Bab 10

Horror & Thriller Series 8852

?Bab 10

"Hai Qai! Awal bangun harini?" Tanya Bad yang baru bangun dari tidur mengosok matanya melihat Qai yang berada di sofa sambil menonton tv.

"Hmm. Salah ke aku bangun lambat?" Tanya Qai. Matanya masih tepat memandang tv.

"Takdalah .. selalu kau asyik terperuk dalam bilik je.." jawabnya. Qai masih senyap.
Dia terus berlalu ke bilik air untuk mandi..

"Bad! Aku ada benda nak bagi tahu kau ni.."

"Hurmm apa dia?" Bad menoleh seketika ke arah Qai dan kembali memandang tv.

"Aku.... aku nak pindah dengan melati awek aku. Kitorang nak kahwin Bad." Terang Qai dengan muka yang gembira. Bad yang mendengar nama melati terus berubah mukanya.tapi cepat-cepat dia mengawal riak wajahnya.

"Bila masa kau ada awek ni Qai? Tak citer kat aku pun.." tanya Bad sengaja.

"Ada... aku jumpa dia masa aku balik rumah lama aku dulu tu.aku sayang dia Bad! Cinta gila kat dia. Dia buat aku gila. Hihihi." Jawab Qai tak ubah seperti orang gila. Bad sudah tak sanggup melihat kawannya begitu.

"Qai! Kau dengar cakap aku baik baik! Melati yang selalu kau cakapkan tu tak wujud! Tahu tak? Melati tu tak wujud! Perempuan tu hantu!" Terang Bad sambil memegang bahu Qai kuat. Muka Qai berubah.

"Hahha! Apa yang kau merepek ni Qai? Aku tahu kau cuba nak pisahkan aku dengan melati sebab dia gadis indonesia kan? Kau takut dia cuba nak gunakan aku sebab nak jadi penduduk tetap kat malaysia ni kan? Hahaha. Dia bukan macam tu lah Bad.. dia baik. Cantik pulak tu,aku sanggup ikut dia...." belum sempat Qai menghabiskan kata-katanya Bad terus memotong.

"Kepala hotak kau! Arghh! Qai kau kena percaya aku Qai! Aku kawan kau! Aku sayang kau! Aku tak sanggup tengok kau macam ni lagi. Kau kena dengar cakap aku Qai! Kau kena Percaya aku! Melati yang kau sebutkan tu bukan Manusia! Dia hantu!" Jerkah Bad sambil memegang kedua-dua pipi Qai.

"Kau tipu! Kau tipu aku! Kau saja kan .. kau cemburu tengok aku bahagia. Hahaha kau tipu Bad! Melati!! Mari kita pergi!" Qai menggaru kepalanya rambutnya yang tadi kemas kini serabut seperti orang gila. Dia terus berlari ke bilik.

Bad terduduk di atas sofa.

--

"Nak pergi mana ni Qai ? Dah pukul 11malam ni." Tanya Bad yang berada di ruang tamu menonton supernatural. Qai tidak menjawab..

"Qai! Aku tanya ni.. kau nak pergi mana malam-malam macam ni?!" Tanya Bad sekali lagi. Suaranya agak meninggi.

"Jangan kau sibuk hal aku!" Qai terus keluar dari rumah tanpa memakai kasut.

Bad berlari keluar untuk mengejar Qai selepas memakai seliparnya. Dia menoleh ke belakang. Kelihatan Qai sedang berdiri di atas batu penghadang di depan rumahnya yang berada di tingkat sepuluh itu.

Jantungnya berdegup laju..

"Qai... kau buat apa atas tu.. turun nanti jatuh." Pujuk Bad lembut. Jantungnya bagai nak gila berdebar takut kalau Qai terjun ke bawah.

"Melati... saya cintakan awak. Saya akan ikut cakap awak.. mereka ingin memisahkan kita.. jadi saya nak ikut awak ke tempat yang boleh kita menyemai cinta kita sehingga subur." Qai tersenyum memandang ke arah sebelah kanannya.

"QAII!!!!!! JANGAN!!! QAI!!!!" jerit Bad sekuat hati. Air matanya mengalir laju.. jiran-jiran mula keluar setelah mendengar jeritan dan bunyi hentakan yang kuat.

"Hahahahahah! Akhirnya dendamku terbalas! Dia miliku!" Terdengar bisikan halus di telinganya.

"Diamm! Setan! Setan tak guna! Kau dah ambik kawan aku! Sial!" Jerit Bad sambil memikul angin.
Jiran-jiran yang melihat terus menenangkan Bad. Bad meronta-ronta. Air matanya laju mengalir.

'Maaf makcik, saya gagal.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience