah ni. Siapa lagi? Kau ada kenal sesiapa yang wajah sama macam aku ke?" Saraa tersenyum melihat gelagat Adam.

"Siapa tu Adam? Kawan Adam ke?" tanya Mak Minah yang mengecilkan matanya untuk melihat gerangan yang mengetuk pintu sambil mendekati mereka.

"Assalamualaikum, Mak Minah," Saraa menyalami tangan Mak Minah.

Mak Minah memerhati wajah wanita yang bersalaman dengannya sejenak lalu memeluknya.

"Ya Allah, kamu ke ni Saraa?" Mak Minah menangis kegembiraan.

"Kenapa menangis ni? Mak Minah tak suka ke Saraa datang ni?" Saraa menyeka air mata yang mengalir menuruni pipi Mak Minah dengan lembut.

"Mak Minah bahagia sangat sebab Saraa dah balik,"

"Kalau bahagia, janganlah nangis macam ni," pujuk Saraa.

"Kau tahu tak mak aku rindu sangat kat kau," ujar Adam yang masih memerhati wajah Saraa.

"Aku tahu. Sebab tu aku datang kat sini," Saraa mengukir senyuman manisnya.

"Mari masuk, nak. Kita berbual kat dalam," Mak Minah memimpin tangan Saraa untuk duduk di ruang tamu.

"Kamu pergi mana selama ni, Saraa?"

"Sarawak," jawabnya ringkas.

"Kau buat apa kat sana?" Adam mengerutkan dahi.

"Aku bukak butik kat sana. Alhamdulillah, butik aku kat sana mendapat sambutan yang baik. Jadi aku balik kat sini untuk bukak cawangan kat sini pulak," jelas Saraa.

"Jadi nanti kamu akan selalu ulang-alik pergi sanalah?"

"Tak jugak. Cawangan kat sana partner Saraa yang uruskan. Jadi Saraa nanti akan uruskan cawangan yang kat sini je lah. Lagipun dah lama dah Saraa tak balik kat sini jadi Saraa nak uruskan hal kat sini dulu," Saraa mengukir senyuman sinis.

"Hal apa Saraa?" Adam kehairanan.

"Aku nak membalas 'jasa',"

"Jasa siapa?"

"Jasa keluarga aku yang sanggup bela aku masa ibu dan ayah aku meninggal dunia,"

"Oh," Adam mengangguk. Dia perasan bahawa ada yang tidak kena dengan Saraa namun dia tidak mahu Saraa tahu bahawa dia mengesyakinya.

"Kau tahu apa perkembangan diorang?" tanya Saraa berpura-pura prihatin.

"Afrina masih kat luar negara sebab sambung belajar. Sufrina pulak masuk IPG tapi sekarang dia cuti sem. Mikail bersekolah kat SK Setia. Mila dah setahun tak balik sejak dia kahwin haritu. Syaza pulak....," Adam kelihatan teragak-agak.

"Kenapa dengan Syaza?"

"Enam bulan lepas, dia kena tangkap basah. Dan malam tu jugak dia kahwin dengan lelaki tu. Dengar cerita lelaki tu penganggur, malas bekerja. Sekarang ni Syaza dah mengandung lima bulan," jelas Adam.

'Padan muka kau' Saraa bermonolog dalam hati.

"Maklang, Maksu dan Paksu pulak?"

"Tu aku tak tahu. Yang aku tahu hari tu perniagaan Paksu kau mengalami kerugian. Jadi untuk menampung kewangan mereka, dia telah membeli tanah dan mengusahakan kebun sendiri kat hujung kampung. Hasil sayur-sayuran kat kebun dia, dia jual kat pasar basah kat pekan,"

"Oh macam tu," senyuman sinis Saraa semakin jelas kelihatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience